suami minum susu isteri
DIkirim oleh mohd masri di April 6, 2008
assalamu’alaikum,
Saya nak tanya berkenaan hukum terminum atau minum susu badan isteri
jawapan:
![]()
![]()
Sheikh Yusuf Al-Qaradawi ditanya soalan ini dan beliau berkata:
“Pernah suatu ketika pada zaman sahabat R.A. Salah seorang sahabat R.A melakukan hubungan dgn isterinya, dan semasa melakukan perhubungan beliau telah menghisap payu dara isterinya sehingga susu telah masuk ke dlm perutnya. Oleh kerana itu, beliau telah pergi berjumpa dgn Abu Musa Al-Asha`ari R.A utk bertanyakan hukum tentang ini. Lalu Abu Musa menjawab, “Isteri engkau sudah tidak halal buatmu.”
Selepas itu, lelaki tersebut telah pergi berjumpa dgn Abdullah Ibn Mas’ud R.A utk bertanyakan perkara yang sama dan Ibn Mas’ud mengatakan ia bukanlah menjadi kesalahan. Ibn Mas’ud memberikan hujjah dari hadith yang mana dgn jelas menyatakan bahawa susuan hanyalah terbatas utk 2 tahun pertama kanak-kanak. Lalu Ibn Mas’ud membacakan ayat:
وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu…”(Surah Al-Baqarah ayat 233)
هَذَا إِرْشَادٌ مِنْ اللَّه تَعَالَى لِلْوَالِدَاتِ أَنْ يُرْضِعْنَ أَوْلَادهنَّ كَمَال الرَّضَاعَة وَهِيَ سَنَتَانِ فَلَا اِعْتِبَار بِالرَّضَاعَةِ بَعْد ذَلِكَ وَلِهَذَا
Ini adalah perintah Allah Ta’ala kpd para ibu yang menyusukan anak sehingga sempurna tempoh itu yakni 2 tahun. Maka selepas tempoh itu (2 tahun), ia tidak tidak dikira. Mendengar hujjah ini, maka Abu Musa R.A berkata: “Jgnlah engkau bertanya aku lagi sekiranya ulama besar ini berbicara.”
Penjelasan selanjutnya ayat al-baqarah:
قَالَ ” لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَة ” وَذَهَبَ أَكْثَر الْأَئِمَّة إِلَى أَنَّهُ لَا يُحَرِّم مِنْ الرَّضَاعَة إِلَّا مَا كَانَ دُون الْحَوْلَيْنِ فَلَوْ اِرْتَضَعَ الْمَوْلُود وَعُمْره فَوْقهمَا لَمْ يُحَرِّم
Berfirman Allah, “Bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu…”
Oleh yang demikian, penyusuan menyebabkan pengharaman itu (i.e: haram utk dinikahi) berlaku sblm 2 tahun. Sekiranya bayi menyusu selepas 2 tahun, maka pengharaman itu tidak ada.
قَالَ التِّرْمِذِيّ : ” بَاب مَا جَاءَ أَنَّ الرَّضَاعَة لَا تُحَرِّم إِلَّا فِي الصِّغَر دُون الْحَوْلَيْنِ” حَدَّثَنَا قُتَيْبَة حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَة عَنْ هِشَام بْن عُرْوَة عَنْ فَاطِمَة بِنْت الْمُنْذِر عَنْ أُمّ سَلَمَة قَالَتْ : قَالَ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ : ” لَا يُحَرِّمُ مِنْ الرَّضَاعِ إِلَّا مَا فَتَقَ الْأَمْعَاءَ فِي الثَّدْيِ وَكَانَ قَبْل الْفِطَامِ ” هَذَا حَدِيث حَسَن صَحِيح وَالْعَمَل عَلَى هَذَا عِنْد أَكْثَر أَهْل الْعِلْم مِنْ أَصْحَاب رَسُول اللَّه – صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – وَغَيْرهمْ أَنَّ الرَّضَاعَة لَا تُحَرِّم إِلَّا مَا كَانَ دُون الْحَوْلَيْنِ وَمَا كَانَ بَعْد الْحَوْلَيْنِ الْكَامِلَيْنِ فَإِنَّهُ لَا يُحَرِّم شَيْئًا.
