Koleksi Soal Jawab Agama

Weblog Ini Adalah Weblog Khas Untuk Soal Jawab Agama

Arkib bagi Bulan Mei 2007

Taik Ikan Bilis, Najis ke?

DIkirim oleh mohd masri di Mei 30, 2007

Hukum Najis & Perut Ikan

(Termasuk Ikan Bilis)

 

 

Soalan

 

Assalamuaikum Ustaz,

 

Baru-baru ini saya menerima satu artikel dari forumer ingatan@yahoogroups.com  menyatakan bahawa haram memakan ikan yang direbus/digoreng yang tidak disiang (dibuang isi perutnya). Dengan jelas sekali dalam artikel tersebut, saudara tersebut menyatakan hukum itu tergunapakai untuk ikan bilis sekali.

Ini amat baru bagi saya. Dan sememangnya saya jahil tentang ini. Sebelum saya menwar-warkan kepada rakan-rakan yang lain, saya ingin kepastian tentang hukum.

Mungkin ini di luar bidang kuasa ustaz, tetapi saya amat hargai sekiranya ustaz dapat mencari sumber-sumber dari jemaah lain yang boleh membantu menyelesaikan permasalahan ini.

Saya kira, ramai di forum zaharuddin.net ini berminat untuk mengetahui kerana rata-rata, nasi lemak yang kita makan menggunakan ikan bilis yang tidak dibuang perutnya Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Makanan, Najis | Leave a Comment »

Bolehkah Wanita Berdakwah

DIkirim oleh mohd masri di Mei 30, 2007

Oleh : Ust Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

gambar hiasan

Umat Islam terutamanya para muda mudi amat memintai muzik dan lagu. Para remaja Islam dari kalangan lelaki dan wanita juga tidak terkecuali dari menjadi peminat muzik ini. Walau bagaimanapun, mereka mengalihkan minat itu kepada dendangan lagu-lagu nashid yang liriknya membawa kepada kebaikan dan kesedaran agama.

 

Tidak dapat dinafikan, banyak juga nasyid-nasyid ini yang dilihat menyimpang dari landasan asal lalu sifat komersialnya melebihi nasihatnya. Liriknya yang asalnya membawa kepada nasihat agama mulai bertukar kepada puja-puji wanita dan kekasih. Bezanya dengan lagu pop rock biasa hanyalah kerana ia diadun sedikit dengan menyebut nama-nama Allah sekali sekala, kalimah Islam atau apa-apa elemen Islam.

 

Saya akan menulis lanjut tentang hal ini kemudian, InshaAllah. Dalam penulisan ini, saya ingin mengajak pembaca melihat peranan kaum wanita muslimah dalam industri nasheed ini. Adakah ianya halal atau sebaliknya? Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Aurat, Wanita, dakwah | Leave a Comment »

Hukum Solat Berjemaah Bagi Wanita dan Cara-caranya

DIkirim oleh mohd masri di Mei 27, 2007

Assalamu'alaikum Wr wb,
Biasanya saya (dgn 2 teman) shalat dhuhur & ashar di kantor berjamaah,
tapi ilmu saya ttg shalat berjamah bagi wanita belum ada...
Misalnya :
shaf harus sejajar/tidak, posisi imam berdiri ditengah atau dikiri/dikanan,
dan sebagainya ...
mohon dijelaskan disertai hadist-2nya...
terima kasih banyak
Wassalamu'alaikum wr wb

  Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Masjid, Wanita, solat jemaah | 9 Komen »

Doa-doa di dalam al-Quran

DIkirim oleh mohd masri di Mei 27, 2007

Sila lihat terjemahan al-Quran untuk melihat maknanya:

1- (رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ) )البقرة/201(

“Wahai Tuhan kami, berilah Kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah Kami dari azab neraka”. (al-Baqarah:201)

2- (رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ) )البقرة/250(

“Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian Kami serta menangkanlah Kami terhadap kaum Yang kafir” (al-Baqarah:250)

3- (رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ) )البقرة/286(

“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir”. (al-Baqarah:286) Baca baki entri ini »

