DIkirim oleh mohd masri di Mei 21, 2008
Ibu Bapa Yang Sholeh Dan Kesannya
Peribadi yang baik dan soleh adalah merupakan tauladan yang terbaik buat anak-anak yang berada di bawah jagaan mereka. Ini terlaksana antaranya apabila kedua orang tua mempunyai disiplin dan keperibadian yang bertaqwa kepada Allah dengan mengikuti panduan yang ditunjukkan oleh-Nya di samping sentiasa bekerjasama bagi melaksanakan tugas dalam mendidik dengan baik.
Ini juga dapat dilihat melalui firman Allah s.w.t. (yang maksudnya):
“Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga ‘Imran melebihi segala umat (di masa mereka masing-masing), (sebagai) satu keturunan yang sebahagiannya (mewarisi) dari yang lain. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Ali Imran, 3: 34) Baca baki entri ini »
Dikirim dalam ibu bapa | Leave a Comment »
DIkirim oleh mohd masri di Mei 21, 2008
Keputusan Fatwa Muzakarah Jaw. Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam
Kategori : Makan&Minum
Tajuk :
Alkohol Sebagai Penstabil Minuman Ringan
Keputusan
Kordial yang mengandungi bahan citarasa(flavour) yang dimasukkan alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan untuk tujuan minuman sekiranya:
a) Alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak.
b) Bahawa kuantiti alkohol dalam citarasa (flavour) itu adalah sedikit iaitu tidak memabukkan.
Oleh : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali ke-22
Tarikh Keputusan : 24 November 1988
jawapan: Baca baki entri ini »
Dikirim dalam Makanan | Leave a Comment »
DIkirim oleh mohd masri di Mei 21, 2008
assalamualaikum..
saya ada nak tanya soalan.. sering kali orang menggunakan ayat ini untuk menunjukkan kita wajib bergerak under jemaah/wadah iaitu
“sesungguhnya Allah mencintai orang2 yg berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur,mereka seakan2 seperti suatu bangunann yg tersusun kukuh” As-Saff ayat 4
soalan yang saya nak tanya.. benarkah tafsiran bahawa Allah menyukai kita kerja beramai2?ataupun tafsiran bahawa Allah menyukai gerak kerja yg berstrategi/teratur walaupun kamu seorang diri?
jawapan: Baca baki entri ini »
Dikirim dalam aqidah | Leave a Comment »
DIkirim oleh mohd masri di Mei 21, 2008
assalamualaikum ahli panel yang dirahmati Allah,
ana nak tny, pd zaman rasuluLlah, adakah org2 bukan Islam diberi apa jawatan atau kedudukan penting dalam kerajaan?
ada x ayat al-Qur’an yg mengharamkan mengambil org kafir sbg pemerintah, menteri dsb?
jawapan: Baca baki entri ini »
Dikirim dalam non muslim, politik | Leave a Comment »
DIkirim oleh mohd masri di Mei 21, 2008
Assalamualaikum Wmt Wkt,
Didoakan semoga semua ahli panel dlm inayah dan taufiq Allah
1. Apakah hukum membalut senjata lama seperti keris, lembing dan sebagai dengan KAIN KUNING sahaja ? Adakah perbuatan ini syirik
2. saya ada terbaca kata -kata Imam Ibnu Taimiyah tentang keharusan bersahabat dengan jin Islam ( klu tidak silap dalam buku Ust fathi Yakan – السحر ومشتقاته )
وقد فصلَّ شيخ الإسلام ابن تيمية رحمه الله استعانة الإنس بالجن حيث قال:
[فمن كان من الإنس يأمر الجن بما أمر الله به ورسوله من عبادة الله وحده وطاعة نبيه ويأمر الإنس بذلك فهذا من أفضل أولياء الله تعالى وهو في ذلك من خلفاء الرسول ونوابه .
ومن كان يستعمل الجن في أمور مباحة له فهو كمن استعمل الإنس في أمور مباحة له كأن يأمرهم بما يجب عليهم وينهاهم عما حرم عليهم ويستعملهم في مباحات له فيكون بمنزلة الملوك الذين يفعلون مثل ذلك وهذا إذا قدر أنه من أولياء الله تعالى فغايته أن يكون في عموم أولياء الله مثل النبي الملك مع العبد الرسول كسليمان ويوسف مع إبراهيم وموسى وعيسى ومحمد صلوات الله وسلامه عليهم أجمعين.
ومن كان يستعمل الجن فيما ينهى الله عنه ورسوله إما في الشرك وإما في قتل معصوم الدم أو في العدوان عليهم بغير القتل كتمريضه وإنسائه العلم وغير ذلك من الظلم، وإما في فاحشة كجلب من يطلب منه الفاحشة فهذا قد استعان بهم على الإثم والعدوان، ثم إن استعان بهم على الكفر فهو كافر، وإن استعان بهم على المعاصي فهو عاص إما فاسق وإما مذنب غير فاسق وإن لم يكن تام العلم بالشريعة فاستعان بهم فيما يظن أنه من الكرامات ، مثل أن يستعين بهم على الحج أو أن يطيروا به عند السماع البدعي أو أن يحملوه إلى عرفات ولا يحج الحج الشرعي الذي أمره الله به ورسوله وأن يحملوه من مدينة إلى مدينة ونحو ذلك فهذا مغرور قد مكر به ] مجموع فتاوى شيخ الإسلام 11/307 -308 .
Mohon penjelasan . Jzkmllh. wassalam
jawapan: Baca baki entri ini »
Dikirim dalam aqidah | Leave a Comment »
DIkirim oleh mohd masri di Mei 21, 2008
Assalamualaikum ustaz,
Ada tuanrumah yang cover cermin-cermin muka/mirror di rumah dengan kain semasa ada jenazah. Saya tidak bertanya mengapa. Harap ustaz jelaskan hukum melakukannya.
