Koleksi Soal Jawab Agama

Weblog Ini Adalah Weblog Khas Untuk Soal Jawab Agama

Arkib bagi Hari 9 Mei 2007

Menjawab islam liberal: Semua agama sama!

DIkirim oleh mohd masri di Mei 9, 2007

oleh Hafiz Firdaus Abdullah

Risalah ini diusahakan dalam rangka menjawab aliran Islam Liberal yang mendakwa semua agama adalah sama. Dakwaan seperti ini, yang juga dikenali sebagai fahaman Fiqh Lintas Agama sudah mula terbit di sana sini di Malaysia oleh beberapa penulis dan pemikir yang menyembah tamadun Barat. Risalah ini juga telah disiarkan dalam Majalah i edisi Ogos 2004. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam aliran sesat, aqidah | Leave a Comment »

Siapakah Tokoh-Tokoh Isla Liberal

DIkirim oleh mohd masri di Mei 9, 2007

Siapakah Tokoh-Tokoh Islam Liberal?

Oleh: Ustaz Hafiz Firdaus

Aliran Islam Liberal wujud hampir di mana jua. Nama mereka mungkin berbeza-beza, bahkan mungkin tindak dikenali dengan nama tertentu. Akan tetapi manhaj mereka tetap sama iaitu membuka dan membebaskan tafsiran Islam demi mencapai kejayaan ala kebaratan. Apabila menyebut tentang tokoh-tokoh aliran Islam Liberal, terdapat satu kesamaan di antara mereka semua – iaitu mereka pernah mendapat didikan di negara Barat dan/atau pernah berkhidmat di mana-mana institusi pengajian Barat. Pengalaman ini menyebabkan mereka amat cenderung kepada apa sahaja yang berasal dari Barat tanpa memisahkan antara yang baik dan salah. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam aliran sesat, aqidah | 1 Komen »

Pencerahan Dalam Persoalan Solat Sunat Qabliyah Jumaat.

DIkirim oleh mohd masri di Mei 9, 2007


Oleh

Hafiz Firdaus Abdullah (www.al-firdaus.com)

 

Disampaikan kepada saya oleh beberapa pencinta ilmu yang ikhlas lagi jujur bahawa dalam sebuah forum di alam maya yang bernama “Bicara Sufi”, terdapat perbincangan berkenaan persoalan solat sunat qabliyah Jumaat yang dikaitkan dengan nama saya. Perbincangan yang saya maksudkan boleh dirujuk di:

http://www.bicarasufi.com/sgtt/viewtopic.php?topic=11947&forum=3&21

Perkara ini pada awalnya saya anggap baik kerana memang saya menyukai apa-apa persoalan agama yang dibincang secara terbuka dan ilmiah. Akan tetapi setelah diteliti, ia berubah daripada satu kebaikan kepada keburukan. Hal ini berlaku kerana jawapan yang diberikan oleh “ahli fiqh” forum “Bicara Sufi”, iaitu seseorang yang mengguna nama “Viceroy”, sebenarnya adalah tidak tepat untuk mewakili Mazhab al-Syafi’e mahupun sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Di atas sebab inilah saya rasa perlu untuk diusahakan pencerahan ini.

Pencerahan ini saya bahagikan kepada tiga bahagian utama. Bahagian pertama menjelaskan hukum solat sunat qabliyah Jumaat di kalangan imam Mazhab al-Syafi’e. Sebenarnya para imam Mazhab al-Syafi’e terbahagi kepada dua dalam persoalan ini:

· Pertama adalah mereka yang mensabitkan solat sunat qabliyah Jumaat.

· Kedua adalah mereka yang menafikan kesabitan solat sunat qabliyah Jumaat.

Memandangkan “Viceroy” telah mengemukakan dalil dan hujah bagi mensabitkan solat sunat qabliyah Jumaat, maka saya akan mengemukakan pula dalil dan hujah bagi menafikan kesabitan solat sunat qabliyah Jumaat. Penafian ini saya nukil tidak lain daripada para imam Mazhab al-Syafi’e itu sendiri.

Seterusnya, bahagian kedua merupakan analisa dan pencerahan ke atas hujah-hujah yang dikemukakan oleh “Viceroy” berkenaan solat sunat qabliyah Jumaat. Bahagian ketiga adalah kesimpulan ke atas keseluruhan pencerahan ini.

Bahagian Pertama: Solat Sunat Qabliyah Jumaat Di Sisi Para Imam Mazhab al-Syafi’e Yang Menafikan Kesabitannya.

Sepertimana yang disebut sebelum ini, para imam hadis Mazhab al-Syafi’e terbahagi kepada dua dalam persoalan ini. Sebahagian daripada mereka mensabitkan solat sunat qabliyah Jumaat manakala sebahagian yang lain menafikannya. Mereka yang menafikannya berhujah, bahawa tidak ada sebarang hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengajar atau mempraktikkan solat sunat qabliyah Jumaat. Demikian juga oleh para sahabat radhiallahu ‘anhum, tidak ada di kalangan mereka yang mengajar atau mempraktikkan solat sunat qabliyah Jumaat. Ini kerana tertib perlaksanaan solat Jumaat pada zaman mereka menafikan kemungkinan wujudnya solat sunat qabliyah Jumaat. Perkara ini dapat diperincikan dalam dua poin berikut ini: Baca baki entri ini »

Dikirim dalam bid'ah, solat jumaat, solat sunat | Leave a Comment »

