Orgasma Tanpa Bersetubuh!
DIkirim oleh mohd masri di April 30, 2007
Orgasma Tanpa Bersetubuh
Alhamdulillah ana mendapatkan tulisan Syaikh Shalih Al Munajid insyaallah
menjawab pertanyaan Ukhti.
Beza Antara Mani Dengan Madzi
Soal No. 2458
Soalan :
Biasanya ketika bangun tidur pada pagi hari saya mendapati cecair
membasahi seluar dalam. Tidak kira saya mimpi basah atau buang air kecil, akan
tetapi saya biasa mengeluarkan madzi atau cecair kental setiap kali bangun daripada
tidur pada pagi hari. Biasanya saya mencuci pakaian dan seluar dalam saya
disebabkan cecair itu. Kemudian saya baca di dalam sebuah buku bahawa jika cecair itu
tidak mengandungI sperma dan hanya sekadar madzi sahaja, maka tidak perlu mandi
janabah, cukup berwudhu’ sahaja jika hendak shalat. Jika memang demikian,
bagaimanakah dengan pakaian yang terkena madzi itu? Saya perhatikan madzi itu
juga keluar pada saat sempit dan sibuk padahal saya telah menjauhi seluruh
perkara yang dapat menyebabkan keluarnya madzi!
Jawapan :
Alhamdulillah, beza antara madzi dengan mani adalah sebagai berikut:
1-Bentuk dan sifatnya.
Mani lelaki berbentuk cairan pekat berwarna putih, adapun mani wanita cair
berwarna kuning. Sebagaimana disebutkan di dalam hadits Ummu Sulaim
Radhiyallahu ‘Anha bahawad ia bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa
Sallam tentang seorang wanita yang bermimpi di dalam tidur sebagaimana yang dialami
kaum lelaki (mimpi basah).
Rasul SAW bersabda: “Jika dia melihat keluarnya mani maka wajib mandi.”
Dengan malu-malu Ummu Sulaim Radhiyallahu ‘Anha bertanya: “Apakah seorang
wanita juga mengalaminya (mimpi basah)?”
Rasul SAW menjawab: “Kalau begitu bagaimana mungkin seorang anak boleh mirip
ibunya? Sesungguhnya mani lelaki itu pekat berwarna putih dan mani wanita cair
berwarna kuning, siapa saja di antara keduanya yang lebih awal atau lebih
dominan maka kemiripan akan condong kepadanya.”
Muttafaqun ‘Alaihi (Shahih Muslim No:469)
Dalam Syarah Shahih Muslim (III/222), berkaitan dengan sabda nabi: Mani
lelaki pekat berwarna putih, mani wanita encer berwarna kuning, Imam An-Nawawi
berkata:
“Hadits ini merupakan kaedah yang sangat mulia di dalam menjelaskan bentuk
dan sifat mani. Itulah sifatnya di dalam keadaan biasa dan normal. Alim ulama
berkata: “Dalam keadaan sihat mani lelaki itu berwarna putih pekat memancar
sedikit demi sedikit di saat keluar. Biasa keluar bila dikuasai dengan syahwat dan
sangat nikmat saat keluarnya. Setelah keluar dia akan merasakan lemas dan akan
mencium bau seperti bau mayang kurma, iaitu seperti bau adunan tepung. Warna
mani boleh berubah disebabkan beberapa hal di antaranya: saat sedang sakit,
maninya akan berubah cair dan kuning, atau kantung testis melemah sehingga mani
keluar tanpa dipacu oleh syahwat, atau kerana terlalu sering bersenggama
sehingga warna mani berubah merah seperti air perahan daging dan kadangkala yang
keluar adalah darah.
Beberapa ciri yang dijadikan panduan dalam mengenal mani adalah:
1-Memancar akibat dorongan syahwat disertai rasa lemah setelahnya.
2-Baunya seperti bau mayang kurma sebagaimana yang telah dijelaskan.
3-Keluarnya dengan memancar sedikit demi sedikit.
Salah satu dari ketiga ciri tersebut cukup untuk menentukan apakah yang keluar itu mani ataukah bukan. Jika tidak ditemui salah satu daripada ketiga-tiga ciri di atas maka tidak boleh dihukumi sebagai mani kerana dengan begitu hampir boleh dipastikan bahawa ia bukan mani. Ini berkaitan dengan mani lelaki. Adapun mani wanita warnanya kuning dan cair. Kadangkala warnanya putih bila kekuatannya melebihi kadar biasa.
Ada dua ciri yang jadi panduan dalam menentukan mani wanita.
