Soalan :
Saya melihat ada seorang perempuan selalu bersujud setiap kali selesai solat. Apabila seorang kawannya bertanya kepadanya, dia mengatakan bahawa dia sudah terbiasa untuk sujud syukur kepada Allah setiap kali selesai solat. Kawannya berkata kepadanya : Ia adalah bid’ah dan bertentangan dengan kata Nabi
: ‘Solatlah kamu sebagaimana aku solat’. Dia berhujah kembali dengan mengatakan bahawa dia tidak mengubah apa-apa di dalam solat tetapi hanya sujud selepas memberi salam dan dia juga tidak pernah menyuruh sesiapa berbuat demikian. Dan Sunnah Nabi
juga kita memuji Allah s.w.t selepas solat, dan dia pula sujud tanda syukur kepada Allah. Apakah pendapat yang tepat dalam masalah ini?
Jawapan :
Berkata Dr. al-Sayyid Shaqr, pengkaji syariah dan pensyarah di Universiti al-Azhar :
Para ulama’ menggalakkan sujud syukur apabila mendapat nikmat dari Allah s.w.t : seperti sembuh dari penyakit, atau kembalinya orang yang telah lama tidak pulang, atau mendapat zuriat, atau tertolaknya musibah. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Hakim dan beliau mensahihkannya, dari Abdul Rahman bin ‘Auf
, beliau berkata : Nabi
bersujud dan Baginda memanjangkan sujudnya kemudian dia mengangkat kepalanya dan berkata : ‘Sesungguhnya Jibril telah datang kepadaku dan memberi khabar gembira lalu aku sujud tanda syukur kepada Allah. Dan juga apa yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi -asalnya oleh al-Bukhari- dari Barra’ bin ‘Azib
bahawa Nabi
telah menghantar Ali
ke Yaman, berkata Barra’
: Ali
telah menulis kepada Nabi
mengenai keislaman penduduk di sana, dan apabila Nabi
membacanya, lalu Baginda terus tunduk sujud kepada Allah tanda syukur. Berkata al-Tirmizi : Isnadnya sahih. Abdul Razak meriwayatkan di dalam Musannafnya bahawa Umar
telah membuka Yamamah dan sujud syukur, dan Abu Bakar
telah bersujud tanda syukur apabila mendengar berita bahawa Musailamah al-Kazzab telah dibunuh, dan begitu juga Ali
sujud syukur apabila mendapati Zaa al-Thaddiah di kalangan orang-orang Khawarij yang dibunuh.
Malik berpendapat (dalam satu pendapat yang masyhur darinya) bahawa ia dimakruhkan kerana manusia tidak akan terlepas dari nikmat, tetapi berkata Ibn Hubaib dan al-Lakhmi (dari Mazhab Maliki) bahawa sujud syukur ini disyariatkan. Dan Ibn al-Qassar menyandarkan pendapat ini kepada Malik.
Hukum-hakam sujud syukur sama dengan hukum-hakam sujud tilawah; hendaklah berada dalam keadaan suci, menghadap kiblat, menutup aurat dan syarat-syarat lain yang diperlukan dalam solat sunat bagi mereka yang menganggapnya sebagai solat. Adapun mereka yang tidak menganggapnya sebagai solat, seperti Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah, tidak mensyaratkan perkara-perkara di atas. Dan semoga pendapat yang akhir ini adalah yang tepat; kerana Allah telah menamakannya sujud dan bukannya solat. Dan juga kerana tidak disyaratkan bersuci bagi mereka yang membaca Quran di dalam hati, dan melarang sujud tilawah di tempat-tempatnya kerana dia tidak bersuci, juga bermakna seseorang itu akan kehilangan pahala yang besar. Sujud syukur adalah lebih utama dari itu, kerana ia membawa maksud pujian bagi Allah dan menghinakan diri di hadapanNya. Bagi mereka yang menilai dalil-dalil di atas akan mendapati bahawa sujud itu lebih umum dari solat dari sudut syariat.
Sujud syukur ini dilakukan ketika mendapat nikmat atau tertolaknya bala, adapun membiasakan diri dengan sujud syukur setiap kali selesai solat termasuk dalam bid’ah kerana ia mereka-reka sesuatu yang baru dalam perkara ibadat.
Nabi
dan salaf al-salih tidak pernah melakukan perkar tersebut, dan sujud yang disyariatkan telah sedia diketahui; samada sujud di dalam solat, sujud tilawah dan sujud syukur (atas pendapat yang rajih), tetapi hanya apabila mendapat nikmat dan bukannya dilakukan setiap kali selesai solat. Apakah yang diniatkan oleh mereka yang melakukannya setiap kali selesai solat, adakah untuk mendekatkan diri kepada Allah dan menghinakan diri? Apakah dia tidak mempunyai waktu untuk memanjang sujudnya di dalam solat fardu atau sunat? Dan bukankah dia juga mempunyai kelapangan untuk solat sunat sebagaimana yang dia kehendaki dan bersujud sebagaimana yang dia suka dan mendekatkan diri kepada Allah?




