Koleksi Soal Jawab Agama

Weblog Ini Adalah Weblog Khas Untuk Soal Jawab Agama

Hukum Melancap?

DIkirim oleh mohd masri di April 22, 2007

Pertanyaan:
Ada seseorang yang berkata: Apabila seorang lelaki melakukan onani, apakah hal itu boleh disebut zina dan apakah hukumnya?

Jawapan:

Ini yang disebut oleh sebahagian orang “kebiasaan tersembunyi” dan disebut pula “jildu ‘umairah” dan “istimna” (onani). Jumhur ulama mengharamkannya, dan inilah yang benar, sebab Allah SWT ketika menyebutkan orang-orang Mukmin dan sifat-sifatnya berfirman,


وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ. إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ .فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاء ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ

“Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba-hamba yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di sebalik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.” (Al-Mukminun: 5-7).

Al-’adiy ertinya orang yang zhalim yang melanggar peraturan-peraturan Allah.
Di dalam ayat di atas Allah memberitakan bahawa barangsiapa yang tidak bersetubuh dengan isterinya dan melakukan onani, maka bererti dia telah melampaui batas; dan tidak syak lagi bahawa onani itu melanggar batasan Allah.

Maka dari itu, para ulama mengambil kesimpulan daripada ayat di atas, bahawa kebiasaan tersembunyi (onani) itu haram hukumnya. Kebiasaan rahsia itu adalah mengeluarkan sperma dengan tangan di saat syahwat bergejolak. Perbuatan ini tidak boleh dia lakukan, ini kerana ia mengandungi banyak bahaya sebagaimana dijelaskan oleh para doktor kesihatan. Bahkan ada sebahagian ulama yang menulis kitab tentang masalah ini, di dalamnya dikumpulkan bahaya-bahaya kebiasaan buruk tersebut. Kewajipan anda, wahai orang yang bertanya, adalah mewaspadainya dan menjauhi kebiasaan buruk itu kerana sangat banyak mengandungi bahaya yang sudah tidak diragukan lagi, dan juga kerana bertentangan dengan makna yang jelas dari ayat al-Qur’an dan menyalahi apa yang dihalalkan oleh Allah bagi hamba-hamba-Nya. Maka dia wajib segera meninggalkan dan mewaspadainya. Dan bagi sesiapa sahaja yang dorongan syahwatnya terasa makin dahsyat dan merasa khuatir terhadap dirinya (perbuatan yang tercela) hendaklah segera menikah, dan jika belum mampu hendaklah berpuasa, sebagaimana arahan
Rasulullah SAW,


يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ. وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ.

“Wahai sekalian para pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan hendaklah segera bernikah, kerana nikah itu lebih menundukkan mata dan lebih menjaga kehormatan diri. Dan barangsiapa yang belum mampu hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat membentenginya.” (Muttafaq ‘Alaih).

Di dalam hadits ini baginda SAW tidak mengatakan: “Barangsiapa yang belum mampu, maka lakukanlah onani, atau hendaklah dia mengeluarkan spermanya”, akan tetapi baginda SAW mengatakan: “Dan barangsiapa yang belum mampu hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat membentenginya.”

Pada hadits tadi Rasulullah SAW menyebutkan dua hal, iaitu:

Pertama, Segera bernikah bagi yang mampu.
Kedua, Meredakan nafsu syahwat dengan melakukan puasa bagi orang yang belum mampu bernikah, kerana puasa itu dapat melemahkan godaan dan bisikan syaitan.

Maka hendaklah anda, wahai pemuda, beretika dengan etika agama dan bersungguh-sungguh di dalam berupaya memelihara kehormatan diri anda dengan nikah syar’i sekalipun harus dengan berhutang atau meminjam . Insya Allah, Dia akan memberimu kecukupan untuk melunasinya. Bernikah itu merupakan amal shalih dan orang yang bernikah pasti mendapat pertolongan, sebagaimana Rasulullah tegaskan di dalam haditsnya,

ثَلاَثَةٌ حَقٌّ عَلَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ عَوْنُهُمْ: الْمُكَاتَبُ الَّذِيْ يُرِيْدُ اْلأَدَاءَ وَالنَّاكِحُ الَّذِيْ يُرِيْدُ الْعَفَافَ وَالْمُجَاهِدُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ.

“Ada tiga orang yang pasti (berhak) mendapat pertolongan Allah SWT: al-mukatab (hamba yang berupaya memerdekakan diri) yang hendak menunaikan tebusan dirinya, Lelaki yang bernikah kerana ingin menjaga kesucian dan kehormatan dirinya, dan mujahid (pejuang) di jalan Allah.” (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah).

Rujukan:
Fatwa Syaikh Bin Baz, dimuat di dalam majalah al-Buhuts, edisi 26, hal. 129-130.
Disalin dari buku Fatwa-Fatwa Terkini Jilid 1, penerbit Darul Haq.

Kategori: Pernikahan
Sumber: http://fatwa-ulama.com

assunnah 

64 Respons kepada “Hukum Melancap?”

  1. rozina marcella berkata

    saya bukan seorang muslim. Pasangan saya adalah muslim. Kami ingin brkawin tetapi ditentang oleh kedua-dua keluarga. Kami bercadang untuk berkahwin dahulu kemudian setelah berkahwin baru memberitahu keluarga masing-masing dan memujuk mereka untuk menerima perkahwinan itu. Apakah yang harus kami lakukan? Proses untuk berkahwin?Dan apakah perkara-perkara yang hrus dititik beratkan serta berkaitan dengan masalah ini?

  2. mohd masri berkata

    terima kasih krn sudi bertanya di sini.

    saudari perlu memeluk islam terlebih dahulu sblm berkahwin dgn lelaki tersebut.

    dan tiada masalah utk saudari merahsiakannya drpd keluarga. ajaklah lelaki tersebut ke pejabat agama, dan bernikahlah di sana.

    slps sudah berkahwin, anda pilihlah wkt yg sesuai utk memberitahu keluarga anda.

    tahniah krn anda memilih jalan yang betul apabila memilih utk menjadi umat Islam.

    setelah saudari memeluk islam nanti.

    saudari mestilah mengingatkan suami saudari spy mengajar saudari asas-asas islam. jika boleh minta beliau hantar saudari belajar di perkim atau di mana2 shj.

    antara ilmu2 asas ialah

    1) ilmu tauhid- iaitu ttg kepercayaan saudari kepada tuhan

    2) ilmu praktikal- iaitu ilmu spt bgmana mahu bersolat, menyucikan diri dan lain-lain.

    di sg ara kuala lumpur ada satu tempat yg menyediakan pembelajaran utk mereka yang baru memeluk islam.

    saudari boleh pergi ke sana

    ini alamat websitenya

    http://www.al-khaadem.com.my

  3. -wanita- berkata

    assalamualaikum.bgaimna klu wanita sendiri yg mlakukan perbuatan tersembunyi(onani) itu?.. apa hukumnya?.Dan spt yg sy tahu perbuatan tersebut mrupakn kbiasaan yg dilakukn hampir stiap lelaki terutama remaja..benarkah?

