Koleksi Soal Jawab Agama

Weblog Ini Adalah Weblog Khas Untuk Soal Jawab Agama

Seks Dalam Keadaan Berbogel

DIkirim oleh mohd masri di April 20, 2007

Salam

Apakah hukum berjimaa’ dlm keadaan bogel merupkan perbuatan yang terdapat hadith yang melarangnya? Bagaimana pula dengan ayat al-Qur:an ” Perempuan2 kamu seperti ladang bagi kamu”?

jawapan:

Wassalam

1. Hukum berbogel ketika bersetubuh.

Prof Dr Abdul Halil Abu Syuqqah, sahabat Dr Yusof alQardhawi dari universiti Qatar menjelaskan kekeliruan umat Islam:

” …ramai yang faham jima’ (hubungan seks) hendaklah dilakukan dalam malam yang gelap gulita, jika jima’ di siang hari pula, hendaklah dilakukan dengan hanya membuka sedikit sahaja pakaian dan menutupi sebahagian besarnya, ada pula fatwa, tidak boleh memandang aurat satu sama lain dan hendaklah menjauhkan (mata) dari memandang alat kelamin masing-masing. Ini semua tidak disandarkan kepada dalil yang sahih. Sedangkan amalan ini bercanggah dengan keumuman nas-nas yang membolehkan:

” dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri dan sahaya miliknya.” AQT 23:5
mafhum alhadith:
” jagalah kemaluanmu, kecuali terhadap isterimu dan budakmu.” al-Albani, sahih Sunan Abu Daud, No 3391

alHafidz Ibn Hajar meriwayatkan hadith dari Aisyah ra. Sulaiman bin Musa pernah bertanya Atha’ akan bagaimana seorang lelaki yang memandang faraj isterinya, lalu aku (Atha’) bertanyakan akan Aisyah, lalu Aisyah meriwayatkan bahawa dia dan RasuluLlah saw pernah mandi bersama-sama. (alFath, 1/378)

Maka jelaslah bahawa boleh rupanya pasangan saling melihat aurat masing-masing.

2. Maksud ayat: AQT 2:223 (isteri-isteri kamu adalah sawah-ladang, maka kerjakanlah ladang itu sebagaimana yang engkau sukai.”)

Ibn Abbas berkata, ayat ini turun menjelaskan kekeliruan mengenai tatacara jima’ berhubung dgn kedudukan atau positioning semasa hubungan seks. Kaum Ansar (penduduk asal Madinah) mencontohi amalan Yahudi yang hanya bersetubuh dgn posisi miring sahaja. Jika suami mendatangi isterinya dari arah belakang, maka mata anak akan juling (mengikut kepercayaan Yahudi). Sedangkan kaum Muhajirin tidak mengetahui akan pantang larang penduduk Ansar dan Yahudi, lalu turunlah ayat ini membatalkan kepercayaan Yahudi itu. Maka dengan turunnya ayat ini, hubungan seks boleh dinikmati dengan apa jua posisi dan stail mengikut selera masing-masing. (al-Albani, Adab azZifaaf, 28)

sekian

al-ahkam 

34 Respons kepada “Seks Dalam Keadaan Berbogel”

  1. hafidzoh berkata

    Assalamu’alaikum
    mo nanya
    kadang sebagai anak muda,jiwa seksnya tinggi. jika mendengar sesuatu yang berbau seks, maka akan ada yang keluar dari farji baik mani, madzi(bagi laki2. hal itu dikarenakan apa? dan gimana cara mencegahnya? agar syahwat ini bisa terkontrol?

