Koleksi Soal Jawab Agama

Weblog Ini Adalah Weblog Khas Untuk Soal Jawab Agama

Arkib bagi Hari 28 Jun 2007

Perjuangan kebangsaan: Assobiyah?

DIkirim oleh mohd masri di Jun 28, 2007

Biasa kite lihat dan dengar orang ramai membincangkan isu bersifat kebangsaan (misalnye isu orang Melayu), sampai sesetengahnye tu melebihkan isu bangsa berbanding agama. Jadi, apakah hukum melakukan perjuangan bangsa ni?
Tak dikira as-sobiyyah ke? Baca baki entri ini »

Dikirim dalam aqidah | Leave a Comment »

Ibu Nabi saw, Islam atau kafir

DIkirim oleh mohd masri di Jun 28, 2007

Salam
Apakah dibolehkan kita menyebut / mendoakan seperti berikut: ” Ibu nabi s.a.w. , iaitu Aminah binti Wahb, radiallahu ‘anha ………” sedangkan Al-Quran, surah at-Taubah ayat 114 melarangnya? Perkara ini telah timbul dalam majlis ilmu apabila buat kali kedua seorang ustaz yang mengendali kuliah sirah menyebutnya. Minta pencerahan dari ahli panel al-ahkam.net. JKK. Wassalam Baca baki entri ini »

Dikirim dalam sirah | Leave a Comment »

Wanita bersolek skit jee

DIkirim oleh mohd masri di Jun 28, 2007

salam,

bolehkah muslimah yg menutup aurat dan tidak bermake-up ,memakai bedak utk pegi keje?

antara alasan nya supaya wajah tidak nampak pucat.
dan kata nya ,ade ustaz yg membenarkan alasanya itu.

syukran. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Wanita | Leave a Comment »

Apakah itu khusyuk di dalam solat

DIkirim oleh mohd masri di Jun 28, 2007

Salam

Bagaimanakah yg dimaksudkan khusyuk dlm solat? Banyak sekali hadis yg menggambarkan bahawa Nabi S.A.W. sendiri mendengar bisik2 org yg lewat (masbuk), ketika Nabi S.A.W. menangkap syaitan dn ada suruhan menghalang seseorang melangkah/melintasi sutrah walaupun ketika itu sedang solat. Ada juga kisah para Sahabat yg solat terlalu khusyuk sehingga dipanah pun tidak terasa. Harap tuan2 yg budiman dpt memberi pencerahan tahap solat yg bagaimana dikatakan sebagai khusyuk. Sekian.

Wassalam Baca baki entri ini »

Dikirim dalam solat | Leave a Comment »

Persoalan Janggut dan Misai.

DIkirim oleh mohd masri di Jun 28, 2007

Assalamu’alaikum. Dalam hadis sahih riwayat bukhari dan muslim, Rasulullah s.a.w. jelas mengarahkan agar memotong misai dan menyimpan janggut. Saya ada beberapa soalan yg berkaitan dgn hadis tersebut:

1.Bagaimanakah cara memotong misai menurut sunnah? Adakah mencukur sehingga licin atau menggunting sehingga pendek atau sekadar menggunting lebihan misai yg menutup bibir?

2.Apakah yg dimaksudkan dgn janggut dlm hadis tersebut? Adakah sekadar ‘rambut’ di dagu atau termasuk juga dgn jambang(bagi yg berjambang)?

3.Jika mengikut mazhab syafie, hukum menyimpan janggut adalah sunat. Tetapi ada pihak yg bukan bermazhab syafie yg berpendapat hukum menyimpan janggut adalah wajib dan mencukurnya adalah haram. Pendapat manakah yg rajih?

4.Adakah memotong misai dan menyimpan janggut bagi lelaki (bagi yg dah tumbuh ler) sbgmana yg disebutkan dlm hadis adalah wajib atau sunat sahaja?

5.Saya gemar mencukur misai dan jambang (sehingga licin) tetapi membiarkan janggut di dagu, apabila janggut saya panjang pula, saya akan mengguntingnya, maknanya panjang janggut saya tidak sampai segenggam penumbuk kerana saya suka mengguntingnya apabila panjang. Apakah perbuatan saya ini bertepatan dgn sunnah atau sebaliknya? Ini kerana saya pernah terdengar bahawa panjang janggut menurut sunnah ialah mengikut panjang segenggam penumbuk.

Sekian, terima kasih. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam adab, sunnah | Leave a Comment »

Hadith: Jangan Cela Makanan

DIkirim oleh mohd masri di Jun 28, 2007

Salam
Dlm sahih Bukhari Volume 7, Book 65, Number 320:

Narrated Abu Huraira: The Prophet never criticized any food (he was invited to) but he used to eat if he liked the food, and leave it if he disliked

Dlm keadaan yg mcm mana hadis ini diaplikasikan?
Dgn bersandarkan hadis ini bolehkah hujah ini digunakan ?

“Jangan terlampau berselidik dlm soal pemakanan hingga mewujudkan phobia. Jangan terlalu berprasangka atau was-was pada benda yang sukar untuk dipastikan Apa yang jelas haram jangan makan, apa yang tak boleh atau sukar dipastikan kandungannya, kalau suka nak makan maka makanlah , kalau tak nak then just tinggalkan saja .

TKasih

Baca baki entri ini »

Dikirim dalam adab, hadith | Leave a Comment »