Koleksi Soal Jawab Agama

Weblog Ini Adalah Weblog Khas Untuk Soal Jawab Agama

Arkib bagi Bulan November 2007

Hukum Membaca Al-Qur’an Untuk Mayat Bersama Imam Asy-Syafi’iy

DIkirim oleh mohd masri di November 29, 2007

Hukum Membaca Al-Qur’an Untuk Mayat Bersama Imam Asy-Syafi’iy

Oleh
Al-Ustadz Abdul Hakim bin Amir Abdat

Firman Allah Jalla wa ‘Alaa.

“Ertinya : Bahawa seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Dan bahawasanya manusia tidak akan memperolehi (kebaikan) kecuali apa yang telah dia usahakan” (An-Najm : 38-39).

Berkata Al-Hafidz Ibnu Katsir di dalam menafsirkan ayat di atas.
“Yaitu, sebagaimana seseorang tidak akan memikul dosa orang lain demikian juga seorang tidak akan memperolehi ganjaran (pahala) kecuali apa-apa yang telah dia usahakan untuk dirinya sendiri. Dan daripada ayat yang mulia ini Al-Imam Asy-Syafi’iy bersama para ulama yang mengikutinya telah mengeluarkan hukum : Bahawa bacaan Qur’an tidak akan sampai hadiah pahalanya kepada orang yang telah mati. Ini kerana bacaan tersebut bukan daripada amal dan usaha mereka. Oleh kerana itu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah mensyariatkan umatnya (untuk menghadiahkan bacaan Qur’an kepada orang yang telah mati) dan tidak juga pernah menggemarkannya atau memberikan petunjuk kepada mereka baik dengan nash (dalil yang tegas dan terang) dan tidak juga dengan isyarat (sampai-sampai dalil isyarat pun tidak ada). Dan tidak pernah dinukil daripada seorangpun shahabat (bahawa mereka pernah mengirim bacaan Qur’an kepada orang yang telah mati). Kalau sekiranya perbuatan itu baik tentu para shahabat telah mendahului kita mengamalkannya (1). Dan dalam masalah peribadatan hanya terbatas pada dalil tidak boleh dipalingkan dengan bermacam qiyas dan ra’yu (fikiran)” (2) Baca baki entri ini »

Dikirim dalam al-quran, bid'ah | 1 Komen »

Akhir Kesudahan Ahli Bid’ah

DIkirim oleh mohd masri di November 29, 2007

Akhir Kesudahan Ahli Bid’ah

Oleh
Syaikh Muhammad Musa An-Nasr

Abu Musa Al As’ari Radhiyallahu ‘anhu memasuki masjid Kufah, lalu didapatinya di masjid tersebut terdapat sejumlah manusia membentuk halaqah-halaqah (duduk berkeliling). Pada setiap halaqah terdapat seorang Syaikh, dan di hadapan mereka ada longgokan kerikil, lalu Syaikh tersebut menyuruh mereka (yang duduk di halaqah) : “Bertasbihlah (ucapkan subhanallah) seratus kali!”, lalu mereka pun bertasbih (menghitung) dengan kerikil tersebut. Lalu Syaikh itu berkata kepada mereka lagi : “Bertahmidlah (ucapkan alhamdulillah) seratus kali!” dan demikianlah seterusnya ……

Maka Abu Musa Radhiyallahu ‘anhu mengingkari hal itu dalam hatinya dan dia tidak mengingkari dengan lisannya. Hanya saja dia bersegera pergi dengan berlari kecil menuju rumah Abdullah bin Mas’ud, lalu diapun mengucapkan salam kepada Abdullah bin Mas’ud, dan Abdullah bin mas’ud pun membalas salamnya. Berkatalah Abu Musa kepada Abu Mas’ud : “Wahai Abu Abdurrahman, sungguh baru saja saya memasuki masjid, lalu aku melihat sesuatu yang aku mengingkarinya, demi Allah tidaklah saya melihat melainkan kebaikan. Lalu Abu Musa menceritakan keadaan halaqah dzikir tersebut. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam bid'ah | Leave a Comment »