1-Baunya seperti bau mani lelaki.
2-Nikmat saat mengeluarkannya dan merasakan lemah setelah itu.
Adapun madzi, hanyalah cecair lekat berwarna putih. Biasanya keluar
disebabkan mengkhayalkan hubungan intim atau terlintas keinginan berhubungan
intim. Umumnya keluar tanpa dorongan syahwat, tidak memancar dan tidak disertai
rasa lemah setelah mengeluarkannya. Keluarnya madzi biasanya dialami kaum wanita
dan kaum lelaki, namun dalam hal ini kaum wanita lebih sering mengalaminya.”
Silakan lihat Syarah Shahih Muslim karangan Imam An-Nawawi III/213.
2- Hukum yang timbul kerana mengeluarkan mani atau madzi.
Orang yang mengeluarkan mani diwajibkan mandi janabah, baik maninya keluar
saat sedar kerana bersetubuh atau sebab lainnya ataupun saat tidur (mimpi
basah). Adapun orang yang mengeluarkan madzi cukup berwudhu’ saja.
Dalilnya riwayat Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu ‘Anhu dia berkata:
“Saya adalah seorang lelaki yang sering mengeluarkan madzi. Sayapun menyuruh
Miqdad untuk menanyakan hal itu kepada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam.
Rasulullah berkata: “Cukup berwudhu’ saja!”
Muttafaqun ‘alaihi, matan di atas adalah riwayat Al-Bukhari.
Dalam kitab Al-Mughni (I/168) Ibnu Qudamah berkata:
“Ibnul Mundzir mengatakan: Ahli ilmu bersepakat bahawa keluarnya kotoran dari
dubur, keluarnya air seni dari kemaluan, keluarnya madzi dan keluarnya angin
dari dubur menyebabkan hadas serta membatalkan wudhu’.
3- Hukum berkenaan dengan status thaharah dan status kenajisannya.
Menurut pendapat ulama yang terpilih mani statusnya suci.
Dalilnya adalah riwayat ‘Aisyah Radhiyallahu ‘Anha ia berkata:
“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam biasanya mencuci pakaiannya yang
terkena mani baru kemudian berangkat menuju shalat dengan mengenakan pakaian
tersebut sementara aku masih boleh melihat bekas bilasan pada pakaian tersebut.”
Muttafaqun ‘alaihi.
Dalam riwayat Muslim disebutkan:
“Aku pernah menggesek bekas mani yang tersisa pada pakaian Rasulullah
Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam lalu beliau kenakan untuk shalat.”
Dalam lafaz lain berbunyi:
“Aku pernah menggesek mani yang mengering pada pakaian beliau dengan kuku.”
Bahkan diriwayatkan secara shahih bahawa baginda membiarkannya saja mani
yang masih basah (belum mengering). Cukup beliau mengusapnya dengan batang kayu
atau sejenisnya. Sebagaimana disebutkan di dalam riwayat Ahmad (VI/243).
Diriwayatkan dari ‘Aisyah Radhiyallahu ‘Anha bahwa dia berkata:
“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam pernah menghilangkan bekas mani
pada pakaiannya dengan kayu idzkhir kemudian mengerjakan shalat dengan
mengenakannya. Bila mani itu mengering beliau gosok kemudian mengerjakan shalat
dengan mengenakannya.”
(H.R Ibnu Khuzaimah dalam kitab Shahih beliau dan dinyatakan hasan oleh
Syaikh Al-Albani dalam Al-Irwa’ I/197)
Adapun madzi statusnya najis berdasarkan hadits Ali Radhiyallahu ‘Anhu di
atas tadi.
Dalam sebahagian riwayat disebutkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa
Sallam memerintahkan beliau untuk mencuci zakar dan biji pelir lalu berwudhu’.
Sebagaimana diriwayatkan oleh Abu ‘Awanah dalam Al-Mushtakhrij.
Dalam kitab At-Talkhis Ibnu Hajar Al-Asqalani berkata:
“Sanadnya bersih tidak ada cacatnya. Oleh sebab itu, madzi statusnya najis
wajib mencuci zakar dan buah pelir kerana mengeluarknnya serta membatalkan
wudhu’.”
Status pakaian yang terkena mani dan madzi.
Menurut pendapat ulama yang menyatakan mani itu suci maka pakaian yang
terkena mani tidaklah najis.
Seseorang boleh mengerjakan shalat dengan menggunakan pakaian tersebut.