Terima kasih
jawapan: Baca baki entri ini »
Dikirim dalam Jenazah, aqidah, bid'ah | Leave a Comment »
DIkirim oleh mohd masri di Mei 21, 2008
Assalamualaikum ustaz,
Harap ustaz berikan ulasan mengenai soalan-soalan ini:-
1. Ada bakal haji yang mengadakan kenduri sebelum berangkat mengerjakan haji.
2. Saya lihat ada orang yang mengumandangkan azan sebelum bakal haji meninggalkan rumah.
Terima kasih.
jawapan: Baca baki entri ini »
Dikirim dalam bid'ah | Leave a Comment »
DIkirim oleh mohd masri di Mei 21, 2008
Salam,
Boleh bantu tafsirkan ayat berikut;
ASH-SHAAFFAAT:141(maksudnya);
” kemudian ia ikut berundi*lalu dia termasuk orang-orang yang kalah dalam undian”.
*Undian itu diadakan kerana muatan kapal itu sangat penuh.Kalau tidak mungkin akan tenggelam.Oleh sebab itu diadakan undian.Siapa yang kalah dalam undian itu dilemparkan ke laut.Yunus a.s termasuk orang-orang yang kalah dalam undian tersebut sehingga ia dilemparkan ke laut.
Dari apa yang saya faham mengenai ayat ini proses mengundi dilakukan untuk menentukan nasib seseorang samada perlu dilemparkan ke laut atau pun tidak..
Jadi soalan saya;
1- Adakah dibolehkan mengundi nasib pada zaman nabi Yunus a.s?
2- Sekiranya proses seperti di atas dilakukan di zaman kita ini adakah kita dikira berdosa sebab ada larangan untuk mengundi nasib oleh baginda nabi saw?
3- Dalam keadaan darurat seperti situasi nabi Yunus diatas adakah dibolehkan untuk kita melakukan undian nasib pada zaman setelah jelas larangan nabi muhamad saw?
4- Saya ada mencuba untuk bertanya di al-qayyim.net tapi tak temu kat mana nak klik untuk bertanyakan soalan,sebab dinyatakan disitu dibolehkan bertanya tanpa mendaftar?Boleh sesiapa yang tahu bantu saya?
Jazakallahu khairan
jawapan:
Baca baki entri ini »
Dikirim dalam adab | Leave a Comment »
DIkirim oleh mohd masri di Mei 21, 2008
i would like to ask a few questions.
-what is the meaning of contemporary syirk?
-what is the threat of contemporary syirk towards muslim ummah?
Really hope you can explain it to me.You can also answer it in Malay.Thanks for your help.
this is my email:vicsabil88@yahoo.com
wassalam.
jawapan:
Baca baki entri ini »
Dikirim dalam aliran sesat, aqidah | Leave a Comment »
DIkirim oleh mohd masri di Mei 21, 2008

Sepanjang pemahaman saya, takrif anak luar nikah adalah anak yang lahir tanpa akad perkahwinan yang saha ataupun anak yang lahir sebelum cukup 6 bulan dari tarikh akad nikahnya.
Pun begitu, saya terbaca petikan laman web MUIS: http://www.muis.gov.sg/eservices/faqs/SmartSearch_m.asp?strItemChoice=2005329105057&action=SHOWTOPICS&strSubItemChoice=2007668532&m_strTopicSysID=2007669226
| Quote: |
| Ulama bersepakat bahawa had minimum kandungan adalah 6 bulan, berdasarkan ayat-ayat Al-Quran.
Maka, jika seseorang itu berzina, dan kemudian berkahwin kurang dari tiga bulan selepas melakukannya, maka tempoh kehamilannya selepas dia bernikah adalah selama 6 bulan. Jika tiada dalil yang menyatakan bahawa dia berzina, maka anaknya dianggap sah dari suaminya itu.
Namun, dalam zaman sekarang yang telah canggih ilmu kedoktoran dan alat kesihatan, tidak sukar untuk mengetahui samada bayi yang lahir adalah 6 bulan atau 9 bulan. Oleh itu, apabila seorang wanita telah melahirkan anak selepas 6 bulan berkahwin, dan bayi yang keluar berumur 9 bulan, maka tidak syak lagi bahawa anak tersebut adalah anak luar nikah. Ini adalah kerana had 6 bulan itu adalah dari tafsiran para ulama, dan bukan lafaz yang jelas dari Al-Quran atau hadith. Maka ijtihad para ulama dahulu akan terbatal dengan kepastian ilmu kedoktoran yang lebih tepat zaman sekarang.
Apabila telah dipastikan bahawa seseorang wanita itu berzina, samada ia melahirkan anak selepas 6 bulan kandungan, atau kurang 6 bulan kandungan, maka anak yang lahir tidak boleh dibinkan kepada suaminya. Ia adalah anak tiri suaminya itu, walaupun benihnya telah disemai oleh suaminya itu sebelum mereka berkahwin. |
Adakah terdapat fatwa dari mana2 ulamak kontemporari berkenaan hal ini.
Menurut cerita rakan saya di sebelah sabah, banyak berlaku kes mengandung sebulan atau dua bulan baru berkahwin. Mereka berkahwin sebelum kandungan cukup 3 bulan bagi memastikan anak yang dilahirkan dapat status “anak sah taraf” dan bukannya anak luar nikah kerana lahir selepas 6 bulan berkahwin. na’uzubillah.
Mohon pandangan dari pihak AAN.
jawapan: Baca baki entri ini »
Dikirim dalam ibu bapa | Leave a Comment »