Koleksi Soal Jawab Agama

Weblog Ini Adalah Weblog Khas Untuk Soal Jawab Agama

Arkib bagi Bulan Februari 2008

Menjaga Lidah

DIkirim oleh mohd masri di Februari 27, 2008

Ustaz Abdul Kadir Bin Sahak

 

Sesungguhnya persoalan memelihara lidah adalah satu persoalan besar yang sering diabaikan oleh kebanyakan orang. Ramai yang boleh memelihara diri dari terjebak ke lembah arak dan zina umpamanya. Namun amat kurang yang berjaya memelihara lidah dengan baik. Ramai yang berasa gerun untuk melakukan dosa dan maksiat yang lain, namun amat kurang orang yang berasa gerun apabila dia tidak memelihara lidahnya.

Sedarkah kita, lidah yang tidak dipelihara dengan baik boleh menjadi sebab kita dimurkai oleh Allah swt, dan dengan lidah itu juga kita boleh memperoleh redha daripadaNya. Oleh yang demikian, memelihara lidah mesti dijadikan antara perkara utama yang perlu diberi perhatian. Entah betapa banyak perkelahian, pertelingkahan dan suasana yang porak peranda di dalam masyarakat berpunca daripada lidah yang tidak dipelihara. Kerana itu di dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam kitabnya al-Muwatto’ Nabi saw bersabda: Baca baki entri ini »

Dikirim dalam adab | Leave a Comment »

Kubur Muslim campur kubur bukan Islam

DIkirim oleh mohd masri di Februari 24, 2008

Salam

Harap Ustaz dapat membantu…

Saya menerima satu emel berkenaan satu kawasan perkuburan (somewhere in Indonesia) yg bercampur didalam satu kawasan itu antara kubur org Islam dan org kafir. Adakah perkara ini dibenarkan didalam Islam?

Syukran.
JKK.

jawapan: Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Jenazah | Leave a Comment »

Mencuci pakaian bernajis dengan washing machine

DIkirim oleh mohd masri di Februari 24, 2008

Salam
berkenaan membasuh baju guna mesin basuh, ada orang kata jika pakaian yang hendak dibasuh ada terkena najis seperti air mazi atau apa-apa saja, maka kita kena basuh dahulu sehingga najis tu hilang. lepas tu, baru boleh basuh dalam mesin basuh bersama baju-baju lain yang tiada najis padanya.
kalau tak buat macam tu, semua baju lain akan kena najis tu.

bagaimana pendapat ustaz? adakah ini disandarkan pada pandangan imam syafi’e bahawa air musta’mal itu tidak menyucikan? bagaimana pendapat mazhab lain pula?

sekian, jazakumullah

jawapan: Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Najis, Pakaian | 2 Komen »

Menceritakan keburukan calon suami/isteri

DIkirim oleh mohd masri di Februari 24, 2008

Salam

Dalam satu ceramah baru2 ni, saya ada mendengar satu hadis yg saya tidak dapat kemukakan matannya secara tepat, cuma saya nyatakan secara butiran yang dapat saya ingat. Penceramah ada menyatakan bahawa suatu ketika seorang sahabat wanita RA (tak ingat nama) datang berjumpa dengan Rasulullah SAW bertanya tentang 2 orang sahabat RA melamar beliau. Penceramah ada menyebut bernama Mu’awiyah dan Abu Huzaifah.

Rasulullah SAW menyatakan kepada wanita tersebut untuk menolak lamaran tersebut dan mengatakan Abu Huzaifah adalah seorang yang memukul perempuan dan Mu’awiyah pula saya tak berapa jelas tapi perkataan penceramah tersebut sesuatu yang tidak elok jugak tentang Mu’awiyah.

Saya jadi musykil, sebab ia melibatkan 2 orang sahabat besar, lebih2 lagi Mu’awiyah. Penceramah tersebut kemukakan hadis ini sebagai dalil bahawa harus untuk menyebut keburukan orang lain sekiranya untuk kebaikan dan maslahat umum.

Saya pohon penjelasan tentang hadis tersebut.

