DIkirim oleh mohd masri di Oktober 30, 2007
WASIAT IMAM AS-SYAFIE KEPADA UMMAH BERKENAAN AQIDAH, FIQH, DAN BID’AH
Oleh: Ustaz Rasul bin Dahri
PERIBADI RINGKAS AL-IMAM AS-SYAFI’E
Nama sebenar al-‘Allamah Imam as-Syafie rahimahullah ialah: Muhammad bin Idris as-Syafie yang lebih dikenali sebagai Imam as-Syafie. Beliau adalah seorang Imam besar yang sentiasa mendapat pujian, penghormatan dan pengiktirafan tentang keilmuannya oleh para ulama sejak zamannya sehinggalah ke saat ini. Imam as-Syafie dilahirkan di Gazzah (Palestin/Jurusalem) pada tahun 150H (767M). Meninggal dunia di Mesir pada malam Jumaat dan dikebumikan selepas Asar pada 2hb. Rejab, 204H dalam usia 54 tahun.[1] Beliau adalah seorang imam dan ulama besar yang sentiasa mengajak ummah agar berpegang teguh kepada sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam sehingga digelar oleh tokoh-tohoh besar sebagai (Nasirus Sunnah)[2] Pejuang/Penegak/Pembela Sunnah” atau (نَاصِرُ الْحَدَيْث) “Pejuang Hadith”.[3]
Imam as-Syafie terkenal sebagai seorang yang paling alim di zamannya tentang makna-makna al-Quran, dianggap seorang manusia yang paling tahu tentang isi al-Quran dan sunnah Rasulullah.[4] Sehingga Imam Ahmad bin Hambal rahimahullah berkata:
“Kalaulah tidak kerana as-Syafie tidaklah kami mengenali ilmu hadis”.[5]
Berkata Ahmad Muhammad Syakir rahimahullah dalam mukaddimah syarah dan tahkiknya tentang kitab ar-Risalah yang dihasilkan oleh Imam as-Syafie rahimahullah:
“Jika sekiranya dibolehkan bagi seorang alim bertaqlid dengan seorang alim yang lain, pasti manusia yang lebih layak menurut pendapatku untuk ditaqlid ialah as-Syafie. Sesungguhnya aku (tetapi tidak ghuluw dan keterlaluan) percaya sesungguhnya tidak pernah muncul seorang ulamak Islam seperti lelaki ini dalam pemahaman, pandangan dan ketelitiannya mengambil hukum dari al-Kitab dan sunnah”.[6] Dan beliau berkata lagi: “as-Syafie telah memenuhi permukaan bumi ini dengan ilmu”.[7] Baca baki entri ini »
Dikirim dalam manhaj | Leave a Comment »
DIkirim oleh mohd masri di Oktober 30, 2007
Ingin Menikahi Janda Akan Tetapi Ibu Melarang, Apa Yang Harus Saya Lakukan ?
Syaikh Abdul Aziz bin Baz
Pertanyaan.
Syaikh Abdul Aziz bin Baz ditanya : Saya ingin menikahi seorang janda, ayah sayapun sudah bersetuju, demikian juga dengan wanita tersebut dan keluarganya, semua setuju atas pernikahan saya itu. Hanya ibu saya yang tidak setuju dan tidak menyukainya. Apakah saya boleh menikahi wanita itu tanpa mempedulikan kerelaan ibu saya, atau tidak boleh ? Apakah saya dikira derhaka terhadap ibu saya apabila saya tetap menikahi wanita itu? Tolong beri penjelasan kepada saya, semoga Allah memberikan pahala kepada Anda. Baca baki entri ini »
Dikirim dalam Perkahwinan, adab, ibu bapa | 1 Komen »
DIkirim oleh mohd masri di Oktober 30, 2007
Bentuk-Bentuk Berbakti Kepada Orang Tua
Al-Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas
Bentuk-Bentuk Berbuat Baik Kepada Kedua Orang Tua Adalah :
Pertama.