Meneladani Rasulullah SAW di dalam Ibadah Qurban

DIkirim oleh mohd masri di November 27, 2007

MENUNTUNI SUNNAH RASULULLAH DALAM IBADAH KORBAN

Di-Edit Semula Dari Kertas Kerja asal milik al-Ustaz Abu Farouq Rasul Bin Dahri

Audio Kuliah (mp3) – [Download], Video Kuliah (WMV) – [Download]

Ulama ahli sunnah wal jamaah telah menetapkan satu kaedah asas dalam menentukan sama ada amal ibadat kita diterima atau ditolak oleh Allah S.W.T… Adalah penting bagi kita untuk benar-benar memahami kaedah asas ini agar kita tidak melakukan amalan yang sia-sia kerana ia tidak diterima Allah. Kaedah yang dimaksudkan oleh penulis adalah amal ibadat tersebut hendaklah dikerjakan semata-mata ikhlas kerana Allah dan mengikuti (ittiba’) sunnah Nabi s.a.w.

Sekiranya kedua syarat yang telah digariskan di atas atau salah satu darinya tidak dipenuhi, maka amal ibadat tersebut dianggap terbatal. Firman Allah S.W.T:
“Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat).” (Surah al-Mulk, 2)
Baca baki entri ini »

Dikirim dalam korban | Leave a Comment »

Korban Buat Si Mati

DIkirim oleh mohd masri di November 27, 2007

Salam

Boleh tak kita lakukan Qurban untuk orang yang telah meninggal dunia?
Saya ingin lakukan Qurban pada tahun ini untuk datuk saudara saya yang telah meninggal dunia. Untuk pengetahuan panel, datuk saudara saya ni tidak mempunyai anak lelaki ataupun perempuan.
Baca baki entri ini »

Dikirim dalam korban | Leave a Comment »

Tanah Wakaf Utk Dinamakan Atas Nama Arwah

DIkirim oleh mohd masri di November 26, 2007

Salam

Moga kita dirahmati Allah SWT hendaknya,

Saya ingin mendapatkan pandangan mengenai perkara pemberian atau pembelian bangunan utk wakaf dihadiahkan pahalanya kepada arwah.

Gini ceritanya….Seorang waris telah mendapat duit pusaka si arwah…si waris ingin menggunakan duit pusaka tersebut utk diberikan atau beli bangunan atau tanah utk diwakafkan sama ada kepada pihak masjid atau bdn kebajikan lain dan mungkn juga utk laman2 web islamik utk pengurusan dan dinamakan wakaf tersebut atas nama si arwah….

Adakah ia dibolehkan???jika boleh minta kerjasama tuan berikan beberapa pandangan ulamak yg pro dan kontra dan as a conclusion nya….

Sekian, terima kasih.

Wassalam Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Uncategorized | Leave a Comment »

solat jama’ di rumah

DIkirim oleh mohd masri di November 26, 2007

Salam ustz,

Leh ke tak kita jamak isyak magrib secara takdim jika kita akan bermusafir seawal jam 8 malam. Memandangkan keadaan yang tidak selmat solat di perhentian bas, saya ambil keputusan untuk solat jamak di rumah sahaj? Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Jama' dan Qasar | Leave a Comment »

soalan faraid

DIkirim oleh mohd masri di November 26, 2007

Salam,

Bagaimana fixed asset seperti, rumah, tanah dikira di dalam pembahagian harta pusaka kepada pewaris yg terdiri dari beberapa org.
Syukran
Baca baki entri ini »

Dikirim dalam ekonomi | 1 Komen »

Nusyuz dan lafaz cerai

DIkirim oleh mohd masri di November 26, 2007

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya,

1-Saya dipukul oleh suami dan telah pergi membuat laporan polis, setelah itu saya pergi ke pjbt kebajikan dan dinasihati utk berlindung di rumah ibu-bapa.

Adakah saya nusyuz?

2- selepas seminggu Suami melafazkan ” saya lepaskan awak sekarang” berulang2 kali, adakah talak jatuh?