Dalam kitab Al-Mughni (I/763) Ibnu Qudamah berkata:
“Dianjurkan agar menggesek mani yang melekat pada pakaian meskipun kita
telah menyatakan bahawa mani itu suci. Namun tetap sah shalat dengan mengenakan
pakaian yang terkena mani sekalipun belum digesek.”
Adapun madzi, maka cukuplah dengan memercikkan air pada pakaian yang
terkena, kerana sangat menyulitkan bila harus dicuci.
Dalilnya adalah riwayat Abu Dawud dalam Sunannya dari Sahal bin Hanif
Radhiyallahu ‘Anhu bahawa dia berkata:
“Saya merasakan kesulitan yang sangat disebabkan sering mengeluarkan madzi
sehingga saya berulangkali mandi. Lalu saya tanyakan hal tersebut kepada
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam. Baginda saw menjawab: “Cukup bagimu
berwudhu’!”
“Wahai Rasulullah, bagaimana dengan pakaian yang terkena madzi?” tanyaku
lagi.
“Cukup engkau ambil seceduk air lalu percikkan tempat yang diyakini
terkena madzi” jawab beliau.
H.R At-Tirmidzi, ia berkata: Hadits ini hasan shahih, kami tidak
mengetahui hadits tentang madzi dari Muhammad bin Ishaq kecuali riwayat ini.
Penulis kitab Tuhfatul Ahwadzi (I/373) berkata:
“Hadits di atas merupakan dalil bahawa apabila madzi mengenai pakaian maka
cukup dipercikkan air pada bahagian yang terkena dan tidak perlu dicuci. Wallahu
a’lam.
Islam Tanya & Jawab
Syeikh Muhammad Sholih Al-Munajid

Ali Zuhdi Machfudz berkata
saya sukan dengan program tanya jawab ini, bisa menambah pengetahuan dan meningkatkan amal soleh.
Risqa berkata
Assalamualaikum..
saya masih kurang mengerti dalam keadaan bagaimana wanita dikatakan junub. jika keluar cairan dari farji tanpa berhubungan fisik, tidak disengaja, tapi merasakan lemas bagaimana hukumnya?
terima kasih.
jawapan:
aslm wbt, sama spt lelaki, wanita apabila keluar mani maka dia juga wajib mandi.
cara mudah utk mengenali air mani ialah apabila ia keluar maka kita akan rasa kelemasan, puas, letih dan lain.
maka menurut soalan anda, wanita itu perlu mandi wajib.
wallahu’alam
Lila berkata
Assalamualaikum,
Bagaimana jika saat bersetubuh suami mengeluarkan mani di luar dengan tujuan agar tidak hamil ?
Terima kasih
aslm wbt
apa yg dilakukan suami puan itu telah di amalkan oleh para sahabat nabi. ia tidak di larang di dalam agama.
Daripada Jabir bin ‘Abd Allah radiallahu ‘anhu:
Adalah kami mempraktikkan ‘azal semasa zaman Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Perkara ini sampai ke pengetahuan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dan beliau tidak melarang kami (Sahih: Dikeluarkan oleh Ahmad, Muslim, Abi ‘Uwanah dan al-Baihaqi, lihat Sahih Muslim – no: 1440-2 (Kitab Nikah, Bab Hukum al-‘Azal)
hitamlagam berkata
Soalan saya adalah, apa niat untuk mandi junub? Adakah ketika habis melancap, niat untuk mandi wajibnya sama dengan mandi junub?
Soalan kedua berkenaan dengan bacaan surah Al-ikhlas 3 kali yang dikatakan adalah sama bacaannya dengan seluruh Al-Quran, jadi adakah bermakna bacaan 3 kali surah al-ikhlas memberi makna kita sudah khatam?? Maaf kerana posting soalan disini, kerana saya tidak tahu dimana hendak post soalan saya ini..terima kasih..
aslm wbt
niat itu dihati, bila anda nk mandi, sudah pasti anda tahu sbb apa anda nk mandi. jika xbuat apa anda mandi wajibkan kalau xtahu sbbnya dan apa yg anda sdg lakukan/
ttg hadith2, itu hanya cerita psl kelebihan surah al-ikhlas, pahalanya etc. itu xbermakna kita disuruh meninggalkan surah yg lain.
hitamlagam berkata
Maksud anda, walaupun tanpa lafaz, niat itu sudah memadai??