Saya mohon keampunan ALLAH kalau saya silap.

jawapan: Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Perkahwinan | Leave a Comment »

Siapakah Mariatul Qibtiah?

DIkirim oleh mohd masri di Februari 20, 2008

Siapakah Maria al-Qibtiyya ( مارية القبطية)?
Adakah dia termasuk salah satu isteri Rasullullah saw yanr melahrikan anak yang bernama Ibrahim?
Ada kitab yang menyenaraikan dia sebagai hamba sahay Rasullullah saw?

jawapan: Baca baki entri ini »

Dikirim dalam sirah | 1 Komen »

Mangsa Rogol Gugurkan Bayi? Bolehke?

DIkirim oleh mohd masri di Februari 20, 2008

Assalamualaikum…

Hari tu saye ada terbaca dlm surat khabar..ada 1 artikel yg tulis Fatwa Al-azhar tentang perempuan kene rogol harus gugur kandungan..

dibawah ni soal jawab dalam utusan.(6/1/2008)

SOALAN: ADAKAH benar fatwa yang mengatakan bahawa wanita yang dirogol harus menggugurkan kandungannya? Tidakkah perbuatan tersebut dilarang oleh agama? Baca baki entri ini »

Dikirim dalam ibu bapa, seks | Leave a Comment »

Masalah keputihan, macam mana nak solat?

DIkirim oleh mohd masri di Februari 18, 2008

assalamualaikum…

sekiranya slps habis menunaikan solat… kita dapati terdapat cecair keputihan… tetapi tidak menyedari cecair tersebut keluar ketika solat… adakah perlu bg kita utk mengulangi solat kita…?

sekiranya kita menyedari cecair tersebut keluar ketika solat.. adakah perlu utk kita berhenti solat dan berwudhu’ semula…?

jawapan:

Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Bersuci, Wanita, solat | 5 Komen »

Apa yang perlu dilakukan oleh seseorang yang hanya sempat bertasyahud di dalam solat Jumaat.

DIkirim oleh mohd masri di Februari 18, 2008

Apa yang perlu dilakukan oleh seseorang yang hanya sempat bertasyahud di dalam solat Jumaat.

Soalan:

Apakah yang perlu dilakukan oleh seorang yang tidak sempat untuk solat Jumaat ( kerana datang lewat) kecuali hanya sempat bertasyahud sahaja?

Bagaimana pula keadaannya seorang yang tidak dapat hadir atau datang lewat ini disebabkan oleh sebab-sebab yang diluar batas kemampuannya seperti kenderaan yang dinaikinya rosak. Apakah dia berdosa atau tidak? Apakah juga dia akan terlepas dan tidak dapat segala ganjaran pahala dan waktu yang akan dimakbulkan doa dan sebagainya yang sepatutnya dia boleh perolehi?

Jawapan: Baca baki entri ini »

Dikirim dalam solat jemaah, solat jumaat | 1 Komen »

Wujudkah solat sunat qabliah Jumaat

DIkirim oleh mohd masri di Februari 18, 2008

Tidak ada solat sunat sebelum (qabliah) Jumaat.

Soalan:

Adakah ada solat sunat sebelum (qabliah) sembahyang Jumaat?

Jawapan: Baca baki entri ini »

Dikirim dalam solat jumaat, solat sunat | Leave a Comment »

Solat Jumaat di tempat kerja

DIkirim oleh mohd masri di Februari 18, 2008

Sembahyang Jumaat di tempat kerja.

Soalan:

Majikan kami telah menyediakan satu bilik kecil di tempat kerja untuk sembahyang, dan kami seramai empat orang selalu menunaikan sembahyang Zohor dan Asar di dalam bilik tersebut. Soalannya, adakah kami dibolehkan oleh syara’ untuk menunaikan solat Jumaat di dalam bilik tersebut dengan anggapan bahawa kami tiada pilihan lain lagi dan tidak ada orang lain yang mendirikan sembahyang Jumaat di dalam bilik ini?

Jawapan: Baca baki entri ini »

Dikirim dalam solat jumaat | Leave a Comment »