  4. mohd masri berkata

    salam, hukum haram onani adalah umum kpd lelaki dan wanita.

    saya tidak melakukan kajian ttg tabiat seks, jadi saya tidak tahu siapakah yang lebih kerap melakukan onani, lelaki atau perempuan

  5. saifuddin berkata

    salam

    hehe kelakar pula bila tengok post ni jadi top post. setakat yang saya tahu menurut kajian psikologi, lelaki apabila mencapai umur tertentu (iaitu mencapai remaja), dia akan mencuba2 utk masturbasi/onani dan seterusnya akan menjadi tabiat. bacalah mana2 buku psikologi pun, pastinya akan menyebut ttg hal ini. itu kajian barat terhadap golongan remaja di barat.

  6. -wanita- berkata

    itulah..sy x pasti..bila mnyebut hukumnya haram..sudah pasti 100% berdosa bg yg melakukan perbuatan tu..jd bgaimana utk mghalang diri dr mlakukannya sdgkan belum walimah/bernikah,kerana blum mampu.. silakan bg pndangan tntg cra nk halang dr dari mlakukan.syukran

  7. mimi berkata

    tolong saya, saya mau tanya
    apakah saya bisa menikah dengan seseorang laki2
    tapi kami berdua tidak disetujui oleh orang tua kami
    karena laki2 yang saya cintai telah beristri
    1. apakah saya boleh dan sah untuk kawin lari?
    2. apakah saya berdosa mencintai laki2 yang sudah punya istri
    3.apakah saya berdosa apabila dia menceraikan istrinya karena dia ingin menikah denga saya. tolong jawab ke email saya ya. trm ksih

  8. mohd masri berkata

    mimi,

    aslm wbt

    1) jika anda kahwin lari, siapa yang mahu menjd wali anda, tidak sah nikah tanpa wali.

    2) tidak berdosa mencintai lelaki yg mempunyai isteri krn lelaki dibenarkan berpoligami

    3) ana tidak berdosa jika dia menceraikan isterinya krn kehendaknya dan bukan krn anda yg suruh. akan ttp berdosa jika anda menyuruh lelaki itu menceraikan suaminya.

    wslm wbt

  9. adam berkata

    asalamualaikom.. mintak tolong,tolong tunjukan cara nak mengatasi hasutan nafsu.sebab nak ikutkan saya nii dah selalu buat mende tuu, klau bleh tlg ajar cara nak berenti dari buat mender tuu

  10. smartmind berkata

    ingatlah wahai manusia…
    akan dibangkitkan mereka yg berkahwin dengan tangannya dihari kiamat kelak dalam keadan tangan yg mengandung!!
    bayangkan anda dilihat shbt anda diakhirat kelak dlm keadaan yg sedemikian rupa..
    betul tak ustaz?
    tapi ustaz…bagaimana kelakuan remaja yg melubangkan tilam utk buat kerja dahsyat nee..n tangan langsung tidak digunakan…
    mahu bertanya…

    aslm wbt

    ia ttp haram, krn seks hanya bleh dgn pasangan yg sah.

    ttg apa yg anda ckp bhw hari kiamat tgn dibangkitkan dlm keadaan mengandung, saya xtahu kewujudan dalil ttg hal ini. Hal qiamat melibatkan hal ghaib yg mesti dgn sandaran wahyu.

    wslm

  11. abid berkata

    salam ustaz,
    mcm mane bg mrk yg betul2 tak ‘tahan’???
    ‘benda tu’ perlu dikeluarkan utk mgatasi kekusutan fikiran…

    aslm wbt

    kita hendaklah mengambil langkah pencegahan, hal ini tidak akan terjadi tanpa rangsangan, maka hal2 yg dpt mengelakkan rangsangan spt menyibukkan diri dgn membaca, zikir, aktiviti sosial, i’tikaf di masjid perlu dilakukan.

    Jika rangsangan masih ada, hendaklah sedaya upaya menahannya, dan jika rangsangan semakin kuat dan boleh menjerumuskan ke lembah zina atau rogol, ulama menyatakan dlm keadaan tersebut dikira dharurat.

    wallahu’alam

  12. zeala berkata

    Saya nak tahu, apakah ganjaran/pahala jika kita membawa orang kafir memasuki agama islam. Adakah dosa jika seorang mualaf itu murtad, dosanya ditanggung oleh orang yang membawanya masuki islam.
    wasalam

    aslm wbt

    pahala dosa kerja Allah. kalau dia murtad, xd kaitan dgn kita selg mana kita dah usaha dakwah dia.

  13. just berkata

    assalmulaikum

    apakah hukum onani bagi orang yang tak boleh berkahwin disebabkan mengidap penyakit seperti HIV, hepertisis & dan lain2

    aslm wbt

    spt yg diketahui hukum asal melancap adalah haram secara mutlaq. cuma dlm keadaan tertenu dimana nafsu bergelodak hingga boleh membawa kpd zina, rogol, homoseks dan lain-lain, maka ulama spt imam ahmad bin hanbal rhm, sheikh yusuf al-qaradawi hafizahullah berpendapat boleh.

  14. din berkata

    assalamu’alaikum warahmatullah,

    bagaimanakah caranye untuk betul2 berhenti onani? saya sentiasa sembahyang lima waktu,membaca al-quran dan puasa sunat tetapi saya benar tidak mahu merosakkan pahala yang saya telah amalkan semua ini…setiap 2-3minggu saya ulang lagi. saya tidak mahu dimurkai Allah s.w.t ,bolehkah ustaz tolong saya dalam perkara ini?

  15. Nik Azidah berkata

    A’kum. Masalah saya bila dtg haid… kadangkala bila agak terdesak, suami saya akan meminta saya memuaskanya dengan menggunakan tangan. Adakah saya berdosa?

    aslm wbt

    bila isteri memuaskan suami dgn jari, lidah etc., maka ia bkn dilarang. begitu juga jika suami melakukan halyg sama pd isteri. yg dilarang ialah beronani dgn selain pasangan yg sah. ini krn suami isteri bebas nk wat apa shj selain drpd liwat dan bersetubuh pd wkt2 yg dilarang.

  16. haffiez berkata

    salam… ustaz, apakah bacaan yang wajib dibaca sebelum melakukan jimak??

    aslm wbt

    bacaan tersebut sunat, tidak wajib

    بِسْمِ اللهِ اَللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا

    “Dengan Nama Allah, Ya Allah! Jauhkan kami dari setan, dan jauhkan setan untuk mengganggu apa yang Engkau rezekikan kepada kami.” -HR. Al-Bukhari 6/141, Muslim 2/1028.

