Koleksi Soal Jawab Agama

Weblog Ini Adalah Weblog Khas Untuk Soal Jawab Agama

Arkib bagi Hari 8 Disember 2007

sunnah-sunnah di bulan zulhijjah

DIkirim oleh mohd masri di Disember 8, 2007

Sunnah-sunnah di bulan zulhijjah

 

1)      Berpuasa sunnah pada 9 Dzul Hijjah

كان رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم يصوم تسع ذي الحجة، ويوم عاشوراء، وثلاثة أيام من كل شهر: أول اثنين من الشهر والخميس.

 

 “Adalah Rasūlullâh Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam berpuasa pada 9 Dzulhijjah, hari ‘Asyurâ`, tiga hari pada setiap bulan, Isnin pertama setiap bulan dan Khamis.” (HR Abū

Dâwud dan an-Nasâ`î, di nilai Sahih oleh Shaikh al-Albani).

 

Dari Abî Qotâdah radhiyallâhu ‘anhu, Rasūlullâh Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam bersabda :

صيام يوم عرفة، أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله. والسنة التي بعده

 

“Puasa Arafah, saya mengharapkan kepada Allah agar mengampuni dosa setahun sebelumnya dan setahun setelahnya…” (HR Muslim) Baca baki entri ini »

Dikirim dalam hari raya, korban | Leave a Comment »

Keutamaan Bulan Zulhijjah

DIkirim oleh mohd masri di Disember 8, 2007

Keutamaan Bulan Zulhijjah

1) Bulan Yang Tidak Memilik Kekurangan

(شهران لا ينقصان، شهرا عيد: رمضان وذو الحجة)

.

Dari Abî Bakrah radhiyallâhu ‘anhu, dari Nabî Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam beliau bersabda : “Dua bulan yang tidak memiliki kekurangan, adalah bulan ‘îd :Ramadhân dan Dzul Hijjah.” (Muttafaq ‘alaihi). Baca baki entri ini »

Dikirim dalam hari raya | Leave a Comment »

Hukum Lelaki Pakai Gelang Untuk Perubatan?

DIkirim oleh mohd masri di Disember 8, 2007

Ustaz Abdul Kadir bin Sahak

Benarkan Islam melarang berubat dengan memakai gelang? Ada sebahagian orang yang mendakwa Nabi saw melarang berubat dengan memamai gelang berdasarkan hadith riwayat Ahmad bahawa Rasulullah s.a.w. telah melihat di pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan, Apakah bendanya ini?” Lelaki itu berkata: “Ia adalah gelang perubatan, buangkan benda itu dari diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya selama-lamanya.” (Hadith Sohih yang ke-19,885 riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya)

Jawapan: Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Perhiasan, perubatan | 7 Komen »

MENJUAL KULIT BINATANG KORBAN?

DIkirim oleh mohd masri di Disember 8, 2007

MENJUAL KULIT BINATANG KORBAN?

Oleh
Ustadz Muslim Al-Atsari

Menyembelih binatang korban merupakan ibadah agung yang dilakukan umat Islam setiap tahun pada hari raya korban.

Orang yang menyembelih binatang korban, boleh memanfaatkannya untuk memakan sebahagian daging darinya, menshadaqahkan sebahagian darinya kepada orang-orang miskin, menyimpan sebahagian dagingnya, dan memanfaatkan yang dapat dimanfaatkan, misalnya ; kulitnya untuk qirbah (bekas air) dan sebagainya.

Dalil hal-hal di atas adalah hadits-hadits di bawah ini.

“Ertinya : Dari Salamah bin Al-Akwa Radhiyallahu ‘anhu, dia berkata : “Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Barangsiapa di antara kamu menyembelih korban, maka janganlah ada daging korban yang masih tersisa dalam rumahnya setelah hari ketiga”. Tatkala pada tahun berikutnya, para sahabat bertanya : “Wahai, Rasulullah! Apakah kita akan melakukan sebagaimana yang telah kita lakukan pada tahun lalu?” Beliau menjawab : “Makanlah, berilah makan, dan simpanlah,. Ini kerana sesungguhnya tahun yang lalu, menusia tertimpa kesusahan maka aku menghendaki agar kamu menolong (mereka) padanya (kesusahan itu). (HR Bukhari no. 569, Muslim, no, 1974)

Perintah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam : ‘Makanlah, berilah makan, dan simpanlah’, bukan menunjukkan kewajipan, tetapi menunjukkan kebolehan. Ini Kerana perintah ini datangnya setelah larangan, sehingga hukumnya kembali kepada sebelumnya. (Lihat juga Fathul Bari, penjelasan hadits no. 5.569)

Dari hadits ini kita mengetahui, bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah melarang memakan daging korban lebih daripada tiga hari. Hal itu agar umat Islam pada waktu itu menshadaqahkan lebihan daging korban yang ada. Namun larangan itu kemudian dihapuskan. Dalam hadits lain. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan tegas menghapuskan larangan tersebut dan menyebutkan sebabnya. Beliau bersabda.

“Ertinya ; Dahulu aku melarang kamu dari daging korban lebih dari tiga hari, agar orang yang memiliki kecukupan memberikan keluasan kepada orang yang tidak memiliki kecukupan. Namun (sekarang), makanlah semahu kamu, berilah makan, dan simpanlah” (HR Tirmidzi no. 1510, dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani)

Setelah meriwayatkan hadits ini, Imam Tirmidzi rahimahullah berkata. :“ Pengamalan hadits ini dilakukan oleh ulama daripada kalangan para sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan selain mereka”. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam hari raya, korban | Leave a Comment »