(تَفَرَّدَ التِّرْمِذِيّ بِرِوَايَةِ هَذَا الْحَدِيث وَرِجَاله عَلَى شَرْط الصَّحِيحَيْنِ)
Berkata Imam At-Tirmidzi di bawah Bab Penyusuan Menyebabkan Pengharaman Dlm tempoh 2 tahun pertama: Diriwayatkan dari Qutaibah diriwayatkan dari Abu Awanah dari Hisham bin `Urwah dari Fathimah Bint Munzir dari Umm Salamah berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Penyusuan akan menyebabkan haram sekiranya ia berlaku menyusu dan sebelum fitam (sblm 2 tahun).” At-Tirmidzi mengatakan, “Hadith ini hasan sahih dan majority para ahli ilmu dari kalangan para sahabat Rasulullah S.A.W mengamalkan bahawa penyusuan menyebabkan pengharaman sblm tamat tempoh 2 tahun dan penyusuan selepas itu tidak akan menyebabkan pengharaman.” (At-Tirmidzi shj meriwayatkan hadith ini dgn jalur rijal yang memenuhi syarat sahihain)
Kesimpulannya: Tidak mengapa bapa bayi berbuat demikian dan tidak menyebabkan berlaku pengharaman. :grin:
![]()
Rumusan:
Umur yg mempengaruhi susuan ialah (bayi) yg belum mencapai umur dua tahun. Ini ijma’ sahabat kecuali Aisyah ra. (Imam anNawawi, Syarah Sahih Muslim : 6/214; Imam Ibn Rusyd, Bidayah alMujtahid: 2/36). Madzhab Daudi atau Zahiri mendokong pendapat Aisyah dan diperkuat oleh Imam Ibn Hazm.
Madzhab Hanafi bayi bawah 2 tahun 6 bulan. Maliki pula dua tahun beberapa hari. WA

manusia konpius berkata
salam masri
sebenarnya saya konfius skit ni..pengharaman dr segi ape?akn jadi anak susuan ke?2tahun tu utk tempoh penyusuan @ usia bayi yg disusu? kalau yg sy paham, 2tahun tu usia bayi, jd bapak bayi tu dh brusia 2tahun ++ @ 20,30,40 tahun..jadi tu yg menyebabkan tak haram kn??sbb bapak tu dh brusia lebih 2 tahun so, xleh jd anak susuan laa..btul x ape yg sy pikir ni??
…konpius nya aku…..
salam,
yup smp umur bayi 2 thn, so kalau si suami hisap susu isteri xdle jd anak susuan.
maksud pengharaman ialah jika seorg bayi2 minum susu ibu wkt kurg umur 2 thn, maka ia haram bernikah dgn adik beradik susu sama hukum mcm mahram2 yg lain.
insan was-was berkata
Assamualaikum,saya hndak brtanya sah atau tidak saya mengangkat takbir tanpa mengucap lafaz solat,ada hukum yang menyatakan lafaz ini bukanlah merupakan rukun dari solat,kerana saya terlalu was-was semasa mengucap lafaz?
aslm wbt
apakah yg dimaksudkan saudara ialah lafaz takbiratul ihram iaitu Allahuakbar? Jika itu maksud saudara maka wajib membacanya.
manakala jika yg maksudkan saudara ialah lafaz niat spt usolli etc, maka xwajib hatta lebih elok jika saudara tak melafazkannya krn nabi saw xpernah mengajar hal itu.
wallahu’alam. wslm wbt
salbiah berkata
Untuk Kaum lelaki.
Bukan sebagai imam, boleh kah waktu bersholat, suara dan bacaan nya begitu lantang. Kalang kala mengangu kekushukan orang lain yang juga sedang bersholat
aslm wbt
jika mengganggu org lain, maka tidak boleh krn ada hadith melarangnya.
Zahari berkata
Salaam,
Saya ingin bertanya mengenai hukum bersalaman dgn makcik
saya yg menikah dgn pakcik saya.
Wassalaam..
aslm wbt
beliau bukan mahram, maka elakkan daripada bersalam dengan bukan mahram.
insani berkata
Assamualaikum,saya hndak brtanya, sekiranye terlanjur ngan kekasih sebelum bernikah(2 minggu sblum bernikah) ttp mendapat tahu positive mengandung, bolehkah anak tu di bin kan kepada nama bapa? apakah betul sekiranye terlanjur dan mengandung selama 3-4 bln anak didlm kandungan tidak boleh di bin nama bapa?
aslm wbt
sila baca disini
http://soaljawab.wordpress.com/2007/06/16/anak-luar-nikah-6-bulan-after-nikah/#comment-2033
moshafmar berkata
hmmmm
tu la….
ape yg saye fhm…
anak susuan adalah sblm 2thn kan…? dan haram bernikah dgn ibu susua kan?
bapaknye dah lbh 2thn++…. 20,30,40….
maknenye xhrm la kalo suami minum susu isterinya kan…?
confuse…
tlg huraikan dan berikan jawapan yg ringkas
aslm wbt
huraian di atas sudah cukup,
ya benar si suami xharam minum susu isteri bahkan xjd anak susu.
