Koleksi Soal Jawab Agama

Weblog Ini Adalah Weblog Khas Untuk Soal Jawab Agama

Arkib bagi Hari 13 Jun 2007

Khas kepada pengkagum Khomeini Bah. 1: Menghancurkan Masjid al-Haram & al-Nabawi

DIkirim oleh mohd masri di Jun 13, 2007

Oleh: zain-ys

Golongan Syiah Imamiyah melalui proxy-proxy mereka mengecam secara habis-habisan perlakuan golongan Wahabi yang dikatakan meratakan beberapa kuburan Ahlil Bait dan beberapa kesan sejarah mereka seperti rumah dsbnya.

Ramai di kalangan golongan sufi yang terpengaruh dengan propaganda proxy-proxy Syiah Imamiyah di Malaysia. Mereka berada di sisi proxy-proxy Syiah ini yang kononnya mahu membela kesucian dua tanah haram.

Malang.. Golongan sufi ini menjadi golongan yang amat malang kerana mereka menjadi ‘tidak kasyaf’ terhadap agenda di sebalik seruan proxy-proxy Syiah ini.

Mereka menjadi ‘tidak kasyaf’ bahawa lelehan air mata yang mengalir dari golongan Syiah atas tindakan meratakan beberapa tinggalan sejarah itu bukanlah kerana mahu menjaga kesucian dua tanah haram itu. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam aliran sesat | Leave a Comment »

RAQ : Hawzah Ulama SYIAH bersetuju masjid tertua Sunni dibongkar Jadi Hotel!??

DIkirim oleh mohd masri di Jun 13, 2007


Rabu, 25 April 07

Satu sumber di Lajnah Dakwah dan Fatwa, Baghdad (milik kaum Sunni) menyingkap, Hawza Syiah (Himpunan ulama Syiah Iraq) menyetujui pembongkaran masjid bersejarah dan tertua milik penganut Sunnah di kota Najaf. Sebagai gantinya, di lokasi masjid itu, akan dibangun sebuah hotel mewah yang akan digunakan untuk menyambut para tamu dari kalangan Syiah bukan dari Iraq.!? (tetamu Syiah Iran).

Dalam wawancaranya, sumber itu menjelaskan, masjid ‘Amr bin Al ‘Ash kuno yang merupakan salah satu masjid terbesar milik penganut Sunnah di kota Najaf tersebut akan ditukar menjadi sebuah hotel. Alasannya, kerana sudah sejak tiga tahun lalu masjid itu ditinggalkan (tidak berfungsi) setelah secara berterusan diserang militia bersenjata Syiah dan pengusiran keluarga-keluarga Sunni yang tinggal di kota kuno di Najaf itu.

Sumber itu menambahkan, Hawza Syiah telah menyetujui pembongkaran masjid tersebut dan perletakan batu pertama pembangunan sebuah hotel megah di sana yang akan digunakan untuk menyambut para tamu dari kalangan Syiah Iran, Pakistan, negara-negara teluk dan lainnya. Ketika ditanya, kenapa dijadikan hotel, mereka mendakwa, kerana hotel-hotel di kota itu telah penuh sesak para tetamu tersebut.!?

Dipetik dari laman al-sofwah.or.id

al-ahkam 

Dikirim dalam aliran sesat | Leave a Comment »

SYI’AH DAN AL-QURAN

DIkirim oleh mohd masri di Jun 13, 2007


Oleh: Ahmad Nasim bin Abdul Rauf (darulkautsar.com)

 Di antara peranan yang dimainkan oleh Syi’ah dalam usaha untuk memesongkan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. ini adalah dengan mendakwa bahawa al-Quran yang ada ini telahpun diselewengkan, ditokok-tambah, dikurangkan dan seumpamanya. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam al-quran, aliran sesat | Leave a Comment »

Karbala Bukan Tanah Suci

DIkirim oleh mohd masri di Jun 13, 2007


Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani

Di bawah ini akan kami petikkan tulisan Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani dari kitab Silsilah Al-Ahadits Ash-Shahihah, ketika beliau mengomentari hadits berikut:

قَامَ مَنْ عِنْدِي جِبْرِيْلُ قَبْلُ فَحَدَّثَنِيْ أَنَّ الْحُسَيْنَ يُقْتَلُ بِشَطِّ الْفُرَاتِ.

