Hukum Wanita Main Netball
DIkirim oleh mohd masri di Mei 6, 2007
ape hukum hukum wanita bermain netball di tgh2 org(laki pun ade tgk) walupun telah menutup aurat?
jawapan:
| Ada dua hukum:
1. Hukum wanita bermain netball. Jawabnya: tak ada larangan wanita bersukan dalam sukan yang sesuai dengan kewanitaannya. Netbal adalah sukan yang sesuai dengan perempuan. 2. hukum lelaki melihat perlawanan netbal perempuan, ketika pemainnya menutup aurat. Jawab: Ia dikembalikan kepada Hukum Fiqh yakni Hukum lelaki melihat perempuan. Kata al-Qardhawi, fatawa Muasirat, 1. Harus jika ada keperluan dharurat (perubatan dan kes2 berhubung dengan mahkamah dan kepolisian) 2. Harus bertukar menjadi haram. Maksudnya walaupun wanita itu telah menutup aurat, memandang anggota yang harus dilihat jatuh haram jika pandangan itu akhirnya menimbulkan fitnah. Jika semasa menonton perlawanan itu, syahwatnya teransang dengan jeritan wanita, larian wanita dan kecantikan wajah pemainnya, maka ketika itu ia bertukar menjadi haram. Nabi saw memalingkan Fadl bin al-Abbas kerana terlalu lama melihat seorang wanita ketika mengerjakan Haji. sebuah sya’ir arab: Setiap kejadian bermula dengan pandangan… sekian. WA |