  2. mohd masri berkata

    aslm wbt

    dinasihatkan spy mengelakkan diri drpd melihat hal-hal yang boleh membangkitkan nafsu seks. Begitu juga elakkan membaca bahan-bahan boleh membangkitkan nafsu seks.

    dan cuba bykkan aktiviti yg berfaedah spt membaca al-quran, bersukan dan lain-lain .

    wsllahu’alam

  3. danial berkata

    assalamualaikum
    ada org ckp bersetubuh dgn isteri dgn cara menonggeng adalah haram,betul ke?

    aslm wbt

    tidak salah, yg haram ialah meliwat, bersetubuh ketika haidh dan melakukan hal2 yg memudharatkan kesihatan

  4. didik berkata

    bagaimana dengan amalan seks oral suami isteri?

    aslm wbt

    sila search, sudah ada dlm web ini

  5. johor berkata

    sy nak bertanya, jika air mani dengan kadar yang sedikit terkena luar faraj boleh mendatangkan kehamilan?
    jika ya, berapa peratusan nya?

    aslm wbt

    pegi tanya doktor

  6. melaka berkata

    Assalamualikum
    sy nk tnya…
    apa hukum nya bagi lelaki dan wanita bukan muhrim yang melakukan hubungan pada bulan ramadan yang wajib berpuasa tanpa memasukkan kemaluan hanya mengeselnya sahaja pada luar kemaluan sehingga mengeluarkan air mani.. apa hukum dan kiffarahnya? adakah sama dengan hukum bagi suami isteri yang bersetubuh di bulan ramadan?
    apa hukum dan kiffarahnya bagi wanita yg melakukan onani dengan bantuan lelaki pada bulan ramadan waktu diwajibkan berpuasa? apakah hukum dan kiffarahnya?
    harap dapat jawab dengan jelas….
    wassalam…

    aslm wbt

    sungguh hina perbuatan ini. drpd sibuk bertanyakan hukum hakam ttg puasa ini, lebih patut si pelaku bertaubat kpd Allah sblm ajalnya ditarik ketika tgh melakukan maksiat ini.

  7. melaka berkata

    wslm…
    bkn ke Allah itu pnerima taubat..
    dan bukan ke hukum dan kiffarah itu perludilakukan berdasarkan dosa yang di lakukan…
    sy terlalai..
    salah ke sy minta pandangan…
    sy yg jahil ini minta diberi panduan…
    bantulh sy untuk kembali kepada Allah…
    trima kasih atas pandangan….
    Insya Allah sy dlm usaha bertaubat…
    jgn lh rosak kan taubat sy dgn kata2 penghinaan…
    sy thu hina sy disisi tuhan..
    wslm…

    aslm wbt

    jwpannya sudah ada di dalam weblog ini,

    bukan menghina, bukankah diakhirnya saya sendiri menyuruh kalian bertaubat. pernahkah saudara fikirkan bgmana bila saya diajukan dgn cerita2 seumpama ini berulang kali?

    dan saudari bukn org pertama bercerita ttg maksiat yg dilakukan?

    emel saudari akan saya padamkan krn ia mungkin akan memalukan saudari apabila org mengetahui identiti saudari.

    wslm wbt

  8. Fizzi berkata

    Assalammualaikum..
    1) Jika seseorang itu telah meliwat isterinya dan dia kini telah bertaubat, adakah perbuatannya itu dapat dimaafkan??

    2) Jika seseorang itu mandi hadas besar dengan tangannya berbalut akibat luka, adakah sah??

    3) Apakah hukum jika seseorang itu berkahwin lari di Siam dan kemudian berkahwin secara elok di tempatnya sendiri, berserta akad nikah???

    Terima kasih kerana sudi menjawab soalan saya.. Fizzi

    aslm wbt

    1) Allah Maha Penerima Taubat

    2) Sah

    3) Di siam siapa walinya, tanpa wai nikah xsah

  9. Fizzi berkata

    Terima kasih kerana sudi menjawab soalan saya. berbalik pada solan yg terdahulu no3, pernikahan tersebut berwalikan hakim, dan ia berlangsung melebihi 100km dari rumah ibubapa gadis tersebut. soalannya: Hamballah ini merahsiakan perkahwinan mereka selama ini, dan kini berniat untuk bernikah disini berwalikan bapa gadis tersebut… adakah sah perkahwinan mereka selama ini, yang berlangsung di Siam dan adakah sah jikalau mereka akad nikah sekali lagi berwalikan bapa gadis tersebut?