  17. aish farhan firdaus berkata

    amatilah pemikiranmu kerana ia akan menjadi percakapanmu
    amatilah percakapanmu kerana akan menjadi perbuatanmu
    amatilah perbuatanmu kerana ia akan menjadi amalanmu
    amatilah amalanmu kerana ia akan menjadi tabiatmu
    amatilah tabiatmu kerana ia akan menjadi nasibmu.

    jadi kalau boleh elakkan daripada terbawa-bawa terfikirkan perkara-perkara yang tidak baik sehingga merangsang kita melakukan onani. cubalah sedaya upaya untuk tidak memikirkan daripada menghalang diri secara fizikal untuk tidak melakukan. cara ini berjaya dan saya telah lama berhenti melancap. ini untuk melatih minda bawah sedar anda.Mula try tak melancap seminggu,pastu sebulan, pastu dua bulan. tangguh-tangguhlah. mula-mula susah.. tapi lama2 terbiasa.

    jihad melawan hawa afsu adalah jihad yang besar dan amat dituntut.

    maksud hadis: sesungguhnya sembahyang itu mencegah seseorang daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar. sekiranya sembahyang seseorang itu tidak mencegah daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, sesengguhnya sembayangnya tidak sempurna.
    ( benarkan ini hadith. berhati2 bila berkata sesuatu sebagai hadith)
    tampalkan kat dinding keburukan-keburukan melancap dan baca setiap hari.

    we are repeatedly do, excellence then, is not an act. but a habit.. (performance kita akan menurun jika berterusan membuat perkara perkara syok sekejap nie)

  18. kambinghitam berkata

    assalamualaikum…
    Minta penjelasan ust
    Saya br sahaja mendirikan rumah tangga,tetapi terpaksa berjauhan dgn isteri,rasa gelora saya dan isteri utk jima’ meluap.perasaan tersebut menganggu fikiran ketika kerja,solat,qiamulail dan seharian hidup walaupun berpuasa sunat.Kadang terpaksa melepaskan nafsu dengan mengeluarkan mani apabila isteri merangsang melalui talian telefon.Isteri pon kadang2 terkeluar air mazi apabila saya merangsang melalui telefon.Adakah ini juga dianggap onani?adakah ianya juga diketogorikan sebagai a’zal?

    aslm wbt

    dlm keadaan sebegini, sptutnya saudara n isteri tak merangsang antara satu sama lain ketika berjauhan. elakkan berbual ttg seks ketika berjauhan.

  19. kambinghitam berkata

    adakah hukumnya haram dan berdosa?minta perjelasan ust…

    salam,

    kan dah tulis, g le baca. xkan sume benda nk kena suap.

  20. balqis berkata

    assalammualaikum,
    saya sering melakukan seks bersama suami dengan saya menghisap zakarnya dan suami menjilat faraj saya…
    ape hukumnya…?

    aslm wbt

    tidak ada dalil yg mengharamkanperbuatan ini. buatlah apa shj asal jgn meliwat dan buats eks ketika isteri xsuci.

  21. manusialupa berkata

    assalamualaikum ustad..

    kalau lah seorang perempuan tu masturbate adakah mereka perlu mandi wajib?

    aslm wbt

    ia bergantung, jika keluar mani, maka wajib mandi, jika xkeluar xwajib mandi. akan ttp wajib taubat xkira keluar mani atau x sbb ia satu dosa.

  22. insan kerdil berkata

    saya nak tanya, keluar air mazi membatalkan puasa tak?ada kata ya, ada kata tak..saya keliru

    aslm wbt

    xbatal. yg batal ialah air mani

  23. said berkata

    assalamualaikum ustaz,
    isteri saya sedang mengandungkan anak kami yg baru berusia 7minggu. Dia seringkali tidak sihat & hubungan kami di kamar lama terganggu. Adakan onani tanpa kehadiran isteri dibenarkan atas alasan dia tidak mampu utk lakukan apa2?

    aslm wbt

    dlm keadaan ni maybe saudara xdpt nk bersetubuh dgn isteri saudara secara normal, tp still leh isteri saudara puaskan saudara dgn cara2 lain spt gunakan tgn isteri saudara n lain2. maka xd alasan utk saudara beronani kpd diri sndiri

  24. malang berkata

    salam,
    ustaz saya mula onani sebelum saya mimpi basah ustaz berlarutan sehingga umur saya 20- an adakah kesan buruk pada saya seperti tidak dapat hasilkan zuriat dan adakah Allah ampunkan dosa saya selama ini???

    aslm wbt

    Allah Maha Menerima taubat. kesan pd kesihatan sila tanya doktor

  25. boy berkata

    a’kum.
    Saya pernah terbaca di salah satu artikel oleh ustaz malaysia ni net yang mengatakan bahawa jika kita melakukan ‘perbuatan’ tersebut kerana tidak dapat menahan nafsu syahwat yang bergelora dan untuk mengelakkan zina, ia dibenarkan. Apa kata saudara?

    Terima kasih.

    aslm wbt

    biasa je dgr pendapat2, hatta ia salah satu pendapat imam ahmad. cuma ramai shj ulama xsetuju. dan benarkah ia satu2nya jalan penyelesaian.

  26. boy berkata

    A’kum,
    Saya rasa ia ada satu jalan penyelesaian yg bagus. Ini adalah kes yg pernah berlaku pada saya. Seorang gadis pernah mengajak saya untuk ‘bersama’. Oleh kerana darah remaja yang tengah panas, susah untuk menolak ajakan tersebut dengan hanya berkata tidak, sedangkan remaja masakini telah membesar di persekitaran yg kurang sihat, di mana bahan2 lucah berada di mana2. Jadi, gadis tersebut memberikan tempat dan masa untuk ‘bersama’nya. Rasa ingin mencuba tetap ada. Jadi, apa yg telah saya lakukan, ialah dengan mengeluarkan’nya’ dengan sendiri. Selepas hati telah kembali tenang, dengan mudah saya menolak ajakan tersebut. Apa kata saudara tentang ini?

    Terima kasih.

    aslm wbt

    kenapa gadis itu berani ajak saudara? itu saudara perlu nilai sndiri?

    jgn mudah mencari rukhsah yg asalnya haram.

    tutuplah pntu2 maksiat n usaha hindari dr asal2nya, bukannya terpaksa berinteraksi dgn perempuan.

  27. EIDA berkata

    A’kum ustaz,
    saya ada pertanyaan,ada seorang kawan bukan muslim bertanya kepada saya,jika seorang muslim memberikan salam kepadanya,apa yang perlu beliau jawab sedangkan beliau bukan muslim.contohnya jika beliau menerima panggilan telefon daripada orang islam..
    terima kasih

    aslm wbt

    hukum wajib jwb salam hanya utk org Islam bkn org kapir. so suka hati dilah nk jwb mcm mana

  28. sulaiman berkata

    assalamualaikum
    apa hukumnya jika isteri tidak mahu melayan suamiya dan untuk melepaskan syawatnya dia melakukan onani?

    aslm wbt

    haram si siteri menolak kemahuan suami tanpa sbb syara’ spt sakit atau uzur.

    hatta kalau xmampu menjalin hubungan seks spt biasa boleh shj si isteri membantu si suami menggunakan tgn si siteri dan lain2 n bukan membiarkan si suami membuat dosa dgn melakukan onani.

