Koleksi Soal Jawab Agama

Weblog Ini Adalah Weblog Khas Untuk Soal Jawab Agama

Cara-Cara Mandi Wajib Mengikut Sunnah

DIkirim oleh mohd masri di April 20, 2007

عن ابن عباس قال: قالت ميمونة: وضعت لرسول الله صلى الله عليه وسلم ماء يغتسل به، فأفرغ على يديه، فغسلهما مرتين أو ثلاثا، ثم أفرغ بيمينه على شماله، فغسل مذاكيره، ثم دلك يده بالأرض، ثم مضمض واستنشق، ثم غسل وجهه ويديه، وغسل رأسه ثلاثا، ثم أفرغ على جسده، ثم تنحى من مقامه، فغسل قدميه.

Dari Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Maimunah RA berkata: Aku meletakkan air untuk Rasulullah SAW mandi wajib. Baginda SAW menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu, Baginda SAW menyapu tangannya ke tanah, kemudian Baginda SAW memasukkaan air ke dalam hidung dan mulut kemudian mengeluarkannya. Seterusnya Baginda SAW membasuh mukanya dan kedua tangannya dan membasuh kepalanya tiga kali. Selepas itu Baginda SAW menyiram air ke atas tubuhnya, kemudian baginda saw berpindah dari tempat tersebut dan mencuci kedua kakinya. (al-Bukhari)

 

Di dalam Sahih Muslim (317) disebutkan pula:

ثم أتيته بالمنديل فرده

Kemudian aku (Maimunah RA) memberikan kepada Baginda SAW sapu tangan, lalu Baginda SAW menolaknya.

Ringkasan cara mandi wajib berdasarkan dalil-dalil di atas ialah:

1) Niat. Ini berdasarkan hadis yang popular bahawa setiap amal mestilah dengan niat.

2) Membaca ‘Bismillah’.

3) Mencuci tangan sebanyak tiga kali.

4) Mencuci kemaluan dengan tangan kiri

5) Menggosokkan tangan kiri ke tanah lalu lalu mencucinya. Boleh juga mencuci tangan kiri itu dengan sabun.

6) Berwudhu. Wudhu boleh dilakukan seperti wudhu untuk solat (Sohih Muslim:317) ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.

7) Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air sepenuh dua telapak tangan. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di dalam sahih al-Bukhari:

ثم يدخل أصابعه في الماء، فيخلل بها أصول شعره، ثم يصب على رأسه ثلاث غرف بيديه

“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian menyela-nyela rambutnya, kemudia menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya.”

 

Ketika menyiram kepala hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian, bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah RA di dalam sahih Muslim (318):

. بدأ بشق رأسه الأيمن. ثم الأيسر

Baginda SAW menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudia bahagian kiri.

 

Bagi wanita yang dalam keadaan junub, diblehkan untuk tidak melepaskan ikatan rambutnya. Ini berdasarkan hadis Ummu Salamah RA.

عن أم سلمة، قالت: قلت: يا رسول الله! إني امرأة أشد ضفر رأسي. فأنقضه لغسل الجنابة؟ قال “لا. إنما يكفيك أن تحثي على رأسك ثلاث حثيات. ثم تفيضين عليك الماء فتطهرين

Dari Ummu Salamah RA, beliau berkata: Aku berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW، sesungguhnya aku perempuan yang suka mengikat rambutku. Perlukah aku membuka ikatan tersebut ketika mandi junub? Jawab Rasulullah SAW: “Tidak, cukuplah bagi kamu dengan dengan menyiramkan air ke atas kepala kamu sebanyak 3 kali dan meratakan air ke seluruh tubuh kamu, dan kamu sudah dikira sudah bersuci. (Sahih Muslim:330)

 

Akan tetapi jika mandi untuk haidh, maka dianjurkan untuk melepaskan ikatan rambut. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah ra di dalam sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haidh ketika menunaikan haji. Lalu baginda saw berkata sedemikian:

 

دعي عمرتك، وانقضي رأسك، وامتشطي

“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”

 

8) Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.

عن عائشة؛ قالت: إن كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يحب التيمن في شأنه كله. في نعليه، وترجله، وطهوره

Dari ‘Aisyah RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasutr, ketika bersikat dan ketika bersuci. (Sahih Muslim:268)

 

9) Meratakan air ke seluruh tubuh. Kita mestilah semua lipatan tubuh seperti ketiak dan lain-lain. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah (Sunan Abi Daud:243, di nilai sahih oleh al-Albani)

10) Beralih dari tempat mandi dan membasuh kaki.

 

Wallahu’alam.

 

Rujukan:

طهور المسلم في ضوء الكتاب و السنة مفهوم و فضائل وآداب و احكام

Terjemahan Indonesia bertajuk: Thaharah Nabi, tuntunan bersuci lengkap oleh Said bin Ali bin Wahf al-Qahtani

 

What Every Muslim Must Know about Purification by Abdul Rahman Abdul Karim Al-Sheha

140 Respons kepada “Cara-Cara Mandi Wajib Mengikut Sunnah”

  1. spiral berkata

    assalamualaikum
    tuan,saya ade kemusykilan,berkenaan cara mandi wajib mengikut sunnah nabi,pada cara yang ke 6)iaitu berwudhuk.soalan saya ialah,adakah saya perlu memasang niat mangambil wudhuk ataupun sekadar mambasuh anggota wudhuk tanpa berniat wudhuk?
    harap tuan boleh berikan penerang.sekian.
    assalamualaikum.

    aslm wbt

    setiap amalan mesti dgn niat, lihat hadith pertama dlm hadith 40 imam an nawawi. dan niat itu spontan di hati bila kita melakukan sesuatu dgn sengaja.

    maka sudah pasti kita ada niat nk wudhu bila kita buat praktikal wudhu, jika xbat apa kita buat perlakuan wudhu tersebut.

  2. Cokiah berkata

    assalammualaikum,
    tuan apa syarat asas sah mandi wajib?

    aslm wbt

    syarat mudah air rata ke seluruh tubuh

  3. amir berkata

    sya nak tanya! apakah perkara yang membatalkan mandi wajib? dan apakah tidak salah jika kita menyentuh kemaluan jika sedang melakukan mandi wajib?

    aslm wbt

    menyentuh kemaluan tidak membatalkan mandi wajib. hanya menurut sebahagian ulama seperti dari mazhab syafie ia membatalkan wudhu. saya tidak tahu sekiranya wujud hal2 yg membatalkan mandi wajib. wallahu’alam

  4. Ali berkata

    Saya ada keraguan sedikit mengenai apa yg telah diterangkn sblom ini…setahu saya,jika kita memegang kemaluan dengan telapak tangan,maka terbatal lah wudhu..jika wudhu kita batal,maka adakah masih sah kiranya mandi wajib itu?..sekian..salam

    aslm wbt

    wudhu hanyalah sunat ketika mandi wajib, tanpa wudhu pun mandi wajib masih sah.

