Hukum Membaca Al-Qur’an Untuk Mayat Bersama Imam Asy-Syafi’iy
Oleh
Al-Ustadz Abdul Hakim bin Amir Abdat
Firman Allah Jalla wa ‘Alaa.
“Ertinya : Bahawa seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Dan bahawasanya manusia tidak akan memperolehi (kebaikan) kecuali apa yang telah dia usahakan” (An-Najm : 38-39).
Berkata Al-Hafidz Ibnu Katsir di dalam menafsirkan ayat di atas.
“Yaitu, sebagaimana seseorang tidak akan memikul dosa orang lain demikian juga seorang tidak akan memperolehi ganjaran (pahala) kecuali apa-apa yang telah dia usahakan untuk dirinya sendiri. Dan daripada ayat yang mulia ini Al-Imam Asy-Syafi’iy bersama para ulama yang mengikutinya telah mengeluarkan hukum : Bahawa bacaan Qur’an tidak akan sampai hadiah pahalanya kepada orang yang telah mati. Ini kerana bacaan tersebut bukan daripada amal dan usaha mereka. Oleh kerana itu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah mensyariatkan umatnya (untuk menghadiahkan bacaan Qur’an kepada orang yang telah mati) dan tidak juga pernah menggemarkannya atau memberikan petunjuk kepada mereka baik dengan nash (dalil yang tegas dan terang) dan tidak juga dengan isyarat (sampai-sampai dalil isyarat pun tidak ada). Dan tidak pernah dinukil daripada seorangpun shahabat (bahawa mereka pernah mengirim bacaan Qur’an kepada orang yang telah mati). Kalau sekiranya perbuatan itu baik tentu para shahabat telah mendahului kita mengamalkannya (1). Dan dalam masalah peribadatan hanya terbatas pada dalil tidak boleh dipalingkan dengan bermacam qiyas dan ra’yu (fikiran)” (2) Baca baki entri ini »
