Koleksi Soal Jawab Agama

Weblog Ini Adalah Weblog Khas Untuk Soal Jawab Agama

Arkib bagi Hari 26 April 2007

Jawapan UZAR kepada Ustaz pelaburan internet

DIkirim oleh mohd masri di April 26, 2007

Jawapan Kepada Pihak Menghalalkan Pelaburan Internet

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

 

SILA BACA TULISAN ASAL AHMAD SYUKRI DI SINI 

Ada yang beri saya gambar ini. Inilah AHmad SYukri rupanya.

Terdapat beberapa email yang forwardkan kepada saya tulisan seorang ‘ustaz’ lepas mesir tentang pelaburan Internet yang didakwanya halal. Ustaz yang tidak diketahui asal usul serta misteri ini sebenarnya telah tersalah menilai isu yang dibincang mengenai pelaburan melalui internet ini.

Saya dan Majlis Fatwa Kebangsaan hakikatnya berbincang berkenaan hukum aqad pelaburan yang menjamin modal dan keuntungan secara tetap, yang mana hukumnya adalah haram menurut fatwa Majlis Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia dan Majlis Fatwa Kebangsaan. Tapi si ustaz ini sibuk bincang sah beraqad melalui internet.

Inilah maksud saya ia tersilap pintu dan isu. Sememangnya diakui bahawa aqad melalui internet adalah sah jika menepati syarat dan rukun jual beli dan pelaburan. Tetapi perlu diingat, rukun dan syarat itulah yang saya dan Majlis Fatwa Kebangsaan semak, bukan internet itu sendiri.

Ada juga rakan-rakan yang menasihatkan saya agar tidak perlu memberi respond kepada tulisan sebegini. Malah saya juga tidak berminat melayannya, bagaimanapun apabila saya dapati hujjah menyeleweng yang diutarakan telah menyebabkan orang ramai terus menerus bermain dengan Riba. Ramai juga yang bertanay berulang kali kepada saya, maka saya tidak suka menyembunyikan kebenaran. lalu terpaksalah saya menulis jawapan ringkas ini. Bukan untuk berlaga atau suka berdebat, cuma kewajiban membetulkan penyelewengan fakta yang disepakati. Jika ia isu khilafiah dan hujjahnya benar dan memang terdapat pandangan ulama sedemikian, maka sudah tentu saya biarkan saja, tetapi apabila terdapat penyelewengan, saya tidak lagi boleh abaikannya.

Hujah Pertama Ahmad Syukri :

Saya ada juga membaca tulisan Zaharuddin, tetapi banyak yang kurang tepat, barang kali di sebabkan beliau hanya menuntut di Jordan sahaja. Semasa saya menuntut di Al-Azhar 1995-2000 saya melihat isu ini telah di bincangkan di akhbar sebelum pelaburan sebegini berkembang di Malaysia,

Respond UZAR : Baca baki entri ini »

Dikirim dalam ekonomi | 1 Komen »

Panduan Tarjih

DIkirim oleh mohd masri di April 26, 2007

Akum,

budaya mentarjih nampaknya tidak subur di Msia. Saya sendiri x boleh memberikan jwapan bila ditanya apakah tarjih,siapa blh mentarjih dsb. Ada beberapa persoalan yg minta dibincangkan:

1- bagaimana melakukan tarjih?

2-apakah semua perkara boleh ditarjih?

3-siapa boleh mentarjih?

4-bagaimana menerangkan kpd masyarakat bahawa mentarjih bukan menafikan mzhab atau menghina ulama mazhab?

diharap perbincangan fiqh yg sihat lg ilmiah dan power berlaku. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam usul feqh | Leave a Comment »

Hukum Hobi Kumpul Patung Permainan

DIkirim oleh mohd masri di April 26, 2007

Salam

Beberapa hari yang lalu seorang sahabat datang berjumpa menanyakan beberapa soalan. Dari air mukanya dia nampak ikhlas dan bersungguh2.
Pada mulanya was-was jugak..gan dia nih. Peribadinya secara zahirnya..
boleh dinilai sebagai tak berapa bagus. Arak,dadah mungkin biasa baginya..

Bebalik pada soalannya:

1. Apa hukum jika dia mengumpul pelbagai patung permainan seperti replika
patung robot (mahal jugak harganya) dengan tujuan untuk menjualnya jika ditawarkan dengan harga yang lebih tinggi. Patung itu bukan untuk bermain-main tapi untuk pameran. Lagi pon dia ni…bukannya budak lagi lebih kurang 30an.

Minta ahli panel Fiqh dapat memberi pandangan mengikut al-Quraan dan as-sunnah. Ahli forum juga boleh memberi pandangan jika berminat. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam aqidah | Leave a Comment »

Semua akan dihisab, siapakah semua?

DIkirim oleh mohd masri di April 26, 2007

Salam

Ada ayat yang mengatakan semua akan dihimpunkan untuk dihisab, semua di sini adakah maksudnya bukan jin dan manusia sahaja akan dihisab? Dalam Surah Al An’aam, ayat 38 , maksudnya:

[38] Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).

Bagaimana aqidah kita mengikut ahlussunah waljamaah terhadap perkara ini?

Terima kasih terlebih dahulu atas jawapan para ilmuan sekalian. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam al-quran, aqidah | Leave a Comment »