  5. mega berkata

    apakah mandi setelah berhubungan sex di sebut dengan mandi junub? apakah niat mandi junub itu sama dengan niat mandi setelah haid?saya baca di buku bunyi niat nya separti ini NAWAITUGUSLA LIRAFIL HADASTIL AKBARI FARDLAN LILAHITAALAH (bahasa indonesianya? apakah betul bunyi niatnya? terima kasih

    aslm wbt

    ia mandi slps sex itu dipanggil mandi junub.

    niatnya sudah pasti kita tahu sbb apa mandi, kita amndi sbb nk suci dr haidhke, junubke, niat di dalam hati. kalau xd niat mcm mana leh kita buat lak perbuata2n utk mandi wajib2.

    niat dgn lafaz spt yg saudari tulis tidak di ajar oleh Rasulullah saw

  6. Zaim berkata

    Assalamualaikum w.b.t

    Saya ingin bertanya berkenaan dengan mandi tanah (air dicampur tanah), mandi air masjid (mandi @ masjid), dan juga mandi air mandian ibu kita.

    Soalan saya, adakah ianya terdapat di dalam amalan perubatan islam? Pengamal perubatan islam ini mendakwa ianya dapat membuang gangguan makhluk, menurunkan ego/sombong kita (kepada kepada yang tak sepatutnya), boleh membuka rezeki dan lain-lain dengan izin Allah.

    Apa komen ustaz? Wassalam.

    aslm wbt

    tidak ada di dalam ajaran Islam kesemua itu. Apa kaitan air masjid, air mandian ibu kita dengan diri kita.

  7. Amy berkata

    Assalamualaikum w.b.t,

    Selepas mandi junub tetapi masih keluar lendir, adakah sah mandi wajib itu dan boleh bersembahyang? Semasa mandi, memang telah membersihkan kemaluan dan yakin telah bersih. Tapi pada masa yang sama mempunyai masalah keputihan, jadi tak sure la jugak.

    Terima kasih

    Aslm wbt

    utk masalah keputihan, sila rujuk link berikut
    http://soaljawab.wordpress.com/2008/02/18/masalah-keputihan-macam-mana-nak-solat/

  8. wawa berkata

    assalamualaikum..

    saya ada kemyuskilan,
    pertama, adakah sah mandi wajib itu jika terkentut atau terkencing semasa mandi wajib?

    aslm wbt

    sah, ia bkn hal2 yg membatalkan mandi wajib, ia hanya membatalkan wudhu.

  9. nor berkata

    assalamualaikum..

    sebelum ini saya berniat dahulu baru saya mandi wajib…jika saya berniat sebelum air terkena pada badan adakah sah mandi wajib saya?

    aslm wbt

    insya-allah sah.

  10. mustafa berkata

    Assalamualaikum ustaz? saya nak bertanya, Sekiranya ketiadaan air dan didalam keadaan berhadas besar, bagaimanakah cara untuk kita menyucikan diri?

    aslm wbt

    bertayamum.

  11. thariq berkata

    assalamu alikum ustaz!
    seumpamanya kita sudah berhubungan dengan istri dan sebelum shalat shubuh maka kita harus mandi suci tapi bagaimana kalau kita sakit tidak bisa kena air atau tidak ada air. mohon penjelasan ustaz beserta dengan hadits atau ayat-ayat suci al quran tentang itu!

    Aslm wbt

    saudara boleh bertayamum

    Dalilnya adalah sabda Rasulullah SAW berikut ini:

    Dari Jabir ra berkata: Kami dalam perjalanan, tiba-tiba salah seorang dari kami tertimpa batu dan pecah kepalanya. Namun (ketika tidur) dia mimpi basah. Lalu dia bertanya kepada temannya, “Apakah kalian membolehkan aku bertayammum?” Teman-temannya menjawab, “Kami tidak menemukan keringanan bagimu untuk bertayammum. Sebab kamu bisa mendapatkan air.” Lalu mandilah orang itu dan kemudian mati (akibat mandi). Ketika kami sampai kepada Rasulullah SAW dan menceritakan hal itu, bersabdalah beliau, “Mereka telah membunuhnya, semoga Allah memerangi mereka. Mengapa tidak bertanya bila tidak tahu? Sesungguhnya obat kebodohan itu adalah bertanya. Cukuplah baginya untuk tayammum…” (HR Abu Daud 336, Ad-Daruquthuny 719).

    sila baca disini
    http://www.eramuslim.com/ustadz/thr/6105120109-bagaimana-cara-mandi-junub-jika-terluka.htm

  12. musykil berkata

    Assalamu’alaikum
    nak tanya sikit… boleh ke mandi dgn shower?… ataupun mesti dengan gayung?…
    dan adakah kita mesti terus mandi wajib… ataupun boleh ditunda sampai waktu solat… seperti sebelum solat fajar?…

    aslm wbt

    boleh shj nk guna apa2 cara, yg penting air rata keseluruh tubuh.

    melewatkan mandi wajib tidakleh berdosa, cuma ia sesuatu yg xelok, hatta sunnah nabi saw lpas berjunub n sblm tidur mandi dahulu, atau paling kurg wudhu. tapi kalau lewatkan mandi smp xsempat solat. itu dah berdosa.

    wallahu’alam

  13. din berkata

    salam..saya nak tanya..saya masih ragu bila nak mulakan mandi wajib..yang saya ragu di sini ialah airnya..boleh x terngkan air yang macam mana di benarkan untuk mandi wajib?contohnya,adakah kita perlu tadah air menggunakan gayung, atau pun kita boleh menggunakan air pancut sahaja??

    Aslm wbt

    boleh shj guna gayung, paip, air pancut etc. Yang penting air rata keseluruh tubuh. wallahu’alam wslm wbt

  14. mofadz berkata

    assalamualaikum, saye nak tanye pasal mandi wajib gune shower.
    kalau yang gune shower tu, kene buat 3 kali jugak ker ? macam start dengan anggota belah kanan 3 kali, then kiri 3 kali, atau tak perlu?

    aslm wbt

    iye sama

  15. ina berkata

    assalamualaikum..
    ustaz sy ada sedikit kemusykilan..semasa di sek men,diantara pkara fardhu ain yg dajar ialah mndi wajib ditrgkan niat utk mandi wajib apabila air pertama dikenakan keatas kepala dan barulah dicuci dibahagian lain tubuh.Semasa mengikuti krusus pra-pkahwinan,ustaz bimbingan kumpulan sy telah menerangkan akhir mandi wajip mestilah dlm keadaan mencangkung supaya air kena kesetiap tubuh..kemusykilan sy,dimanakah waktu yang sebetulnya untuk niat mandi wajib adakah semasa air mula2 jatuh dikepala,sebelum mandi wajib@pn yg mcm mana..dan betulkah pe yang diberitahu oleh ustaz mengenai kedudukan mencangkung semasa penghabisan mandi wajib?harap ustaz berikan penerangan kerana sy bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi..wassalam..