  29. Abe berkata

    Sekadar tambahan dari ana yang dhoif. Ana ada juga menaakul hal-hal sebegini. Kenapa susah untuk ditinggalkan hal sebegini bagi sesetengah orang?? bukan apa.. kerana satu perbuatan yang bertukar menjadi kebiasaan. Kita jangan melihat persoalan ketagih ini dari sudut seks dan lain-lain sahaja namun mencakupi segala perkara. Kesan dari ketagihan ini, bahananya dia akan merasakan ‘ketiadaan Tuhan’ di saat kesalahan dibuat. Dalam kes onani ni sebagai contoh, mungkin seseorang itu merasakan pegawasan Allah dalam semua perkara lain. Namun bila masuk aja perlakuan ini- pengawasan Allah sudah mula kalis buat diri. Yang pasti, carilah tunjang kekuatan yang ada dalam diri. Cuma saya ingin mengajak teman-teman berfikir sejenak bagaimana Tarbiyyah Rasulullah terhadap seorang lelaki yang tidak dapat meninggalkan tabiat zinanya setelah Rasulullah mengaitkan tabiatnya dengan family. Memang benar dakwah hikmah dari Rasulullah, namun dari aspek lain yang harus diperhatikan adalah kekuatan diri yang ada dalam jiwa lelaki tersebut – SIFAT KASIHNYA KEPADA KELUARGA.

  30. insan jahil berkata

    assalamualiakum…
    sy ingn bertanye, sy sering sms dengan kekasih sy..
    dan dlm sms itu kami sering becerite seolah-olah kami sedang bercium dan berpeluk… sedangkan kami bile berjumpe memang tidak pernah berpegangan tangan apatah lagi bercium.. apakah hukumnya perbuatan kami itu…??
    adakah ianya juga haram seperti melakukannya betol-betol…??

    aslm wbt

    ia adalah haram kerana termasuk dlm perbuatan mendekati zina, cuma sudah pasti xsama spt zina melakukan seks dosanya. ia ttp haram cuma level dosa shj berbeza.

    wallahu’alam.

  31. Aqilhy berkata

    Assalamualaikum..Ustad

    Persoalan saya adalah bagaimana yang dikatakan air mazi? apabila kita melihat sesuatu perkara yang boleh menaikan nafsu kita lalu keluar air secara tersendiri..Apakah itu dikatakan air mazi? sekian..Wallahu’alam

    aslm wbt

    iye. n cara mudah nk beza mazi n mani ialah mani apabila keluar maka kita akan rasa something mcm puas etc, xmcm mazi.

  32. KENROY berkata

    kenape isteri melancap suami tidak diharamkan sedangkan hukum MELANCAP adalah haram

    aslm wbt

    kalau dgn isteri buatlah apa shj selg xliwat n buat wkt uzur n wkt2 yg diharamkan mcm gh pose etc.sbb kan dlm al-quran sbut kita adalah pakaian utk isteri kita, dan mrk adalah pakaian kita

  33. Bob Yazid berkata

    I’m surprised to read your reply that’s very unscientific. Islam has always been a scientific proven in so many sectors in life, i.e. sex education. Even my God brother who’s 10 years old can give a better answer than that.
    So here’s my reply and hopefully it’ll help KENROY.

    Pre-cum is pre-ejaculate (also known as pre-ejaculatory fluid or Cowper’s fluid) is the clear lubricating fluid that is issued from a man’s penis when he is aroused. Slang terms for pre-ejaculate include pre-come, pre-cum, dog water, and speed drop. Precum is pre-ejaculatatory semen. It is the fluid that ejaculates from a man before the “Big Bang” Although it is a small amount.

    Post-cum or in other words as the actually semen issued from a man’s penis. And yes pre & post cum can impregainate a women and it can also be a cause for STD’s or worse, HIV.

  34. zAm berkata

    slm for bob yazid,

    u said that u’re surprised for our ustz answer right? well as for ur information…im much more surprised to read such unethical words in this blog….no matter from which side it is…i can strongly feel uncomfortable for certain comments or feed back in this blog….is this the moral that should be shown by muslim? when ever there is issue or question that need to be answered…supposely choose the most pollite way and not to blame anybody for misinformation…don’t let ur temper ruin ur respect…

    * im aggreed with ustz that in a simple way..we can said that to know whether it is air mani or not….it is when u feel a very ‘big release’, satisfaction, happiness,etc…but it is right after ejaculation. not anybody can understand from ur point of view in scientific way mr bob yazid. thank you.

  35. AzR berkata

    BobYazid,

    I guess you are very well informed about the dog water and the big bang (bong?) but I also see that the blog readers are mostly Malays and I don’t think they can picture what precum is.

    While I share your sentiment that the ustaz is rather kampung-like in explaining precum, I also think that it is actually the correct way of saying it here. Taking into account the readership of the blog.

    And for Zamri, don’t lose respect so fast, human are not all alike…

  36. amm berkata

    Assalamualaikum..

    saya ingin bertanya ustaz apa yg perlu saya lakukan kerana isteri saya sering menolak ajak saya dan menyatakan saya kuat seks.. utk pengetahuan saya sering beronani utk melegakan ransangan.. jika saya melakukan hubungan dgn isteri pasti akan terjadi pergaduhan keesokkan harinya kerana isteri saya mengatakan dia buat tanpa rela hanya taknak mendapat dosa.. katanya dia dah takut dgn sikap saya yg tidak memahami dia..

    aslm wbt

    berdosa besar bg seorg isteri menolak kemahuan seks suami. saudara berhak memaksa isteri saudara walaupun seeloknya dilakukan dengan rela.

    n elok juga dicari punca masalah isteri saudara enggan melakukan hubungan seks, mana tahu beliau trauma, sakit dan lain-lain.

  37. kinG berkata

    As’kum ustaz..
    hkum melancap itu haram.. so..bila mlancap..dia mandi wajib untuk memsucikan dirinya…adakah mandi wajib itu mampu utk msucikan dirinya slpas melakukan prbuatan yg haram itu? adakh cara laen utk msucikan dirinya slpas mlancp? klau mandi wajibnya xdterima..mcmmana dgn solatnya? adakh dterima oleh ALLAH? lelaki itu dalam proses nak insaf n btaubat…plizz

    aslm wbt
    sekiranya saudara sudah mandi wajib dgn sempurna, insya-allah solat diterima. wajib mandi apabila keluar mani, sekiranya melancap n xkeluar mani, maka xwajib mandi.

  38. syababmasjid berkata

    Slm’alaik..

    Skdr b’kgsi pndpt tips peribadi utk m’hindari tabiat b’onani..
    Buat anda, para pemuda yg Allah swt blm m’buka jalan bg nya utk menikah…

    1) Plg penting (muhimman jiddan) utk anda m’displinkn diri b’puasa sunat stp hari Isnin, Khamis & 13,14 & 15hb pd stp bln2 hijri (lg bgus klw tmbh dgn puasa pd 28,29 & 30hb)..lakukn ibadah ini dgn keyakinan bhw janji Allah swt atas lisan Nabi saw bhwa b’puasa dpt m’jadi pembenteng bg diri drp hwa nafsu syahwat.

    2) Cr masa dlm smnggu utk beriadah (apa shj aktiviti yg keluarkn peluh; jogging, b’sukan, b’senam etc)…3x stp minggu, skurang2nya 20minit stp sesi bg mnyihatkan tubuh badan & merehatkan minda. Tubuh & minda yg stress dgn rutin sharian akn cuba m’cari salurn utk me’release’kn stress’nya, & slh satu caranya ialah dgn b’onani.

