Penukaran Nama Bapa Kepada Abdullah[1]
Oleh:
Abd. Rasyid Bin Idris @ Adir
Presiden Institut al-Qayyim
الحَمْدُ ِللهِ نَحمَدُهُ وَنَستَعِينُهُ وَنَستَهدِيهِ وَنَستَغفِرُهُ، وَنَعُوذُ بِاللهِ مِن شُرُورِ أَنفُسِنَا وَسَيِّئَاتِ أَعمَالِنَا، مَن يَهدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ، وَمَن يُضلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ، أَشهَدُ أَن لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، وَأَشهَدُ أَنَّ مُحَمَّداً عَبدُهُ وَرَسُولُهُ، اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجمَعِينَ، أَمَّا بَعدُ.
Pendahuluan
Islam adalah agama rahmat untuk seluruh alam. Islam tidak dimonopoli oleh satu-satu bangsa dan ia juga mengenepikan mana-mana bangsa daripada menerimanya. Sungguhpun Rasulullah S.A.W berbangsa Arab, namun sejak hari Islam tersebar ia telah diterima oleh manusia berbilang bangsa dari seluruh pelosok dunia. Umat Islam dituntut menyebarkan Islam agar dapat dianuti dan diterima oleh manusia sejagat.
Umat Islam adalah bersaudara tidak kira di mana dia berada. Umat Islam diikat jiwanya antara satu sama lain melalui kalimah syahadatain. Ikatan ini melangkaui semua jenis ikatan persaudaraan. Namun itu bukan bererti Islam menafikan pertalian darah dan keturunan. Dari sudut kemanusiaan, seseorang yang memeluk Islam tidak putus hubungan kekeluargaan dengan saudara maranya yang masih belum Islam lebih-lebih lagi ibu dan bapanya. Masih ada tanggungjawab kekeluargaan yang perlu dilunaskan selama mana ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Inilah intipati ajaran yang terkandung di dalam firman Allah ‘azza wa jalla:
Terjemahan: “Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan dengan-Ku sesuatu yang engkau tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taati mereka; dan bergaullah dengan mereka di dunia secara baik. Dan turutilah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepada-Ku (dengan Tauhid dan amal-amal soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semua, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.”
(Luqman:15)
Pernyataan Masalah
Islam di Malaysia sering dikaitkan dengan bangsa Melayu. Takrif ‘Melayu’ menurut perlembagaan Malaysia sendiri, turut memasukkan unsur agama Islam sebagai anutan bangsa Melayu. Namun begitu kemasukan orang-orang bukan Melayu ke dalam agama Islam di Malaysia bukanlah perkara baru. Justeru tanggapan sebilangan manusia yang menghadkan Islam hanya kepada Melayu adalah tidak tepat, bercanggah dengan sifat Islam yang universal. Ia juga bercanggah dengan realiti. Istilah ‘masuk Melayu’ sering dikaitkan dengan mereka yang memeluk agama Islam. Ini menimbulkan perasaan kurang senang sebahagian masyarakat bukan Melayu dan juga mengakibatkan salah tangapan di kalangan umat Islam Melayu sendiri.
Antara isu yang berkaitan dengan ‘masuk Melayu’ ialah perubahan pada budaya, cara hidup dan berpakaian serta adat resam[2]. Ini membawa tanggapan bahawa apabila seseorang itu memeluk Islam @ ‘masuk Melayu’ bermakna dia mestilah mengorbankan segala-galanya termasuk hubungan kekeluargaan. Akibat buruk daripada salah faham ini, masyarakat bukan Melayu sangat bimbang dan takut jika ada di kalangan keluarga mereka yang memeluk Islam. Kebimbangannya ialah kalau-kalau ahli keluarga tersebut akan ‘membuang’ keluarga yang sekian lama menyayanginya semata-mata agama yang baru dianutinya.
Fenomena ini mungkin cuba dinafikan oleh sebilangan orang. Tetapi perasaan itu memang wujud lebih-lebih lagi mereka yang memeluk Islam menukar nama asal mereka kepada nama baru yang bersifat ‘Melayu’. Lebih menakutkan apabila nama bapa kandung yang memeliharanya semasa kecil, membiayai kehidupan dan pelajarannya juga turut diubah kepada nama baru yang tiada kena mengena dengan dirinya. Seorang muallaf lazimnya akan menukarkan namanya kepada nama baru dan di‘bin’kan kepada Abdullah. Rata-rata saudara baru menerima tekanan daripada keluarga akibat tindakan menukar nama bapa mereka kepada Abdullah. Siapa Abdullah? Kenapa Abdullah? Baca baki entri ini »