    Aslm wbt

    soalan tntg niat ini sudah banyak ditanya. saya ingin jwb sdikit shj.

    Niat ini akan muncul apabila kita buat sesuatu dalam keadaan sedar dan sengaja. Saya berikan satu 1cth yg mudah:

    a) Saya sedang menggerak-gerakkan tangan, tiba-tiba tangan saya terlanggar cawan ditepi saya lalu menyebabkan cawan itu jatuh lalu pecah.
    b) Saya telah mengambil cawan tersebut dan menjatuhkannya lalu ia pecah.

    Situasi A menunjukkan perlakuakn dengan tanpa niat untuk menjatuhkan kerana ia berlaku tanpa sengaja, manakala perbuatan B dengan niat kerana dilakukan dengan sengaja.

    Maka dalam bab mani wajib, sudah pasti kita tahu kenapa kita ke bilik air, kenapa kita nak mandi waktu itu, sbb apa kita nak mandi. Maka itulah niat, jika kita tiada niat untuk mandi wajib maka untuk apa kita masuk ke bilik air itu, membuka paip, meratakan air ke seluruh badan.

    Tentang kata-kata ustaz itu niat mst ada ketika air dikenakan ke atas kepala. okey andaikan kata-kata ustaz itu benar, maka ia pun tidak susah dilakukan kerana jika saudari menyiram kepala saudari di dalam keadaan sedar, sudah pasti saudari memang ada niat untuk mandi wajib, jika tidak untuk apa saudari pergi siram kepala saudari itu.

    Tentang perlu mencangkung, saya tidak tahu apa-apa hadith nabi menyuruh mencangkung ketika mandi, yang penting air rata. Mungkin yang ingin ustaz anda sampaikan ialah wajib meratakan air ke seluruh tubuh dan salah satu caranya ialah dengan mencangkung.

    wslm wbt

  16. Feez berkata

    assalamualaikum…..
    saya ada kemuskilan….adakah semasa kita melakukan mandi wajib perlu menutup aurat?maksudnya bagi lelaki menutup dr bhgian pusat hingga ke lutut@ pun memadai dengan menutup kemaluan sj?

    aslm wbt

    tidak wajib.

    yg wajib ialah meratakan air ke seluruh tubuh.

  17. hamba alah berkata

    adakah mandi wajib dan mandi junub itu sama, dari segi niatnya pula bagaimana sekiranya seseorang itu bersetubuh tetapi niat mandi wajib bagaimana dengan hukum mandi tersebut.

    aslm wbt

    sama shj mandi wajib ke, mandi junub ke, mandi hadas besarke.

    masalah niat ni timbul bila kita dok hafal lafaz niat, dok susun ayat dalam hati etc.

  18. insan yg sllu wat dosa (jangan guna nama ini. Islam xajar menghina diri) berkata

    assalamualaikum…
    saye ade satu soalan… bolehkah kalau saye gne syampoo semasa bermandi wajib??

    aslm wbt

    bleh shj tiada masalah.

  19. pahmi berkata

    Assalammualaikum WBT.

    Saya ada merujuk pada kawan² saya tentang mandi wajib. Ada yg berkata mandi wajib hanya perlu ratakan air ke seluruh tubuh & mencuci kemaluan dengan tangan kiri hanya sekali. Dan ada jugak yg berkata, mandi wajib perlu diratakan ke seluruh tubuh sebanyak 3 kali. Sebagai contoh, niat: “Nawaitu rafahal hadasil akhbari, fardhal aliya lillahi taala.” Semasa basahkan kepala, niat didalam hati, “Sahaja aku mengangkat hadas besar untuk mencuci segala anggota ku, kerana Allah Taala.” Basahkan kepala sedikit. Kemudian basahkan seluruh badan. Cuci pusat. Kemudian basahkan sebelah badan kanan 3 kali, sebelah kiri badan 3 kali, seluruh badan 3 kali, kemudian mandi sehingga puas. Jika diantara 2 cara mandi wajib ini tidak sah, bolehkah Ustaz ceritakan bagaimana cara yg BETUL utk mandi wajib yg SAH disisi Islam.

    Terima Kasih,
    -Pahmi-

    salam,

    kan dlm tajuk di atas dah bincang, sila-sila lah baca, dan rajin2 kan diri search dlm weblog nih.

  20. wan berkata

    Apakah hukumnya mula dengan bahgian kanan dan melakukan sebanyak 3 kali?

    aslm wbt

    ia sunat shj.

  21. wan berkata

    Aslm wbt,
    Minta maaflah ustaz saya ni asyik bertanya soalan je. Tapi saya ada satu soalan yang tidak pernah saya dengar hujahnya iaitu dalam mandi wajib adakah lubang hidung merupakan anggota yang wajib untuk diratakan air?

    wslm wbt

    ulama khilaf sama ada lubang hidung termasukbhgn wajah atau x, bg yg kata ia bhgn wajah, maka wajib dimasukkan air kedalamnya.

    maka seelok2nya dimasukkan air juga di dalam hidung.

  22. wan berkata

    Minta maaf kerana asyik bertanya. Buang air kecil atau air besar dalam masa mandi wajib tidak batalkan?

    aslm wbt

    xbatal.

  23. syafiee berkata

    assalamualaikum ustaz,

    saya ada beberapa kemusykilan,
    1. sepasang suami isteri yang melakukan jimak di malam hari kemudian mendirikan solat subuh tanpa mandi wajib terlebihh dahulu memandangkan keadaan kepenatan bersetubuh serta malam yg sejuk. Soalan saya adakah sah solat subuh tersebut?

    2. bolehkah seseorang itu meratakan air sehingga di celah2 kemaluan dan qubulnya dgn menggunakan tangan?

    3. bolehkah seseorang mandi wajib dlm keadaan tidak mengenakan sebarang pakaian(bogel)?

    minta penjelasan ustaz

    wslm wbt

    1) wajib mandi, adakah kesejukan itu memudharatkan sampai boleh mati atau jatuh sakit sbb mandi waktu pagi. kalau smp mudharat mcm2, bolehlah tayamum. tiada alasan letih. dan sakit atau mudharat ni mstilah dgn keterangan doktor, bukan sesuka hati kata xboleh wudhu n mandi wajib wkt sejuk sbb sakit.