    3) Stp kali nafsu syahwat b’gelojak m’mhn utk dipenuhi, istaw’uz & b’istighfar sbyk mgkin (min 70x) m’mhn prlindungn Allah swt drp hasutan syaitn yg dilaknat. Smbil berzikir, bygkn :-
    (a) Redha Allah swt yg m’bawa kpd Gnjaran Jannah & sgla knikmatn di dlmnya t’utamanya b’kaitn knikmatan b’sma Bidadari2 Syurga yg bkl b’kurgn dgn b’tmbahnya dosa.
    (b) Murka Allah yg m’bawa kpd balasan Neraka & sgla azab2nya yg mngerikn yg dijanjikn kpd para pelaku dosa2 besar mahupun kecil.
    (c) Bygkn juga smmpu blh sgla ayat2 alQuran yg m’bicarakn mngenai Drp sperma yg hina sbginilah lahirnya diri anda, keluarga anda, hatta anak2 anda; lelaki mahupun prmpuan drp rahim zawjah anda nnti !!

    4) Jika tips no.3 di ats tdak b’ksan, ambil lgkah drastik pilihan trakhir dgn kaedah averse physocology, iaitu dgn mnyakitkn tubuh bdn utk meredakn nafsu yg b’gelojak tsbt. Kaedh yg plg mudah & praktikal ialah dgn m’nyentuhkn jari anda kpd sbrg objek panas; smda cerek, air panas atau m’lalukn tapak tgn anda di atas api smbil m’bygkn Dpt kah diri anda menanggung azab besi yg m’bakar, air yg b’glojak panas & api neraka yg m’bara di mana tahap kepanasannya adlh skurg2nya 70x gnda drp kpanasannya di dunia??!!!

    5) Luangkn msa sktar 5minit drp 1440m dlm shari utk solat hajat (sbaik2nya di sprtiga akhir mlm), m’mhn Allah swt mengurniakn kekuatn dlm diri utk istiqamah melakukn amalan2 di atas & jga m’mhn prlindungn Allah swt drp hasutan nafsu syahwat yg membinasakn diri dunia & akhirat. Slps solat, bygkn juga malaikat raqib & atid yg tdk leka & putus2 m’jlnkn tugas m’catat stp zarrah pbuatan khayrr & syarr yg anda lakukn.

    6) Andaikata anda t’lanjur juga (wana’uzubillah), niatkan dgn pnuh keazaman, puasa2 sunat yg dinyatakan di atas sbg puasa kaffarah (pghapus dosa) ke atas dosa b’onani tsbt. Anda blh pilih b’azam smada utk kaffarah dosa tsbt dgn 1,2,3 hari atau lebih bg stp kali t’lanjur.

    7) Selain itu, stpkali t’lanjur, anda blh jga m’nambah kaffarah t’sbt dgn ibadah2 sunat yg lain bg m’denda seterusnya mendidik diri anda yg degil. Contoh kaffarah yg blh dilakukn : “Selain b’puasa 3 hari, sy b’azam utk solat sunat taubat 4 rakaat, m’baca alQuran 1 juz, & m’ziarahi kubur smbil m’nangis, pd hari sy t’lanjur”.

    Smoga dgn 7 tips yg dinyatakn di atas, dpt m’bntu syabab2 yg t’belenggu dgn kebiasaan t’smbunyi tsbt.

    Wahai diri,
    Kehidupn dunia ini hnyalah fatamorgana yg menipu, prmainan yg m’lalaikn & prhiasan yg bakal mengecewakan para pemuja nya.

    Bandingan khidupn dunia yg t’amat sgt sementara dgn khidupan akhirat yg abadan abada adlh seumpama kita b’susah payah b’krja kras slama 3 hari & strusnya b’senang lenang dlm kmewahan slama 70 tahun..

    Namun, masih ada yg pilih utk b’senang lenang slama 3 hari, & t’pksa b’susah payah dlm keperitan & azab slama 70 tahun !!! Pilihan di tgn anda…fikir2kanlah..

  39. mohd berkata

    saya ada satu pertayaan..pada suatu hari saya melihat kawan saya solat jamak magrib dan isyak berturut secara 4rekaat..masalahnye sekarang saya nak minta pandangan ustaz adakah solat tersebut sah dilakukan dgn cara tersebut….saya hanya tahu,solat jamak takdim magrib isyak hanya dilakukan dgn solat magrib 3rekaat dahulu,selepas itu solat isyak 2rekaat…pandangan dan tunjuk ajar ustaz sangat diharapkan.sekian terima kasih.

    aslm wbt
    bleh jd kwn saudara menjamakkan solat tanpa mengqasarkan isya’ sbb2 dia solat 3 magrib n 4 isya, kalau dia qasarkan isya, maka dia akan wat 3 magrib n 2 isya. qasar hanya utk musafir shj.

  40. bhagat berkata

    salam wa nur alaikum,ustaz camna nk beza air mani dan mazi dr sifat fizikalnya

    aslm wbt
    cara mudah nk bezakan mazi n mani ialah mani ini keluar apabila kita klimaks. bila ia keluar kita akan rasa lazat. sdgkan mazi x.

    cara2 lain nk bezakan mazi n mani ialah:

    melalui warna

    1) mazi biasanya jernih sdgkan mani utk lelaki warna putih n wanita pula menurut hadith maninya kekuning-kuningan.

    Rasul SAW bersabda: “Jika dia melihat keluarnya mani maka wajib mandi.”
    Dengan malu-malu Ummu Sulaim Radhiyallahu ‘Anha bertanya: “Apakah seorang
    wanita juga mengalaminya (mimpi basah)?”
    Rasul SAW menjawab: “Kalau begitu bagaimana mungkin seorang anak boleh mirip
    ibunya? Sesungguhnya mani lelaki itu pekat berwarna putih dan mani wanita cair
    berwarna kuning, siapa saja di antara keduanya yang lebih awal atau lebih
    dominan maka kemiripan akan condong kepadanya.”
    Muttafaqun ‘Alaihi (Shahih Muslim No:469)

    Beberapa ciri yang dijadikan panduan dalam mengenal mani adalah:

    1-Memancar akibat dorongan syahwat disertai rasa lemah setelahnya.
    2-Baunya seperti bau mayang kurma sebagaimana yang telah dijelaskan.
    3-Keluarnya dengan memancar sedikit demi sedikit.

    Ada dua ciri yang jadi panduan dalam menentukan mani wanita.
    1-Baunya seperti bau mani lelaki.
    2-Nikmat saat mengeluarkannya dan merasakan lemah setelah itu

  41. Rusyduddean berkata

    Kawan lelaki, dia tanya benda yg sama. saya tak boleh jawab sebab tak pernah terpikir. jadi saya ambik kesempatan cuti sekolah ini untuk buat kajian. kebanyakkan ustaz yg saya tanya kata boleh dan ada yg kata tidak boleh tapi ulasan mereka tidak kukuh. tapi saya ragu2 lalu jumpa web page ini. Dalil yang ada di sini lebih kukuh berbanding jawapan yg lain saya pernah baca atau dengar. Terima Kasih kerana page ni, sebab lain kali bila saya “tak tahan” saya akan puasa, haha!!