    Terima kasih kerana sudi melayan kekeliruan saya ini. Semoga Allah s.w.t merahmati Tuan.

    aslm wbt

    hal sebegini patut diaju kpd pejabat agama sbb mrk akan siasat sbb2 si bapa xbg nikah etc dan sbb2 lain yg munasabah dan lpas2 bru mahkamah tetapkan nikah itu sah atau x. nasihat saya nikahlah dgn cara yg elok, jika xsusah nnt, bukan takat susah dgn prosedur undang2 , takut2 nnt nikah xsah.

    wallahu’alam

  10. aku keliru berkata

    askum..
    saya ade sdikit runsing disini..sebenarnyer boleh atau tidak pasangan suami isteri melihat kemaluan masing2.mmg di dalam penerangan di atas dikatakan boleh tetapi cuba pihak tuan lihat pula pada artikel suami isteri menonton video blue untuk belajar yg terdapat di dalam laman ini juga..di dalam artikel itu dikatakan suami isteri tidak digalakkan pula melihat kemaluan masing2..saya keliru disini..terima kasih..wslam

    aslm wbt

    hadith yg digunakan utk melarang melihat kemaluan adalah xsahih. maka hukumnya ialah harus melihat kemaluan pasangan kita.

  11. peguam syarie berkata

    kepada fizzi..
    soalan awak..
    “Terima kasih kerana sudi menjawab soalan saya. berbalik pada solan yg terdahulu no3, pernikahan tersebut berwalikan hakim, dan ia berlangsung melebihi 100km dari rumah ibubapa gadis tersebut. soalannya: Hamballah ini merahsiakan perkahwinan mereka selama ini, dan kini berniat untuk bernikah disini berwalikan bapa gadis tersebut… adakah sah perkahwinan mereka selama ini, yang berlangsung di Siam dan adakah sah jikalau mereka akad nikah sekali lagi berwalikan bapa gadis tersebut?

    Terima kasih kerana sudi melayan kekeliruan saya ini. Semoga Allah s.w.t merahmati Tuan.”

    mcmni..
    anda kena ambil beberapa tindakan..
    1) sila buat permohonan pndaftaran pengesahan nikah Siam di Mahkamah Tinggi Syariah tempat pemastautinan anda.
    2) segala keputusan bergantung kepada Mahkamah sama ada sah atau x.
    3) Jika didapati sah maka mahkamah akan mengarahkan jabatan agama untuk mengeluarkan sijil nikah negeri anda dan jika xsah nikah anda terpaksa difarak(dipisahkan).
    4) jika sah xperlu akad nikah semula dgn wali mujbir (ayah,datuk) perempuan.

    sekian…

  12. peguam syarie berkata

    salam..
    bagaimanakah hukum aurat anak susuan perempuan dengan suami ibu susuannya.?

    reply:

    aslm wbt

    hukum anak susuan sama dgn mahram2 yg lain, jd auratnya spt dgn mahram2 yg lain.

    فإنه يحرم من الرضاعة ما يحرم من النسب

    Berkata Rasulullah SAW: “Sesungguhnya diharamkan (untuk bernikah) saudara sepersusuan sebagaimana diharamkan kerana keturunan”. [Sahih Muslim:1445]

  13. Rose berkata

    Assalamualaikum…..
    Saya keliru tentang hukum memakai minyak wangi yang beralkohol didalam sembahyang. Sesetengah pendapat mengatakan alkohol itu najis jadi tidah sah sembahyang kita. Namun ada juga yang mengatakan alkohol didalam minyak wangi boleh dipakai dan dibawa sembahyang. Tolong jelaskan…

    aslm wbt

    yup, ia memang khilaf di kalangan ulama sama ada boleh menggunakan wangian yang beralkohol atau tidak. cuma diingatkan, haram bagi wanita memakai wangi-wangian apabila ada bukan mahram tak kiralah ia beralkohol atau tidak. sila rujuk topik bawah topik wanita. ada di bincangkan di situ. wallahu’alam

  14. fatimah berkata

    apakah hukum memotong kuku dalam keadaan haid? adakah perlu sy mandikan rambut yang gugur ketika haid?

    aslm wbt

    hal ini dah byk kali diskus di sini, sila search

  15. sahabat berkata

    Assalamualaikum..
    saya ingin bertanya mengenai fungsi solat sunat istiqarah..ramai pihak mengatakan fungsi solat sunat ini hanya untuk bertanya mengenai jodoh namun apa yang rujuk melalui buku-buku ianya boleh dilakukan untuk apa sahaja kekeliruan,disini saya ingin bertanya kepada saudara boleh tak solat ini di lakukan bagi melihat wajah pencuri..sebab saya baru hilang hanphone…tima kasih..

