Koleksi Soal Jawab Agama

Weblog Ini Adalah Weblog Khas Untuk Soal Jawab Agama

Arkib bagi Hari 11 Ogos 2007

gabung nama dgn couple

DIkirim oleh mohd masri di Ogos 11, 2007

assalamualaikum para ahli panel yang dihormati….

1 ) ade student tanye sy apa hukum menggabungkan nama sesama couple ? cth: yg lelaki jamal dan yg perempuan milah so jadilah jamila. Kemudian budk2 skrg punye la loving sampi buat key chain , lukis kat tangan nama tu etc . Jadi ade hukum tak @ didiamkan oleh syarak ?

2 ) Benarkah dlm mazhab syafie mengatakan wanita haid haram sentuh / baca quran kecuali dah hafal kmdn boleh ditasmi’ oleh ustaz utk peperiksaan quran ?

3 ) sy ditanya , bagaimana kah utk menghadirkan kecintaan kpd NABI SAW lebih mengatasi cinta pd ibubapa sendiri ? Sebab , mereka merasakan ibubapa adalah segalanya… sy tak tau nak jwb macamane.

p/s : syukran jazilan atas semua jawapan yg diberikan selama ini . Kesemuanya byk membantu sy mengatasi kejahilan diri. Moga ALLAH SWT jua yg akan membalasnya . AMIN Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Hubungan Lelaki Perempuan | 1 Komen »

MEMBELA HAK WANITA / ISTERI Vol. II : (Janganlah Dikau Sombong)

DIkirim oleh mohd masri di Ogos 11, 2007

Penulis: Ummu Salamah As Salafiyyah

Allah Ta’ala berfirman:

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ وَاللَّاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلَا تَبْغُوا عَلَيْهِنَّ سَبِيلًا إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيرًا (34)

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. sebab itu maka wanita yang baik, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). wanita-wanita yang kamu khuatirkan nusyuznya, Maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha besar.” (QS. An Nisa’ : 34)

Ayat yang mulia di atas tidak boleh menjadi dalil bagi seorang suami untuk menyombongkan diri dan merasa tinggi diri dihadapan isterinya. Bahkan yang seharusnya dan sewajarnya ayat ini menambah kasih sayangnya kepada isteri, kerana dia adalah wanita yang lemah dibawah kekuasaannya. Oleh kerana itu janganlah dia memuji wanita lain di hadapannya dan janganlah memukulnya lebih-lebih lagi di hadapan keluarga. Sebagaimana wajib baginya untuk menutupi masalah antara dia dengan isterinya di depan orang lain, dan dia berusaha dengan penuh kesungguhan menyelesaikan masalah tersebut dengan sangat menjaganya agar tidak diketahui orang lain sehingga tidak menyakiti hati isterinya. Dan tidak melukai jiwanya kerana akan berpengaruh pada kejiwaan isteri bila kerabatnya mengetahui masalahnya bersama suaminya. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Perkahwinan | 2 Komen »

MEMBELA HAK WANITA / ISTRI Vol. I : (Bergaul dengan Baik dan Berakhlak Mulia)

DIkirim oleh mohd masri di Ogos 11, 2007

Penulis: Ummu Salamah As Salafiyyah

 

Allah berfirman:

وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ فَإِنْ كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا

“Dan bergaullah dengan mereka (isteri kamu) dengan cara yang baik. Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) Ini kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.” (QS. An Nisaa’ : 19)

Al Hafidz Ibnu Katsir ; ketika menafsirkan ayat ini menyatakan:
“Yakni baguskan ucapan kalian terhadap para isteri dan perbaiki perbuatan dan penampilan kalian sesuai kadar kemampuan kalian sebagaimana engkau suka dia melakukan hal tersebut, maka engkau pun melakukan yang semisalnya. Sebagaimana Allah , berfirman:

وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ

“Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang ma’ruf”. (QS. Al Baqarah: 228)

Dalam hadits Aisyah  bahwasanya Rasulullah bersabda:

خيركم خيركم لأهله و أنا خيركم لأهلي . ‌

“Sebaik-baik kalian adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya dan aku adalah orang yang paling baik di antara kalian terhadap keluargaku.” (HR. At Tirmidzi. Dishahihkan Al Albani dalam shahih Al Jami’ no. 3314)

Termasuk akhlak Nabi, beliau sangat baik pergaulannya dengan isteri-isterinya, senantiasa berseri-seri wajahnya, bersenda gurau, bercumbu rayu dengan isteri, bersikap lembut pada mereka dan melapangkan mereka di dalam nafkah serta tertawa bersama isteri-isterinya hinggakan beliau pernah mengajak Aisyah ummul mukminin berlumba lari untuk menunjukkan cinta dan kasih sayang beliau kepadanya. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Perkahwinan | Leave a Comment »

Apakah disunnahkan poligami di dalam Islam

DIkirim oleh mohd masri di Ogos 11, 2007

Allah Ta’ala berfirman:

وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلَّا تَعُولُوا (3)

Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengawininya), Maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil , Maka (kawinilah) seorang sahaja , atau hamba-hamba yang kamu miliki. yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat kezaliman. (QS. An Nisa’ : 4)

-Berlaku adil ialah perlakuan yang adil di dalam memenuhi hak isteri seperti pakaian, tempat tinggal, giliran dan lain-lain yang bersifat lahiriyah.
-slam memperbolehkan poligami dengan syarat-syarat tertentu. Sebelum turunnya ayat ini poligami sudah wujud, dan pernah pula dilakukan oleh para nabi sebelum nabi Muhammad. Ayat ini membataskan poligami sehingga empat orang sahaja.

