http://www.geocities.com/nawie83
http://groups.yahoo.com/group/pmh-uitm
بِسْـمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبَّ الْعَالَمِيْنَ ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الاَنْبِيَاءِ والْمُرْسَلِيْنَ ، نَبِيِّنَا مَحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ وَمنْ تَبِعَهُ اِلَى يَوْمِ الدِّيْنَ . اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحْمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ. أمَّا بَعْدُه :
Syara telah mengharamkan seseorang yang beriman memberi sifat kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam yang bukan selayaknya diberikan kepada baginda. Perbuatan mengangkat Rasulullah dengan memberikan sifat ketuhanan kepada baginda adalah perbuatan syirik yang masih diamalkan oleh ramai masyarakat Islam yang keliru tentang makna pengertian cinta kepada nabinya. Perbuatan seperti ini telah dilakukan terutamanya oleh kebanyakan orang-orang tarikat batiniyah, sufi (tasawuf) yang ghulu kepada Rasulullah sehingga menjejaskan akidah mereka. Contohnya dapat diambil dari beberapa kata-kata dan syair-syair orang-orang tarikat batiniyah dan sufi/tasawuf yang nyata telah menyeleweng dari dasar akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah yang sebenar:
يَا عَلاَّمَ الْغُيُوْبِ قَدْ لَجَاْنَا اِلَيْكَ
يَاشِفَاءَ الْقُلُوْبِ اَلصَّلاَةُ عَلَيْكَ.
“Hai orang yang mengetahui perkara yang ghaib! Sesungguhnya kami berlindung kepadamu. Hai pengubat hati! Semoga dicurahkan selawat kepadamu”.
وَمَنْ تَكُوْنُ بِرَسُوْلِ اللهِ نُصْرَتُهُ
اِنْ تَلَقَّهُ اْلاُسُدُ فِى اَجَامِهَاتِهِمْ
مَاسَامَنِى الدَّهْرُ ضَيْمًا وَاسْتَجَرْتُ
اِلاَّ وَنِلْتُ جِوَارًا مِنْهُ لَمْ يُضَمْ
Barangsiapa mengambil Rasulullah sebagai penolongnya
diketika dia bertemu dengan serigala di tengah hutan belantara,
yang menunjukkan keganasannya.
Tidak pernah menimpaku kezaliman sepanjang waktu
kecuali aku meminta pertolongan kepada Rasulullah
yang tiada sia-sia pertolongannya.
Syair ini sering dijadikan bacaan dan amalan wirid oleh golongan tarikat batiniyah dan para pengikut sufi/tasawuf, ini menunjukkan bahawa mereka melakukan kesyirikan semasa meminta pertolongan dari Allah, kerana di samping meminta kepada Allah mereka juga menyekutukannya dengan menyeru dan meminta kepada Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Perbuatan seperti ini jelas membawa kepada kesesatan dan kesyirikan kerana bertentangan dengan firman Allah: Baca baki entri ini »