    2 & 3: Boleh

  24. pak dogo berkata

    salam…
    cmner lak klau kt da bhadas besar tp sblm mandi wajib tu,kita potong rambut,misai or janggut or kuku,adakah anggota2 yg kita tlh potong tu dwajibkan mandi gak??atau lg elok potong smua tu slps mndi wajib?

    aslm wbt

    tiada masalah potong sblm mandi wajib dan xperlu nak mandikan sekali benda2 yg dah dipotong itu kerana tiada dalil menyuruh berbuat demikian.

  25. anuar berkata

    assalamualaikum ustaz

    Adakah batal mandi wajib jika kita bercakap?Boleh ustaz huraikan sedikit?

    wslm wbt

    tidak batal, tiada nas dr al-quran n as-sunnah menyatakan batal mandi wajib krn bercakap.

  26. hana berkata

    assalamualaikum ustaz,
    saya ingin bertanya, oleh kerana kesejukan, kita mandi dengan air panas di dalam baldi kecil dahulu (untuk menghilangkan sejuk), dan kemudiannya niat untuk mandi wajib selepas itu dengan menggunakan air shower dan meratakan air ke seluruh badan seperti biasa. Adakah sah mandi wajib tersebut?

    aslm wbt

    insya-allah sah.

  27. ejan berkata

    akum ustaz sy nak tanye sikit klu adakah cara saya mandi wajib ni adalah sah disisi islam:-

    1) Menyucikan seluruh badan seperti sabun, menggosok gigi dan meratakan air diseluruh badan! dan menggosok pd bahagian yg terselindung spt kemaluan, ketiak dan celah kangkang pastu.. (semasa merataan air)
    2) Lafaz niat dan kemudian menjirus air kesebelah kanan 3 kali dan disebelah kiri 3 kali pastu siap!

    soalan yg kedua iaitu mandi wajib tanpa menggambil wuduk adakah sah!

    pastu soalan yg ketiga tapak kaki & tangan pun nak kasi kene air jugak ke? (meratakan air)

    aslm wbt

    insya-allah sah wudhu tu. niat tak payah lafaz sbb Rasulullah saw xajar, niat di hati.

    ya wajib ratakan air di tapak tgn, tapak kaki etc.

  28. Dia berkata

    Saya ingin bertanya.

    Setelah berniat kemudian saya mencuci tangan & kemaluan, mengambil wudhu & juga menyela-nyelakan rambut lalu menyiramnya 3 kali, sah tak mandi wajib jikalau saya menggunakan sabun sebelum meratakan air ke seluruh tubuh ?

    aslm wbt

    insya-allah sah.

  29. rosmie awang berkata

    Assalamualaikum..
    Sy nak tanya samada sah atau tidak…. Sy mandi dahulu bershampu dan bersabun, cuci kemaluan sebelum mandi wajib guna shower. Kemudian niat mandi wajib dan terus mandi tanpa kira 3 kali pada mana-mana bahagian tubuh. Sy yakin air telah membasahi semua badan.. terima kasih.

    aslm wbt,

    insya-allah sah krn syarat sah ialah rata seluruh badan.

  30. Ana berkata

    assalamualaikum Ustaz, jika sudah selesai meratakan air di seluruh badan, dan selepas itu sabun dan shampoo seperti biasa..tiba2 terasa mungkin air tak ngalir ke pusat lalu meratakan air di pusat semasa masih bershampoo. adakah mandi wajib masih sah?

    aslm wbt

    insya-allah sah krn syrt sah ialah rata seluruh tubuh.

  31. farhanasir berkata

    Saya ada soalan. Ketika mana harus kita berwudhuk, sebelum mandi, semasa mandi wajib atau sesudah selesai mandi wajib ?

    Pada pandapat saya adalah elok berwudhuk selepas mandi wajib kerana wudhuk itu sah dan tidak batal, memandang semasa kita mandi kita perlu merata air keseluruh badan tidak dapat tidak kita mesti menyentuh kemaluan dan akan batal wudhuk itu. Ada beberapa buah buku yang saya baca menyuruh kita berwudhuk dahulu sebelum mandi wajib.
    Bagaimana pula pendapat ustaz ?

    Ada juga beberapa kawan saya beritahu apabila mandi wajib kita wajib berwudhuk.

    Adakah sah mandi wajib dengan niat “sahaja aku mandi wajib lillahi ta’ala” ? ( untuk lelaki sahaja ).

    aslm wbt

    ibadah ialah dgn mengikut sunnah, bukan dgn mencipta cara2 ibadah sendiri.
    Nabi saw sudah menunjukkan bahawa berwudhu sebelum mandi wajib, maka ikutlah sunnah nabi saw. penerangan dalam topik di atas sudah cukup. ustaz atau ustazah tiada hak mereka2 syariat krn mrk bkn Nabi yg menerima wahyu.

    tidak benar kata2 kwn saudara, yg wajib hanyalah meratakan air ke seluruh tubuh, wudhu hanyalah sunat sahaja.

    nabi saw tidak mengajar lafaz niat, niat itu dihati, mrk yg melakukan kerja dlm keadaan sedar sudah pasti ada niat di dlm hati.

    wallahua’lam.

  32. jammy berkata

    saya ingin bertanya.. saya selalu terasa ragu2 apabila selesai melakukan mandi wajib kadang2 saya akan melakukannya lagi kadang2 hingga 5 kali sehari saya akan mandi wajib apakah ragu2 itu adalah alamat yg mandi wajib saya tidak sah?

    aslm wbt xperlu ulang mandi wajib, was2 adalah permainan syaitan.

  33. gadis leo berkata

    asalamualaikum ustaz.

    ==ade pendapat mengatakan:
    “Niat mandi wajib hendaklah dilafazkan apabila mula terkena air kepada mana-mana bahagian anggota mandi. Sekiranya niat dilafazkan selepas dia telah membasuh anggota badannya, mandi wajibnya tidak sah dan dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air ke seluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah dan dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air ke seluruh anggota badannya.”

    ==jadi adakah penerangan ustz ttg niat walaupun ketika kite masuk bilik air adalah sah? sila jelaskan..

    ==lagi satu, adekah wajib mengambil wudu’ ketika mndi wajib? jika wajib, bolehkah sy ambil wudu’ apbila selesai mandi wjib???

    aslm wbt

    1)Nabi saw tidak pernah diriwayatkan di dalam mana2 hadith melafazkan niat. Jadi apakah mandi wajib nabi saw tidak sah?

    setiap perbuatan yang dilakukan dgn sengaja, dlm keadaan sedar itu semua perbuatan berniat. Niat itu bukanlah lafaz mahupun ayat2 yg disusun, ia dihati yg mmg akan ada apabila sesuatu itu dilakukan dlm keadaan sedar dan bukan tidak sengaja.