    P.S: Tolong jangan terpedaya dengan kajian barat, kerana sebab mereka, remaja sekarang terdedah dengan pelbagai maksiat dengan TV, Internet dan Music juga. Cuba bayangkan jika suasana kini terjaga, semestinya perkara itu sukar terjadi.

  42. gurl_ipt berkata

    salam..sy rase la kan,post mcm ni boleh mendorg seseorg melakukan onani. serius..sy ada sorg kwn ni.dia xtau pn pasal ni,suat ari die try search kt web2..lama kelamaan..die mula try( ingin tahu) n skang da jd habit. sy rase, post mcm ni x bagus. yg sy tau, kwn2 sy mostly btudung labuh. tp…mostly terjebak. em katanya, at least x couple n x campur ngn lelaki. nth la ape nk jd..kekadg bila renungkan..rase mcm..ape nk jd ngn muslimah sejati ni. hope, artikel pasal ni di kurgkan or xde terus. wslm

    aslm wbt

    jika kamu buka kitab2 feqh, kamu akan jmpa2 isu2 mcm ini.

    mrk yg mencari bahan2 lucah akan ttp menemuinya walau web ini tak wujud krn di alam maya ini ada banyak web lucah, maka web ini fungsinya untuk menerangkan hukum tersebut, bagi mrk yg ingin tahu hukumnya.

    tanpa web ini, isu2 ini telah ada dlm alam maya bahkan tanpa batas2 agama dan penerangan hukum hakamnya. maka jika xditerangkan bgmana orang mahu tahu hukumnya.

  43. radioactive berkata

    apa hukumnya lau kte jd ma’mum kpd org yg wat onani?
    sah x?
    org yg wt onani tu bole jd imam x?
    sbb sy pnah dgr yg org wt maksiat ni xleh jd imam..
    cane?

    aslm wbt

    tidak ada masalah, boleh bermakmumkan mereka, hatta penzina menjadi imam pun kita boleh jadi makmum.

  44. mamat berkata

    utk pengatehuan,saya merupakan student di sebuah ipt..disebabkan baru keluar jauh dari kampunga,sy ade poblem pasai care nk solat jamak dan qasar..pegetahuan sedia ade pun dah lupe sbb baru keluar kepompong la katakan..serius sy katakan amat berdosaa kerana jahil pasal hal ini..tentang jarak saya tahu..yang saya ingin tahu jumlah rakaat yang sepatutnya dibuat..adakah 2 rakaat zuhur dan 2 rakaat asar atau macam mane untuk jamak zuhur dan asar..dan yang saya keliru tentang niat yg sy bace, “niat jamak zuhur kpd asar 4 rakaat kerana Allah taala” pd first niat..tp berapa rakaat pula untuk itu..adakah jd 6 rakaat pula…sy mohon dikirimkan ke e – mail saya kerana hal ini dahlame berlarutan dan benar2 memerlukan

    aslm wbt

    sila pergi di bahagian jama’ dan qasar, baca jawapan yang ada di sana.

  45. ann berkata

    tunang saya sering meminta alasan untuk meransang nafsunya melalui telefon dengan alasan yang kepalanya sakit. di sini saya ingin bertanya sejauhmana kebenaran yang apabila lelaki sudah lama tidak mengeluarkan air mani dia akan mengalami sakit kepala? adakah saya berdosa walaupun hakikatnya saya ingin membantunya.

    Assalamualaikum.

    Haram membantu dia, bahkan sewajarnya saudari mempertimbang kembali hubungan saudari dengan dia, mencari pasangan mestilah melihat agama seseorang, orang yang baik akhlaknya tidak akan berbua sedemikian dengan wanita bukan mahram.

  46. voip berkata

    saya ingin bertanya…

    1)apa hukumnya jika suami isteri bersetubuhan ketika isteri sedang hamil?contohnye masa isteri tengah mangandung 8-9 bulan macam tu…dengan adanya persetujuan kedua belah pihak…maksudnya bukan dengan terpaksa…

    2)apakah amalan2 yg baik yg patut diamalkan ketika isteri hamil??maksudnya dari segi tanggungjawab suami & isteri…contohnya…apakah surah2 yang baik untuk diamalkan?apakah yg dapat merapatkan hubungan suami isteri lagi semasa isteri hamil?apakah peranan suami terhadap isteri?

    3)sblm ni ada mengatakan…jika isteri tidak mahu melayan nafsu suami, si isteri berdosa…macam mana pula sekiranya si suami tidak mahu melayan nafsu isteri (dengan alasan penat atau letih)…sedangkan si isteri pun pernah saje membiarkan si suami memuaskan nafsu ketika si isteri penat & letih (bukan dalam keadaan terpaksa) …

    4)oral seks tidak salahkan..apakah berdosa sekiranya si isteri tidak mahu melakukan oral seks seperti yg diminta suami?terutamanya apabila suami meminta si isteri membuat oral seks terhadap dirinya…

    5)sebelum ini ada mengatakan suami boleh minum susu badan si isteri..apakah berdosa sekiranya si isteri tidak memberikan kebenaran atau tidak membenarkan sama sekali untuk suaminya melakukan itu (walaupun si suami memintanya dengan baik)?

    6)adakah wajar bagi seorang suami untuk melakukan persetubuhan secara paksa pada malam pertama semata2 untuk mendapatkan haknya sedangkan isteri tidak membenarkan…saya tahu bahawa isteri tidak boleh menolak ajakan suami & dalam persetubuhan, mesti ada kebenaran dari kedua belah pihak.betul kan??(kalau ada yang tidak betul, betulkanla)…dalam konteks ini, saya mahu menekankan MALAM PERTAMA kerana, kadang2 wanita itu takut untuk melaluinya kerana sakit yang akan dilalui (ketika bersetubuh) manakala lelaki tidak merasainya…

    itu sahaja soalan saya…harap tuan/puan sabar, memahami dan dapat menjawabnya dengan baik..bukanlah untuk menyusahkan tuan/puan tetapi mahukan kepastian kerana kadang2 masalah rumahtangga terjadi disebabkan suatu permasalahan yang kecil…yang boleh dikatakan remeh, padahal boleh sahaja diselesaikan dengan cara baik…jikalau ada fahaman saya yang salah,sila2 lah betulkan kerana saya hanya insan Allah yang jahil dan kerdil..saya pasti ramai juga yang mahukan kepastian..

    wassalam

    Assalamualaikum wbt.

    Hukumnya saya rasa saudari sendiri dah tahu, isteri wajib taat pada suami selagi mana dalam hal yang tidak memudharatkan dan bukan perkara maksiat. Sakit pada malam pertama bukanlah sesuatu yang memudharatkan, ia memang normal untuk mereka yang kali pertama bersetubuh. Jika ketika mengandung tidak memudharatkan, maka wajib jua taat kecuali jika memudharatkan isteri atau anak dalam kandungan.

    Jadi itulah yang patut isteri lakukan.

    Dan cuma tinggal ialah antara si suami dan si isteri, mahu berbincang, bertolak ansur dan lain-lain.