Harap yg arif dapat membantu saya.

Jazakallahu Khairan

Pn Nur Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Perkahwinan | Leave a Comment »

Bolehkah kita menikahi wanita yang hamil kerana berzina?

DIkirim oleh mohd masri di November 14, 2007

Oleh
Al-Ustadz Abdul Hakim bin Amir Abdat

(5). Kejadian Yang Kelima : Apabila seorang perempuan berzina kemudian dia hamil, maka bolehkan dia dinikahi oleh lelaki yang tidak menghamilinya? Dan kepada siapakah dinasabkan anaknya?

Jawapannya ; Dalam hal ini para ulama kita telah berselisih menjadi dua madzhab. Madzhab yang pertama mengatakan boleh dan halal dinikahi dengan alasan bahawa perempuan tersebut hamil kerana zina bukan dari hasil nikah. Sebagaimana kita ketahui bahawa syara’ (agama) tidak menganggap sama sekali anak yang lahir dari hasil zina seperti terputusnya nasab dan lain-lain sebagaimana beberapa kali kami jelaskan di muka. Oleh kerana itu halal baginya menikahinya dan menyetubuhinya tanpa harus menunggu perempuan tersebut melahirkan anaknya.

Inilah yang menjadi madzhabnya Imam Syafi’iy dan Imam Abu Hanifah. Hanya saja Abu Hanifah mensyaratkan tidak boleh disetubuhi sehingga perempuan tersebut melahirkan.

Adapun madzhab kedua mengatakan haram dinikahi sehingga perempuan tersebut melahirkan, beralasan kepada beberapa hadits. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Zina | Leave a Comment »

Bolehkah penzina lelaki menikahi penzina perempuan yang hamil kerana zina mereka?

DIkirim oleh mohd masri di November 14, 2007

Oleh
Al-Ustadz Abdul Hakim bin Amir Abdat

(4). Kejadian Yang Keempat : Apabila seorang perempuan berzina kemudian hamil, bolehkah dia dinikahi oleh lelaki yang menghamilinya dan kepada siapa dinasabkan anaknya?

Jawapannya : Boleh dia dinikahi oleh lelaki yang menzinainya dan menghamilinya dengan kesepakatan (ijma) para ahli fatwa sebagaimana ditegaskan oleh Imam Ibnu Abdil Bar yang dinukil oleh Al-Hafidz Ibnu Hajar di kitabnya Fathul Baari (Juz 9 hal. 157 di bahagian kitab nikah bab 24 hadits 5105) (17). Untuk lebih jelasnya lagi marilah kita ikuti fatwa para ulama satu persatu dari para shahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan seterusnya.

Pertama : Fatwa Abu Bakar Ash-Shiddiq
Berkata Ibnu Umar : Ketika Abu Bakar Ash-Shiddiq sedang berada di masjid tiba-tiba datang seorang lelaki, lalu Abu Bakar berkata kepada Umar, “Berdirilah dan perhatikanlah urusannya kerana sesungguhnya dia mempunyai urusan (penting)” Lalu Umar berdiri menghampirinya, kemudian lelaki itu menerangkan urusannya kepada Umar, “Sesungguhnya aku kedatangan seorang tetamu, lalu dia berzina dengan anak perempuanku!?” Lalu Umar memukul dada orang tersebut dan berkata, “Semoga Allah memburukkanmu! Tidakkah engkau tutup saja (rahsia zina) atas anak perempuan itu!”

Kemudian Abu Bakar memerintahkan agar dilaksanakan hukum had (didera sebanyak seratus kali) terhadap keduanya (lelaki dan perempuan yang berzina). Kemudian beliau menikahkan keduanya lalu beliau memerintahkan agar keduanya diasingkan selama satu tahun. (Diriwayatkan oleh Imam Ibnu Hazm di kitabnya Al-Muhalla juz 9 hal. 476 dan Imam Baihaqiy di kitabnya Sunanul Kubro juz 8 hal. 223 dari jalan Ibnu Umar) (18) Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Zina | Leave a Comment »