    2) berwudhu ketika mandi wajib hanyalah sunat sahaja. sah mandi wajib tanpa wudhu.
    Akan tetapi apakah susah untuk mengikut sunnah nabi, Nabi saw berwudhu sblm mandi wajib, bkn slps mandi wajib, jadi ikutlah sunnah nabi, bukan ikut sunnah sendiri. Agama ini bukanlah sesuka hati kita untuk membuat inovasi.

    wallahua’lam.

  34. tanpa_nama berkata

    Asalamualaikum ustaz,

    Blh terangkan sekali lagi b/mana hendak mandi wajib bagi seseorang yang cedera (bahagian tapak kaki sehingga separuh betis dibalut dgn fiber, manakala air sepatutnya tidak blh terkena kawasan kulit yg dibalut kerana bimbang akan memudaratkan kawasan cedera).

    Perkara ini berlaku pada saya.

    Terima Kasih

  35. bul the bat berkata

    utz…apa hukum saya niat nak mandi wajib ,wuduk dll dlm tandas,,,
    ada lillahhitala….ada nama ALLAH..
    BUKAnkah haram sebut dlm tandas…
    kalu dlm hati…apa hukumnya
    syukran

    aslm wbt lafaz niat nabi saw x ajar, bkn sunnah nabi, jd xpayah baca, niat tu di hati

  36. Budak Konfius :( berkata

    Cara sy mandi wajib :-

    - bersihkan diri dari segala kotoran (bersabun/syampu dll,,)
    - niat dalam hati “sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah ta’ala”
    - meratakan air keseluruh anggota badan

    Sy akan akhiri dgn wuduk jika saya mahu menunaikan solat

    Soalan sy (Utk mnambahkan keyakinan)
    1. Adakah sah mandi wajib saya ini ?

    2. Pada bulan puasa, jika sy tidak mandi wajib sebelum subuh adakah sy boleh meneruskan berpusa?

    3. Apakah hukumnya seorang lelaki berpusa dalam kaadaan berhadas besar?

    Terima kasih..

    aslm wbt

    1) insya-allah mandi wajib anda sah, cuma lakukanlah mengikut sunnah spy sempurna.

    2) puasa sah krn nabi saw pernah bgn pagi dlm keadaan berjunub sdgkan sudah masuk wkt subuh n nabi saw meneruskan puasanya.

    3) puasa sah ttp jika berhadas besar bgmana mahu solat? adakah lelaki tadi xsolat subuh, xsolat zuhur etc hinggakan berpuasa dlm keadaan hadas besar. Sebhgn ulama menghukum kafir mrk yg sengaja meninggalkan solat berdasarkan hadis2 yg menunjukkan beza islam n kafir ialah solat.

  37. suzane berkata

    Asalamualaikum ustaz,

    saya dah baca semua keterangan ustaz diatas tentang mandi wajib.
    apa yang saya fahami skrg ini bahwa, mandi wajib tidak perlu membaca niat…?
    jikalau gitu, bagaimana pula dengan niat mandi wajib yang telah saya pelajari sejak di bangku sekolah itu? adakah ia tidak perlu dibaca apabila kita memulakan penyiraman ketubuh kita?
    bermakna kita hanya perlu berwudhu, dan terus sahaja mandi??
    —– niat: “Nawaitu rafahal hadasil akhbari, fardhal aliya lillahi taala.” ….?

    salam….

    aslm wbt
    ya benar tak perlu baca apa yg diajar di sekolah.

  38. Nak Pasti berkata

    assalammualaikum,
    syarat asas sah mandi wajib adalah air rata ke seluruh tubuh.

    Soalan.. adakah meratakan itu maksudnya dengan mengosokkan dengan tangan dan melalukan air pada seluruh badan termasuk dicelah-celah jari?

    aslm wbt

    iye krn jika xdilakukan bgmana air mahu rata.

  39. ILA berkata

    jika seseorang wanita beronani pada mlm bulan ramadhan, dan pagi itu dia tidak mandi bersih dahulu sebelum bersahur…adakah batal puasanya…adakah beronani perlu mandi bersih? adakah sama niat mandi bersih dengan mandi wajib?

    aslm wbt

    1) soalan ni dah byk kali di jwb, Rasulullah saw pernah bgn pagi dlm keadaan berjunub sdgkan dah masuk wkt subuh, tp nabi saw ttp teruskan puasa. Maka ini menunjukkan puasa sah walaupun pd wkt subuh2 kita masih belum mandi wjib. cuma kena wajib mandi wkt2 sbb kalau xmandi mcm mana nk solat subuh.

    2)onani tak mewajibkan mandi kecuali apabila sebab onani itu kita keluar mani, tatacaranya sama shj dgn mandi wajib, niat di hati.

  40. suri berkata

    a’kum tuan, saya nak tanya niat dan cara mandi selepas habis period?tuan bole tolong saya..kadang tu saya lupa niat mandi sunat?bole tolong..

    aslm wbt

    xperlu baca lafaz niat krn ia bukanlah sunnah Rasulullah saw. Niat itu akan ada secara automatik bila kita lakukan sesuatu dalam keadaan sedar.

    wallahua’lam.

  41. tasya berkata

    assalamualaikum

    ustaz, saya ada sedikit kemusyikilan,

    sekiranya pada mlm hari kita berjimak dengan pasangan. kemudian kita sahur tetapi tak mandi wajib. kemudian kita sambung tidur dan terus terlajak sehingga kepagi(sehingga terlepas sembahyang subuh).kemudian kita bangun tidur kita terus mandi hadas dan meneruskan puasa. adakah puasa kita batal?? masa bangun tidur dlm pukul 8 pagi.

    aslm wbt

    soalan ini sudah byk kali ditanya, jwpnnya puasa sah, sila search dalam web ini utk lihat jwpn lengkap.

    dan jika terlewat bgn hingga terluput masa solat, maka slps bgn tu terus mandi wajib n solat subuh walaupun wkt2 dah jam 8 pagi.

    cuma ada sedikit persoalan, pukul berapa dok jimak ni smp lepas jima’ terus sahur n tidur?

    jika sudah sahur sblm wkt subuh, maka xpayahlah tidur, tunggu smp dah solat subuh dulu.

  42. tasya berkata

    terima kasih mjawab soalan saya..

    maksud saya tadi selepas melakukan jimak tu saya tidur kemudian bangun semula utk sahur dlm pukul 4pg… lepas bgn sahur tu saya sambung tido semula…

    bole ke saya sembahyang subuh lepas mandi wajib tu??? walaupun dah pukul 8lebih??

    aslm wbt

    haram hukumnya solat diluar waktu dengan sengaja, akan ttp kalau tidak sengaja kerana tertidur atau terlupa, maka solatlah apabila terjaga daripada tidur ataupun teringat.

  43. Undergrounder berkata

    ustad, nk minta izin saya nak copy cara-cara mandi wajib yg ustad buat ni nak email kepada org tersayang.. boleh tak?

    aslm wbt

    sila sebarkan.

