Koleksi Soal Jawab Agama

Weblog Ini Adalah Weblog Khas Untuk Soal Jawab Agama

Niat Puasa, Qadha puasa dan lain-lain

DIkirim oleh mohd masri di Mei 7, 2007

Assalamualaikum wbt…

Saya telah mencari jawapan di ruangan arkib tapi masih ada beberapa soalan yg masih saya keliru berkenaan hal puasa ini. Diharap pihak Al-Ahkam atau sesiapa saja dapat membantu saya.

1) Bagaimanakah niat puasa sunat dan niat qada puasa? (saya ada mencari dalam beberapa buku agama, cuma yg diterangkan niat puasa Ramadhan sahaja).

2) Apakah hukum berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika mengambil wuduk di bulan puasa?

3) Benarkah pernyataan seperti di bawah ini:

a) Menelan air liur tidak batal puasa kecuali air liur di antara 2 bibir?
b) Menelan hingus/kahak batal puasa kerana ianya boleh dihindar?
c) Menggosok gigi, miswak dan berkumur tidak batal puasa asalkan tidak sampai masuk ke dalam perut?
d) Masuk air ke dalam telinga tidak batal puasa?
e) Keluar mani kerana mimpi ketika tidur di siang hari bulan puasa, tidak batal puasa tetapi kena mandi wajib?
f) Utk menggantikan puasa Ramadhan yg ditinggalkan dahulu, memadai dgn qada saja, tidak perlu bayar fidyah?
g) Boleh berpuasa di Hari Syak jika ianya kebetulan jatuh pada hari kebiasaan kita berpuasa sunat seperti puasa sunat hari Isnin dan Khamis?

Wassalam….jawapan:

wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr Al-Hafiz dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

1) Bagaimanakah niat puasa sunat dan niat qada puasa?
- Niat merupakan azam untuk melakukan sesuatu ibadat, dan letaknya di hati. Jika anda berazam ingin melakukan qadha’ puasa sebelum menjelang fajar, maka itulah yang dikatakan niat. Ini sudah memadai dan tidak perlu melakukan lafaz niat.

2) Apakah hukum berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika mengambil wuduk di bulan puasa?
- Imam al-Bukhari didalam sahihnya menyatakan hadith :-

إذا توضا فليستنشق بمنخره الماء
“Apabila seseorang mengambil wudhu’ maka hendak beristinsyaq (masuk air kedalam hidung)” – bermaksud ‘Tidak dibezakan diantara orang yang berpuasa dan tidak berpuasa’ (Fath al-Bari, 7/62). Dr Yusuf al-Qaradhawi menyebut bahawa ada dikalangan salaf mengatakan ia tidak membatalkan puasa tetapi perbuatan tersebut dilarang.

3) Benarkah pernyataan seperti di bawah ini:

a) Menelan air liur tidak batal puasa kecuali air liur di antara 2 bibir?
- Benar, Menelan air liur didalam mulut tidak membatalkan puasa. Ibn Qudamah mengatakan bahawa perkara ini agak sukar dielakkan sepertimana debu dijalan atau dilantai (al-Mughni 3/16). Jika lidah yang mengandungi air liur terjulur keluar sebentar dan masuk kembali, ia tidak membatalkan puasa, oleh kerana pergerakan lidah dikira sebagai sebahagian dari pergerakan mulut.(Haashiyat Qalyoobi, 2/72).

- Menurut Mazhab Syafie, air liur yang diluar mulut atau berada diantara 2 bibir menelannya boleh membatalkan puasa, kerana perkara ini boleh dielakkan.

b) Menelan hingus/kahak batal puasa kerana ianya boleh dihindar?
- Tidak batal puasa menurut Lajnah al-Daa’imah (1/270) kerana hukum menelan lendir hingus semasa puasa adalah sama hukum telan air liur. Ulama’ menasihatkan agar lendir (mucus) tersebut dikeluarkan kerana menurut Sheikh Utsaimin lendir ini sebagai sesuatu benda yang kotor, dan tidak wajar ditelan.

