Koleksi Soal Jawab Agama

Weblog Ini Adalah Weblog Khas Untuk Soal Jawab Agama

Arkib bagi Bulan Disember 2007

Perlukah Menukar Nama Bapa Apabila Memeluk Islam

DIkirim oleh mohd masri di Disember 31, 2007

Penukaran Nama Bapa Kepada Abdullah[1]

Oleh:

Abd. Rasyid Bin Idris @ Adir

Presiden Institut al-Qayyim

 

الحَمْدُ ِللهِ نَحمَدُهُ وَنَستَعِينُهُ وَنَستَهدِيهِ وَنَستَغفِرُهُ، وَنَعُوذُ بِاللهِ مِن شُرُورِ أَنفُسِنَا وَسَيِّئَاتِ أَعمَالِنَا، مَن يَهدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ، وَمَن يُضلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ، أَشهَدُ أَن لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، وَأَشهَدُ أَنَّ مُحَمَّداً عَبدُهُ وَرَسُولُهُ، اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجمَعِينَ، أَمَّا بَعدُ.

 

Pendahuluan

            Islam adalah agama rahmat untuk seluruh alam. Islam tidak dimonopoli oleh satu-satu bangsa dan ia juga mengenepikan mana-mana bangsa daripada menerimanya. Sungguhpun Rasulullah S.A.W berbangsa Arab, namun sejak hari Islam tersebar ia telah diterima oleh manusia berbilang bangsa dari seluruh pelosok dunia. Umat Islam dituntut menyebarkan Islam agar dapat dianuti dan diterima oleh manusia sejagat.

            Umat Islam adalah bersaudara tidak kira di mana dia berada. Umat Islam diikat jiwanya antara satu sama lain melalui kalimah syahadatain. Ikatan ini melangkaui semua jenis ikatan persaudaraan. Namun itu bukan bererti Islam menafikan pertalian darah dan keturunan. Dari sudut kemanusiaan, seseorang yang memeluk Islam tidak putus hubungan kekeluargaan dengan saudara maranya yang masih belum Islam lebih-lebih lagi ibu dan bapanya. Masih ada tanggungjawab kekeluargaan yang perlu dilunaskan selama mana ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Inilah intipati ajaran yang terkandung di dalam firman Allah ‘azza wa jalla:


Terjemahan: “Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan dengan-Ku sesuatu yang engkau tidak mengetahui sungguh adanya, maka janganlah engkau taati mereka; dan bergaullah dengan mereka di dunia secara baik. Dan turutilah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepada-Ku (dengan Tauhid dan amal-amal soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semua, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.                                    

  (Luqman:15)

 

Pernyataan Masalah

Islam di Malaysia sering dikaitkan dengan bangsa Melayu. Takrif ‘Melayu’ menurut perlembagaan Malaysia sendiri, turut memasukkan unsur agama Islam sebagai anutan bangsa Melayu. Namun begitu kemasukan orang-orang bukan Melayu ke dalam agama Islam di Malaysia bukanlah perkara baru. Justeru tanggapan sebilangan manusia yang menghadkan Islam hanya kepada Melayu adalah tidak tepat, bercanggah dengan sifat Islam yang universal. Ia juga bercanggah dengan realiti. Istilah ‘masuk Melayu’ sering dikaitkan dengan mereka yang memeluk agama Islam. Ini menimbulkan perasaan kurang senang sebahagian masyarakat bukan Melayu dan juga mengakibatkan salah tangapan di kalangan umat Islam Melayu sendiri.

            Antara isu yang berkaitan dengan ‘masuk Melayu’ ialah perubahan pada budaya, cara hidup dan berpakaian serta adat resam[2]. Ini membawa tanggapan bahawa apabila seseorang itu memeluk Islam @ ‘masuk Melayu’ bermakna dia mestilah mengorbankan segala-galanya termasuk hubungan kekeluargaan. Akibat buruk daripada salah faham ini, masyarakat bukan Melayu sangat bimbang dan takut jika ada di kalangan keluarga mereka yang memeluk Islam. Kebimbangannya ialah kalau-kalau ahli keluarga tersebut akan ‘membuang’ keluarga yang sekian lama menyayanginya semata-mata agama yang baru dianutinya.

            Fenomena ini mungkin cuba dinafikan oleh sebilangan orang. Tetapi perasaan itu memang wujud lebih-lebih lagi mereka yang memeluk Islam menukar nama asal mereka kepada nama baru yang bersifat ‘Melayu’. Lebih menakutkan apabila nama bapa kandung yang memeliharanya semasa kecil, membiayai kehidupan dan pelajarannya juga turut diubah kepada nama baru yang tiada kena mengena dengan dirinya. Seorang muallaf lazimnya akan menukarkan namanya kepada nama baru dan di‘bin’kan kepada Abdullah. Rata-rata saudara baru menerima tekanan daripada keluarga akibat tindakan menukar nama bapa mereka kepada Abdullah. Siapa Abdullah? Kenapa Abdullah? Baca baki entri ini »

Dikirim dalam non muslim | Leave a Comment »