    Dan buat suami, bertolak ansurlah dengan isteri kalian. Mereka bukan robot.

  47. ga-these berkata

    salam…sy ingin bertanya..
    sy wanita muslim..mmpunyai tmn lelaki non-muslim (A). masalahnya ialah A tidak berjanji utk cnvert n A slalu berkata,utk cnvert, perlu ikhlas..n sy trima alasan itu..A juga mempunyai ramai kwn muslim dan membuatkannya tahu sedikit sebanyak tentang islam..family sy pd awalnya tidak terima perhubungan kami.tp makin lame,mereka mula trima A..berkaitan family A juga agak kuat agama (kristian). dan family A juga tidak kisah dgn perhubungan kami…so, kami menyerahkan everything kepada takdir Allah…tp utk pengetahuan sume,kami terlalu sygkn each other…sy mcm xboleh trima org lain dlm hidup sy…sy sanggup buat anything utk A, but not everything…even ade beberapa perkara yg xpatut sy buat,sy telah lakukan…dan sy telah beritahu A bhw sy xdpt buat evrything utk die sbb sy ade ajaran agama yg perlu sy ikut..kdg2 sy rase serba slh pd A sbb A akn buat evrything utk sy…everything…tp sy tahu sy ada agama…n kdg2 sy terpaksa kecewekan dan sakitkn hati A bila apa yg dia nk,dia xdpt…sy xtau smpai bile sume bende ni akan berakhir…sy memerlukan sedikit pandangan terhadap apa yg berlaku dan apa yg perlu sy lakukan….sy harap dpt hidup bersama dengan A dan dpt memberi kesedaran pd A bhw dia xsepatutnya meminta apa yg x patut…harap dapat membantu….
    terima kasih….

    Assalamualaikum wbt.

    Rasululah saw mengajar bila mahu mencari pasangan, carilah yang beragama. A tiada kriteria itu bahkan dia tidak berjanji untuk menjadi Muslim.

    Kedua hubungan dengan dia telah membawa anda kepada maksiat.

    Maka, ikutlah Islam, tinggalkan dia, ikut cara hidup Islam.

  48. azurah berkata

    assalamualaikum ustaz..
    ustaz salahkah kalau saya berzina dengan suami orang???

    Assalamualaikum wbt.

    Zina adalah dosa besar, maka bertaubatlah.

  49. suzuka berkata

    Assalamualaikum,
    saya ingin bertanye…hukum melancap adalah dosa besar atau kecil? Adakah sama berat dengan zina?

    terima kasih…

    Assalamualaikum wbt

    Tidak sama dengan zina, ia dosa kecil manakala zina dosa besar.

  50. sazali` berkata

    Banyak2kanlah mengikuti pengajian agama Islam.Walaupun sesibuk mana sekalipun janganlah kita lupe kepada Allah Taala.Membaca Al_Quran boleh mengurangkan rangsangan kita terhadap seks

  51. sazali` berkata

    Bagi yang belum berkahwin atau bujang dinasihatkan berpuasa untuk mengurangkan rasa ghairah..kerana puasa adalah penawar segala perasaan yang keji lagi mungkar..semoga kita berada dalam golongan umat2 yang terpilih

  52. Esa bin Daud berkata

    Ustaz,
    saya mempunyai seorang kawan wanita berugama budda, Beliau ingin memeluk Islam dan berkawan dengan seorang lelaki yang berjanji untuk mengawini beliau. Saya pernah berbual dengan lelaki tersebut dan dari pengamatan saya lelaki tersebut tidak mampu mendidik wanita muslimah tersebut. Bagimanakah boleh ustaz atau ustazah membantu dan membimbing kedua insan ini. Beliau menetap di Kawasan Tiram, Negeri Johor Darul Takzim. Saya sendiri kurang arif dalam pekara ini setelah diminta bantuan daripada mereka. Saya berdoa semoga akan ada ustaz / ustazah yang sudi mengajar pekara yang hak kepada kedua mereka. Sekian Wassalam.

    Assalamualaikum wbt,
    mungkin saudara boleh menghubungi PERKIM yang terdekat

  53. wan berkata

    saye sudah lama mengamal kan onani..
    persoalannye..sye tidak pernah mandi wajib.
    adakah saye kena mandi wajib bg perbuatan onani sye yg lalu..?

    Assalamualaikum wbt.

    Seandainya tidak keluar mani, maka tidak wajib mandi, seandainya keluar mani maka wajib mandi.

    sabda Nabi shollAllahu ‘alaihi wa sallam, “Apabila engkau mengeluarkan mani maka lakukanlah mandi janabat, apabila tidak mengeluarkan mani maka janganlah engkau mandi.” (HR. Ahmad dan dihasankan Syaikh Albani dalam Irwa’ul Gholil)

    sila baca di sini
    http://soaljawab.wordpress.com/2008/01/27/kenapa-perlu-mandi-wajib/
    wallahua’lam

  54. liey berkata

    salam ustaz…
    sy ingin menayakan..
    sy dan tunang sy sudah bersetuju untuk kahwin kerana takut akan melakukan perkara yg dilarang oleh ALLAH..jd kami bercadang untuk kahwin..akan tetapi emaknya menghalang kene tunggu 5tahun lagi atas alasan kena bekerja dulu,kakak dia belom kahwin lagi, belajar dulu..sedangkan sy udah berkerja dan sudah mampu untuk menanggung dia..dah acap kali sy merayu pada emak dia…ayah dia ok je..macam emak dia palak nak jadi wali…lagi pun dia tinggal 2semester saja lagi..jadi sy bercadang ingin ajak dia kahawin di siam buat seketika..persoalannye…adakah mahkamah akan tanya kepada wali(emak dia),jika wali itu dah terang2 enggan mengahwini anaknya,jika saya pergi mengadu dimahkamah tentang wali enggan?..kalau lah mahkamah akan bertanya dan memanggil wali,baik saya x payah kawin tak pe..kerana dapat isteri,tapi keluarga dia masam muka dengan saya…ape pendapat ustz tntang situasi ni? kerana sy dh mencuba berbagai cara untuk melembutkan hati emak dia, tetapi dia tetap berkeras…sedangkan kami dah bersetuju..

    Assalamualaikum wbt.

    Saya merasakan saudara keliru.

    1) Ibu tidak menjadi wali, yang menjadi wali ialah ayah.

    2) Tidak perlu ke Siam, sekiranya ayah si gadis bersetuju, boleh sahaja bernikah secara mengikut undang-undang kerana yang akan menjadi wali ialah ayah.

    3) Saya menasihatkan saudara bersabar, bukan mudah untuk si ibu melepaskan si anak yang sudah dijaga sejak kecil.

    4) Muhasabah diri saudara, mungkin ada kekurangan yang menyebabkan si ibu enggan membenarkan anaknya berkahwin dengan saudara.

    5) Banyakkan berdoa kepada Allah.

