Koleksi Soal Jawab Agama

Weblog Ini Adalah Weblog Khas Untuk Soal Jawab Agama

Arkib bagi Hari 30 Mei 2007

Taik Ikan Bilis, Najis ke?

DIkirim oleh mohd masri di Mei 30, 2007

Hukum Najis & Perut Ikan

(Termasuk Ikan Bilis)

 

 

Soalan

 

Assalamuaikum Ustaz,

 

Baru-baru ini saya menerima satu artikel dari forumer ingatan@yahoogroups.com  menyatakan bahawa haram memakan ikan yang direbus/digoreng yang tidak disiang (dibuang isi perutnya). Dengan jelas sekali dalam artikel tersebut, saudara tersebut menyatakan hukum itu tergunapakai untuk ikan bilis sekali.

Ini amat baru bagi saya. Dan sememangnya saya jahil tentang ini. Sebelum saya menwar-warkan kepada rakan-rakan yang lain, saya ingin kepastian tentang hukum.

Mungkin ini di luar bidang kuasa ustaz, tetapi saya amat hargai sekiranya ustaz dapat mencari sumber-sumber dari jemaah lain yang boleh membantu menyelesaikan permasalahan ini.

Saya kira, ramai di forum zaharuddin.net ini berminat untuk mengetahui kerana rata-rata, nasi lemak yang kita makan menggunakan ikan bilis yang tidak dibuang perutnya Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Makanan, Najis | Leave a Comment »

Bolehkah Wanita Berdakwah

DIkirim oleh mohd masri di Mei 30, 2007

Oleh : Ust Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

gambar hiasan

Umat Islam terutamanya para muda mudi amat memintai muzik dan lagu. Para remaja Islam dari kalangan lelaki dan wanita juga tidak terkecuali dari menjadi peminat muzik ini. Walau bagaimanapun, mereka mengalihkan minat itu kepada dendangan lagu-lagu nashid yang liriknya membawa kepada kebaikan dan kesedaran agama.

 

Tidak dapat dinafikan, banyak juga nasyid-nasyid ini yang dilihat menyimpang dari landasan asal lalu sifat komersialnya melebihi nasihatnya. Liriknya yang asalnya membawa kepada nasihat agama mulai bertukar kepada puja-puji wanita dan kekasih. Bezanya dengan lagu pop rock biasa hanyalah kerana ia diadun sedikit dengan menyebut nama-nama Allah sekali sekala, kalimah Islam atau apa-apa elemen Islam.

 

Saya akan menulis lanjut tentang hal ini kemudian, InshaAllah. Dalam penulisan ini, saya ingin mengajak pembaca melihat peranan kaum wanita muslimah dalam industri nasheed ini. Adakah ianya halal atau sebaliknya? Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Aurat, Wanita, dakwah | Leave a Comment »