Koleksi Soal Jawab Agama

Weblog Ini Adalah Weblog Khas Untuk Soal Jawab Agama

Perempuan tak pakai stokin di dalam rumah

DIkirim oleh mohd masri di Mei 14, 2008

Salam

boleh ke isteri tak pakai stokin kaki ketika tetamu datang di rumah? maksud saya tetamu yang bukan mahram..saya ade mendengar pendapat yang mengatakan dibolehkan atas dasar kemaslahan umum contohnye ketika di dapur..benarkah pendapat ini? bagaimana pula ketika kenduri? kadang-kadang stokin kaki tu basah kerana kerja-kerja di dapur..adakah dibolehkan tak pakai stokin walaupun ade lelaki bukan mahram di dapur yang sama?

jazakallah atas penjelasan Yellow Cool

Wassalam

jawapan:

Bismillah wal hamdulillah ,

Al-Jawab :

Dalam Al-Mufassal Dr Abb Karim Zaidan ada disebutkan satu bab khas mengenai kaki dengan tajuknya : “Adakah kaki wanita dikira sebagai aurat?” (Rujuk Al-Mufassal fi Ahkam al-Mar ah wa al-bait al-Muslim fi al-Syari’ati al-Islamiah , Jilid 3 , masalah 2282 , ms.198)

Beliau mengatakan bahawa masalah menganggap kaki wanita sebagai aurat atau tidak adalah perkara yang menjadi khilaf dikalangan ulama mazhab.Ringkasnya :

1. Mazhab Hanafi mengatakan kaki wanita adalah tidak termasuk dalam lingkungan aurat.
2. Mazhab Maliki pula terbahagi kepada 2.Sebahagian ulamanya mengatakan tidak aurat dan sebahagian yang lain mengatakan aurat.Walaubagaimana pun pendapat yang muktamad dalam mazhab maliki ialah kaki bukan aurat.
3. Mazhab Syafi’e pula mengatakan ianya sebagai aurat.
4. Mazhab Hambali pula menghukumkan kaki wanita sebagai aurat.

Pendapat yang Rajih :

Pendapat yang dipilih oleh As-Syaikh Dr.Abd Karim Zaidan dalam Ensiklopedianya tersebut ialah kaki wanita dikira sebagai aurat dan wajiblah bagi setiap wanita itu untuk menutupnya , kecuali jika terdapatnya hajat atau keperluan yang menyukarkan wanita tersebut untuk menutup kakinya , maka dalam hal ini ianya dibolehkan untuk tidak menutupnya.

Dalam hal , tetamu yang datang berkunjung ke rumah , adalah lebih baik jika dapat diusahakan untuk ditutup kaki tersebut dengan apa cara sekali pun , samada dengan memakai stokin atau pun melabuhkan pakaian / kain hingga menutupi kaki tersebut.Ini kerana pada pandangan kami , kami tidak nampak sebarang masyaqqah yang menjadi penghalang daripada menutup kaki tersebut , yang mana berbeza keadaannya dengan wanita yang menguruskan kerja-kerja dapur atau kenduri-kendara yang sememangnya mempunyai masyaqqah yang menyukarkan.

WA

al-ahkam

7 Respons kepada “Perempuan tak pakai stokin di dalam rumah”

  1. Hamba Allah berkata

    assalamualaikum w.b.t

    nak tanya ni…kalau kita memakai stokin..kemudian secara tak sengaja stokin tu basah terkena air..kemudian ada lelaki bukan mahram yg melihatnya..adakah itu dikira dosa?

    aslm wbt

    setiap perkara yg xsengaja adalah dimaafkan. sbb2 pmpuan kena pakai kain labuh smp bwh kaki spy aurat terjaga.

  2. zaid berkata

    kalo dengan adik ipar yg duduk serumah macam ne ek???

    aslm wbt

    adik ipar adalah bkn mahram, wajib tutup aurat.

  3. sarah ayob berkata

    aslm wbt
    mohon penjelasan tentang aurat,terutama memakai stokin
    1. bapa saudara iaitu suami kepada adik perempuam ayah.
    2.anak saudara iaitu suami kepada anak adik bradik ( abang atau kakak )
    3.biras, adik dan abang ipar iaitu suami kepada adik dan kakak sendiri.
    situasi yang menjadi keutamaan adalah semasa kita balik kampung dan saudara-saudara berkunjung dan bermalam di rumah untuk beberapa hari.Harap maaf sekiranya soalan saya ini nampak jahil dan jutaan trima kasih di atas penjelasan yg akan di beri.Wassallm.

    aslm wbt

    mereka semua adalah bukan mahram, maka wajib menutup aurat sebagaimana dgn bkn mahram.

  4. alif berkata

    sesuailah jikalau perempuan memakai stokin untuk tutup aurat yg berada didapur yang basah harus menyarungkan kasut getah sekalit.

    Lg satu saya nk tny isteri saya tak suka memakai stokin didlm rumah apabila tiada tetamu dtg, tetapi masalahnya saya sbg suami setiap kali lihat kaki isteri, saya akan naik syahwat jadi perlukah isteri saya memakai stokinnya.

    Assalamualaikum wbt.

    Apa masalahnya jika saudara naik syahwat melihat isteri saudara?

  5. Alif berkata

    Tiada apa2 masalah ustaz untuk saya melihat isteri semua pun sudah sempurna, cuma masalahnya kaki isteri saya tidak menyarungkan sarung kaki untuk menutup aurat, saya pun suka lihat isteri saya memakai stokin. Banyak kali saya memberi nasihat tetapi jawapannya dari isteri saya adalah “baiklah bang saya akan pakai tetapi berikanlah saya masa” jadi apakah harus saya buat ustaz. Pujuk pun dah pujuk, nasihat pun dah nasihat.

  6. zaitihamdan berkata

    suami saya bermahzab hanafi manakala saya bermahzab shafi’ee. disebabkan saya ni biasa pakai stokin keluar rumah (sebelum kahwin) so rasa janggal bila setelah berkahwin, suami cakap tak payah pakai pun takpe kerana menurut mahzab beliau ia bukan dikira aurat. (suami orang kashmir). dan solat mereka sah (wanita) yang tidak pakai stokin. soalan saya, selepas berkahwin saya perlu ikut ‘urf mereka atau tidak? dalam masalah yang lain, saya pernah berimamkan beliau dalam solat subuh dan dia tak baca qunut. bagaimana ya

    Assalamualaikum wbt.

    Anda tidak wajib mengikut suami saudari dalam hal ini. Seeloknya fahamilah hukum hakam agama secara berdalil. Tentang aurat wanita saudara boleh search dalam blog ini dan tunjukkan dalil yang menunjukkan bahawa aurat wanita ialah seluruh tubuh kecuali wajah dan pergelangan tangan. Boleh sahaja berimamkan mereka, tiada masalah lagipun di sisi mazhab Syafie Qunut hanya sunat sahaja.

  7. rina berkata

    A’kum ustaz,

    Adakah sekiranya saya tidak memakai stokin kerana berenang atau mandi laut di kira sebagai kes kemaslahan umum ?

    Terima kasih.

    Assalamualaikum wbt

    Ia bukanlah satu kemaslahatan. Tiada unsur keterpaksaan di sini mahupun keperluan. Ia bukanlah satu situasi dharurat.

Tinggalkan jawapan

XHTML: Anda boleh menggunakan tag ini: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>