Az berkata
Saya masih ingin menanyakan, maksud Uztaz. Contohlah ada satu pasang suami isteri berkahwin, dapat cahaya mata. Adakah suami itu sepatut menunggu bayi yang dilahirkan itu sehingga mencecah 2 tahun barulah si suami itu boleh menghisap susu isterinya? adakah macam itu? Saya tak faham sangat dengan huraian Uztaz. Harap dapat dijawab. terima kasih.
aslm wbt
kesimpulan nya ialah: boleh sahaja suami hisap susu isteri tak kiralah berapa umur anaknya.
Az berkata
Baik, baik. Hmm bagi mengukuhkan lagi jawapan uztaz, maknanya setelah bayi itu lahir dari kandungan, tidak kira brapa umurnya (contoh, 2 minggu, 3 minggu ke lantaklah) boleh sahaja si suami itu menghisap susu isteri tanpa haram?
aslm wbt ya xharam.
hakim berkata
dimulakan dgn Bismillah..
1-saya masih confius dri aspek bersalaman dgn wanita bukan muhrim dan yg muhrim..apakah maksud nye?
2-bolehkah kita bersalaman dgn mak cik saudara yg mne die telah berkahwin dgn pakcik seadik-beradik dgn ibu/bapa kita? dan begitu juga dgn sebaliknya?
3-hukum onani bagi remaja yg berumur 18thn keats?
aslm wbt
1) apa yang saudara keliru, hukum bersalam dgn bukan mahram adalah terlarang, manakala dgn mahram tidak terlarang. Bukan mahram bermaksud org yg halal kita nikahi.
2) Tidak boleh kerana mereka bukan mahram kita. Yang mahram ialah adik beradik ibu bapa kita, bukan iar duai mereka.
3) Hukum onani sama sahaja tak kira umur.
sila rujuk di sini
http://soaljawab.wordpress.com/2007/07/05/jawapan-kepada-syubhat-menghalalkan-bersalam-dengan-bukan-mahram/
http://soaljawab.wordpress.com/2007/11/07/suami-makcik-mahram-ke/
keliru berkata
salammm….saya masih x memahami tentang pengharaman penyusuan ini.boleh jelaskan dengan lebih lanjut lagi tentang permasalahan ini???
aslm wbt
apa yang tidak difahami?
amy berkata
assalamualaikum,saya bermain bola di padang yg ada najis (taik anjing) saya nak tahu jika terkena tapi kering adakah kena samak dan jika basah kena samak juga ka ?
Wslm wbt,
tak perlu samak, basuh sahaja macam basuh kotoran biasa. Sila search dalam blog ini tentang anjing etc.
nurul berkata
salam,,
nak tye..bolehkan daging korban disedekahkan kpd org len, kemudian org yg mnerima dgg korban itu mmberikannya kpd org bukan islam?
Assalamualaikum wbt
Boleh tiada masalah, tidak ada dalil menyatakan tidak boleh.
hamba berkata
salam ustaz..sy nk tnya..knape skrg diharamkn memakai inai melainkn selepas berkhwin sshaja?
Assalamualaikum wbt.
Bila pula inai diharamkan? Siapa kata inai diharamkan dan hanya halal untuk orang yang sudah berkahwin sahaja?
hamba berkata
saya tak puas hati rr dgn jawapan yg diberikan pada setiap soalan ..terlalu ringkas n simple..kite nie nak blaja..setakat jwb ya atau tak..bek takyah tanye..wssalam
Assalamualaikum wbt,
mahu jawapan padat sila search dan baca posting dalam weblog ini, dijawab ringkas sebab soalan-soalan itu sudah dijawab. Sila search, sila rajinkan diri.
Siti berkata
salam
ustaz,kalu nk jumak dengan suami,bile2 pun bleh ke?mksud saya ada tak masa dalam 1 hr tu yg tak leh jimak.sebab,sblm ni sy pnh tbaca waktu2 yg tak leh jimak cth waktu dkt mghrib,byk lagi….klu jimak waktu mghrib tkt ada masalah dgn kelahiran anak.
Assalamualaikum wbt.
Tidak ada dalil kata tak boleh jima; waktu Maghrib setahu saya. Jangan jima’ waktu sedang puasa sudahlah. Puasa batal, kalau puasa Ramadhan, kena kafarah lagi.
Nurul Haziana berkata
Salam Ustaz,
1. Saya ade mendengar yg mengukir inai ditangan dan kaki adalah haram sekiranya berlebih-lebihan dan menyerupai tatu terutama berbentuk haiwan. Tapi zaman sekarang tatu jugak ade dlm bentuk tumbuh2an. Adakah mengukir inai yg sebegitu juga adalah haram?
2. Adakah haram sekiranya perempuan itu memotong rambut pendek sehingga menyerupai lelaki sedangkan dia tidak menunjukkan dikhalayak ramai?
3. Berkenaan dengan Mazhab, bolehkah kite mengikut setiap Mazhab atau perlu berpegang pada satu Mazhab sahaja? Saya banyak mengikut Mazhab Syafie dan confius apabila rakan saya berkata yg kite boleh ikut setiap Mazhab.
