DIkirim oleh mohd masri di September 25, 2007
Takziah, Syafaat Anak & Doa Pelindung
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Musibah yang menimpa al-Marhumah Nurin Jazlin yang masih kanak-kanak bukanlah satu balasan terhadap dosanya, malah ia belum sempat untuk berdosa. Menurut para ulama Islam, musibah yang menimpa kanak-kanak seperti kematian sebegini adalah merupakan satu rahmat untuknya, adapun cara kejam pembunuhan itu adalah manifestasi kegagalan acuan dan hasil tangan manusia yang berlagak pandai untuk menguruskan kehidupan, mereka degil dari arahan dan larangan Allah s.w.t, lalu kelahiran manusia buas sedemikian adalah hasilnya, menandakan seriusnya tahap kejahilan dan kehancuran jiwa manusia di sekeliling.
Saya kira, semua insan normal akan merasa pedih apabila melihat gambar keadaan jenazah Nurin di atas, apatah lagi sesiapa yang melihatnya secara berdepan. Saya sendiri terganggu pemikiran sejak kelmarin apabila isu ini tersebar di berita. Terfikir betapa kesakitan yang dialami olehnya menyebabkan perhatian saya terganggu ketika memberikan ceramah. Ini kerana menurut media, ketika mayat Nurin Jazlin ditemui, ia baru 6 jam menemui kematian. Baca baki entri ini »
Dikirim dalam aqidah, doa | Leave a Comment »
DIkirim oleh mohd masri di September 25, 2007
Doa Dari Hadis Sohih : Khusus Elak
Di Rogol & Cabul
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini. Baca baki entri ini »
Dikirim dalam doa | Leave a Comment »
DIkirim oleh mohd masri di September 25, 2007

Maaf jika soalan ulangan, dah cari thread tp x jumpa.
Anggapan umum bhw MARAH ketika berpuasa (atau buat orang yang berpuasa marah) boleh membatalkan puasanya sendiri. Apa dalilnya?
Baca baki entri ini »
Dikirim dalam Puasa, Ramadhan | Leave a Comment »
DIkirim oleh mohd masri di September 25, 2007

Situasi:
seorang wanita datang haid selama 5 hari, hari ke 6 telah berhenti haidnya dan telah mandi wajib dan berpuasa pada hari itu. hari ke 7, datang semua haidnya.
Soalan:
perlukah wanita tersebut qadha utk hari ke 6 itu? adakah dia telah benar2 suci pada hari ke 6 itu?
Sekian Baca baki entri ini »
Dikirim dalam Puasa, Ramadhan, Wanita | 1 Komen »
DIkirim oleh mohd masri di September 23, 2007
Ramadhan: Awalnya Rahmat,
Pertengahannya Keampunan,
Akhirnya Pembebasan Dari Api Neraka.
Maksudnya:
Permulaan bulan Ramadhan itu rahmat, pertengahannya keampunan dan akhimya pembebasan dari neraka. Baca baki entri ini »
Dikirim dalam Ramadhan, hadith | Leave a Comment »
DIkirim oleh mohd masri di September 23, 2007
Ta’lim Al-Sunnah Siri 1: TAZKIYYAH AL-NAFS DI BULAN RAMADHAN
Penceramah
1) Ustaz fadlan – Akhlaq Dan Da’wah. (ceramah 1)
2) Ustaz Syafizan – Belitan Iblis (Riya’ & ‘Ujub) (ceramah 2)
3) Ustaz Khiril Anwar – ‘Imarah 10 Hari Terakhir Dalam Ramadhan. (ceramah 3)
4) Ustaz Abd Razak – Sesi Khas- Perkongsian Pengalaman dan Dialog bersama peserta. Baca baki entri ini »
Dikirim dalam Uncategorized | Leave a Comment »
DIkirim oleh mohd masri di September 18, 2007
Assalammualaikum,
Persoalan saya ialah, memandangkan dalam masa beberapa tahun akan datang, bulan Ramadhan akan disambut dalam waktu musim panas di negara-negara barat, Amerika dan negara-negara Timur Tengah.
Sebagaimana yang kita ketahui, pada musim panas ini, matahari akan terbit seawal jam 3 pagi dan akan tenggelam selewat jam 10:00 malam.
Bagaimanakah pengaruh waktu berbuka puasa ketika dalam musim panas ini. Sesetengah pendapat mengatakan yang dibenarkan berbuka mengikut negara islam yang terdekat yang mana waktu berbukanya sekitar jam 7:00 hingga jam 8:00 malam. Manakala sesetengah pendapat mengatakan adalah perlu mengikut waktu terbit dan terbenam matahari untuk waktu berpuasa.
Sekian Terima Kasih Baca baki entri ini »
Dikirim dalam Puasa, Ramadhan | Leave a Comment »
DIkirim oleh mohd masri di September 18, 2007

Ana nak tanya, ade tak dari mana2 buku/ulama’ atau sumber mana2 yang mengatakan tentang kelakuan ketika henfon seseorang berbunyi semasa solat. Setahu ana dia perlu mematikan bunyi tersebut ketika bunyinya menganggu jema’ah solat lain. Jadi ana nak tanya ada tak sumber2 yang berkenaan utk dirujuk.
Kalau ada dalam english pun sangat bagus.
Jazakumullah khairan kathir Baca baki entri ini »
Dikirim dalam solat, solat jemaah | 1 Komen »
DIkirim oleh mohd masri di September 18, 2007

Saya merancang untuk melancong ke luar negara. Kira musafirlah tu. Situasinya ialah apabila sy nak book outbound ticket, drpd senarai flights yg ditawarkan, yg paling murah hanya hari Jumaat, departure pukul 1:15 pm, ngam2 waktu solat Jumaat. ~ Cth: AirAsia ada fare type T,Q,A,L,V,U yg masing2 berbeza dr RM 8.88 sehingga RM 199.99 bg destinasi sama di waktu yg berlainan)
Persoalannya, bolehkah saya sengaja teruskan niat sy membeli tiket utk fly pd t/hari Jumaat tsb memandangkan pasti sy akan ponteng solat Jumaat, sedangkan saya berkelapangan pd hari lain tetapi tidak mahu beli tiket tsb atas alasan fare type jadi lebih mahal? Adakah syara’ menilai ini sbg ’sengaja tuang solat Jumaat’?
Kalau atas urusan kerja, takpelah kot. Kalau kes saja2 melancong, camne? Baca baki entri ini »
Dikirim dalam Jama' dan Qasar | Leave a Comment »
DIkirim oleh mohd masri di September 18, 2007
Urus rumah tangga juga ibadat
 |
Asiah Ali.
|
RAMADAN adalah bulan yang penuh rahmat. Pada bulan ini, umat Islam berpeluang meningkatkan ibadat masing-masing kerana `syaitan-syaitan dirantai’.
Bagaimanapun, apabila tiba Ramadan, antara insan yang paling sibuk ialah ibu atau isteri. Manakan tidak, hendak bangun tengah malam menyediakan juadah bersahur, melayan kerenah anak-anak dan juga menyediakan juadah berbuka.
Akibat kesibukan itu, sebahagian kaum ibu tidak sempat menunaikan beberapa ibadat sunat terutamanya solat tarawih.
Wartawan, MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto, RASHID MAHFOF menemu bual pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Prof. Madya Dr. Asiah Ali bagi mengupas isu ini. Baca baki entri ini »
Dikirim dalam Ramadhan, Wanita, solat sunat | Leave a Comment »