DIkirim oleh mohd masri di Ogos 25, 2007
salam~
ana ade musykillah…
pe hukum di surau solat jemaah dan kita buat solat jemaah kat bilik…tp kira 1 bangunan…surau 1 aras…1 rumah ade 3 bilik…kira bangunan macam rumah apartment…
ade pendapat yg ana dgr xleh solat jika imam kt surau xabis lg…
namun ana berpegang pada pendapat yg bertentangan iaitu boleh je solat jemaah kt bilik…kerana tengok bangunan tue macam mana…
jika bangunan tue hanya ade 1 ruang baru tak boleh…tp jika banyak bilik (rumah) xde masalah utk berjemaah…
erm,nak minta pandangan sape2 yang arif…
jazakumullah khair~
wallahu taala bisawab Baca baki entri ini »
Dikirim dalam Wanita, solat jemaah | 2 Komen »
DIkirim oleh mohd masri di Ogos 25, 2007
Assalaamu’alaikum.
Situasi:
-Bekerja di bawah tanah (underground) di Jepun
-Jadual makan dan rehat tidak menentu
-Masih belajar (menjalani latihan praktikal)
Disebabkan perkara di atas, bolehkah seseorang itu untuk berbuka puasa dan qadha pada waktu lain tanpa kaffarah (memilih pendapat tidak perlu kaffarah). Saya rasa boleh, cuma mahu mendapat kepastian. Terima kasih. Wassalam Baca baki entri ini »
Dikirim dalam Puasa, Ramadhan | Leave a Comment »
DIkirim oleh mohd masri di Ogos 25, 2007

Moga kita dirahmati Allah,
Untuk fidyah kerana tinggal puasa yg masih belum diganti adalah satu cupak beras…jika 30 hari tinggal poser…yakni 30 cupak beras
30 cupak tersebut kepada 30 orang fakir miskin atau bleh 30 cupak tu hanya diberi kepada sorang jer fakir dan miskin????
Pohon penjelasan Baca baki entri ini »
Dikirim dalam Puasa, Ramadhan | Leave a Comment »
DIkirim oleh mohd masri di Ogos 25, 2007

Saya mushkil mengenai waktu luput solat maghrib dan isyak. Adakah waktu maghrib hanya tamat apabila azan isyak berkumandang dan begitu juga dengan waktu isyak, adakah ia tamat bila azan subuh berkumandang, atau kedua2 waktu itu (maghrib dan isyak) tamat/luput lebih awal sebelum masuk waktu solat yang seterusnya.. Baca baki entri ini »
Dikirim dalam solat | 1 Komen »
DIkirim oleh mohd masri di Ogos 25, 2007

mase kecik2 dulu mak sy selalu ckp bhw prmpn yg haid x bole berbuka bersama dgn org yg berpuasa . katanye dilarang. Jadi, mesti makan selepas org berbuke puase . kemudian sy w/pun period ttp bersahur dan berpuasa seperti org yg berpuasa ttpi ade yg kata dilarang sebab ALLAH dah beri kelonggaran . Jadi x sepatutnye menolak nikmat makan di siang hari. Jadi , mohon penjelasan dr ahli panel yg dihormati.
syukra Baca baki entri ini »
Dikirim dalam Puasa, Ramadhan | Leave a Comment »
DIkirim oleh mohd masri di Ogos 23, 2007

Baru tadi dapat e-mail dari kawan yang mendapat e-mail dari kawan juga yang pernah bekerja di sebuah syarikat pengeluar daging ayam halal. Kawan dari kawan ini telah berhenti kerja kerana tidak tahan melihat apa yang didakwanya sebagai penipuan status halal. Bekas pekerja ini mendakwa syarikat lamanya menggunakan pekerja2 vietnam yg berugama buddha untuk menyembelih ayam. Apabila pegawai Jakim datang buat pemantauan, pihak pengurusan akan panggil pekerja2 melayu lain pura2 jadi tukang sembelih, maka syarikat itu dapatlah Halal Jakim, tapi tukang sembelih yang sebenarnyanya adalah org2 bukan Islam, seperti yang didakwa oleh pembawa cerita ini. Jadi sekiranya cerita ini benar, dan penyampai cerita ini ikhlas untuk menyampaikan kebenaran, bolehkah kita makan sahaja ayam itu kerana telah dapat pengesahan Halal Jakim? Baca baki entri ini »
Dikirim dalam Makanan, adab | Leave a Comment »
DIkirim oleh mohd masri di Ogos 23, 2007
Assalamu’alaikum Warahmatullah…
Minta pendapat ahli panel ttg masalah ini.,
Jiran sy berbangsa india dan mungkin agamanya hindu.(kalu tidak silap sebabnya patung2 tuhannya sy lihat melebihi kebanyakan kaum hindu yg lain). masalahnya ialah setiap waktu petang menjelang malam (maghrib) pasti dia akan memasang colok yang amatlah menyesakkan baunya sehingga menimbulkan ketidaksenangan kpd jiran2 disebelahnya.
Jadi sy sebagai jirannya hanya inginkan pandangan atau pendapat drpd panelis cara ‘terbaik’ menurut Al-Quran dan As-Sunnah utk menegur aktiviti rutin keagamaannya itu.
sekian,
JKK di atas perhatian AAN Baca baki entri ini »
Dikirim dalam non muslim | 1 Komen »
DIkirim oleh mohd masri di Ogos 23, 2007
assalam mualaikum wrt
saya ada masalah sikit yang diharapkan dapat di selesaikan.
okey soalan saya : wanita yang telah istiqamah pakai purdah, hendak melakukan umrah, adakah boleh dia tidak membuka muka nya setelah dia berniat umrah? dan alasannya.(dalil).
yang kedua: biasanya selepas solat orang ramai akan berwirid dah zikir, adakah ada dalil tentang itu, dan kalau tiada boleh kah kita raikan jemaah yang telah biasa dgn cara itu selepas solat, sedangkan kita menjadi imam? dan dalilnya.atau kita tinggalkannya terus?
sekian wassalam mualaikum wrt Baca baki entri ini »
Dikirim dalam Wanita, haji, zikir | Leave a Comment »
DIkirim oleh mohd masri di Ogos 23, 2007
Persoalannya…
1) Bagaimanakah yang dikatakan air mani wanita???…adakah pada keghairahannya???
2) Jika air mani wanita itu ada atau terkeluar….sudah pasti puasanya batal….adakah wanita atau isteri tersebut kena kaffarah puasanya atau sekadar qadha puasa jer???sbb tak berlaku persetubuhan hanya muqaddimah jer…
Mohon pencerahan Baca baki entri ini »
Dikirim dalam Bersuci, Ramadhan, Wanita | 5 Komen »
DIkirim oleh mohd masri di Ogos 23, 2007

Saya ingin meminta jasa baik panel fiqh al-ahkam utk menyenaraikan ayat2 al-quran dan hadis2 sahih yg menerangkan kelebihan2 wanita yg mengandung dan mehirkan anak.
Ini kerana saya ingin mengelakkan kekeliruan di mana ada hadis2 yg dikeluarkan mengenai hal ini tidak dinyatakan sahih atau tidak hadis2nya.
Baca baki entri ini »
Dikirim dalam Wanita, hadith | Leave a Comment »