Assalamualaikum wbt.
Jawapan untuk soalan no 3:
Apa hukum bertaklid?
Hukum-hakam amaliyah dapat kita bahagikan kepada 2:
1. Hukum-hakam yang dapat diketahui tanpa memerlukan penelitian dan ijtihad. Iaitu hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh dalil yang qath’I dan yang dapat diketahui dengan segera. Ia disebut sebagai `al-ma’lum minad din bid-dharurah’. Contohnya ialah hukum tentang kewajipan sembahyang lima waktu, kewajipan puasa bulan ramadhan, bilangan rakaat dalam sembahyang dsbnya. Ini semua dapat diketahui oleh semua umat Islam. Pengetahuan tentang hukumnya tidak memerlukan kepada penelitian terhadap dalil-dalilnya.
Dalam maslaah ini, seseorang itu tidak dibenarkan bertaklid, kerana semua orang dapat mengetahuinya.
2. Hukum-hakam yang memerlukan penelitian dan ijtihad. Masalah-masalah yang berada di bawah kategori ini amat banyak sekali. Seperti masalah yang kita telah bincangkan di atas mengenai hukum menyentuh perempuan ajnabi, apakah batal wuduk? Ini adalah masalah yang termasuk di dalam kategori ini. Sebab, masalah ini memang ada dalilnya dari al-Quran. Tetapi dalilnya perlu diteliti terlebih dahulu untuk diketahui – Apakah hukum yang boleh dikeluarkan darinya. Dalam penelitian dan kajian ini, sudah semestinya terjadi perselisihan pendapat. Mazhab-mazhab dan perbedaan-perbedaan pendapat di kalangan ulamak terjadi dalam dalam masalah yang seumpama ini.
Orang yang berusaha meneliti dalil-dalil, kemudian mengeluarkan hukum dari dalil berkenaan di namakan sebagai mujtahid. Antara mereka adalah seperti Imam Syafi’I, Malik, Hanbali dll. Manakala mereka yang mengikutnya atau memakai hukum yang dikeluarkan oleh mujtahid disebut sebagai orang yang bertaklid. Perbuatan mengikut/memakai hukum berkenaan disebut sebagai bertaklid.
Dalam masalah inilah yang dibenarkan bertaklid.
Kebanyakkan ulamak Usul (Usul Fiqh) mengatakan bahawa mereka yang tidak berkeupayaan untuk berijtihad wajib mengikut dan mengambil pendapat atau fatwa dari para mujtahid (org yg berkeupayaan berijtihad).
Bertaklid kepada mazhab-mazhab
Mazhab-mazhab masyhur yang wujud hingga sekarang ini ialah mazhab Syafi’I, Maliki, Hanafi dan Hanbali. Kita di Malaysia ini rata-rata bertaklid kepada mazhab Syafi’i.
Soalan: Apakah kita boleh bertukar kepada mazhab lain?
Jawab: Boleh. Kerana, apa bezanya Syafi’I dan lain-lain mazhab di atas? Jika kita boleh bertaklid kepada mazhab Syafi’I, ini bermakna kita juga boleh bertaklid kepada mazhab-mazhab lain.
Menurut Al-Amidi, Ibnu al-Najib dan Kamal al-Hummam, tidak wajib bertaklid kepada seorang mujtahid (mazhab) tertentu. Dalam satu masalah, mereka boleh beramal dengan mazhab ini, kemudian dalam masalah lain mereka beramal dengan mazhab lain.
Berdasarkan pendapat ini, jika kita bertaklid dengan mazhab Syafi’I dalam satu-satu masalah, tidak semestinya kita mesti bertaklid dengan mazhab ini dalam semua masalah. Dibenarkan mengamalkan pendapat dari mazhab-mazhab lain.
Taklid yang diharamkan ialah:
1. Bertaklid kepada seseorang tanpa mengendahkan al-Quran dan Sunnah.
2. Bertaklid kepada seseorang yang tidak diketahui kemampuannya berijtihad.
Talfiq
Ialah mengikut pendapat satu-satu imam dalam satu-satu masalah, kemudian bertaklid kepada imam lain dalam masalah lain. Contoh, mengambil wuduk ikut cara Hanafi dan sembahyang ikut cara Syafi’i. Ataupun, pada hari ini dia bersembahyang ikut pendapat Syafi’I dengan membaca Bismillah.., esoknya dia bersembahyang ikut pendapat Hanafi dengan tidak membaca bismillah.
Inilah yang dikatakan sebagai talfiq.
Kebanyakkan ulamak membahagikan talfiq kepada dua:
1. Mengambil pendapat yang paling ringan di antara mazhab-mazhab dalam beberapa masalah yang berbeza. Contoh: Berwuduk ikut Hanafi dan sembahyang ikut Maliki.