Menukar Nama Bagi Orang Yang Peluk Islam

DIkirim oleh mohd masri di Disember 31, 2007

[1]Hukum Menukar Nama

Nama adalah pengenalan bagi seorang manusia. Seseorang itu akan dipanggil dan dikenali melalui namanya. Urusan kehidupan dunia ini menuntut setiap manusia agar mempunyai nama, justeru semua tamadun manusia menggunakan nama sebagai pengenalan diri. Di dalam Islam nama bukan sahaja digunakan untuk urusan di   dunia bahkan nama juga akan dipanggil di akhirat kelak. Dalam sebuah hadith riwayat Abu Daud yang disahihkan oleh an-Nawawi dan Ibn Hibban, Rasulullah S.A.W bersabda:

“Sesungguhnya kamu semua akan dipanggil pada Hari Kiamat dengan nama kamu dan nama bapa-bapa kamu, oleh itu perelokkanlah nama-nama kamu”. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam non muslim | Leave a Comment »

Adakah sunnah tutup kepala waktu masuk tandas?

DIkirim oleh mohd masri di Disember 25, 2007

Soalan : Adakah satu tradisi untuk menutup kepala ketika memasuki tandas . Adakah ia Sunnah ? Saya mendengar bahawa ia telah di riwayatkan dalam Sunan al-Bayhaqî bahawa Rasulullah SAW telah melakukannya.

Jawapan dari Jabatan Komiti Kajian Fatwa – Dipengerusikan oleh Sheikh `Abd al-Wahhâb al-Turayrî . Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Bersuci, adab, hadith | Leave a Comment »

bolehkah wanita menyembelih binatang korban

DIkirim oleh mohd masri di Disember 23, 2007

APAKAH BOLEH WANITA MENYEMBELIH KORBAN

Oleh
Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz

Pertanyaan
Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz ditanya : Apakah boleh wanita menyembelih haiwan dan apakah boleh kita memakan hasil sembelihannya?

Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Wanita, korban, sembelihan | Leave a Comment »

Korban Untuk Orang Mati

DIkirim oleh mohd masri di Disember 23, 2007

Pertanyaan
Lajnah Da’imah Lil Buhuts Al-Ilmiah Wal Ifta ditanya : Ayah seorang lelaki meninggal dunia. Dan dia ingin menyembelih korban atas nama ayahnya. Tetapi ada beberapa orang menasihatinya “tidak boleh menyembelih untuk korban satu orang. Sebaiknya kambing saja, itu lebih utama dari pada unta. Orang yang mengatakan kepadamu sembelihlah unta maka orang ini keliru. Sebab unta tidak boleh untuk korban, kecuali gabungan dari sekelompok orang”. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam korban | Leave a Comment »

Bolehkah Bergotong Royong dalam Korban

DIkirim oleh mohd masri di Disember 23, 2007

BOLEHKAH BERGOTONG ROYONG DALAM BERKORBAN

Oleh
Lajnah Da’imah Lil Buhuts Al-Ilmiah Wal Ifta

Pertanyaan
Lajnah Da’imah Lil Buhuts Al-Ilmiah Wal Ifta ditanya : Bolehkah bergotong-royong dalam berkorban ? Berapa jumlah kaum muslimin seharusnya dalam bergotong-royong melakukan korban? Apakah mesti daripada satu keluarga ? Dan apakah bergotong-royong semacam itu bid’ah atau tidak? Baca baki entri ini »

Dikirim dalam korban | Leave a Comment »

Persoalan Nur Muhammad

DIkirim oleh mohd masri di Disember 21, 2007

Soalan

Minta penjelasan ustaz berkaitan apakah yang dikatakan Nur Muhamad dan golongan yang mempercayai Nabi Muhammad dijadikan daripada Nur tersebut.

Jawapan : Baca baki entri ini »

Dikirim dalam aliran sesat, aqidah | Leave a Comment »

Hadith Pokok Menangis

DIkirim oleh mohd masri di Disember 21, 2007

Soalan

Assalamu’alaikum warahmatullah Ustaz Abdul Kadir. Mintak Ustaz dapat terangkan cerita tentang pokok yang menangis kerana dia tidak digunakan lagi oleh Nabi saw untuk berkhutbah. Benarkan cerita ini ?

 

 

 

Jawapan : Baca baki entri ini »

Dikirim dalam hadith | Leave a Comment »

Hukum Berdemonstrasi: al-Syeikh Salman al-’Audah

DIkirim oleh mohd masri di Disember 21, 2007

Soalan:

Kami mengharapkan dari tuan penjelasan tentang hukum demonstrasi yang bertujuan memberi sokongan kepada saudara kita yang lemah samaada di Palestin atau di tempat lain.

Jawapan: Baca baki entri ini »

Dikirim dalam politik | Leave a Comment »

Kedudukan Hadith Beramallah Untuk Duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya

DIkirim oleh mohd masri di Disember 21, 2007

Apakah kedudukan hadith “Beramallah untuk duniamu seolah-oleh kamu akan hidup selama-lamanya, dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati keesokan harinya.”
Jawapan: Baca baki entri ini »

Dikirim dalam hadith | Leave a Comment »