  44. anita berkata

    ustaz,bole kah mandi wajib tanpa membasuh rambut kerana baru sahaja di basuh?

    aslm wbt

    wajib basuh seluruh tubuh ketika mandi wajib.

  45. kai berkata

    asalamualaikum ustaz,

    saya ingin confirmation ustaz tentang tatacara saya berikut..

    ..saya memulakan dgn mandi seperti biasa sehingga basah seluruh badan…kemudian saya mengambil wudhu..dan kemudian memandi hadas besar dgn mengunakan air shower..pabila terkena air saya berniat “mengangkatkan hadas besar dari seluruh badan fardhu kerana allah”…3 kali kanan dan 3 kali kiri berselang seli..

    saya juga ingin menanyakan ustaz tentang perkara berikut

    1) adakah wajib menutup aurat ketika mengambil wudhu atau dibolehkan mengambilnya dalam keadaan tidak berpakaian

    2)adakah sah mandi kita jika kita membuang air kecil atau besar ketika mandi..

    3)adakah makruh jika kita mengunakkan air dgn bnyk untuk memandi hadas besar

    4)adakah sah jika kita mengelap badan dgn tuala sehinga kering selepas mandi hadas

    5)bolehkah terus mengambil wudhu sembahyang selapas mandi hadas atau harus menunggu sebentar..

    Maaf Ustaz jika soalan ini terlalu bnyak atau soalan nya sudah dijawab sebelumnya..akhir skali saya mengucapakan terima kasih

    wslm wbt.

    1) Tak wajib, boleh sahaja dalam keadaan berbogel kalau di tempat tertutup.

    2) Sah. tak saya tahu dalil yang menyatakan tak sah.

    3) Ya makruh sama ada mandi wajib atau wudhu krn ia membazir.

    4) Ya sah.

    5)Boleh terus ambil wudhu . Setahu saya tak ada dalil suruhtunggu sebentar.

    wallahua’lam.

  46. aku tanye? berkata

    lg satu wajib ke amik wuduk sms mandi hds bsr…thanks

    aslm wbt

    tak wajib.

  47. hamba Allah swt berkata

    Salam ustaz,
    saya telah berjalan ke sebuah pasaraya. saya tersentuh kasut yang ter tulis”kulit dalaman kulit khinzir”. sy terpegang kulit bahagian luar sahaja dalam 5saat macamtu..kerana kwn saya terus menegur saya tentang kasut itu dari kulit khinzir. patutkah saya samak tangan saya. dan selepas tersentuh kasut itu saya ada memegang handbag saya, memegang kunci kereta, memegang baju saya. adakah kena samak juga. bagaimana ustaz.tlg lah saye. mane mungkin saya nak samak barang barang itu. saya keliru.

    aslm wbt

    tak perlu buat apa-apa, tak perlu samak.

  48. kordi berkata

    aslkm
    pada suatu hari saya terperasan pada kain saya terdapat tompok air mani. saya tidak sedar bila saya mimpi dan mengeluarkan air mani. persoalannya di sini perlukah saya qada solat saya sedangkan saya tidak tahu berapa hari saya berada dalam keadaan hadas besar? untuk pengetahuan ustaz saya terperasan ada tompok air mani di kain tu setelah seminggu saya pakai kain itu.

    aslm wbt

    dalam keadaan begini saudara tidak perlu qadha krn asalnya saudara adalah suci, dan saudara hanya menyedari adanya mani itu sekarang, bkn ketika sblm saudara melakukan solat itu. Maka solat saudara insya-allah sah.

  49. wan puchong berkata

    boleh tak kalau kite tak Menggosokkan tangan kiri ke tanah?

    aslm wbt

    boleh ia sunat sahaja, yang wajib ialah air rata ke seluruh tubuh

  50. Hamba Allah berkata

    Assalammualaikum Ya Ustaz?

    Saya mempunyai masalah mengenai context Niat.
    Saya selalu musykil dengan niat saya. Nauzibillah Min Zalik. Saya tak tahu macam mana cara menyelasaikan masalah ini. Saya Harap Ustaz boleh bantu saya.

    Assalammualaikum?

    wslm wbt

    tidak apa yg perlu diragukan dgn niat, jgn layan was2 itu. Bacalah taawuz ‘auzubillah… hingga habis’
    wallahua’lam.

  51. muhammad faeez berkata

    assalamualaikum.. saya ingin tanya.. apbila kita sudah mandi wajib, lalu kita was-was sama ada tidak yakin dengan mandi tersebut sah atau tidak, apa kah yg harus kita lakukan mengikut islam?

    aslm wbt

    mandi wajiblah dgn mngikut sunnah dan jangan layan was-was tersebut. Bacalah Taawudz ‘auzubillahi minasy Syaithan….’ hingga habis.

    wallahua’lam

  52. mila berkata

    salam,
    saya ada kemusyikilan,adakah perlu mandi wajib klau saya hanya berseronok dengan suami dengan meyntuh kemaluan,tetapi x melakukan sehingga bersetubuh.

    aslm wbt

    mandi jadi wajib apabila berlaku salah satu a) Bersetubuh b)keluar mani, sekiranya tiada satu pun drpd hal ini yang berlaku, maka xwajib mandi.

    walahua’alam.

  53. faeez berkata

    assalamualaikum..saya ingin bertanya..apabila kite bembuang air kecil, lalu kite berasa sakit di muncung kemaluan selepas mandi wajib..sehingga saya sembahyang berasa sangat was-was samaada sah atau tidak.. apakah yang patut saya lakukan apabila menghadapi ujian sebegini? saya inginkan maklumat yang lanjut daripada ustaz berkenaan dengan tentang ini..sekian wasalam..

    aslm wbt
    apa yang diwas-waskan, apa kaitannya rasa sakit di muncung kemaluan dgn mandi wajib?

  54. saya berkata

    semasa saya mandi wajib saya terkeluar air kencing! adakah mandi wajib sya batal?

    aslm wbt

    ia xmembatalkan mandi wajib.

  55. Ariff berkata

    Assalamualaikum ustaz,

    Berkenaan mandi wajib, ia boleh diganti dengan tayamum kalau tidak cukup air. Bagaimana pula keadaan dimana, air mutlak tidak mencukupi untuk mandi wajib, tetapi ada air tangki yang hanya cukup untuk mengambil wuduk. Jadi boleh kah mandi wajib diganti dengan wuduk sekiranya air mutlak tidak cukup untuk mandi seperti tayamum?

    aslm wbt

    sekiranya anda di Malaysia, maka sepatutnya dicari di tempat lain air kerana di negara ini tidak ada kemarau etc

  56. amir berkata

    assalamualaikum..saya nak tnye.. sye ad kemusykilan tntang mandi wajib..sesudah saye mandi wajib dalam 2 jam kemudian, sye membuang air kencing, sye terfkir yang air mani bercampur dgn air kencing kerana selepas sya mandi wajib..hingga menyebabkan saye mandi 2 7kali dalam sehari..sampai sye nk pegang alquran pon x berani..ape yang harus saya lakukan ustaz? sye ingin maklum lanjut..wassalam

    aslm wbt

    usah dilayan was2 itu, selesai sahaja mandi wajib ia sudah selesai kecuali memang jelas memang ada keluar mani.