Apa hukumnya? Menurut ulamak-ulamak ini, talfiq dengan cara begini adalah dibenarkan, kerana dia mengamalkan pendapat yang berbeza dalam dua maslah yang berbeza – Wuduk dan sembahyang.
Talfiq begini dibenarkan dalam bidang ibadah dan muamalat sebagai keringanan dan rahmat dari Allah Taala terhadap umat Muhamad.
Dibenarkan juga mengambil pendapat yang paling ringan antara mazhab-mazhab dalam satu masalah. Ia diamalkan pada masa yang berlainan yang tidak bergantung satu sama lain.
Contoh, Ali berwuduk menurut syarat-syarat yang telah ditetap oleh Syafi’i. Pada waktu lain dia berwuduk menurut syarat-syarat yang ditetapkan oleh Hanafi.
Talfiq seperti ini dibenarkan kerana wuduk pertama yang menurut syarat Syafi’I telah selesai dan digunakan untuk satu-satu ibadah hingga selesai. Kemudian wuduk keduanya menurut Hanafi juga selesai dan digunakan untuk tujuan tertentu hingga selesai. Jelasnya ia dilakukan, sekalipun masalahnya sama tetapi dalam peristiwanya berbeza.
2. Mengambil pendapat yang paling ringan di antara mazhab-mazhab dalam satu masalah. Talfiq begini tidak benarkan.
Contoh, Ali bernikah tidak menggunakan wali kerana ikut Hanafi. Dia tidak memakai 2 saksi kerana mengikut pendapat Maliki.
Pernikahan seperti ini adalah batal/tidak sah.
Ittiba’
Ialah menerima pendapat oranglain dengan mengetahui sumber atau hujahnya.
Ittiba’ adalah sebaik-baik cara menerima dan mengamalkan pendapat dari mujtahid.
Feqhul Muqaran
Yang sedang berkembang sekarang ini ialah Feqhul muqaran. Ia menjadi salah satu dari subjek di kuliah syariah al-Azhar.
Feqhul muqaran ialah membahaskan satu-satu masalah dengan mengambil semua pendapat ulamak yang ada dengan dalil-dalilnya. Kemudian ia didiskusikan secara ilmiah. Akhirnya ialah membuat rumusan, pendapat manakah yang paling kukuh dalil dan hujahnya (tarjih). Tarjih yang dilakukan tanpa terikat kepada mana mazhab fikah.
Feqhul Muqaran berbeda dengan muqaranah al-Mazahib yang terdapat sebelum ini, di mana para ulamak mengumpul semua pendapat dari semua mazhab yang ada bersama dalil-dalilnya. Kemudian ia dibincangkan. Akhir sekali ialah melakukan tarjih berdasarkan mazhab masing-masing. Jika yang melakukan perbandingan itu dari mazhab Hanafi, maka tarjih itu dilakukan berdasarkan mazhab Hanafi, begitulah seterusnya.
Sekarang kita dapat melihat feqhul muqaran ini terus berkembang dan semakin diterima oleh umat Islam. Antara yang bekerja keras memberi sumbangan dalam bidang ini ialah Dr Yusof al-Qardhawi, Dr. Wahbah al-Zuhaili, lujnah fatwa al-Azhar dan beberapa tokoh ulamak al-Azhar.
Banyak kebaikkan dari feqh ini ialah:
1. Dapat mengetahui dalil dan hujah dari semua pihak.
2. Menghindarkan fahaman taksub mazhab – Dapat bertolak ansur dengan mereka yang berbeza pendapat dengan kita.
3. Dapat beramal dengan hati yang lebih tenang kerana hujahnya kukuh.
Bagaimana kita di Malaysia?
Memang, secara umumnya, dalam soal-soal fikah masyarakat Malaysia beramal dengan mazhab Syafi’i. Namun sudah tidak dalam semua cabang permasalahan. Ia lebih banyak tertumpu kepada soal-soal ibadah individu sahaja. Zakat? Sudah banyak yang tidak mengikut Syafi’i. Dalam soal-soal muamalat, adalah sukar seandainya jika kita mengikat diri kepada satu mazhab sahaja. Ini termasuk di dalam urusan-urusan perbankan Islam. Seandainya negara kita ini melaksanakan undang-undang Islam – Mengikat diri kepada mazhab juga menjadikan keadaan amat sulit sekali.
Di Malaysia, menurut pendapat saya, yang terbaik ialah feqhul muqaran. Tetapi ia hendaklah dijalankan secara beransur-ansur tanpa kekerasan dan paksaan.