    aslm wbt

    tidak benar istikharah hanya khas utk jodoh, boleh shj utk apa2 urusan yang xmelanggar syara’.
    sila baca disini
    http://soaljawab.wordpress.com/2008/03/05/shalat-istikharah/
    http://soaljawab.wordpress.com/2007/07/21/solat-istikharah/

  16. dangwangi berkata

    Assalamualikum, saya hendak minta pandangan saudara adakah syarat jika kita hendak amalkan 7 surah Haikal ? Kerana saya dapati surah tersebut terlalu banyak fadilat didalamnya…

    aslm wbt

    saya tidak tahu apa itu surah Haikal.

    Jika ia surah2 dr al-Quran, maka sesiapa shj berhak mengamalkannya dan manusia tidak berhak membuat apa2 syarat untuk menghalang manusia beriman daripada beramal dgn al-Quran. Dan jangan bataskan surah2 yg dikatakan Haikal itu, semua surah di dalam al-Quran adalah bermanfaat.

    wallahu’alam.

  17. dangwangi berkata

    surah Haiqal terdapat dalam kitab yasin. Mungkin saudara boleh luangkan sedikt masa mengkajinya. Terdapat 7 surah Hiqal didalamnya..

    aslm wbt

    mana asalnya surah haikal ini, surah yassin mmglah saya tahu, nape lak leh wujud surah lain dlm surah yassin. siapa yg bgtahu kewujudan surah haiqal ini? ada x hadith nabi yg citer psl ni. kalau xd hadith yg sahih dr nabi xblehle kita nk sebarkan.

  18. dangwangi berkata

    Apakah hukumnya, seorang anak menjaga orang tuanya yang sedang sakit dengan tekun, penuh kasih sayang dan keperihatinan tapi tidak melaksankan sembahayang 5 waktu.

    aslm wbt

    bersolat adalah satu kewajipan, dan menjaga ibu bapa juga satu kewajipan. dua2 wajib dilakukan. meninggalkan salah satu adalah dosa besar.

  19. insan berkata

    assalamulaikum…
    sy ada bbrapa ptanyaan…
    jika seseorang itu telah lama mengabaikan solat, bagaimanakah untuk mengantikan solat2 yang tertinggal itu? katakan lah sudah 2 tahun dia tidak mendirikan solat.? adakah dia perlu mengegerjakan solat mengikut jumlah solat yang tertinggal selama ini?
    2.apakah hukumnya sembahyang subuh tanpa membaca doa qunut? ini di sebabkan tidak menghafalnya atau sembahyang ketika masih belajar menghafal.
    3. sahkah sembahyang subuh selepas terbit fajar?
    diharap ustaz dapat memberikan jawapannya
    wassalam..

    aslm wbt

    saya jwb dgn ringkas dan harap dpt search sbb dah ada dlm wbelog ni

    1) ulama beza pendapat sama ada wajib qadha atau x. so kalau ikut ulama mazhab syafie wajib qadha, n kiralah berapa byk tertinggal. cth 2 thn. kalikan 5 kali solat X 325 hari X 2 tahun. itulah jmlah solatnya. menurut ulama spt Ibn taimiyyah pula, xperlu qadha sebaliknya saudara perlu taubat nasuha, lakukan solat taubat, perbanyakkan amal soleh etc.

    2) sah solat subuh tanpa qunut hatta di sisi mazhab syafie qunut hanya sunat, jd tiada alasan utk xsolat.

    3) knp nk solat lpas terbit fajar sdgkan subuh sblm terbit fajar. kecuali kalau kamu terlewat bgn atau terlupa. kalau xharam hukumnya sbb sengaja solat bkn pd waktunya.