  55. One berkata

    salam ustaz,

    saya ingin bertanya. sekiranya onani itu haram, apa pula hukumnya mereka yg merokok? mengapa merokok tidak dinyatakan hukumnya haram sedangkan kita sedia maklum bahawa merokok itu perbuatan yg sia2, merugikan dan mendatangkan pelbagai jenis penyakit? malah rasanya merokok itu lebih banyak mendatangkan pebagai jenis penyakit dan kemudaratan berbanding dengan onani.
    tidakkah onani dan merokok itu sama sahaja iaitu kedua-duanya tidak boleh dikawal akibat gian, ketagih dsb.
    mohon penjelasan dari ustaz.

    Assalamualaikum wbt.

    Siapa pula kata rokok tidak haram? Ulama’ sedunia telah mengeluarkan fatwa haram rokok.
    wassalam.

  56. edi berkata

    saya ingin bertanya…adakah dikira zina kalau memasukkan jari kedalam faraj perempuan.sedangkan masih belum berkahwin.

    Assalamualaikum wbt, Ia bukan zina tapi ia tetap satu dosa, menyentuh perempuan bukan mahram satu dosa, melihat aurat perempuan bukan mahram sau dosa, berdua-duaan dengan perempuan bukan mahram adalah satu dosa. Semoga kita semua bertaubat dari dosa-dosa.

  57. hamba allah berkata

    assalamualaikum , saya amat tertarik dng soal-soalan dan jawapan-jawapan yang di udarakan dalam web ini , cuma saya nak komen sedikit , biarlah soalan-soalan tidak berulang-ulang dan jawapan-jawapan biarlah lebih kepada memudahkan dari menyusahkan dan menjinakkan hati bukan melarikan dan berpaling. kerana asas agama Islam dalam hukum feqh adalah yassir wa tuassir wala tunaffir.

    sekian terima kasih
    hamba allah.

    Assalamualaikum wbt.

    Ya kita perlu memudahkan, akan tetapi sebelum mengambil pendapat yang mudah, kita kena pastikan kita tidak ikut nafsu, yang disuruh ialah mengikut pendapat yang kuat penghujahan dalilnya, jika tak tahu mana yang kuat, baru boleh pilih yang mudah.

    Tentang soalan berulang, saya sudah sebut berulang kali search sebelum bertanyakan soalan.

  58. Rozie berkata

    Salam,

    Saya tertarik dengan komentar dan ilmu yang dilontarkan. namun saya ingin berkongsi permasalahan umat buat pedoman semua. Kawan karib saya telah berkahwin dan ketika beliau bertunang dahulu (hampir kahwin), kerana takut dan segan, barulah beliau memberitahu suaminya yang beliau pernah bermain (tidak sampai berzina) dengan bekas kekasih lamanya iaitu seorang ustaz JAKIM. Hancur luluh hati suaminya apabila mengetahui namun atas kesabaran dan redha, suaminya tetap menerima beliau dan berharap semoga Allah mengampunkan dan membahagiakan perkahwinan mereka. Pada mulanya kawan yang saya kenali ini merupakan muslimah bertudung labuh, disegani dan solehah malah amat malu untuk berdepan dengan muslimin. Namun katanya sejak berkenalan dengan ustaz JAKIM tersebut barulah beliau mula di”perkenalkan” dengan hukum2 bersenggama menurut Islam, onani, sex dsb. Setelah sedar dan bertaubat barulah beliau meninggalkan ustaz tersebut. Mujurlah tidak dirosakkan lebih jauh oleh ustaz JAKIM tersebut. Kawan saya pernah memberi peringatan kepada ustaz tersebut namun ustaz itu tetap mengatakan bahawa perbuatan mereka tidak zina dan tidak salah dengan hujjah2 yang panjang lebar…maklumlah lulusan Al-azhar….
    Saya salute pada suaminya sekarang yang penyabar dan budiman. Mengapa adanya manusia ‘alim yang suka berselindung?Saya takut orang sebeginilah yang bisa mengelirukan umat Islam dengan pakaian kebijaksanaan dan taraf ilmunya. Hati-hatilah kita semua…Wallahu’alam…

  59. wanita keliru berkata

    Perlukah wanita juga mandi wajib selepas melakukan onani??dan bagaimana nak menghindari perkara ini??bantulah..

    Assalamualaikum wbt.

    Seandainya onani tetapi tidak keluar mani, tidak wajib mandi, tetapi jika keluar mani maka wajib mandi.

  60. Pelancap Kronik berkata

    brooooo, korang tulis terlalu panjang la, so summary nyer, apa patut pelancap2 buat?

    Assalamualaikum wbt.

    Kalau saudara pemalas untuk membaca, itu masalah saudara. Rajin-rajinlah membaca ye.

  61. org berkata

    salam,
    ustaz saya nk tnya kalo kita melancap(onani) pastu kita dah niat nk berhenti ttp buat lagi,agk2 Allah terima x???solat kita selama ni Allah terima x???pastu macam mana nak berhenti daripada buat benda 2??

    Assalamualaikum wbt.

    Allah Maha Adil, setiap kebaikan mahupun keburukan walau sebesar zarah akan dikira. Maka bertaubatlah.

  62. Akhi Uia berkata

    Assalamualaikum ustaz…sy ingin tanya psl sesuatu yg agk menganggu fkrn sy…adakah sah solat jika seseorg tu keluar mani disebabkan bermimpi,tapi si A ni xmandi wajib,n kemudian dia solat,maka sah ke solat si A…sbb sy penah dgr yang kalau air mani keluar sbb mimpi maka sah solat wlaupn xmndi wjib…

    Assalamualaikum wbt.

    Syarat sah solat ialah suci. Maka wajib mandi, dan tidak sah solat seandainya berada dalam keadaan hadas besar.

  63. Muaz berkata

    jikalau hukum onani itu haram, apakah pula hukumnya jika melakukan onani dengan rakan lelaki. adakah ia zina/homoseks kerana di barat perkara ini merupakan normal.

    Assalamualaikum wbt.

    Jika beronani dengan diri sendiri sudah difatwa para ulama’ sebagai haram, apatah lagi jika dilakukan oleh orang lain. jauhilah maksiat.

  64. Hamba Allah berkata

    Assalamualaikum whbt,

    Saya tersasul dan tersesat ke blog ini dan terlihat permasaalahan dengan isu onani ini yang begitu banyak sekali. Terutama sekali remaja yang begitu terpengaruh dengan suasana peradaban moden dan setelah terjerumus ke lembah ini ternyata begitu payah sekali untuk keluar. Begitulah liciknya syaitan mempengaruhi jiwa dan hati seseorang manusia untuk melanggar larangan-larangan Allah supaya manusia itu kekal bersamanya di dalam jahanam kelak. Saya ingin menasihati mereka2 yang terlibat belajarlah agama dengan bersungguh-sungguh dan beramal dengannya. Setiap perbuatan yang kotor adalah bermula dari hati yang kotor. Oleh yang demikian bersihkanlah hatimu dengan zikrillah nescaya hatimu akan menjadi bersih dan dari hati yang bersih tidak akan keluar perbuatan yang kotor. Tetapi apa yang menjadi masalah lain ialah Iblis tidak akan melepaskan kamu dengan senang setelah anda menjadi sahabat atau pengikutnya. Maka istiharlah jihad terhadapnya.

Tinggalkan jawapan

XHTML: Anda boleh menggunakan tag ini: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>