6 comments on “HAK ISTERI YANG HARUS DIPENUHI SUAMI: Berlaku Adil

  1. As’salam. saya ingin bertanyakan soalan berkenaan idda’ bagi suami yang berpoligami (4 isteri) Disini si suami telah menceraikan isteri yang pertama dan ingin berkahwin yang lain.Soalannya disini, sisuami telah pun bernikah bersama wanita lain setelah sebulan penceraian bersama bekas isterinya pertama. Adakah pernikahan itu sah? Adakah sisuami memiliki idda’ sama seperi seorang wanita yang mempunyai idda’. Setahu saya disini, hanya wanita saja yang mempunyai idda’. Perlukan penjelasan yang tepat.Terima Kasih

    Waalaikumussalam wbt.

    Pernikahan itu sah. Suami tiada eddah.

  2. assalamualaikum. Saya seorang suami yg tidak mengizinkan isteri saya keluar rumah tanpa ditemani saya. bagaimanapun, isteri mempertikaikan tindakan saya. saya juga tidak membenarkan isteri saya memandu kereta bersendirian. Asasnya saya boleh bawakan dan temankan isteri kemana saja tempat yg baik yg ingin dituju. Tindakan saya juga untuk mengelakkan fitnah. Isteri saya pula risau dianggap menyusahkan suami dan cuba untuk melakukan perkara yang mampu tanpa bergantung kepada suami. Tetapi saya melarangnya kerana selagi saya mampu temankan, saya akan buat. Adakah tindakan saya ini mencabar haknya??Terima kasih ustaz.

  3. Waalaikumussalam w.b.t
    Saudara Mohamad,

    1) Isteri saudara wajib mentaati arahan saudara di atas kerana seorang isteri wajib mentaati suami dalam perkara-perkara yang tidak bercanggah syara’, dan arahan saudara bukanlah sesuatu yang melanggar syara’.

    2) Akan tetapi, lebih wajar jika saudara berbincang, dan bertolak ansur dengan isteri saudara, dan tidak terlalu menggunakan kuasa veto selaku suami. Ini supaya rumah tangga yang dibina tidak terganggu dengan hal-hal kecil sebegini.

  4. apakah hukum bagi seorang wanita (isteri orang) lelaki (suami orang) bermain perasaan cinta tanpa pengetahuan pasangan masing-masing….? dan wanita tersebut berani untuk mengajak keluar bersama tanpa pengetahuan suami…….

  5. Assalamuaalaikum.
    Kita hidup harus berpijak di bumi nyata. Walaupun ada hukum-hukum agama yang perlu dipelihari dan diamalkan dalam kehidupan berumahtangga. Namun begitu, cuba berfikir sejenak, andaikata tiba-tiba sesuatu berlaku kepada saudara, contohnya meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya, pernahkah saudara terfikir, bagaimana saudara boleh meninggalkan isteri yang tidak boleh berdikari. bagaimana dia akan mengurus keluarga selepas itu. Saudara sendiri tidak pernah melatih isteri saudara untuk mengadapi kemungkinan ini. Ini zaman moden, bukan seperti zaman dahulu, dimana semua pekerjaan dilakukan oleh suami. Saya pernah bertemu dengan seorang sahabat yang kematian suami semasa anak masih kecil. Kesukaran yang dihadapi oleh wanita ini kerana semasa suami hidup tak pernah sekali pun membayar bil. Semua urusan suami yang buat. akhirnya hidup seperti orang hilang tempat bergantung, tak tentu arah,kereta rosak menangis, anak sakit menangis, nak antar anak belajar menangis, tak tahu apa nak buat. Selepas beberapa tahun, barulah dapat menyesuaikan diri. Akhirnya wanita ini tidak boleh mengalami masalah terus naik darah tinggi sebab trauma. Namun begitu tidak pula wanita ini berkahwin lagi selepas itu walaupun suami meninggal ketika dia berusia lewat 30 an. So jangan takut beri kebebasan, biar dia berdikari di bawah pengawasan saudara. Kalau dia2 betul2 wanita yang beragama, dia akan dapat menjauhkan dirinya dari sebarabg fitnah.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s