- APAKAH DISUNNAHKAN POLIGAMI DI DALAM ISLAM ? Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Perkahwinan | Leave a Comment »

Mewakikan perwalian

DIkirim oleh mohd masri di Ogos 11, 2007

Salam

Saya mempunyai sahabat wanita yang akan berkawin x lama lagi….skrg dia dlm proses akan membuat permohonan kebenaran berkahwin di pej agama…untuk makluman ahli panel….semasa mengisi borang perwakilan wali kepada tok kadi….abg sahabat wanita saya nie (abah & atuk dah meninggal) menjadi wali bagi dirinya kerana dialah seorg saudara lelaki dlm keluarga…

Nak jadi cerita…semasa mengisi borang perwakilan wali tersebut…abg tu tlh difahamkan bahawa dia akan jd wali pd adiknya….maka dia pun turunlah tandatangan tanda setuju nak wakilkan wali pernikahan adiknya kepada tok kadi….tapi apabila nak pegi jumpa tok kadi utk lafazkan perwakilan tersebut ia menghilangkan diri….(mungkin dia takut nak jadi wali gamak nyer..mcm2 ler kot dia pk…org kpg ler katakan…)

1) Jadi bagaimana status utk perwakilan wali tersebut???
2) adakah tanpa lafaz dari dia kepada tok kadi sudah memadai dgn adanya satu keterangan bertulis..(yakni borang tersebut)????
3) apakah ia perlu melalui proses lafaz???

Mintak bantuan sebaiknya…. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Perkahwinan | Leave a Comment »

Mimpi melihat Allah

DIkirim oleh mohd masri di Ogos 11, 2007

Salam

Dikatakan terdapat dalam kitab ihya’ bahawa imam ahmad telah bermimpi berjumpa/mendengar suara Allah.
adakah terdapat hadith sahih berkenaan mimpi jumpa Allah? Baca baki entri ini »

Dikirim dalam aqidah | Leave a Comment »

Bercerai ketika marah di luar mahkamah

DIkirim oleh mohd masri di Ogos 11, 2007

Salam

Ada satu kes di tpt saya…yg mana si suami telah berkata pada si isteri nya…”kalo hang kuar rumah jatuh talak 3″…..lepas pada tu…si suami panggil jiran sebelah dia…dia bg tau kat jiran tu…”kalo isteri aku kuar rumah nie…dia jatuh talak 3″…lepas reda dari prasaan marah tersbt…sisuami kata dia tarik balik kata2 tersbt…

maka si isteri pun kuar rumah jugak…mahukan kepastian dr pihak pej agama…sama ada kata2 si suami tu jatuh talak atau sebaliknya…maka pihak pej agama kata…kalo mengikut hukum dari lafaz tersbt…ia jatuh talak…dan pasangan tersbt perlu mengikut prosuder undang2…iaitu dapatkan pengesahan lafaz cerai tersbt di mahkamah…..

Pihak pej agama kata….si suami kena keluar rumah buat sementara…dan tidak boleh bersama dgn si isteri sehingga keputusan pengesahan lafaz tersbt tercapai….kalo jatuh…maka terpisahlah…dan jika sebaliknya…bolehlah kembali bersama….

Soalannya…

1)adakah benar pandangan tersebut???iaitu pihak suami tidak boleh bersama sementara menunggu keputusan mahkamah…

2) jika benar….bagaimana kalo pasangan tersebut masih duduk serumah sewaktu menunggu keputusan pengesahan tersbt???

3) adakah tindakan yg sepatutnya dikenakan kpd mereka??? Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Perkahwinan | Leave a Comment »

Penggunaan Perkataan Kalau

DIkirim oleh mohd masri di Ogos 11, 2007

Aslmkm,

Saya terdengar dari seorang Ustazah yang menyatakan perkataan “kalau” boleh digunakan untuk perkara-perkara yang baik. Dan saya juga difahamkan sebelum ini perkataan “kalau” langsung tidak boleh digunakan.

Jadi persoalan saya adalah, bilaka kita boleh menggunakan perkataan “kalau”? Baca baki entri ini »

Dikirim dalam aqidah | 1 Komen »

Cara Nabi SAW sara hidup

DIkirim oleh mohd masri di Ogos 11, 2007

Salam

Saya belum terjumpa kisah dari sirah ttg bagaimana Rasulullah saw menanggung kos sara hidupnya/familinya. Adakah Nabi bekerja mengambil upah? Atau kebanyakan masa baginda byk berada di majlis ilmu @ berdakwah? Mcmn pula puteri2nya?

Ada yg bertanya ttg ke’ummiy’an nabi. Diceritakan bhw sewaktu remaja, nabi pernah bekerja di gudang senjata. Jika benar, bgmn seorg buta huruf boleh manage inventory sedemikian?
(maaf jika soalan keterlaluan Yellow Confused ) jazakallahukhairan Baca baki entri ini »

Dikirim dalam sirah | Leave a Comment »

Qadha’ puasa wanita mengandung

DIkirim oleh mohd masri di Ogos 11, 2007

saya mempunyai satu kemusykilan.

Isteri saya semasa ramadhan nnt dia akan mengandung 7 bln tetapi dia tidak lg lengkap mengqadha’ puasanya yg lepas.

Soalannya:

1) Jika dia tidak mampu utk mengqadha’kan puasanya skrg, adakah boleh dia mengqadha’ puasanya selepas bersalin nnt (slps raya)? Ini kerana skrg dia bimbang akan merasa keletihan yg amat sangat apabila berpuasa.

2) Adakah perlu membayar fidyah (menurut pendapat 4 mazhab)?

Diharap mendapat pencerahan secepat mungkin Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Ramadhan | Leave a Comment »