aslm wbt
yup, krn niat di hati, lafaz niat tak pernah di ajar oleh Nabi SAW
nursolehah berkata
soalan sy, apakah hukumnya jika ada org yg bermain sms lucah ketika mula2 dia mendapat hp?die terus melayan org yg tk dikenalinya sehingga org tersebut mngajarinya bagaimana melakukan hub seks….lame-kelamaan, dia tersedar dr tindakannya itu…dan bertaubat..tp, lama-kelamaan, die sering teringat akan sms yg prnh dia main dulu.tiap kali dia mmandang lelaki @ perempuan, dia akan terbayang kan perkara2 seks?
aslm wbt
bermain2 msg lucah termasuk dlm larangan ‘Jangan mendekati zina”.
maka bertaubat adalah cara untuk menyucikan diri. Tentang perasaan itu, itu adalah lumrah teringat2 hal2 spt itu, isilah masa dgn hal2 yg berfaedah dan sibukkan fikiran dgn membaca, berzikir, baca al-quran dan lain2 spy tidak terfikir2 hal2 tersebut.
wallahu’alam
Heri Setiawan berkata
Mengenai Azl, lebih baik jangan dilakukan dengan sengaja
,
<i>Judzamah bintu Wahab ra berkata: Aku pernah menyaksikan Rasulullah saw. di tengah orang banyak, beliau bersabda: Aku benar-benar ingin melarang ghilah (menyetubuhi isteri pada waktu ia hamil), tapi aku melihat di Romawi dan Parsi orang-orang melakukan ghilah dan hal itu tidak membahayakan anak mereka sama sekali. Kemudian mereka bertanya kepada beliau tentang ‘azl (menumpahkan sperma di luar rahim). Maka Rasulullah saw. bersabda, “Itu adalah pembunuhan yang terselubung.” (HR Muslim)</i>
Memang hal itu tidak dilarang secara tegas, tapi menghindarinya akan jauh lebih baik…
aslm wbt
sila rujuk link ini.
http://www.al-firdaus.com/HadisCanggah/cth_7.htm
wallahu’alam
shasha berkata
saya nak bertanya, adakah sembahyang itu tak perlu membaca ussali..cuma lafaz allahukakbar saja?
mordiah berkata
apa hukumnya wanita melakukan onani?
aslm wbt
silalah baca dlm weblog ni, byk kali dah soklan ni. haram hukumnya
solomon berkata
salam, saya ingin bertanya. adakah wajib mandi hadas sekiranya bermimpi melakukan persetubuhan, akan tetapi selepas sedar dari tidur, didapati air mani tidak keluar semasa mimpi tersebut.
aslm wbt
tidak wajib jika xkeluar mani
zaa berkata
salam,
apa hukumnya isteri yg terpaksa melayani kehendak suami seperti disuruh menikmati kemaluan suami dgn mulut.. isteri tidak mahu melakukannya tetapi memikirkan itu adalah kehendak suami maka dituruti dengan perasaan terpaksa (tidaklah terlalu terpaksa tetapi rela dalam paksa)
dan apahukumnya jika isteri melakukannya dengan rela hati sekadar menggoda suami kerana isteri tahu suami gemar akan perbuatan tersebut..
sekian, terima kasih
wslm wbt
selagi tiada dalil mengharamkan boleh shj. krn tiada dalil mengharamkan utk melakukan sedemikian, maka terpulanglah kpd suami isteri utk melakukan bagaimana yg dikehendaki lebih2 lagi jika dgn sukarela kedua2 belah pihak. kecuali jika ia boleh memudharatkan kesihatan atau keselamatan maka sudah pasti xdibenarkan.
yg diharamkan ialah liwat, bersetubuh wkt uzur dan wktu puasa di bulan ramadhan.
wallahu’alam
dayang berkata
Salam,
saya ingin tahu, apakah hukum air mani suami yg masih keluar dr faraj isteri selepas hub kelamin walaupun selepas si isteri mandi junub? perlukah si isteri mandi semula?
Terima kasih kerana menjawab soalan ini.
aslm wbt
xperlu ulang mandi wajib, krn ia bknlah hal yg mewajibkan mandi bahkan mandi wajib yg pertama itu sudah cukup.
konfuse berkata
Salam
1 . Harap dapat membantu. Adakah seseorang perempuan itu setelah mandi hadas besar kerana mimpi, terkeluar mani (mungkin baki) selepas mandi hadas besar? dan jika tak pasti yg keluar itu mani atau bukan (ia keluar waktu sedang duduk), adakah sah jika memilih utk bersolat tanpa mandi lagi? atau perlukah kita mandi lagi?