c) Menggosok gigi, miswak dan berkumur tidak batal puasa asalkan tidak sampai masuk ke dalam perut?
- Tidak batal puasa kalau bersiwak, menggosok gigi atau berkumur dengan syarat tidak menelan air tersebut. Syiekh bin Baaz mengatakan boleh menggunakan ubat gigi asalkan dapat mengelak dari menelannya (Fataawa Bin Baaz, 4/247). Syeikh Ibn Utsaimin mengatakan, lebih elok memberus gigi diwaktu malam (Al-Sharh al-Mumti, 6/407, 408).

d) Masuk air ke dalam telinga tidak batal puasa?
- Syiekh Ibn Taimiyah mengatakan bahawa menggunakan ubat mata (eyedrops) dan ubat telinga (eardrops) tidak membatalkan puasa (Majmu’ Fataawa, 25/233, 25/245).

e) Keluar mani kerana mimpi ketika tidur di siang hari bulan puasa, tidak batal puasa tetapi kena mandi wajib?
- Syiekh Ibn Qudaamah menyatakan bahawa :’Jika seseorang mengalami mimpi sehingga terkeluar mani tidak membatalkan puasa, kerana ini merupakan tindakan tidak sengaja dari pihaknya; sama seperti kes sesesuatu yang yang keluar dari tekaknya semasa di sedang tidur’ (al-Mughni, 3/22). Maka hendaklah dia meneruskan puasa dan mandi (wajib) menghilangkan janabah.

f) Utk menggantikan puasa Ramadhan yg ditinggalkan dahulu, memadai dgn qada saja, tidak perlu bayar fidyah?
- Pendapat ini (Qadha’ tanpa fidyah) didokong oleh al-Nakha’i, Abu Hanifah dan sahabat2nya. Syiekh Dr Yusuf al-Qardhawi dialam kitab Fiqh al-Shiyam mengatakan bahawa hukum mengqadha’ dan membayar fidyah tidaklah datang dari dalil yang sahih dan hanya melalui atsar para sahabat. Hendaklah kita mengambil dari sahabat perkara2 yang berkenaan dengan sunnah dan bukan perkara wajib, sebab yang wajib memerlukan dalil dari Rasulullah saw.

g) Boleh berpuasa di Hari Syak jika ianya kebetulan jatuh pada hari kebiasaan kita berpuasa sunat seperti puasa sunat hari Isnin dan Khamis?
- Dr Mustafa al-Bugha (Fiqh al-Manhaji, 1/361) mengatakan bahawa tidak boleh berpuasa pada hari syak, sebagaimana dithabitkan dari hadith Abu Daud #2334 dan al-Tirmudzi (686) :-

وقال عمار بن ياسر من صام اليوم الذي يُشك فيه فقد عصى أبا القاسم صلى الله عليه وسلم
“Ammar ibn Yaasir berkata : barangsiapa berpuasa pada hari syak oleh manusia maka dia telah mengkianati Abu al-Qaasim (Rasulullah saw)”

Al-Hafiz Ibn Hajar berkata :”difahami dari perkara ini bahawa adalah haram berpuasa pada hari syak, kerana Sahabat tidak akan berkata demikian berdasarkan pandangan pribadi, maka riwayat yang sedemikian mempunyai status yang sama dengan marfu’ hadith.”

WA. wassalam


al-ahkam 

51 Respons kepada “Niat Puasa, Qadha puasa dan lain-lain”

  1. maizura berkata

    Assalamualaikum Uztaz
    Adakah batal puasa jika doktor memasukkan alat kamera ke dalam faraj untuk mengambil imej di dalam saluran peranakan. Kamera ini dikeluarkan balik. Gel atau pelincir juga di sapu untuk memudahkan alat kamera ini dimasukkan ke dalam faraj?

    aslm wbt
    tidak batal. tiada dalil menyatakan ia batal

  2. Hidayatul berkata

    assalamualaikum Uztaz..
    saya nak tanya adakah batal puasa jikalau kita pergi klinik gigi?
    dan bolehkah kita campurkan niat puasa qadha dan niat puasa sunat nisfu syaaban?
    kalau tak dapt, bolehkah kita puasa sunat nisfu syaaban dan mengadha kemudian?
    terima kasih.

    aslm wbt

    xbatal kalau cabut gigi.

    xada dlm sunnah nab gabung2 puasa.

    tiada dlm sunnah nabi puasa nisfu sya’ban.

    kalau dah masuk blan sya’ban tu baik qadha puasa. kang xsempatlak qadha sume pose

  3. tay berkata

    assalamualaikum..

    saya ingin bertanya mengenai puasa.. boleh kah qhada jika puasa pada tahun 2004 atau pada tahun 2005 d qhada pada tahun 2007 ini?

    aslm wbt

    puasa wajib diqadha, bahkan ikut mazhab syafie qadah yg sengaja dilewatkan wajib bayar fidyah. sila serach dlm weblog ini

  4. lady berkata

    salam ust.

