Wajib ke tanam uri bayi tu?
DIkirim oleh mohd masri di Januari 19, 2008
Assalamuallaikum wr. wb.
Pak, Ustaz,
saya mahu bertanyakan tata cara menguburkan uri bayi secara syar’i. Mohon perinciannya Ustaz, ini kerana isteri saya sebentar lagi akan melahirkan anak kami yang pertama.
Waallaikumsalam wr. wb..
Alfari
Jawapan
Assalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Tidak ada aturan dalam syariah Islam tentang menguburkan uri bayi. Sedangkan kepercayaan bahawa uri mesti diuruskan dengan cara tertentu, kerana berpengaruh kepada bayi, hanyalah kepercayaan kosong yang tidak ada dasarnya dalam syariah.
Kala kepercayaan ini diteruskan, pelakunya boleh terjerumus ke dalam lembah syirik. Risikonya tentu sangat besar, kerana orang yang mati dalam keadaaan syirik, dosa-dsoa yang dibawa mati tidak akan diampuni.
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.(QS. An-Nisa’: 48)
Kerana itu jangan sampai iman kita gugur hanya kerana kepercayaan salah tentang uri bayi. Cukup dibuang atau dikubur dengan niat agar kalau membusuk, tidak membahayakan manusia. Sama halnya dengan mengubur bangkai, perlu dikubur bukan kerana takut bangkai itu menjelma menjadi syaitan, tetapi agar tidak terjadi pencemaran.
Cara yang paling aman dan mudah adalah dengan menguburnya di dalam tanah. Demikian juga uri, boleh hukumnya untuk dikuburkan di dalam tanah. Tapi haram hukumnya kalau diikuti dengan beragam kepercayaan terhadap mitos-mitos tertentu tentang uri bayi itu.
Wallau a’lam bishshawab, wassalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Ahmad Sarwat, Lc.
http://www.eramuslim.com/ustadz/thr/6905110929-cara-menguburkan-tembuni-ari-ari-secara-syar039i.htm

daelia berkata
Assalamuallaikum wr. wb.
Pak, Ustaz,
Teman kenalan saya(lelaki)dia bertindik..saya bertanya pada dia kenapa kamu bertindik..jawabnya aku bertindik bersebab katanya Mak angkat dia kata kalau anak nie dah benar nanti akan jadi nakal atau tidak dengar kata…kalau kau tak nie berlaku antara salah seorang kamu harus bertindik..Soalan saya Apakah betul amalan nie dalam agama islam…
Waallaikumsalam wr. wb..
daelia
aslm wbt
ia adalah satu kepercayaan dan karut dan boleh merosakkan akidah.
Aswad berkata
Assalammualaikum ustaz,
Ada yang kata uri ini kawan main pada bayi , menurut mereka kita selalu melihat bayi ketawa,senyum dan itu dikatakan mereka sedang senyum dan ketawa pada uri mereka.Apa pendapat ustaz tentang kenyataan ini, bagi saya ianya tak masuk akal langsung dan ianya bercanggah dengan ajaran Islam yg di bawa oleh Nabi S.A.W.
Boleh tak ustaz berikat langkah2 menanamnya dengan lebih terperinci cth:sekadar basuh dan tanam dikawasan bersesuaian atau bagaimana ?
Assalamualaikum wbt.
Ia adalah satu kepercayaan yang karut marut dan bercanggah dengan ajaran Islam. Mereka yang mempercayainya hendaklah bertaubat.
Sudah dikatakan menanam uri tiada kaitan dengan ajaran agama, maka sudah pastilah tiada tatacara bagaimana mahu menanamnya. Maka lakukanlah apa yang patut untuk menjaga kebersihan, sama ada tanam, bakar dan lain-lain, dan jauhi kepercayaan karut yang merosakkan akidah umat Islam.
hambaNya berkata
sy y jahil telah membuang tanpa menanamnya..
setelah mengetahui cara2 y btol dan mengetahui ianya salah..
sy telah cuba mencari sedaya upaya tetapi x berhasil..
ustaz..tolong sy…sy takut bayi sy xboleh tdo & macam2 y akan terjadi terhadap bayi sy ini spt kata org2 tua…
apa y patut sy bt?
sy berasa bersalah dan x tenteram…
Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.
Sebagaimana yang disebut di atas, bahawa Islam tidak ada menspesifikkan bagaimana mahu menguruskan uri.
Jadi saudara tidak melakukan apa-apa kesalahan, bahkan upcara-upacara yang diamalkan sekarang dalam menanam uri adalah mengarut dan mengandungi kepercayaan khurafat. bersyukurlah kerana saudara tidak terlibat dalam upacara-upacaran khurafat ini.
hambaNya berkata
apa kesannya terhadap bayi itu ustaz???
sy btol2 xtenteram….
boleh x ustaz memeberi cadangan kepada sy…
Tidak ada apa-apa kesan. Itu semua kepercayaan karut dan boleh membawa kepada syirik. Sebagai umat Islam kita mesti menjauhi kepercayaan karut marut.