Contohnya, mengenai masalah zakat pendapatan. Jika mengikut pendapat Syafi’I, sudah tentu tidak ada. Tetapi hasil dari penelitian beberapa ulamak abad ini, ia wajib dizakatkan. Bagaimana penerimaan masyarakat Malaysia? Semesti berbagai, terutamanya para ulamak tradisional. Setelah proses penerangan dan campurtangan pemerintah, akhirnya ramai di kalangan mereka yang menerimanya dengan dada yang lapang. Saya percaya, jika usaha begini terus dilakukan, semuanya akan menerima.
Ini membuktikan bahawa umat Islam di Malaysia ini boleh dan mudah menerima satu-satu pendapat sekalipun bertentangan dengan mazhab Syafi’I – jika kena caranya. Tapi, kalau silap gayanya, kita akan dijadikan sebagai musuh tradisi. Ini pernah terjadi kepada sebahagian golongan yang secara keras dan tegas, gemar memaksa-maksa umat Islam agar menerima pendapat mereka. Jika umat Islam tidak menerima, mereka akan cela dan bid’ahkan. Saya percaya, ini akan memberikan kesan yang lebih buruk lagi.
——————–
Soal: Oleh kerana kita di Malaysia, kita mengikut mazhab Syafii. Tapi, boleh tak kalau saya tak ikut pendapat Mazhab Syafii dalam hal ini. Saya ingin mengikut pendapat Maliki iaitu batal hanya jika berniat syahwat atau mendapat keseronokan. Ini adalah kerana saya rasa pendapat ini lebih praktikal dengan cara hidup saya. Adakah ini sah ???
Jawab: Boleh. Lihat penjelasan di atas tadi.
Cuma, seperti yang saya katakan, bahawa kita masih dalam persekitaran `kuat Syafi’I’. Oleh itu hati-hati ketika beramal dengan mazhab lain terutamanya dalam masalah ibadah individu. Jika mereka lihat anda menyentuh suami, lantas mengerjakan sembahyang, ini adalah sesuatu yang pelik bagi mereka. Sebab umum sudah tahu bahawa sentuh suami adalah membatalkan wuduk. Silap haribulan anda akan dikatakan sebagai sesat.
Baiklah, jika diandaikan anda cuba memberi penjelasan, apakah mereka bisa menerimanya? Jika tidak, anda akan terus dituduh sesat.
Untuk perhatian, saya tidak katakan tidak boleh mengamalkan tetapi hati-hati. Maksud hati-hati di sini ialah agar tidak berlaku masalah yang lebih besar lagi, iaitu fitnah perpecahan. Sebab orang-orang sebelum kita telah melalui zaman berkenaan.
Kadangkala kita ini, bila mendapat satu ilmu, kita suka menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah. Contohnya, bila kita belajar dan tahu bahawa menurut pendapat yang terkuat dalam masalah menyentuh perempuan tidak batal wuduk. Lalu kita amalkan pendapat itu. Kita kadangkala dengan sengaja, mahu menunjuk-nunjuk bahawa kita ini beramal dengan pendapat berkenaan. Kita dengan sengaja menyentuh isteri kita di depan orang ramai, lalu kita bersembahyang terus. Mereka yang melihat sudah tentu tersentak dan pelik. Mereka akan berkata begitu dan begini. Lebih malang lagi kita suka berhujah dengan mereka secara kasar serta menyesat-nyesatkan mereka. Apakah mereka akan menerima pendapat kita?
Bila masyarakat memusuhi kita, kita dengan mudah berkata: “Memang, orang yang berada di jalan kebenaran sentiasa di cemuh dan dimusuhi.” Padahal, sebelum itu kita dengan sengaja memancing-mancing mereka agar mencemuh kita. Kitalah sebenarnya yang menjerat mereka agar memusuhi kita.
Sebagai contoh lain, kalau kita mahu mengikut pendapat bahawa anjing itu tidak najis. Lalu kita dengan sengaja menyentuhnya malah memeluknya. Kita, seolah-olah mahu menunjuk-nunjuk bahawa aku ini Maliki. Bila kita buat begitu, nanti sudah tentu mereka akan bertanya “tidak najis ke?”, saat itulah yang dinanti-nantikan. Kitapun akan membelasah orang yang bertanya itu dengan hujah berapi-api dari al-Quran dan sunnah….
Tidak mengapa seandainya anda berada dalam lingkungan yang mereka berfikiran terbuka dalam masalah mazhab.
Dan alhamdulillah, semakin ramai yang terbuka, terutamanya dengan adanya usaha-usaha dari pelbagai pihak termasuk dari aL-AHKAM sendiri.
——————————————————————————–
Soal: so, bolehkah kita memilih mazhab mana yang ingin kita ikuti ??
Jawab: Boleh. Lihat penjelasan mengenai taklid, talfiq dan ittiba’.
Soal: Mestikah kita kekal selama2nya dlm mazhab Syafii?
Jawab: Tidak. Lihat juga penjelasan yang sama di atas.