    1. Saya menghidap endrometriosis yg memerlukan suntikan terapi setiap bulan. Adakah suntikan ini akan membatalkan puasa saya??

    2. Di dlm bulan Ramadan, Setelah bersama suami, boleh tak saya mandi junub selepas azan subuh? jika ya, apakah waktu yg paling lambat boleh saya mandi junub. Ada yg memberitahu saya mestilah mandi junub sebelum pukul 12 tengahari. adakah itu benar??

    terima kasih ust.

    aslm wbt

    1) suntikan perubatan xmembatalkan puasa. kecuali kalau suntikan yg utk memberikan makanan kpd tubuh.
    2) kalau kamu lewat manji junub smp lepas subuh, mcm mana kamu solat subuh. kalau xsolat subuh berdosa. so jgn lewatkan mandi junub smp xsolat. bleh mandi junub lpas azan, tp wajib mandi sblm tamat wkt subuh sbb haram tinggal solat.

  5. zura berkata

    assalamualaikum,
    saya ingin bertanya bagaimana niat solat terawikh dan bagaimana cara2nya

    aslm wbt

    niat itu dihati, xperlu dilafaz, bila kita dah berdiri n nk solat, mesti kita tau kita nk solat apa.

    solat terawikh@qiam ramadhan oleh dilakukan 2 rakaat, 2 rakaat tanpa had. cuma nabi saw melakukannya hanya 8 ditambah dgn 3 rakaat witir.

  6. Mohammad berkata

    Assalamualaikum Pak Uztaz.
    Saya ingin tanya tentang puasa.
    Saya punya penyakit astma (sesak nafas), bolekah saya pakai inhaler (semacam gas yang di semprotkan kedalam mulut untuk melancarkan pernafasan).

    Terima kasih

    aslm wbt

    boleh tiada masalah.

  7. sara berkata

    Mengandung hampir 8 bulan. tak nak puasa kerna kurang tenaga dan bimbang akan kestabilan bayi. Perlu ganti puasa dan sedekah beras ke?

    aslm wbt

    keadaan saudari sama spt org sakit, sheikh abdul aziz bin baz dlm fatwanya menyebutkan bhw perlu diqadha shj apabila sudah mampu berpuasa, dan xperlu fidyah@sedekah beras

  8. elliani85 berkata

    assalamualaikum,
    saya ingin bertanya apa hukumnya jika kita tidak pergi bersembahyang tarawikh?

    aslm wbt

    ia hanya sunat, xberdosa. cuma rugilah sbb x buat hal2 sunat.

  9. keliru berkata

    assalamualaikum
    apakah batal puasa jika seseorang itu melakukan sesuatu yg memberahikan seperti berpelukan dan berkucupan sehingga keluar air mazi?

    aslm wbt

    air mazi xmembatalkan puasa dan xmemerlukan mandi wajib.

  10. Nur'Ain Syahindah berkata

    bila kh waktu yg baik untuk melafaz kn niat puasa? adakah mlm sebelum tidur atau ketika makan sahur?

    aslm wbt

    lafaz niat nabi saw xajar, niat itu dihati. bila dlm hati kita kata esok aku nk pose, itulah niatnya. niat mestilah sblm masuk wkt subuh.

    kalau dah bgn sahur maksudnya dah ada niat nak puasa, kalau xwat apa kita bgn sahur

  11. mohd syafiq berkata

    aslm wbt utz. satu sualan mengenai terlajak sahur. saya telah bersahur sehingga masuk waktu subuh kerana tersilap sewaktu merujuk jadual waktu sembahyang.perlukah saya mengganti puasa?

    aslm wbt

    puasa sah krn anda xsengaja. sama shj bila anda termakan n minum wkt pose

  12. Abu Rasydan berkata

    Assalamu’alaikum,

    saya ingin tanya Ustaz,
    1. apa sanad hadts berikut:

    مَنْ أَفْطَرَ يَوْمًا مِنْ رَمَضَانَ مِنْ غَيْرِ رُخْصَةٍ وَلاَ مَرَضٍ لَمْ يَقْضِ عَنْهُ صَوْمُ الدَّهْرِ كُلِّهِ وَإِنْ صَامَهُ

    Siapa saja tidak menunaikan shaum Ramadhan sekalipun sehari tanpa alasan rukhshah atau sakit, hal itu merupakan dosa besar yang tidak bisa ditebus, bahkan seandainya ia menunaikan shaum sepanjang masa. (HR at-Tirmidzi).

    2. saya bingung tentang pendapat ulama’ yang berbeda tentang tidak puasa sebab mengandung, nifas, menyusui. apakah perlu qadha’ dan fidyah, qadha’ saja atau fidyah saja.

    Wassalam,

    aslm wbt

    hadith itu dhoif menurut sheikh al-albani
    حديث أبي هريرة قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( من أفطر يوما من رمضان من غير رخصة ولا مرض ، لم يقض عنه صوم الدهر كله وإن صام )) .

    حديث ضعيف ، رواه أحمد ( 2/458 ) وأبو داود ( 2396 ) والترمذي ( 115 ) وابن ماجه ( 1672 ) والدارمي ، وذكره البخاري تعليقا بصيغة التمريض تضعيفا له ، وقال الترمذي ( 115 ) : سمعت محمدا – البخاري – يقول : أبو المطوس اسمه : يزيد بن المطوس ، ولا أعرف له غير هذا الحديث ، وقال الحافظ ابن حجر : لين الحديث ، وضعفه العلامة الألباني رحمه الله تعالى في السنن وفي الجامع ( 5462 ) وفي المشكاة ( 2013 )
    .

    http://www.al-athary.net/index.php?option=com_content&task=view&id=8&Itemid=9

    2)

    yup ia khilaf ulama, maka anda beerhak memilih mana2 pendapat ulama dlm hal ini

  13. Umi berkata

    Saya ingin bertanya jika sepasang suami isteri itu bersetubuh pada waktu subuh selepas bersahur dan tertidur tanpa mandi wajib adakah sah puasa nya?

    aslm wbt

    kalu dah setubuh wkt subuh, batal pose n wajib kafarah.

  14. nisak berkata

    assalammualaikum ustaz,
    saya nk tnyer
    bolehkah seseorang perempuan meneruskan puasa wajibnya/sunat jika dia mandi wajib selepas waktu subuh(selalunya orang perempuan ambil masa 1 hari kalau nk mandi wajib untuk pastikan yg dia dah betul2 suci)..dan dia dah letak niat pada mlmnya yg dia akan puasa esk hari jika dia dah suci..tapi dia bgun selepas waktu subuh..
    dan kalau boleh atau tidak, bolehkah ustaz kemukakan dari mana sumbernya, sebab saya dah cube cari dari hadis tapi tak jumpa..wasalam

    aslm wbt

    yup wajib puasa sekiranya suci sblm masuk wkt subuh.
    dalilnya and boleh lihat hadith nabi saw bgn pagi dlm keadaan belum mandi wajib sdgkan malam itu nabi saw bersetubuh bersama isterinya.
    nabi saw hanya mandi wajib pd ketika itu slps masuk wkt subuh.

    jd samalah keadaan wanita haid.

  15. ashly berkata

    Assalamu `alaikum w.b.t,

    Ustaz, salah satu kafarah puasa apabila kedua-dua suami isteri berjima’ di dalam bulan Ramadhan adalah dengan memberi makan 60 orang fakir miskin.

    Persoalan :-

    1. Memandangkan agak sukar untuk mencari 60 orang fakir miskin di dalam sesuatu kawasan, adakah dibolehkan kafarah puasa tersebut dibuat dengan memberi sedekah kepada rumah kebajikan, rumah orang tua-tua atau rumah anak-anak yatim.

    2. Berapakah sukatan makanan atau bilangan sedekah bagi tujuan kafarah Puasa dengan memberi makan fakor miskin.

    3. Tempoh kafarah puasa harus ditunaikan.

    Diharap Ustaz dapat memberi penerangan di atas dengan sejelas-jelasnya.