Doktor Jin

DIkirim oleh mohd masri di Mei 9, 2007

Assalamualaikum w.b.t


Kita guna ubat-ubat dalam bentuk pil sebagai satu usaha untuksembuh dan kita yakin yang sebenarnya Allah yang sembuhkan? So kalau macam tu, guna jin bolehlah sebab kita tahu yang sebenarnya Allah yang sembuhkan. Maksud ana kat sini, jin tu hanya satu method usaha…
Baca baki entri ini »

Dikirim dalam aliran sesat, aqidah | Leave a Comment »

Menjawab Astora Jabat Tentang Zikir Selepas Solat

DIkirim oleh mohd masri di Mei 9, 2007

Oleh ABU IQBAL AL-MANDILI

Assalaamu’alaikum

Kewujudan Astora dalam ruangan beliau di Mingguan Malaysia dan Majalah al-Islam banyak menimbulkan kontroversi di Malaysia. Anjuran beliau agar umat Islam di Malaysia supaya berfikiran terbuka amatlah disokong tapi malangnya Astora ibarat ibu ketam yang mengajar anaknya untuk berjalan lurus.

Isu-isu yang beliau bawa sebenarnya bukanlah isu baru, malah isu lapuk yang sering dilaungkan oleh kelompok Islam Liberal dan hujah mereka ini sebenarnya telah dijawab oleh ulama’ Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Di Malaysia ini segala isu yang dibangkitkan oleh Astora juga telah (dan akan) dijawab dalam sebuah majalah terbitan Karangkraf bernama Majalah I. Tetapi orang yang menyuruh umat Islam di Malaysia ini meluaskan kotak pemikiran ini sebenarnya yang malas menggunakan aqal dan pemikirannya. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam aliran sesat, bid'ah, zikir | 1 Komen »

Dua hadis yang digunakan sebagai dalil Mawlid.

DIkirim oleh mohd masri di Mei 9, 2007

Saya merujuk kepada artikel di:

http://groups.yahoo.com/group/fikrah/message/28234

Keseluruhan artikel tersebut membenarkan amalan Mawlid berdasarkan dua buah hadis. Berikut ulasan saya kepada hadis-hadis tersebut: Baca baki entri ini »

Dikirim dalam bid'ah, hadith | 1 Komen »

Apakah itu doa manzil?

DIkirim oleh mohd masri di Mei 9, 2007

Oleh Hafiz Firdaus Abdullah
Dao Manzil berasal dari sebuah hadis yang dinukil oleh Muhammad Yusuf al-Kandhalawi di dalam kitabnya: “Syarah Hayah al-Sohabah” (tahqiq Muhammad Ilyas al-Barih Bankawi; 4 jld, Dar Ibn Kathir, Damsyik 2000), jld 4, ms 84, (Bab Bagaimana Nabi s.a.w. dan para sahabat bermunajat kepada Allah dengan berdoa). Baca baki entri ini »

Dikirim dalam doa, hadith | 1 Komen »

Kedudukan Hadis Taubat Nabi Adam alahi salam.

DIkirim oleh mohd masri di Mei 9, 2007

Assalamualaikum warahmatullah

Artikel ini adalah jawapan kepada posting di:

http://groups.yahoo.com/group/fikrah/message/20005

Asal perbincangan merujuk kepada sebuah hadis daripada Umar al-Khattab radiallahu ‘anhu bahawa diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w.:Ketika Adam a.s. telah terlanjur berbuat dosa, dia berdoa:

“Wahai Tuhan aku, aku memohon kepada-Mu dengan haq Muhammad untuk mengampuni dosa aku.”

Allah berfirman: “Bagaimana engkau mengetahui Muhammad padahal Aku belum menciptanya ?” Adam berkata: “Wahai Tuhan aku, sesungguhnya setelah Engkau mencipta aku dengan Tangan Kamu dan Engkau meniupkan Ruh Kamu kepada Aku, ketika aku mengangkat kepala aku, aku melihat pada tiang-tiang Arsy ada tulisan “La ilaha illallah Muhammad Rasulullah.” Maka tahulah aku bahawa Engkau tidak menyandarkan kepada nama Engkau kecuali makhluk yang paling Engkau cintai. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam aqidah, bid'ah, hadith | Leave a Comment »

Hadith 12 khalifah

DIkirim oleh mohd masri di Mei 9, 2007

Assalamualaikum warahmatullah,

Terdapat sebuah hadis yang lazim dijadikan dalil oleh Syiah al-Rafidhah bahawa 12 imamah mereka adalah para imam yang ditakdir atau diramalkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam aliran sesat, aqidah, hadith | Leave a Comment »

Hukum Iktikaf Di Tiga Masjid Atau Semua Masjid.

DIkirim oleh mohd masri di Mei 9, 2007

Oleh Hafiz Firdaus Abdullah

Ringkasan Perbahasan

Terdapat dua pendapat dalam bab beriktikaf di masjid, yang pertama mengatakan ianya boleh di mana-mana masjid yang di dalamnya didirikan solat berjamaah manakala yang kedua mengatakan tidak boleh kecuali di Masjid al-Haram, Nabawi dan al-Aqsa.

Berlakunya perselisihan ini adalah kerana sebuah hadis yang berasal daripada Hudzaifah al-Yaman radiallahu ‘anh, di mana dalam satu bentuk ianya mauquf, yakni merupakan kata-kata beliau sendiri manakala dalam bentuk yang lain ianya marfu’, yakni merupakan kata-kata Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam hadith | Leave a Comment »