Soal: Apa perbezaan utama antara mazhab2 Islam?
Jawab: Mereka berbeza hanya dari segi furuk sahaja tidak pada usul. Semua mazhab menjadikan al-Quran sebagai sumber pengambilan hukum yang pertama. Dan al-Sunnah sebagai yang kedua. Dan dua perkara lagi yang mereka sepakati sebagai sumber hukum iaitu ijma’ dan qiyas. Selepas itu, mereka berbeza. Berikut ini adalah sumber pengambilan hukum dari 4 mazhab:
Mazhab Hanafi:
1. Al-Quran
2. Sunnah dan athar sahih yang masyhur di kalangan ulamak.
3. Fatwa2 sahabat
4. Qiyas
5. Istihsan
6. Adat dan `uruf masyarakat
Mazhab Maliki:
1. Al-Quran
2. Sunnah
3. Amalan ulamak Madinah (ijmak ahli Madinah)
4. Qiyas
5. Mashlahah mursalah / Ishtishab
Mazhab Syafi’I
1. Al-Quran
2. Sunnah
3. Ijma’
4. Qiyas
5. Istidlal
Mazhab Hanbali
1. Al-Quran
2. Sunnah
3. Fatwa-fatwa sahabat
4. Fatwa sahabat yang terdekat dengan al-Quran dan Sunnah
5. Hadis Mursal dan Dha’if
6. Qiyas
Di atas adalah perbezaan pengambilan sumber hukum antara mazhab-mazhab. Perbezaan ini bukanlah pada dasarnya.
Dasar yang mereka sepakati adalah al-Quran dan Sunnah, sedangkan sumber-sumber lain tidak kira apa sekalipun, mestilah tidak lari dari prinsip-prinsip yang telah digariskan oleh al-Quran.
Untuk rujukan lanjut, saya cadangkan agar saudara/ri merujuk buku-buku Usul fikah. Di sini saudara/ri akan didedahkan dengan pembahasan mengenainya dengan lebih luas lagi. Dan, buku-buku Usul Fikah sudah ada yang ditulis atau diterjemahkan di dalam bahasa Melayu.
Perbezaan di dalam furu’ fikah… Terlalu banyak sekali. Antaranya ialah yang sedang kita bincangkan sekarang ini. Namun ia hanyalah perbedaan dari sudut cabang sahaja bukan sudut dasar.
Sebagai contoh, ayat al-Quran: “Atau jika kamu (lelaki) menyentuh (laamastum) perempuan.” (al-Maidah:6)
Dalam ayat ini, mana yang dasar dan mana yang furu’?
Dasarnya ialah -> Semua mazhab bersepakat mengatakan bahawa ayat di atas adalah mengenai menyentuh perempuan batal wudhuk.
Furu’nya ialah -> Sentuh yang bagaimana? Apakah maksud `sentuh’ itu jimak atau semata-mata sentuh atau sentuh dengan syahwat atau bagaimana? Mereka berbeda pendapat dalam menafsirkan masalah `sentuh’. Nanti dalam menafsirkan lafaz `sentuh’, mereka menggunakan hadis-hadis Rasulullah s.a.w.
Inilah juga yang dinamakan sebagai: Dalil qath’I sedangkan dilalahnya zhanni.
Iaitu dalilnya qath’I sebab ia adalah ayat al-Quran. Satu dalil yang memang benar-benar kuat. 100% perlu diyakini. Sedangkan dilalahnya zhanni.
Dilalah ialah -> Ayat ini menunjukkan atas hukum apa? Atau apa yang ditunjuk oleh ayat ini? Atau ayat ini menunjukkan maksud apa? Zhanni kerana ia masih perlu dibahas dan diselidiki penafsirannya.
Perselisihan begini adalah lumrah dan mesti berlaku. Ia juga menunjukkan betapa luasnya feqh Islami. Betapa bijaksananya Allah Taala di dalam hukumNya. Betapa tidak terjangkaunya ilmu manusia terhadap apa yang Allah ada.
Itulah dia bukti keagungan al-Quran. Keindahan sastera al-Quran. Kerana al-Quran bukanlah suratkhabar atau majalah. Al-Quran adalah Kalam Allah yang Qadim. Mukjizat yang terus hidup hingga ke hari ini. Kitab perundangan yang sesuai pada setiap zaman.
http://soaljawab.wordpress.com/2007/07/05/sentuh-pmpuan-batal-wudhu-atau-tidak/
Sahanizam bin Yusof berkata
Saya ingin tanya apakah status adik beradik tiri/adik beradik kandung/persaudaraan berikut.
1. Satu ibu berlainan bapa.
2. Satu bapa berlainan ibu.
3. Untuk jadi wali bapa saudara sebelah ibu atau sebelah bapa.
mohd masri berkata
Assalamualaikum wbt.