    Shukran Jazilan..

    Wassalam.

    aslm wbt

    1) kafarah utk faqir miskin, kalau org2 tua n anak yatim tu faqir miskin bolehle bagi. kalau x, xbolehle.

    2) makanan biasa yg normal dimakan manusia. cth kalau beli nasi bungkus dgn lauk2 yg normal jumlahnya. berapa harga. mungkin dlm rm3-4. maka itulah nilainya. n maka diberi kpd 60 org fakir miskin.

    so belile 60 bungkus nasi bungkus bersama lauk n beri pd mrk.

    3)kafarah puasa 60 hari berturut2 utk lelaki sahaja. xboleh putus2, kena berturut2.

    wallahu’alam

  16. ana berkata

    salam ustaz,

    adakah sah puasa jika was-was pada malam harinya kita berniat berpuasa atau tidak, kerana tidak sedar untuk bangun bersahur (dah ada niat nak bangun sahur tapi xsedar kerana kepenatan)?

    aslm wbt

    kalau dah ada niat nk bgn sahur2 maknanya dah ada niat nk puasa. kalau xd niat nak puasa sudah pasti xakan ada niat utk bgn sahur.

  17. apeng berkata

    salam,
    ada soalan yang mengelirukan saya dari seorg sahabat.
    “Jika dia dan isteri memang tidak berpuasa pada satu hari di Ramadhan, (atas alasan musafir atau sebagainya yang dibolehkan berbuka, atau pun telah terbatal dengan tidak berniat), adakah mereka boleh bersetubuh pd sianag hari tersebut?”
    harap dapat penjelasan dari saudara.
    Terima kasih.

    aslm wbt

    apabila mrk dlm keadaan xpuasa sbb musafir, sakit. maka boleh bersetubuh n xpayah bayar kafarah.
    akan ttp jika sengaja membatalkan puasa utk bersetubuh maka wajib juga kafarah krn wkt i2 mrk dlm keadaan wajib berpuasa.

  18. ina berkata

    Kalau seorang wanita itu menyentuh alat kemaluannya dan merasa berahi di siang hari dalam bulan ramadan, adakah kena kafarah?

    aslm wbt

    kafarah hanya utk lelaki n persetubuhan shj

  19. Jebat berkata

    Askum Ustaz,

    Mcmana niat puasa 6?

    aslm wbt

    niat2 dlm hati, bila kita nk puasa mst kita tahu kita nk puasa apa. 2 dah kira niat.

  20. tarabas berkata

    askum ustaz..
    sah ke kalau niat mandi wajib saya macam ni ’sahaja aku mandi wajib kerana Allah taala’

    Assalamualaikum wbt.

    Niat ialah dihati, maka dengan ada lintasan seperti di atas maka ia menunjukkan yang saudara memang sudah berniat untuk mandi wajib. Maka ia cukup sebagai niat saudara.

    Wallahu’alam

  21. mat berkata

    assalamualaikum ustaz,
    saya ingin mengemukakan soalan, saya ada seorang sepupu yang membuka cybercafe, ada pelanggannya yang mengunakan duit haram (cnth mencuri) untuk bermain di cybercafe tersebut.apakah hukumnya sekiranya ia mengunakan duit tersebut..adakah halal atau tetap haram?

    aslm wbt

    hukum haram itu adalah ke atas pencuri itu, bkn kwn saudara.

  22. alfarabius berkata

    assalamualaikum ustaz,

    Adakah puasa sunat kita terbatal jika kita trmakan or trminum?

    Terima kasih ustaz

    aslm wbt

    xkira pose sunat atau wajib, kalo termakan, terminum etc yg ‘ter’ tak sengaja, maka xbatal.

  23. Idayatullah berkata

    saya ingin bertanya pendapat ustaz.Begini kawan saya membuka cybercafe dan ada kawan yang mengkianatinya dengan cara menggunakan bomoh. Apakah tindakan yang harus diambil?.Haruskah saya menggunakan cara yang sama untuk melindungi diri kawan saya?.

    aslm wbt

    haram menggunakan bomoh, bykkanlah berdoa kpd Allah.

  24. jalila md ali berkata

    bolehkah kita mengerjakan dan berniat puasa wajib dan puasa sunat pada masa yang sama

    aslm wbt

    ulama berbeza pendpt dlm hal ini dan saya bersetuju dgn ulama yg kata xbleh, sila search sudah ada topik ini.