2. saya tahu jika termimpi basah waktu tidur, tidak batal puasanya. tetapi utk situasi saya, saya asyik terfikir mungkin saya boleh memaksa diri saya untuk keluar dari tidur ketika bermimpi itu tapi saya tak melakukannya kerana masih antara sedar dan tak sedar. Jadi apakah batal puasa saya ?
terima kasih
aslm wbt
saya tidak faham dgn soalan anda.
konfuse berkata
salam
maaf jika soalan saya agak tidak terang.
maksud saya…
1. adakah mungkin selepas mandi hadas besar, baki air mani boleh keluar lagi bagi seorang perempuan walapun dalam keadaan duduk. alasan mandi hadas besar sebelum itu adalah kerana mimpi. Dan jika saya tidak pasti jika yg keluar itu mani atau bukan dan memilih utk teruskan dgn ibadah solat saya pada hari itu, adakah masih sah? perlukah saya mandi hadas semula?
2.saya terfikir mungkin dlm keadaan bermimpi itu saya boleh memaksa diri saya untuk bangun dari tidur dan keluar dari mimpi basah itu, tapi saya tidak berbuat begitu dan biarkan sahaja mimpi itu berlaku. adakah masih sah puasa saya?…..namun kini saya rasa setelah fikir kembali mungkin agar sukar utk saya mengawal keadaan itu dalam separuh sedar.
terima kasih. harap dapat membantu dlm soalan pertama terutama sekali.
aslm wbt
1) xperlu mandi wajib lagi sbb mandi wajib yg pertama sudah cukup kerana ia berlaku sebab yg sama jua, maka boleh teruskan solat.
2) saya xfikir kita dpt keluar dr mimpi sbb biasanya wkt2 mmg kita separuh sedar,
amiera berkata
Assalamualaikum…
Saya menjalankan perniagaan kedai makan. Tukang masak saya adalah seorang pondan. Saya ingin bertanya apakah hukumnya jika kita memakan masakan yang dimasak oleh seorang pondan yang beragama islam(tp tidak sembahyang). Ini adalh kerana ada setengah2 pelanggan saya yang menyatakan tidak boleh makan masakn yang di masak oleh ppondan. Sila ustaz berikan pandangan.
Assalamualaikum wbt.
Masakan yang dimasak oleh orang kafir pun boleh kita makan, Rasulullah saw pernah makan masakan orang yahudi, saya belum pernah terjumpa dalil kata tidak boleh makan masakan pondan. Mereka yang kata tidak boleh mesti mendatangkan dalil, jika tidak, mereka telah mengharamkan apa yang Allah halalkan.
amir berkata
bagaimana cara sembahyang ketika terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Adakah perlu sembahyang dalam kereta atau menqada di rumah. Contoh nya terperangkap dalam kesesakan pada waktu maghrib
Assalamualaikum wbt.
Saudara hendaklah sedaya upaya berhenti bersolat di mana-mana surau, atau mana-mana tempat kerana bumi ini dijadikan suci untuk bersolat.
Atau jika sukar, saudara boleh melakukan Jama’ Takhir dengan solat Isya’, akan tetapi bukan dijadikan kebiasaan.
Dan sebaiknya berhenti mencari tempat solat, jika tidak solatlah dahulu dan baru bertolak pulang, kerana hukum asal solat hendaklah pada waktunya.
ratu berkata
assalamualaikum….
sy ingin tahu apakah wanita perlu mandi wajib jika bermimpi terangsang tanpa bersetubuh dan jika terdapat kesan pd seluar dalam semasa bngun pg?
adakah mimpi basah pd perempuan hanya dikategorikan jika mimpi bersetubuh shj? bagaimana jika hanya mimpi berciuman dan terangsang, tu kira mimpi basah gak?
Assalamualaikum wbt.
Seandainya mimpi tetapi tidak keluar mani, maka tidak wajib mandi, dan begitu juga jika keluar mani walau bukan mimpi bersetubuh, maka wajib mandi jua.
bantu la sy
Nur berkata
Assalamualaikum
Antara satu perkara yang haram dilakukan oleh wanita yang dalam haid ialah duduk dalam masjid.
Tatapi pada masa kini ramai wanita yang dalam haid datang kemasjid atau pun surau untuk mendengar ceramah atau pun belajar mengaji (duduk mendengar saja tapi tak mengaji la)tetapi masih duduk bersama yang lain.
Alasan nya, boleh datang kerana ianya surau bukan masjid.
Jadi saya ingin sedikit penjelasan tentang hukum ini
Terima kaish
Assalamualaikum wbt. Sila baca di sini
http://soaljawab.wordpress.com/2007/12/11/bolehkah-wanita-haid-baca-dan-sentuh-quran-bagaimana-pula-dengan-masuk-masjid/