Jawapan untuk soalan 1 dan 2, mereka ialah MAHRAM. Boleh baca detil di sini
http://soaljawab.wordpress.com/2007/04/27/kekeliruan-tentang-mahram/
zul berkata
Assalammualaikum WBT..
Ustaz,,saya nak bertanya. Saya duduk kat negara orang yang tiada orang islam (pendek kate tak ade Mesjid kat tempat saya tinggal ni.
1.Apa hukum, apa bila orang Islam itu tidak solat Jumat selama tiga kali berturut-turut…..?
2.Saya tidak solat jumat di sebabkan perkara yang kat atas tu,,harap Ustaz dapat bagi keterangan pada saya..
kalau Ustaz sudi tolong Add lah ym sy Laksamana17@yahoo.dk
Terima kasih Ustaz
Wasalam
Assalamualaikum wbt.
Saudara boleh mendirikan solat Jumaat walau hanya dengan 2-3 orang Muslim. Sila baca di sini
http://soaljawab.wordpress.com/2008/02/18/solat-jumaat-di-tempat-kerja/
man berkata
asslmlkm..
sy tahu bahawa melakukan hubungan seks walaupun pada kadar yg ringan dengan kekasih sblm berkhwin adalah berdosa dan haram hukumnya.
soalan sy..adakah dosa yg telah dikakukan itu boleh ditebus andai kita berkahwin dgn kekasih kita itu di kemudian hari..sekian..
Assalamualaikum wbt,
saudara perlu bertaubat. Bukanlah syarat taubat perlu berkahwin dengan pasangan itu, bertaubat dan carilah pasangan yang beragama.
tajudin berkata
A’kum, saya ni ahli kelab sukan yg menggunakan peralatan. Pada suatu hari salah seorang ahli telah membawa bersamanya anjing lalu anjing itu telah benjilat beberapa peralatan sukan yang perlu dipegang oleh kami semasa bersukan. Lalu saya was was bagaimana saya hendak menggunakan peralatan itu lagi. Jika saya memegang peralatan itu, sudah tentu zat2 air liur anjing itu akan kena pada tangan dan kemudian ke seluruh badan dan pakaian saya serta barang2 peribadi yg lain, cthnya ketika mengelap peluh, memegang stering ketika memandu kereta, memegang handset dan sebagainya. Apakah ada kelonggaran dalam islam untuk masalah seperti ini? Bagaimana nk selesaikan masalah ini kerana sy memang meminati sukan ini dan satu2 org islam yg aktif dan berpotensi tinggi dlm kelab sukan ini.
Assalamualaikum wbt.
Yang perlu disamak dengan air tanah sebanyak 7 kali ialah tempat yang dijilat. Persoalan kita sudah sentuh bekas jilatan itu tiada kaitan, dan tidak perlu samak stereng semua. Ia adalah perkara yang tidak disyariatkan.
al-bakri musa berkata
Assalamualaikum..
Soalan saya ringkas sahaja.Adakah saya boleh berkahwin dengan adik ipar bapak saudara saya sendiri????saya amat b’harap agar jawapan yg akan dberikan adalah tepat & tidak dragui.
Assalamualaikum wbt.
Ya tiada masalah kerana dia bukan mahram. Sila search bab mahram.
pening berkata
senang cerite mcm ni la….
ok, kalau kita masa kecik2 dlu, bygkn kita ni adalah lelaki, then, kita pun hisap susu mak kita. (mak, haram untuk di nikahi , bkn??)
skrg, kita tengok pula pada isteri. isteri boleh kita nikahi sebab dia BUKAN MUHrim. ((*halal tuk dinikahi..)
dan sekarang ni, bila kita telan susu isteri sebelum anak kita mencapai umo 2 tahun, bermakna HARAM hkumnya. kerana…kita buat isteri tu menyamai ‘ibu’. bab ni jgn buat main, kerana pertalian antara suami-isteri boleh AUTOMATIK TERCERAI WLAUPN TAK SENGAJA. itu yg dikatakan, isteri tu x halal bg kita.
ramai org islam zaman kita nie tak tahu…kalau kita tanya laki2, dorg ckp ‘boleh’. dorg ckp mcm 2 sbb x tahan dek nafsu nk hisap susu isteri.(nafsu memuncak lelaki mmg mcm 2….)
-pening-
http://affiliate-profit-strategy.blogspot.com
p/s: kalau anda nak tahu, TERlalu ramai & sgt2 ramai para suami x tahu hukum suami minum susu isteri. harap para suami timba ilmu agama lebih bnyk lg….
Assalamualaikum wbt.
Anda baca atau tidak posting di atas? Sesuka hati je keluar hukum kata suami tak boleh hisap susu isteri sebab nanti jadi anak susuan. Lepas tu siap kata pula ramai orang jahil tak reti hukum.