Koleksi Soal Jawab Agama

Weblog Ini Adalah Weblog Khas Untuk Soal Jawab Agama

Macam-macam jenis selawat. Wujudke?

DIkirim oleh mohd masri di Mei 14, 2008

Salawat Munjiyat
Salawat Nariyah atau Tafrijiyyah
Salawat Syifaa
Salawat Li Tausii’il Arzaaq
Salawat Fatih
Salawat Ibrahimiyah
Salawat Nur
Salawat Futuh
Salawat Sir
Salawat Tafrijiyah Lil Imam As Sanusi

dari mana asal semua selawat ini?

jawapan:

Bismillahi wal hamdulillah ,

Al-Jawab :

Memang banyak terdapat selawat-selawat Nabi saw yang ‘direka-reka’ oleh golongan tertentu dengan disertai fadhilat serta kelebihan-kelebihan tertentu yang akan diperolehi oleh mereka-mereka yang membacanya dengan jumlah-jumlah tertentu.Seperti :

1. Jika membaca 300 kali selawat munjiyat akan terselamat dari karam atau tenggelam di lautan.Bila
membacanya 500 kali pula akan mendapat rezeki yang banyak.

2. Membaca Selawat al-Fatih seperti yang dinukil oleh Al-Kabir Sayyid Muhammad al-Bakri sebanyak 11 kali setiap kali lepas sembahyang akan mendapat hati yang tenteram dan diampun segala dosa-dosanya.Jika dibaca 21 kali akan dilapangkan rezeki dan bila dibaca 1000 kali akan bermimpi berjjumpa Rasulullah saw.

3. Jika membaca sebanyak 313 kali selawat Nariyah / tafrijiyyah akan terbuka beberapa rahsia ghaib.

Dan banyak lagi……..

Apa yang jelas , kesemua selawat-selawat di atas adalah hasil karangan beberapa tokoh ulama dimasa lalu sehinggalah ianya dijadikan amalan dan pegangan masyarakat Nusantara.

Kami ingin memetik sebuah hadis Baginda rasulullah saw tentang persoalan bagaimana caranya untuk kita berselawat kepada baginda saw :

قد أمرنا الله أن نصلى عليك ، فكيف نصلى عليك ؟ قال : قولوا : اللهم صل على محمد وعلى آل محمد كما صليت على آل ابراهيم وبارك على محمد وعلى آل محمد كما باركت على آل ابراهيم ، والسلام كما قد علمتم.

Maksudnya : “Sesungguhnya kami telah diperintahkan untuk berselawat ke atas kamu , maka bagaimanakah caranya kami ingin berselawat ke atas kamu?….Berkata Rasulullah saw : Katakanlah oleh kamu : Allahumma solli ‘ala Muhammad……………………………………………………….. dan berilah salam sebagaimana yang kamu ketahui.

( Hadis SAHIH Riwayat Imam Muslim : 1 / 305 / 405 , Tirmizi : 3220 , Malik (Al-Muwattho) : 1/165/397 , Ahmad : 22406 )

Maka , berselawatlah dengan bentuk selawat yang diajarkan oleh Baginda saw kepada kita dalam amalam harian kita semua.

WA

Ruj :

Jalaul Afham fi as-Solati was Salami ‘ala khairil Anam , oleh al-Imam Ibnu Qayyim al-Jauziah

al-ahkam

3 Respons kepada “Macam-macam jenis selawat. Wujudke?”

  1. Wan berkata

    selawat selepas solat sunat tarawikh tu mcm mana ya?
    ada sebut saidana ali,usman,umar…

    Assalamualaikum wbt

    Ia tidak di ajar oleh Rasulullah saw.

  2. Hayatie berkata

    Saya tidak berapa jelas disini. Adakah salawat² ini, cthnya amalan Selawat Nariyah dibolehkan?

    TQ

    Assalamualaikum wbt.

    Tinggalkanlah selawat yang tidak diajar Rasulullah saw dan para sahabat, amalkan apa yang ada di dalam sunnah sudah cukup.

  3. Saidi Bin Basirun berkata

    assalamualaikum…..

    sy ingin bertanya ustaz… sy x berapa jelas disini.. seperti kata ustaz “Tinggalkanlah selawat yang tidak diajar Rasulullah saw dan para sahabat, amalkan apa yang ada di dalam sunnah sudah cukup”
    so selawat yg tak diajar rasulullah tetapi intipati selawat yg tak diajar oleh rasulullah itu berunsurkan pujian kepada Allah dan rasulnya, adakah harus ditinggalkan?
    harap pihak ustaz dpt berikan jawapan sebagai panduan kepada kami semua….. sekian

    Assalamualaikum wbt.

    Selawat ialah ibadah, ibadah tidak boleh direka-reka. Jadi kita hendaklah mengamalkan apa yang ada dalam dalil sahaja. Apa yang direka-reka hendakah ditinggalkan. Islam sudah sempurna tidak perlu tambahan dari manusia.

    Wallahua’lam.

Tinggalkan jawapan

XHTML: Anda boleh menggunakan tag ini: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>