  25. angel berkata

    adakah sah puasa gantinya jika seseorg itu mandi wajib setelah habis waktu subuh kerana bersetubuh dengan suaminya pada malam hari.

    aslm wbt

    puasa sah krn nabi saw pernah bgn pagi dlm keadaan berjunub sdgkan sudah masuk wkt subuh n nabi saw belum mandi wajib n nabi saw ttp berpuasa.

    akan ttp persoalanya, apabila melewatkan mandi wajib hingga tamat wkt subuh, ia adalah satu kesalahan krn bgmana mahu solat subuh dlm keadaan belum mandi. maka bertaubatlah krn meninggalkan solat atau solat diluar waktunya dgn sengaja. kecualilah kalau terjaga dr tidur dah habis wkt subuh.

  26. sya berkata

    salam..
    sy nk b’tny..
    sekiranya kte sdh b’niat untuk b’puasa,xkira puasa ramadhan atau puasa sunat atau puasa nazar mahu pun puasa ganti..
    tapi kte t’lupa bce niat..adakah puasa itu sah..??

    aslm wbt

    sah bahkan itulah yang terbaik iaitu xlafazkan niat kerana Rasulullah saw xpernah ajar lafaz niat puasa.

  27. riz berkata

    Assalamualaikum,
    Katakan 6 tahun lalu, kita tertinggal posa selama 3 minggu, kemudian tidak diganti sehingga skrg, berapa banyak yang kita perlu wajib bayar fidyah?

  28. MRL 08 berkata

    SALAM : US NAK TANYA ;
    SEKIRANYA KITA TERLUKA @ TERKELUAR NANAH DARI KUDIS DI BADAN KITA ADAKAH IA BATAL PUASA KITA

    aslm wbt

    insya-allah ia tidak membatalkan puasa, saya belum menemui dalil dan pendapat ulama yang menyatakan ia batal.

  29. Idah berkata

    Jika kalau perempuan and lelaki yang tidak muhrim perpelukkn and berpimpin tangan. adakah itu membatalkn puasa?

    aslm wbt

    ia tidak membatalkan puasa, akan tetapi ia adalah satu dosa, dan ia akan merosakkan puasa kita, bahkan termasuk dlm golongan yang nabi saw sebut dalam hadith iaitu orang yang puasa tak beri apa-apa kecuali lapar dan dahaga.

  30. rem berkata

    ustz,
    apabila kita ingin mandi wajib setelah bersetubuh adakah kita kena ambil wuduk selepas membersih seluruh tubuh dan niat.

    http://soaljawab.wordpress.com/2007/04/20/cara-cara-mandi-wajib-mengikut-sunnah/

  31. az berkata

    assalamuaalaikum.

    saya nak tanya jika seseorang itu dengan sengaja mengeluarkan mani, bagaimana hendak membayar atau qada puasanya?

    terima kasih.

    http://soaljawab.wordpress.com/2008/09/01/onani-di-siang-bulan-ramadhan/#more-1024

  32. Aidil berkata

    assalamualaikum ustaz, kalau saya telah terlampau banyak meninggalkan puasa dan saya sendiri sudah terlupa bilangan nye, apa nasihat ustaz atau apa yg patut saya lakukan?

    aslm wbt

    anggarkan berapa byk yg mungkin saudara tertinggal dan qadhakan ia.

  33. LaTiFaH berkata

    adakah ia berdosa ustazz??

    aslm wbt

    sila search

  34. noli€ berkata

    bapa saya uzur (tua) x berdaya berpuasa, bolehkah anaknya menqadakan puasa yang tertinggal…kena bayar fidyah ke

    aslm wbt

    wajib bayar fidyah krn xmampu qadha, maka si anak tak perlu qadhakan.