  20. Asri Huzaini berkata

    Assalamualaikum wa rahmatuLlah…

    Macam mana nak solat kalau kita ada penaykit kencing tak lawas?

    salam harap dptle rajin2kan diri utk tekan button search

    http://soaljawab.wordpress.com/2007/06/25/kencing-tak-lawas/#comment-1847

  21. Ejat berkata

    Assalammualaikum….
    bagi solat jamak…..terutamanya bagi jamak takhir bagi solat zuhur dan asar….yg mana ptut dimulakan dahulu..kerana yg saya tahu tiada solat boleh dilakuakn selepas waktu asar dan sebelum masuknya maghrib??

    aslm wbt

    jika diamati hadith2 nabi, maka nabi saw akan solat mengikut tertib turutan ketika jama’ iaitu mendahulukan zuhur sblm asar, dan mendahulukan maghrib sblm isya’, tak kira jama’ takhir mahupun taqdim. Wallahua’lam

  22. feriza berkata

    tuan, saya ingin bertanya.
    sekiranya melakukan seks ketika haid, dan memancutkan air mani ke dalam, adakah ianya boleh menjadi benih dan seterusnya menyebabkan hamil?

    aslm wbt

    haram bersetubuh ketika haidh, sila bertaubat.

    soal mengandung atau x, tu sila tanya doktor.

  23. Vforvandetta berkata

    yang u all ni pon satu..janganlah buat tempat ni macam pusat indulgence. dah tau buat dosa pastu nak cerita secara terperinci plak. pedih lah org yg nak menjiwai cerita2 dosa tuh. dah tau dosa, taubat jer lah. Balik kat pangkal jln. gi belajo n buat yg basic2 lengkapkan dulu. Ustad ni bukan nye nabi or wali ker nak bagi tau dgn terperinci cane nak cuci dosa u tu. Basic takde terus nak tanye tentang kifarah plak tahap wali2 plak.

  24. Vforvandetta berkata

    kekadang org ni tak faham taubat nasuha tu perlukan penyesalan yang kuat dari hati..sambil kembali kepada ajaran islam yang rukun and fardhu pastu masuk lak yang sunat2. tu pasal dia tanya cane cara nak cover balik dosa tuh yek?

  25. hamba allah berkata

    assalamualaikum,
    takde soalan cume kadang-kadang seronok melihat soalan2 yg dajukan..
    sian penulis blog nk menjawabnya..
    masalah agama,hingga masalah kesihatan..
    penulis blog nie memang sabar menjawab..
    alhamdulillah..

  26. Daei yang sayang madu' berkata

    Biasalah, orang-orang agama kena banyak sabar kalu diajukan soalan. Jgn cepat melatah dan menghina orang yang menanya. Dalam banyak2 blog saya buka tentang soal-jawab agama inilah pertama kali lantangnya akhi ni selesaikan masalah agama orang.Bukan apa takut-takut tiada nilaian daripada Allah sebab nampak sangat akh ni mengeluh .Yang paling sedih madu’ pun lari… saya benar x setuju cara akh jawab soalan dari melaka tu… Muhasabah dan jawablah dengan berhemah. tenang orang mendengarnya. kalau rasa penat dan x boleh pikulamanah Allah dalam soal agama ini lebih afdhal x perlu jawab . ikhlas untuk akh sahaja.

  27. ibnu_yusup berkata

    Saya setuju dengan Daei, segala persoalan yang diajukan perlu dijawab dengan hikmah dan sekiranya jawapan pernah diupload sebelum ini, sila sertakan link kepada artikel berkenaan. Yang memberi hidayah dan taufik itu hanya Allah sahaja. Walau apapun yang bertanya perlu faham tentang pengendalian blog yang kadangkala hanya ditunjangi oleh seorang sahaja. Wallahua’lam

    aslm wbt

    ruangan untuk search ada di dalam weblog ini, jika saya mahu sertakan link yang sudah ada, maksudnya saya kena search balik, bukankah kerja2 itu pembaca sendiri boleh lakukannya? gunakanlah kemudahan yang ada, jangan hanya menunggu untuk disuap untuk benda yang sedia ada, tinggal diri sendiri nak guna dan cari dengan kemudahan yang sudah disediakan.

    wallahua’lam.

  28. Confused berkata

    Ape berdosa kah isteri jika setelah berumah tangga tapi masih menyimpan rasia hitam di zaman sebelum nikah pada suami??

