DIkirim oleh mohd masri di Mei 7, 2007
Assalamualaikum wbt…
Saya telah mencari jawapan di ruangan arkib tapi masih ada beberapa soalan yg masih saya keliru berkenaan hal puasa ini. Diharap pihak Al-Ahkam atau sesiapa saja dapat membantu saya.
1) Bagaimanakah niat puasa sunat dan niat qada puasa? (saya ada mencari dalam beberapa buku agama, cuma yg diterangkan niat puasa Ramadhan sahaja).
2) Apakah hukum berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika mengambil wuduk di bulan puasa?
3) Benarkah pernyataan seperti di bawah ini:
a) Menelan air liur tidak batal puasa kecuali air liur di antara 2 bibir?
b) Menelan hingus/kahak batal puasa kerana ianya boleh dihindar?
c) Menggosok gigi, miswak dan berkumur tidak batal puasa asalkan tidak sampai masuk ke dalam perut?
d) Masuk air ke dalam telinga tidak batal puasa?
e) Keluar mani kerana mimpi ketika tidur di siang hari bulan puasa, tidak batal puasa tetapi kena mandi wajib?
f) Utk menggantikan puasa Ramadhan yg ditinggalkan dahulu, memadai dgn qada saja, tidak perlu bayar fidyah?
g) Boleh berpuasa di Hari Syak jika ianya kebetulan jatuh pada hari kebiasaan kita berpuasa sunat seperti puasa sunat hari Isnin dan Khamis?
Wassalam…. Baca baki entri ini »
Dikirim dalam Puasa, Ramadhan | 51 Komen »
DIkirim oleh mohd masri di Mei 7, 2007
asalamualaikum
saya mempunyai satu kemusykilan..
saya dengan tidak sengaja telah menyebut yang saya ini murtad dengan niat ingin mengatakan yang saya kurang arif dengan sesuatu(dan saya menyebut saya murtad) tetapi tidak langsung terniat untuk murtad atau keluar dari agama islam.. baru-baru ini baru saya teringat yang saya pernah melafazkan perkara sedemikian dan ini benar-benar merisaukan saya.
diharap dapatlah membantu saya dalam hal ini.
Terima Kasih Baca baki entri ini »
Dikirim dalam aqidah | 1 Komen »
DIkirim oleh mohd masri di Mei 7, 2007
Assalamualaikum, maaf diatas kejahilan saya. Pertanyaan saya berkisar dengan sembahyang fardhu berjemaah. Saya sebagai makmum ketika sembahyang Isya’, tiba tiba Imam bangkit untuk mengerjakan rakaat ke-5 pd keyakinan saya. Setelah dibacakan tasbih, imam masih meneruskan berdiri, lalu saya mengambil keputusan mufarakah dari imam tersebut tanpa disudahi dgn sujud syahwi.Namun setelah itu,Imam duduk kembali (tanpa ruku’)utk tasyahud akhir dan diakhiri dgn sujud syahwi.
Soalan :
1-adakah batal solat saya kerana mufarakah?
2-apakah alasan2 yang membolehkan makmum mufarakah ?
3-adakah Imam tersebut bertindak betul/sah?
4-apa yang seharusnya saya lakukan pd ketika kejadian itu?
maaf sekali lagi, diharap pihak tuan dapat memberikan penjelasan mengikut pendapat Imam Syafee khususnya.
Sekian,T/ Kasih, Wassalamualaikum Baca baki entri ini »
Dikirim dalam solat jemaah | Leave a Comment »
DIkirim oleh mohd masri di Mei 7, 2007
Assalamu’alaikum,
Saya ada masalah iaitu mengenai bacaan surat al-fatihah yang dibacakan oleh imam di sebuah surau sewaktu bersolat jemaah. Pada ayat صر dalam ayat 6: …اهدنالصرط dan ayat 7: …صرط ,beliau telah membaca melebihi 2 harkat (lebih kurang 4-5 harkat). Soalan saya adakah bacaan surat fatihah yang dibaca oleh beliau dianggap betul. Jika tidak betul, macamana kedudukan solat tersebut adakah sah atau sebaliknya.
wassalam
Baca baki entri ini »
Dikirim dalam solat jemaah | Leave a Comment »
DIkirim oleh mohd masri di Mei 7, 2007
Assalamualaikum WarahMatulLah
Apakah sah sembahyang makmum jika Imam melakukan apa2 perbuatan yang tidak sah sembahyangnya (tanpa pengetahuan makmum)? Satu contoh yang dapat saya lihat ialah – waktu bacaan sir, katakanlah imam itu salah bacaan fatihahnya. Bagaimanakah jika jadi demikian ?
Apakah contoh2 lain yang seumpanya ?
JazakalLah Baca baki entri ini »
Dikirim dalam solat jemaah | Leave a Comment »
DIkirim oleh mohd masri di Mei 7, 2007
Oleh
Al-Ustadz Abdul Hakim bin Amir Abdat
Dan barangsiapa yang menentang/memusuhi Rasul sesudah nyata baginya al-hidayah (kebenaran) dan dia mengikuti selain jalannya orang-orang mu’min, nescaya akan Kami palingkan (sesatkan) dia ke mana dia berpaling (tersesat) dan akan Kami masukkan dia ke dalam jahannam dan (jahannam) itu adalah seburuk-buruknya tempat kembali. (An-Nisa’ : 115)
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah Rahimahullah di muqaddimah kitabnya “Naqdlul Mantiq” telah menafsirkan ayat “jalannya orang-orang mu’min” (bahawa) mereka adalah para sahabat. Maksudnya bahawa Allah telah menegaskan barangsiapa yang memusuhi atau menentang rasul dan mengikuti selain jalannya para sahabat sesudah nyata baginya kebenaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah dan didakwahkan dan diamalkan oleh Rasulullah bersama para sahabatnya, maka Allah akan menyesatkannya kemana dia tersesat (yakni dia terumbang-ambing di dalam kesesatan).
Ayat yang mulia ini merupakan sebesar-besar ayat dan dalil yang paling tegas dan terang tentang kewajipan yang besar bagi kita untuk mengikuti “jalannya orang-orang mu’min” iaitu para sahabat. Yakni cara beragamanya para sahabat atau manhaj mereka berdasarkan nash Al-Kitab dan As-Sunnah diantaranya ayat di atas. Baca baki entri ini »
Dikirim dalam aqidah, manhaj | 1 Komen »