Penulis: Ummu Ishaq Al Atsariyah
Bolehkah Wanita Haid Berdzikir Kepada Allah Dan Membaca Al Qur’an?
Al Imam Bukhari dalam Shahih-nya (nombor 971) meriwayatkan dengan sanadnya sampai kepada Ummu Athiyah radhiallahu ‘anha, dia berkata :
“Kami dulunya diperintah untuk keluar (ke lapangan shalat Ied, pent.) pada Hari Raya sampai-sampai kami mengeluarkan gadis dari pingitannya dan wanita-wanita haid. Mereka ini berada di belakang orang-orang (yang shalat), mereka bertakbir dan berdo’a dengan takbir dan doanya orang-orang yang hadir. Mereka mengharapkan berkah hari tersebut dan kesuciannya.” (Diriwayatkan juga oleh Muslim nombor 10 : Shalat Iedain’)
Aisyah radhiallahu ‘anha berkata : “Aku datang ke Makkah dalam keadaan haid. Dan aku belum sempat Thawaf di Ka’bah dan Sa’i antara Shafa dan Marwah. Maka aku adukan hal itu kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam, beliau bersabda :
“Perbuatlah sebagaimana yang dilakukan seorang yang berhaji, hanya saja jangan engkau Thawaf di Ka’bah sehingga engkau suci (daripada haid).” (HR. Bukhari nombor 1650 dan Muslim nombor 120/ Kitab Al Hajj)
Dua hadits di atas memberi faedah bahawa wanita haid disyariatkan untuk berdzikir kepada Allah Ta’ala, dan Al Qur’an termasuk dzikir sebagaimana Allah berfirman :
“Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Adz Dzikir (Al Qur’an) dan Kami-lah yang akan menjaganya.” (Al Hijr : 9)
Apabila seorang yang berhaji dibolehkan membaca Al Qur’an maka demikian pula bagi wanita haid, kerana yang dikecualikan dalam larangan Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam kepada Aisyah yang sedang haid hanyalah Thawaf. Baca baki entri ini »