  35. isteri berkata

    Assalamualaikum ustaz. saya baru mendirikan rumah tangga,jadi saya ingin bertanya apa apa dia perkara yang tidak boleh di buat oleh suami isteri sewaktu berpuasa,untuk makluman ustaz, saya cuma tahu sebilangan perkara2 yang membatalkan puasa. mohon ustaz dapat beri penjelasan.

    aslm wbt

    yang xboleh dibuat hanya bersetubuh,

    tntg berpelukke, bercium ke, dlm hadis Rasulullah SAW pernah melarang lelaki muda drpd mencium isterinya ketika puasa, dan membenarkan lelaki yg tua. Jadi jalan selamat jgn lakukan sesuatu yg boleh menaikkan syahwat ditakuti akan membawa kpd hubungan seks.
    http://soaljawab.wordpress.com/2007/10/03/seks-di-siang-ramadhan/

  36. siti berkata

    aslm….
    kalau terkeluar air mazi waktu bulan puasa,,batal ke puasa tu???

    aslm wbt

    mazi tidak membatalkan puasa.

  37. man berkata

    Assalamualaikum ustaz…bolehkan solat sunat tarawikh dilakukan secara sendirian di rumah?

    aslm wbt

    boleh .

  38. Fandi berkata

    salam…
    soalan saya;
    jika seseorg itu menggosok gigi dah lidah kemudian muntah, adakah ini dikategorikan dlm “perbuatan disengajakan” dan adakah puasa kita akan batal? terima kasih…

    aslm wbt

    ia xtermasuk perbuatanyang disengajakan.

  39. ILA berkata

    apa hukum seseorg yg menyalam seseorg yg lain yg bukan muhrimnya.kalau di hari raya cthnya…adakah hrm wp llki yg kita slm itu kita xpunyai prsaan yg lainpun hanya sebgai tnda hrmat dan amalan. dan klu xbleh apa alasannya

    aslm wbt

    ulama menyatakan hukumnya haram kerana ada nas yang melarang iaitu antaranya: Sabda Rasulullah SAW:

    Seseorang yang ditusuk kepalanya dengan jarum besi adalah lebih baik daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya. -Silsilah Hadits Shahih – no: 225

  40. bluediamond berkata

    saya bersalin dalam bulan ramdhan dan tidak boleh berpuasa kerana nifas..jadi perluka saya membayar fidyah dan menggantikan puasa atau salah satu .

    aslm wbt

    http://soaljawab.wordpress.com/2008/09/02/tokok-tambah-dalam-puasa-2/

    sila search jua dgn perkataan fidyah di blog ini

  41. Shabab berkata

    Salam Ustaz,
    Apakah sah puasa sunat jika berniat selepas waktu subuh? Tanpa mengambil sebarang makanan atau minuman dan perkara2 yg membatalkan puasa.

    Jazakallah…

    aslm wbt

    sah kerana Rasulullah saw pernah berniat untuk puasa sunat di siang hari apabila slps bertanya kpd isteri beliau, maka isteri baginda saw menjawab tiada makanan, maka baginda saw pun berpuasa.

  42. kl berkata

    Assalamualaikum

    adakah batal puasa jika tiup habuk, dan kita terbatuk/tersedak kerana mungkin habuk termasuk mulut?

    terima kasih

    aslm wbt

    tidak membatalkan puasa.

  43. m&m berkata

    Assalamualaikum

    Semasa saya sujud dalam solat, kain telekung saya termasuk di antara dua bibir saya, tapi saya kata tak batalkan puasa saya. saya biarkan a few moments until saya terperasan “eh kalau biarkan tak tarik mungkin batal nanti”

    so adakah ini membatalkan puasa saya kerana tidak serta merta tarik kain dari antara dua bibir saya (semasa sujud) kerana pada awalnya saya yakin tidak batal. cuma saya terbiarkan untuk sementara waktu sbelum tersedar jika biarkan mungkin akan membatalkan.

    Aslm wbt

    apa kaitan hal ini dengan puasa?

    harap dapat membantu. terima kasih.

  44. m&m berkata

    Salam

    Maaf jika tidak terang tadi.

    soalannya adakah batal puasa jika saya biarkan kain telukung yg masuk di antara dua bibir saya ketika sujud?

    terima kasih

    aslm wbt

    tidak batal puasa.

  45. kl berkata

    Assalamualaikum

    Terutama sekali harap maaf kerana soalan berikut.

