DIkirim oleh mohd masri di Mac 25, 2008
Khulu’ Cerai Ataukah Faskh?
Oleh
Ustadz Kholid Syamhudi
Syariat Islam menjadikan Al-Khulu’ (tuntutan cerai) sebagai satu alternatif penyelesaian konflik rumah tangga jika konflik itu tidak dapat diselesaikan dengan baik-baik. Lalu bagaimana status Al-Khulu’ bila telah ditetapkan? Cerai ataukah faskh (pembatalan akad nikah).
Dalam masalah ini, para ulama berselisih pendapat dalam tiga pandangan.
Pendapat Pertama : Al-Khulu adalah thalak bain, dan ini merupakan pendapat madzhab Abu Hanifah, Malik dan Syafi’i dalam qaul jadid.
Pendapat Kedua : Menyatakan, Al-Khulu adalah thalak raj’i, dan inilah pendapat Ibnu Hazm.
Pendapat ketiga : Menyatakan, Al-Khulu adalah faskh (penghapusan akad nikah) dan bukan thalak. Pendapat ketiga ini merupakan pendapat Ibnu Abbas, Asy-Syafi’i, Ishaq bin Rahuyah dan Dawud Azh-Zhahiri(1). Begitu pula zhahir madzhab Ahmad bin Hanbal dan majoriti ahli fiqih yang muhadits (Fuqaha Al-Hadits). Baca baki entri ini »
Dikirim dalam Perkahwinan | Leave a Comment »
DIkirim oleh mohd masri di Mac 25, 2008
Al-Khulu’, Tuntutan Cerai Dalam Islam
Oleh
Ustadz Kholid Syamhudi
Sakinah, mawaddah dan kasih sayang adalah asas dan tujuan disyariatkannya pernikahan dan pembentukan rumah tangga. Dijelaskan dalam firman Allah Subhanahu wa Ta’ala.
“Dan di antara tanda-tanda kekuasan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir” (Ar-Rum : 21).
Namun kenyataannya banyak terjadi dalam kehidupan berkeluarga timbul masalah-masalah yang mendorong seorang isteri melakukan permintaan cerai dengan segala alasan. Fenomena ini banyak terjadi dalam media massa, sehingga diketahui khalayak ramai. Yang pantas disayangkan, mereka tidak segan-segan membuka rahsia rumah tangga, hanya sekadar untuk boleh memenangkan tuntutan cerai,. Padahal, semestinya persoalan tuntutan cerai ini harus dikembalikan kepada agama, dan menimbangnya dengan Islam. Dengan demikian, kita semua dapat ber-Islam dengan kaffah (sempurna dan menyeluruh). Baca baki entri ini »
Dikirim dalam Perkahwinan | Leave a Comment »
DIkirim oleh mohd masri di Mac 25, 2008
Kematian Bayi Kerana Kesalahan Dan Kelalaian Ibunya
Oleh
Syaikh Muhammad bin Ibrahim
Pertanyaan.
Syaikh Muhammad bin Ibrahim ditanya : Ada seorang wanita tidur di biliknya bersama anak perempuannya yang masih kecil, tidak dalam keadaan sakit. Ketika bangun dia mendapati anak perempuannya sudah meninggal. Dan wanita itu tidak mengetahui sebab-sebab kematiannya. Apa yang harus ditanggungnya? Baca baki entri ini »
Dikirim dalam ibu bapa | Leave a Comment »
DIkirim oleh mohd masri di Mac 25, 2008
Memilih Haji Sunnah Ataukah Sedekah Untuk Membiayai Para Pejuang
Oleh
Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz
Pertanyaan
Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz ditanya : Bagi orang yang telah melaksanakan haji dan dia mampu pergi haji lagi, apakah cukup bagi dia sebagai ganti dari haji untuk yang kedua kalinya dengan cara menginfakkan dana hajinya kepada orang-orang yang berjihad pada jalan Allah di Afghanistan, di mana haji yang kedua hukumnya sunat sedangkan memberikan bantuan untuk jihad wajib? Mohon penjelasan, semoga Allah memberikan balasan kepada anda atas perhatian anda kepada kaum muslimin dengan sebaik-baik balasan. Baca baki entri ini »
Dikirim dalam Sedeqah, haji, zakat | Leave a Comment »