Bergaul dengan keduanya dengan cara yang baik. Di dalam hadits Nabi SAW disebutkan bahawa memberikan kegembiraan kepada seorang mu’min termasuk shadaqah, lebih utama lagi kalau memberikan kegembiraan kepada kedua orang tua kita.
Dalam nasihat perkahwinan dikatakan agar suami senantiasa berbuat baik kepada isteri, maka kepada kedua orang tua mesti lebih daripada kepada istri. Ini kerana mereka yang melahirkan, mengasuh, mendidik dan banyak jasa lainnya kepada kita.
Dalam suatu riwayat dikatakan bahawa ketika seseorang meminta izin untuk berjihad (dalam hal ini fardhu kifayah kecuali waktu diserang musuh maka fardhu ‘ain) dengan meninggalkan orang tuanya dalam keadaan menangis, maka Rasulullah SAW berkata, “Kembali dan buatlah keduanya tertawa seperti engkau telah membuat keduanya menangis” (Hadits Riwayat Abu Dawud dan Nasa’i) Dalam riwayat lain dikatakan : “Berbaktilah kepada kedua orang tuamu” (Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim). Baca baki entri ini »
Dikirim dalam adab, ibu bapa | Leave a Comment »
DIkirim oleh mohd masri di Oktober 30, 2007
Bolehkah Buang Air Kecil [Kencing] Berdiri
Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani
Pertanyaan:
Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani ditanya : “Rasulullah SAW melarang buang air kecil sambil berdiri sebagaimana diriwayatkan oleh sayyidah Aisyah. Tetapi kemudian beliau buang air kecil sambil berdiri. Jadi bagaimana untuk mengkompromikan (di antara dalil-dalil ini) ?”
Jawapan: Baca baki entri ini »
Dikirim dalam Bersuci, adab | 3 Komen »
DIkirim oleh mohd masri di Oktober 30, 2007
Bekerja Sama Dalam Perkara Yang Disepakati Saling Memperingatkan Dalam Perkara Yang Diperselisihkan
Syaikh Al-Allamah Abdul Aziz Bin Abdullah Bin Bazz
Berkata Samahatus Syaikh Abdul Aziz bin Bazz -rahimahullahu- di dalam majmu’ Fatawa III/58-59 ketika memberi komentar kepada kaedah ’saling bekerjasama di dalam perkara yang disepakati dan saling bertolak ansur terhadap perkara yang diperselisihkan:
Benar, wajib ke atas kita saling menolong terhadap perkara-perkara yang kita bersepakat di atasnya di dalam rangka membela kebenaran dan berdakwah kepada al-Haq, dan mentahdzir daripada perkara-perkara yang Allah dan Rasul-Nya melarangnya. Adapun saling bertoleransi terhadap perkara yang kita perselisihkan antara satu dengan lainnya, maka tidaklah (dimaklumi) secara mutlak, namun memerlukan perincian, seperti pada perkara-perkara ijtihadi yang tersembunyi (samar) dalilnya, maka tidak boleh mengingkari antara satu dengan lainnya (dalam perkara ijtihadi ini, pent). Baca baki entri ini »
Dikirim dalam adab, manhaj | Leave a Comment »
DIkirim oleh mohd masri di Oktober 30, 2007
Hukum Asal Ibadah Adalah Terlarang
Syaikh Ali bin Hasan bin Ali Al-Halabi Al-Atsary
Ramai orang yang mencampuradukkan antara ibadah dengan yang lainnya, di mana mereka berusaha membenarkan bid’ah yang dilakukan dengan menggunakan dalil kaedah, hukum asal dalam segala sesuatu adalah boleh!
Kaedah tersebut adalah kaedah ilmiah yang benar. Tapi penempatannya bukan di dalam masalah ibadah. Sesungguhnya kaedah tersebut berkaitan dengan hal-hal keduniaan dan bentuk-bentuk manfaat yang diciptakan Allah padanya. Hukum asal pada perkara-perkara tersebut adalah halal dan mubah kecuali jika terdapat dalil yang mengharamkan atau melarangnya.