Telah datang malaikat Jibril di sisiku, lalu dia mengabarkan kepadaku bahwa Husein akan dibunuh di Syaththil Furaats (Karbala). (HR. Imam Ahmad dalam Musnadnya (1/85); dishahihkan oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani dengan beberapa syawahid (penguat-penguat hadits tersebut) dalam kitabnya Silsilah Al-Ahadits Ash-Shahihah, jilid III, hal. 159-162) Baca baki entri ini »

Dikirim dalam aliran sesat, hadith | Leave a Comment »

Terbunuhnya Cucu Nabi, al-Hasan dan al-Husein. Siapa Dalangnya?

DIkirim oleh mohd masri di Jun 13, 2007

Terbunuhnya Al-Hasan dan Al-Husein

Ustadz Muhammad Umar Sewed

 

Al-Hasan dan Al-Husein adalah putera dari Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhum, cucu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dari anak perempuannya Fathimah radhiyallahu ‘anha.

Mereka termasuk kalangan ahlul bait Rasu­lullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang memiliki keutamaan-keutamaan yang besar dan mendapat pujian-pujian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, di antaranya beliau bersabda:

إِنَّ الْحَسَنَ وَ الْحُسَيْنَ هُمَا رَيْحَانَتَايَ مِنَ الدُّنْيَا. (أخرجه البخاري مع الفتح ٧/٤٦٤، ٢۷٥٢؛ والترمذى وأحمد عن ابن عمر)

Sesungguhnya Al-Hasan dan Al-Husein adalah kesayanganku dari dunia. (HR. Bukhari dengan Fathul Bari, juz VII, hal. 464, hadits 3753 dan Tirmidzi, Ahmad dari Ibnu Umar) Baca baki entri ini »

Dikirim dalam aliran sesat | Leave a Comment »

BUKTI-BUKTI PENYELEWENGAN SYIAH

DIkirim oleh mohd masri di Jun 13, 2007

VIDEO : BENARKAH SHIAH SEBAHAGIAN DARI ISLAM ?

Bukti-bukti yang menujukkan Syiah berbeza dar Islam :

Ka’bah Syiah tertulis nama Ali r.a di Najaf dik Kufah, Iraq. Mereka menyembah Ali bukan Allah s.w.t. Bandar Najaf digelar al-Najaf al-Ashraf (Najaf yang Suci). Sekaligus merupakan kota saingan kepada Makkah dan Bait al-Maqdis (qiblat pertama islam) di Palestin dua kota yang menjadi qiblat kepada umat islam. Apakah tujuan hadis-hadis palsu Syiah yang menyatakan tanah Karbala’ di Kufah lebih Afdal dari tanah Makkah ? Mengapakah tanah Karbala’ menyertai solat mereka? Jika Abrahah pernah membuat satu Ka’bah di Yaman untuk menyaingi Baitullah al-Ka’bah di Makkah kita anggap sebagai orang yang sesat maka Syiah lebih jahat, sesat dan terkeluar dari Islam dengan sebab kejahatan mereka mencuri Hajar al-Aswad dibawa ke Najaf semasa daulah fatimiyyah berkuasa dahulu untuk ditambahkan kepada Qiblat mereka di Najaf. Apakah tujuan mereka tawaf dan mengerjakan haji di Kufah di samping bertaqiyyah dating ke Makkah pada musim haji? Kita tanyakan kepada Syiah apakah tujuan marja’-marja’ kamu di Najaf dibawah pimpinan Ayatullah Sayyid Ali al-Sistani melakukan kerja-kerja terkutuk ini?