    Jika dibilang pada suami pasti satu perceraian akan berlaku. Jadi apakah yang harus si isteri lakukan. Terus berdiam atau berterus terang dan terimah segala hukuman walaupun diceraikan??

    Assalamualaikum wbt.

    Tidak berdosa bahkan itulah yang sebaiknya kerana Islam tidak mengajar kita mendedahkan aib sendiri.

  29. akak berkata

    salam ustaz…saya ingin bertanya..salahkah saya di rumah boleh di katakan ‘agak seksi” adakah salah ustaz?hanya suami yang berda di rumah…

    Assalamualaikum wbt.

    Tiada batas aurat antara suami isteri, nak berbogelke, nak lihat kemaluan pasangan ke, jangan ada orang lain sudah. Hal ini sudah ada dalam blog ini sila search

  30. isteri kecil hati berkata

    saya sgt berkecil hati dgn suami kerana selalu menghina dan menuduh saya mempunyai hubungan dgn lalki lain.suami selalu mengugut untuk menceraikan saya talak 3.jika saya dlm keadaan haid dan tidak memenuhi permintaan seks nya, dia akan melemparkan kata2 kesat dan menuduh saya mempunyai hubungan dgn lelaki lain.bila setiap kali dia berkata akan menceraikan saya dgn talak 3, hati saya rasa tak sedap dan was2 dgn pernikahan saya ini.
    dia tidak pernah memberikan saya nafkah zahir kepada saya selama saya berkahwin selama hampir 9yrs.ini kerana dia kata saya bekerja.saya pulak yg dia paksa untuk membantu dia dlm perbelanjaan rumah.kadang2 saya rasa tidak ikhlas dan keperluan saya sendiri terpaksa saya abaikan untuk membantu dia.
    bolehkah saya menuntut cerai daripada dia ? saya dah tawar hati untuk bersama2 lagi.

    Assalamualaikum wbt.

    Anda berhak meminta cerai, bawa kes ke mahkamah syariah. Ini adalah hak isteri, isteri tak wajib bantu suami dalam bab nafkah walau isteri kaya.

  31. Hamba Allah berkata

    Assalamualaikum wbt, saya ingin bertanya ini, apakah hukumnya jika bukan muhrim bersetubuh dengan menggunakan alat keselamatan seperti condom or contraceptive?

    Assalamualaikum wbt.

    seks luar niah haram tak kira pakai kondom atau tidak.

  32. Muslim berkata

    assalamualaikum ustaz….
    dalam kite berdakwah especially menyelesaikan masalah2 rakan seagama kite, kite perlulah banyak sabar….
    ustaz ni seems like hilang sabar je bile reply pertanyaan muslimin n muslimat…..
    tolong banyakkan sabar…..guide dorunk banyak2….mereka amat memerlukan org seperti ustaz dlm penjelasan masalah2 or maksiat yg telah dilakukan….
    dalam hal yg sama….sye suke care ustaz menjwab persoalan @ hukum dgn straight foward response…..tp please and please gunelah pendekatan or ayat2 yg lebih berhikmah sebagai tanda anda seorang pendakwah muslim yg sabar….
    moga allah mengurniakan ganjaran yg besar di dunia dan akhirat atas usaha mulia ustaz….
    wallahuaa`alam…..

  33. nana nona berkata

    apekah hukum kalau tidak membaca surah ketika solat fardhu dan tertinggal surah pada rakaat pertama?
    dan apekah hukum ketika tahiyat awal, telah membaca hingga habis seperti tahiyat akhir?

    Assalamualaikum wbt.

    Tidak mengapa, ia hanya sunat sahaja membaca surah selain surah al-Fatihah.

    Di sisi Imam asy-Syafie tiada beza antara bacaan tasyahud awal dan akhir, dibaca hingga habis.

    Sila baca di sini:
    http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/p=71879.html#71879

  34. henry berkata

    ada org bilang kiranya berjimak dalam keadaan bogel tanpa seurat benang akan menghasilkan anak yang bakalin membuka auratnya sepanjanh hayatnya.

    Mengarut.

    Jauhilah pemikiran khurafat

Tinggalkan jawapan

XHTML: Anda boleh menggunakan tag ini: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>