  57. keliru berkata

    Assalamualaikum,

    Saya ingin bertanya, jika kita mandi wajib menggunakan shower. perlukah kita pastikan air mengalir tanpa henti sehingga habis kita mandi ATAU bolehkah kita alihkan diri kita sekejap tanpa kena air kerana mungkin nak ambil sabun?

    aslm wbt

    boleh sahaja, yang penting air rata ke seluruh tubuh.

  58. hamba allah berkata

    assalamualaikum..ustz nk tnye skt.. patut ke kite kene mandi wajib 2 3 kali dala seharian selepas kluar mani..saya agak penat sebab hari2 saya mandi wajib..perlu ke kene buat cam nie ustaz..
    wassalam

    aslm wbt

    bgmanalah boleh smp 2-3 kali keluar mani2, tapi jika dah keluar tu wajiblah mandi.

  59. Yaziz berkata

    assalamualaikum Ustaz,

    Saya ada satu pertanyaan tentang sujud di rakaat terakhir, kebiasaannya selepas membaca subhana allah 3x,dan disambung dengan memohon doa dalam bahasa arab seperti zikir Yaa Hayyu YaaQayyum atau doa? Adakah membatalkan sembahyang.

  60. keliru berkata

    salam

    terima kasih atas jawabannya..cuma saya nak confirm, kalau mandi wajib tak perlu pastikan air mengalir seluruh badan dalam satu basahan sahaja kan? kita boleh berhenti air dari sentuh badan kita kalau terasa nak buang air kecil, atau amik sabun, dan kemudian sambung semula mandi wajib tanpa perlu niat kembali atau ulang tempat2 yg telah kita basahkan sebelum buang air atau amik sabun tadi?

    aslm wbt

    tak perlu

  61. daelia berkata

    assalamualaikum Ustaz,

    Sepupu saya telah terlanjur dan melahirkan anak luar nikah…kedua orang tuanya rasa kecewa dengan sepupu saya…menjadi soalan ialah Pakcik saya berkata dgn anaknya..nampaknya 7 keturunan kamu nanti akan menghadapi sama seperti apa yg kamu lakukan…katanya balak ke 7 keturunan…
    apakah nie betul…apakah dalam kitab al Quran ada mengatakannya?

    aslm wbt

    tidak betul, bahkan kita tiada hak untuk melaknat keturunan penzina, sepatutnya kita mendoakan mereka untuk bertaubat dan diampunkan dosa.

  62. ummuameer berkata

    salam.
    ada ke doa slepas mndi wajib?
    dulu mse skolah ade..
    wajib ke baca?

    aslm wbt

    setahu saya tiada, tidak ernah saya jumpa dalam hadith2 tentang mandi wajib.

  63. muhd faeez berkata

    assalamualaikum.

    mule2 niat macam biasa, selepas itu saya meratakan air dengan menggunakan syampoo di atas kepala, sabun pada bahagian anggota badan dan pencuci muke di muka dan meratakannya sebanyak 3 kali..selepas itu saya menjiruskan air mutlak sehingga sisa pencuci tersebut hilang tanpa meratakan air di badan sebanyak 3 kali..hanya sekadar jirus sahaja…. adakah sah sekiranye saya buat sedemikian?

    aslm wbt

    sekiranya air rata ke seluruh tubuh, insya-Allah sah

  64. a guy berkata

    askum wbt. jika kita mandi wajib selepas subuh pada bulan ramadhan, bagaimanakah kita mahu meratakan air keseluruh anggota badan. maksudnye puasa akan terbatal jika memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan. syarat sah mandi wajib adalah air rata keseluruh badan. wajibkah air dimasukkan ke hidung, atau pusat? jika wajib, adakah hidung dan pusat termasuk rongga badan yang terbatal puasa jika air termasuk kedalamnya? jadi bagaimanakan saya akan yakin untuk meratakan air kedalam hidung dan pusat? terima kasih.

    Assalamualaikum WBT.

    Tidak membatalkan puasa masukkan sesuatu dalam rongga badan. Ulama khilaf sama ada wajib atau sunat masukkan air dalam hidung, jadi buat sahaja, kalau sunat dapat pahala, dan ia tidak membatalkan puasa.

  65. knfs berkata

    Salam ustaz

    maaf jika ini soalan repeat. saya sudah cuba cari di website ini tapi tak dapat.

    soalan saya, setelah termimpi berunsur agak seksual tapi saya agak yakin bahawa saya tidak keluar mani kerana saya sememangnya mengeluarkan kekuningan sepanjang minggu, jadi tiada tanda yg luar biasa yang dapat meyakinkan saya saya keluar air mani.

    jadi saya teruskan solat2 saya. tapi keesokan hari, sebelum mandi saya sudah beritahu diri saya tak payah mandi wajib. tapi mungkin atas godaan syaitan, alih2 sahaja saya berniat mandi wajib ketika mandi.

    Q1. maka perlukah saya ulang semula solat2 hari sebelumnya yang telah saya kerjakan kerana hampir yakin tidak keluar mani?

    Q2. bagi perempuan, apakah warna air mani yang sebenar dan adakah quantitinya banyak? bagaimana nak bezakan dengan cairan kuning yang selalu keluar bagi sesetengah wanita?

    Assalamualaikum wbt.
    Q1: Tak payah ulang solat, kalau setakat was2 buang sahaja was2 selagi tak ada bukti keluar mani etc. Sila cari bab was-was dalam blog ni, banyak kali sudah di bincang.

    Isu mani sudah dibincang, sila search.

  66. mohamad nizam berkata

    as,kum..
    sy ingin bertanya kepada ustaz bolehkah kita mandi wajip tanpa mengambil wudhuk tetapi hanya melafaskan dgn niat..adakah sah mandi wajip itu???

    wslm wbt

    1) Sah mandi wajib tanpa wudhu, kerana yang wajib ialah air tu rata seluruh tubuh,tetapi mengikut sunnah lebih elok kerana Rasulullah saw berwudhu. Bukan susah pun nak berwudhu.

    2) Tidak perlu baca niat kerana Rasulullah saw tidak ajar baca niat.

  67. mals berkata

    salam ustaz nak tanya boleh tak mandi wajib guna air heater(panas)?

    wslm wbt

    Insya-allah boleh selagi tidak memudharatkan.