    Saya sedang berpuasa dan sebelum mandi telah menyelet/menekan pantyliner saya ke private part (maaf seklai lagi akan bahasanya) saya untuk check jika ada sembarang cairan tak. Ketika melakukan saya hanya merasakan tekanan obviously kerana ditekan dan dapati hanya setitik tanda putih saja.

    tapi fikiran saya setelah itu asyik teringat mungkin perbuatan itu membatalakan puasa.

    saya hanya inginkan kepastian/reassurance bahawa ianya tidak batalkan puasa dan hanya permainan was-was saya sahaja.

    maaf akan soalan sebegini tapi harap dapat membantu.terimakasih.

    aslm wbt

    tidak perlu minta maaf, ia tidak membatalkan puasa.

  46. suri berkata

    Salam ustaz

    Adakah batal puasa, jika selepas membuang air ludah, saya menggunakan baju saya untuk lap bibir saya tapi saya tak pasti jika baju saya masuk ke dalam mulut ke tidak?

    Assalamualaikum wbt.

    Tidak membatalkan puasa, merasa makanan pun tak membatalkan puasa asalkan tak telan, inikan pula kalau kain baju tu termasuk mulut.

  47. maria berkata

    Salam Ustad

    Apakah dosa jikalau perempuan ber’onani’? Dan sekiranya dia puasa sunat pada hari keesokannya tanpa mandi wajib, adakah sah puasanya itu?

    Terima kasih

    Assalamualaikum wbt. Isu onani sudah banyak di bincangkan, sila search dalam blog ini.

    Sah puasa, tapi kalau tak mandi wajib, macam mana solat? Tinggal solat dosa besar silap-silap boleh jatuh kafir.

  48. maria berkata

    Salam Ustad

    Adakah dosa untuk melafazkan surah Al-fatihah pada tiap ketika i.e ketika mandi wajib, sebelum dan selepas tido, sewaktu menjalankan aktiviti harian etc? Tolong perjelaskan sbb kurang tahu hukum dalam Islam.

    TQ

    Assalamualaikum wbt.

    Rasulullah saw tidak ajar baca fatihah ketika mahu mandi wajib, bangun tidur etc. Amalkan apa yang Rasulullah saw ajar sudah cukup, banyak zikir-zikir dan bacaan sebelum tidur, bangun tidur, zikir-zikir harian. Amalkan apa yang Rasulullah saw ajar.

    Antara buku yang bagus ialah Hisnul Muslim yang mengandungi doa dan zikir2 Rasulullah saw, boleh download di sini
    http://www.4shared.com/file/38298152/fb4ddf3a/hisnulmuslim.html?dirPwdVerified=967660b7

  49. mie berkata

    Kalau suami tidak pernah puasa atas alasan x tahan untuk menahan sampai waktu berbuka adakah isteri perlu qada puasa atau suami wajib bayar fidyah sahaja

    Assalamualaikum wbt.

    Berbuka bila puasa akan memudharatkan kesihatan, bukan alasan tak tahan untuk berbuka. Dan apa pula kaitan dengan suami, kalau suami sakit sekalipun isteri tetap wajib puasa.

  50. awi berkata

    Apakah hukum menantu lelaki bersentuh kulit dengan ibu mertua,kakak ipar,adik ipar perempuan dan apakah hukum seorang isteri bersentuh kulit dengan abang,adik ipar

    Assalamualaikum wbt.

    Ibu mertua adalah mahram, manakala ipar adalah bukan mahram. Jadi dengan ipar duai, haram bersentuh. Sila baca kembali posting tentang mahram.

  51. Aiza berkata

    Assalamualaikum Ustaz

    Saya nak bertanya, apa hukumnya jika seseorg tu mencium jenazah sambil menangis selepas dkafankan ( maksudnya walaupun seseorg tu menangis secara pelahan tetapi mengeluar air mata dah selalu diiring hingusan ). Setahu saya tak boleh kerana kebanyakkan 0rang yang mandi kan mayat suruh mengesat air mata tersebuat. tetapi kawan saya kata boleh???? kerana bunyinyer kalau keluarganya dia meninggal dia akan menangis jugakkk??
    bagaimana ustaz???

    Assalamualaikum wbt.

    Tidak ada dalil yang menyatakan mayat tidak boleh kena air mata keluarga yang menangis, Itu semua karut marut.

    Jadi tak ada masalah untuk menangis, Rasulullah SAW turut menangis ketika anak lelakinya meninggal dunia.

Tinggalkan jawapan

XHTML: Anda boleh menggunakan tag ini: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>