Dikirim dalam al-quran, doa | 1 Komen »

SUNNAH-SUNNAH PERGI MENUJU KE MASJID

DIkirim oleh mohd masri di Mei 25, 2007

Oleh
Syaikh Khalid al Husainan

(a). Bersegera Menuju Masjid

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

Ertinya : Seandainya manusia mengetahui keutamaan panggilan adzan dan shaf awal kemudian tidaklah mereka mampu mendapatkannya kecuali dengan mencabut undi, pastilah mereka mencabut undi dan seandainya mereka mengetahui keutamaan bersegera menuju ke masjid nescaya mereka akan berlumba-lumba dan seandainya mereka mengetahui keutamaan sepertiga malam yang awal dan shubuh nescaya mereka akan datang kepadaKu walaupun dengan merangkak. ~Hadits Riwayat Bukhari no. 615 dan Muslim no. 437. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Masjid, doa, sunnah | Leave a Comment »

SHALAT-SHALAT SUNNAT YANG DITUNAIKAN SEHARI-HARI

DIkirim oleh mohd masri di Mei 25, 2007

 

Oleh
Syaikh Khalid al Husainan

(a). Shalat-Shalat Sunnat Rowatib

Sabda Rosulullah Shallallahu �alaihi wa sallam


Ertinya : Tidaklah seorang muslim mengerjakan shalat kerana Allah setiap hari 12 rakaat shalat sunnah kerana Allah, kecuali Allah akan membangunkan sebuah rumah baginya di Syurga atau dibangunkan baginya sebuah rumah di Syurga.~HR. Muslim no. 728. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam solat sunat, sunnah | 1 Komen »

SUNNAH-SUNNAH DALAM SHALAT MALAM

DIkirim oleh mohd masri di Mei 25, 2007

Oleh
Syaikh Khalid al Husainan

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

 “Ertinya : Sebaik-baik puasa setelah puasa ramadhan adalah puasa bulan muharram dan sebaik-baik shalat setelah shalat wajib adalah shalat lail.” ~Hadits Riwayat. Muslim no. 1163.

(a). Sebaik-baik jumlah raka’at dalam shalat malam adalah sebelas raka’at atau tiga belas raka’at dengan melakukan shalat yang lama. Berdasarkan hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam
Baca baki entri ini »

Dikirim dalam doa, solat sunat, sunnah, zikir | Leave a Comment »

Menjama Shalat Ashar Dengan Shalat Jum’at

DIkirim oleh mohd masri di Mei 24, 2007

MENJAMA SHALAT ASHAR DENGAN SHALAT JUM’AT

Oleh
Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin

Ramai yang menanyakan tentang hukum menjama (menggabungkan) antara shalat Ashar dengan shalat Jum’at (sebagaimana) dalam keadaan diperbolehkan menjama shalat Ashar dengan Dzuhur. Maka, dengan meminta pertolongan kepada Allah, serta berharap hidayah dan taufiqNya, saya menjawab. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Jama' dan Qasar | 3 Komen »

Hukum Pakai Braces Dan Buang Tahi Lalat

DIkirim oleh mohd masri di Mei 23, 2007

Wassalam

maaf sekiranya soalan saya pernah ditanya sebelum ini.dah cuba search tak jumpa

apakah hukum wanita/lelaki bergigi jongang yang pakai pendakap gigi atau wanita yang membuang tahi lalatnya di muka atau yang sejenis dengannya?
adakah itu termasuk merubah ciptaan Allah

wallahu a’lam. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Perhiasan | Leave a Comment »

Cara Mendidik Anak: Mewah atau….

DIkirim oleh mohd masri di Mei 23, 2007

Salam
Satu soalan yang sentiasa bermain di fikiran.

Cara mendidik anak yang paling berkesan dan menurut sunnah:-
1) Anak dididik dengan sederhana tidak dengan kemewahan.
2) Makan sekadar keperluan bukan berlebih-lebihan dan jangan membazir.
Baca baki entri ini »

Dikirim dalam keluarga | Leave a Comment »