Tertelan Makanan Celah Gigi ketika solat
April 25, 2008 — mohd masri
Situasi satu;
Saya ada problem makanan selalu terselit celah gigi. Time solat kadang-kadang tak perasan. Dah nak masuk waktu lain baru perasan ada makanan terselit. Jadi kena ulang balik tak solat sebelum ni, dah tentu waktu solat akan telan air liur yang bercampur dengan makanan, samada terasa makanan atau tidak.
Situasi kedua, perasan ada makanan terselit celah gigi, memang rasala makanan time solat, nak tahan telan air liur dah tentu payah sebab baca bacaan dalam solat.
Susah nak keluarkan. Biasanya saya akan gosok gigi sebelum solat supaya rasa makanan/makanan terselit akan turut keluar. Guna toothpick pun belum tentu. Adakah dikira rukhsah kerana makanan tersebut payah nak keluar(daging terselit,etc memang payah sikit sebab gigi berjarak-jarak).
jawapan: Bismillah,
Wassolatu wassalam ‘ala Rasulillah SAW,
Kedua-dua situasi tersebut menjelaskan dia bukan sengaja hendak menelan air liurnya, maka itu tidak membatalkan solatnya.
Ini seperti yang disebut oleh Imam Nawawi:
وان كان بين اسنانه شئ فابتلعه عمدا أو نزلت من رأسه فابتلعها عمدا بطلت صلاته بلا خلاف فان ابتلع شيئا مغلوبا بان جرى الريق بباقى الطعام بغير تعمد منه أو نزلت النخامة ولم يمكنه امساكها لم تبطل صلاته بالاتفاق
Ringkasnya: Solat akan terbatal jika menelan makanan yang terselit di celah gigi dengan sengaja. Dan tidak terbatal jika bukan sengaja hendak menelan air liur yang bercampur dengan lebihan makanan. (al-Majmuk:4/90)
Wallahu a3lam

Mei 7, 2008, 4:55 pm
Assalamualaikum:-
mak mertua saya beragama kristian.baru sebulan di rumah saya.dia akan menetap di rumah saya mungkin 7 bln.yg memeningkan saya ialah tidak membenarkan mertua membuat arak di rumah saya tetapi mertua saya pula buat arak di rumah rakan suami saya.tujuaannya adalah untuk berniaga.mertua pernah barkata ia buat hanya sekali tetapi mereka yg kaki mabuk menyuruh mertua menatap di rumah saya lebih lama untuk tujuan tersebut.apa yg patut saya buat .adakah saya terlibat dan patut ke saya menegurnya supaya berhenti.TOLONGLAH JAWAP SOALAN SAYA
ASLM WBT
saya tidak nampak saudari bersubahat, saudari membenarkan beliau duduk di rumah atas dasar beliau ibu mertua dan saudari pun mmg xbenarkan dia buat arak di dlm rumah saudari. Dia buat arak di rumah kwnnya, itu diluar kuasa saudari.
wallahu’alam.
Mei 14, 2008, 12:43 pm
adakah salah jika sisa makanan tu dibuang ketika dlm solat contoh spt keadaan kita meludah sisa tersebut? atau kita simpan je sisa mknn hingga abih solat..
ataupn kita wajib solat sekali lagi…
aslm wbt
bleh shj jika mahu buang makanan2 dr mulut n lbih elok gi2 spy tak tertelan., n xperlu solat skali lg, bleh ludah ataupun keluarkan makanan2 tu guna jari.