Syaikh Yusuf Al-Qaradhawi berkata di dalam bukunya Al-Halal wal Haram fil Islam (hal.21) setelah menjelaskan sisi yang benar di dalam memahami kaedah tersebut. “Demikian itu tidak berlaku dalam ibadah. Ini kerana ibadah merupakan masalah agama murni yang tidak dapat diambil kecuali dengan cara wahyu. Dan di dalam hal ini terdapat hadits, “Barangsiapa yang mebuat hal yang baru di dalam urusan (agama) kami ini apa yang bukan darinya, maka dia di tolak”.
Demikian itu kerana sesungguhnya hakikat agama terdiri daripada dua hal, iaitu tidak ada ibadah kecuali kepada Allah, dan tidak boleh beribadah kepada Allah kecuali dengan syari’at yang ditentukanNya. Maka sesiapa yang membuat cara ibadah daripada ideanya sendiri, siapa pun orangnya, maka ibadah itu sesat dan ditolak.. Ini kerana hanya Allah yang berhak menentukan ibadah untuk taqarrub kepadaNya.
Baca baki entri ini »
Dikirim dalam bid'ah, manhaj | Leave a Comment »
DIkirim oleh mohd masri di Oktober 29, 2007
software menarik (ebook b.melayu/indon sahih muslim, albukhari, bulughul maram etc)
Assalamualaikum WBT.
Meh download software menarik ini . Boleh download di sini http://salafidb.googlepages.com/download. E-book- ebok ini di dalam bahasa Melayu/indonesia kecuali tafsir ibn kathir.
Antara kandungannya:
1. Al-Quran
a) Al-Quran & terjemahannya.
b) Tafsir Ibnu Kathir
2. Hadith
a) Sahih Bukhari
b) Sahih Muslim
c) Bulugh al-Maram (Hadith-hadith hukum)
d) Hadith 40
3. Artikel
a) Al-Manhaj
b) Fatwa2 Ulama
Utk screenshots, boleh ke http://salafidb.googlepages.com/screenshots
Mudah2an ALLAH memberkati si pembangun software ini, amin. waAllahu ta’ala a’lam.
http://the-authenthic.blogspot.com
Dikirim dalam Uncategorized | Leave a Comment »
DIkirim oleh mohd masri di Oktober 29, 2007
Khaulah Binti Tsa’labah (Wanita Yang Aduannya Didengar Allah Dari Langit Ketujuh)
Beliau adalah Khaulah binti Tsa`labah bin Ashram bin Fahar bin Tsa`labah Ghanam bin ‘Auf. Beliau tumbuh sebagai wanita yang fasih dan pandai. Beliau dinikahi oleh Aus bin Shamit bin Qais, saudara dari Ubadah bin Shamit r.a yang mana beliau menyertai perang Badar dan perang Uhud dan mengikuti seluruh perperangan yang disertai Rasulullah saw. Dengan Aus inilah beliau melahirkan anak lelaki yang bernama Rabi`. Baca baki entri ini »
Dikirim dalam sirah | Leave a Comment »
DIkirim oleh mohd masri di Oktober 28, 2007
10 Wasiat Merawat Kehambaran Beribadah Selepas Ramadhan
Oleh : Mohamad Abdul Kadir bin Sahak
Kebiasaannya apabila berada dalam bulan Ramadhan kita merasakan bersemangat untuk beribadah kepada Allah swt, lazat beribadah di dalamnya lain dari bulan yang lain, kita banyak membuat amalan sunat, membaca al-Quran, kita tidak meringan-ringankan solat dan berjaya menahan diri dari melihat perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah swt. Sebaliknya apabila tamatnya Ramadhan, rasa lazat beribadah yang kita perolehi hilang entah kemana, kita tidak lagi bersemangat menunaikan amalan-amalan sunat, kemana perginya bacaaan al-Quran kita, solat sunat, memelihara lidah dan lain-lain ? Baca baki entri ini »
Dikirim dalam Ramadhan | Leave a Comment »
DIkirim oleh mohd masri di Oktober 25, 2007

bolehkah wanita haid pergi kekubur atau mengiringi jenazah ke kubur?mohon penjelasan Baca baki entri ini »
Dikirim dalam Jenazah, Wanita | 1 Komen »