1. Lihat Ka’bah Suci Najaf di sini : download dengan menaip http://fnoor.com/media/fn179.ram

2. Lihat bukti-bukti lain penyelewengan Shiah di sini dengan menaip : http://fnoor.com/media.htm

al-ahkam 

Dikirim dalam aliran sesat | Leave a Comment »

Membongkar Kesesatan Syiah

DIkirim oleh mohd masri di Jun 13, 2007

Membongkar Kesesatan Syiah
Penulis: Al-Ustadz Ruwaifi’ bin Sulaimi Al-Atsari, Lc.
Syariah, Manhaji, 12 – Februari – 2004, 01:05:04

Serupa tapi tak sama. Barangkali ungkapan ini tepat untuk menggambarkan Islam dan kelompok Syi’ah. Secara fisik, memang sulit dibedakan antara penganut Islam dengan Syi’ah. Namun jika ditelusuri -terutama dari sisi aqidah- perbedaan di antara keduanya ibarat minyak dan air. Sehingga, tidak mungkin disatukan.

Apa Itu Syi’ah?
Syi’ah menurut etimologi bahasa Arab bermakna: pembela dan pengikut seseorang. Selain itu juga bermakna: Setiap kaum yang berkumpul di atas suatu perkara. (Tahdzibul Lughah, 3/61, karya Azhari dan Tajul Arus, 5/405, karya Az-Zabidi. Dinukil dari kitab Firaq Mu’ashirah, 1/31, karya Dr. Ghalib bin ‘Ali Al-Awaji)
Baca baki entri ini »

Dikirim dalam aliran sesat | Leave a Comment »

Video: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat: Dato’ Harun Taib: Membongkar hakikat Syiah di Iran, Iraq dan Lebanon

DIkirim oleh mohd masri di Jun 13, 2007

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Harun Taib dalam kuliahnya 5 Januari 2007 membongkar hakikat di sebalik kebangkitan Syiah di Iran, Iraq dan Lebanon. Didedahkan juga bagaimana dendam Syiah terhadap Sunni sama seperti dendam Yahudi terhadap umat Islam. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam aliran sesat | Leave a Comment »

Tanggapan Syiah terhadap orang Sunni…

DIkirim oleh mohd masri di Jun 13, 2007

Antara buku yang saya pernah baca ialah hasil karya seorang ulama Syiah, Husain al-Musawi. Berikut ini adalah antara isikandungan dari buku ini.

Tajuk Buku: Lillah Tsumma Lit tarikh (لله ثم للتاريخ)

Ditulis oleh: Husain al-Musawi, seorang ulama Syiah.

Ia ditulis atas dasar mahu membetul/tashih penyelewengan yang berlaku di dalam agama Syiah serta membersihkan nama imam-imam dari dibabitkan dengan penyelewengan berkenaan. Katanya, dia tahu bahawa bukunya ini pasti akan mengundang reaksi yang kurang enak dari kalangan Syiah. Mereka akan mendustakannya dan melemparkan pelbagai tuduhan terhadapnya sebagaimana yang berlaku ke atas Sayid Musa al-Musawi (antara tokoh Islah Syiah). Beliau ditohmah dengan pelbagai tohmahan antaranya sebagai talibarut Amerika.. Diupah oleh Saudi yang Wahabi. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam aliran sesat | Leave a Comment »

Video: Al-Quran mereka 3 x ganda dari al-Quran kita…

DIkirim oleh mohd masri di Jun 13, 2007

Al-Kulaini menyebutkan dalamal Kafi 1/457: Dari Abu Bashir dari abi abdillah berkata: ”Sungguh kami mempunyai sebuah Mushaf yang namanya Mushaf Fathimah, taukah anda apa mushaf Fathimah itu? Dia berkata: Mushaf Fathimah adalah seperti tiga kali Quran kamu sekalian, demi Allah tidak ada di dalamnya satu hurufpun yang tertulis dalam Quranmu (sunni)”.

Ulama Syiah: Bahawa al-Quran yang sahih yang lengkap ada pada al-Imam al-Mahdi al-Muntazar… Dan bahawa Adapun al-Quran yang ada di tangan kita, kurang dan tidak lengkap serta berlaku padanya perubahan. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam aliran sesat | Leave a Comment »