  68. muhd faeez berkata

    salaam ustaz.. sy nak tnye.. kalau terpegang air mani yang ada dekat underware selepas mandi wajib, nak kne mandi lg skali ke?

    Assalamualaikum wbt, Yang wajib mandi, keluar mani, bersetubuh, bukan sentuh mani.

  69. zakaria bin hanif berkata

    assalamualaikum..
    saya ingin bertanya kepada ustaz..semasa sy kecik sy pernah diberitahu bahawa semasa mandi wajib perlula memakai lapik pada kemaluan dan dubur dan di dalam internet ad yg mengatakan menyentuh kemaluan boleh membatalkan…..adaka perkara begini wajib dilakukan apabila hendak mandi wajib..?adakan apabila menyentuh kemaluan dan dubur boleh membatalkan mandi wajib kite..??

    Assalamualaikum wbt.
    Tak payah lapik, mandi wajib perlu rata seluruh tubuh. Sentuh kemaluan tidak membatalkan mandi wajib

  70. patah kaki berkata

    Salam,
    syarat mandi wajib asas adalah meratakan air keseluruh badan,
    saya mempunyai masalah sama dengan soalan 34 dari saudara_tanpa_nama,
    kaki sya berbalut simen, sekiranya saya bersetubuh dengan isteri bagaimana cara untuk mandi wajib? diharap dapat penjelasan dari ustaz..

    Assalamualiakum wbt.

    Saudara boleh bertayamum.

  71. eli berkata

    salam.syarat asas mandi wajib adlh meratakan air ke seluruh bdn. adkh wajib utk meratakan air ke bdn sbyk 3 kali..?

    Assalamualaikum wbt.

    Tidak wajib 3 kali, sunat sahaja.

  72. yob berkata

    Salam,

    Ustaz.. berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung dikira wajib atau sunat, kalau tak berkumur dan masuk air dlm hidung sah ke tak mandi wajib

    Assalamualaikum wbt.

    Ulama berbeza pendapat sama ada ia sunat atau wajib, maka lakukan sahaja kerana ia sunnah Rasulullah saw.

  73. Evan berkata

    Salam,

    Soalan saya,

    1.Adakah WAJIB utk kita menyiram bdn s’byk 3 kali bg stiap angota yang b’kaitan?

    2.Jika s’sorg m’lakukan onani (shnga mengehendaki org t’sbt mndi wjib)tetapi tidak mandi wajib(kerana dia benar2 tidak mengetahui mandi wajib itu amat wajib), sehingga sampai pd stu thp barulah dia mengetahui wajibnya mandi wajib itu
    -bagaimanakah cara utk dia melangsaikan semua “hutang” mandi wajib dia?
    -adakah dia perlu melakukan mandi wajib bagi setiap kesalahannya itu, walhal dia sendiri pn
    tiak mengetahuai sudah berapa kali dia melakukannya tanpa mandi wajib.

    W’slm.

    Assalamualaikum wbt.

    1) Yang wajib ialah niat dan ratakan air seluruh tubuh, 3 kali ialah sunat. Lakukan tiga kali kerana ia sunnah Rasulullah saw

    2) Dia hanya perlu mandi sekali, untuk yang sebelum-sebelum ini, moga Allah ampunkan atas kejahilan dan banyakka bertaubat.

  74. angah berkata

    salam..
    cm mn klu kt niat mandi wajib dlm bhs melayu

    Assalamualaikum wbt. Niat tu dihati, tak perlu nak susun-susun ayat.

  75. Muhammad Fikri berkata

    Assalamualaikum…
    saya ingin tanye kalau kite lambatkn mandi boleh atau tidak ?
    1 hingga 2 hari ?

    Assalamualaikum wbt.

    Kamu tak solat ke sampai lewatkan mandi 1-2 hari? Tak bersolat itu dosa besar, silap-silap boleh jatuh kafir.

  76. nazz berkata

    salam,macam mana niat mandi wajib?

    Assalamualaikum wbt.

    Niat itu dihati, jika kita melakukan sesuatu dalam keadaan sedar dan sengaja dan tahu kenapa kita melakukannya, maksudnya dah ada niat. Tak perlu lafazkan kerana Nabi saw tidak ajar.

  77. syukri berkata

    kalau saya patah kaki pastu kaki dibalut dan x boleh dibuka….bagaimanakah hendak mandi wajib????

    Assalamualaikum wbt.

    Saudara boleh bertayamum.

  78. ero berkata

    saya nak bertanya, mandi wajib tidak berpakaian (berbogel), adakah sah?

    Assalamualaikum wbt.

    Sah. Mereka yang menyatakan tidak sah perlu membawakan dalil

  79. zulkifli Mohamad berkata

    Salam…

    Dari jwapan ustaz sebelum ni…niat mandi wajib x perlu kerana kita ke bilik air dalam keadaan sedar dan tahu tujuan…bagaimana dgn wuduk? kenapa perlu niat ktika mbasuh muka?…kalau sama dengan kes mandi wajib adakah tidak perlu niat wuduk sewaktu membasuh muka….?…kenapa kita diajar niat ketika membasuh muka…?

    Assalamualaikum wbt.

    Niat tu di hati, bila nak wudhu, sama sahaja mandi wajib atau wudhu, bila kita mandi wajib atau wudhu dalam keadaan sedar, pastilah kita ada niat, jika tidak, uat apa kita buat perlakuan nak mandi wajib atau wudhu.

  80. hamba yg lemah berkata

    salam, ustaz boleh kah kita mandi wajib di air terjun dalam suasana org ramai ketika itu? soalan ke2, adakah jika kita hanya menyiram (pakai paip ataupun shower) air pada anggota badan tanpa mengosoknya itu dikira meratakan air? sekian salam

    Aslm wbt

    kalau orang ramai payah le nak mandi, terbukak aurat nanti kan berdosa, Jika air rata seluruh badan Insya-Allah sah.

  81. NASIHIN MIKAIL berkata

    ASSALAMUALAIKUM

    SAYA INGIN BERTANYA ADAKAH ADA PERBEZAAN MANDI WAJIB BAGI ORANG BUJANG DAN DAH BERKAHWIN INI KERANA ADA YANG KATA SEDEMIKIAN.

    BUJANG SEPERTI SAYA HANYA ADA 3 SEBAB BERHADAS BESAR

    1. ONANI (MAAF BAHASA KASAR)
    2. TENGOK CERITA LUCAH
    3. MIMPI

    DARI INDIVIDU YANG SAYA TANYA KATANYA MANDI WAJIB SAYA IALAH DENGAN NIAT “SAHAJA AKU MENGANGKAT HADAS BESAR KERANA ALLAH TAALA” JIKA MENYENTUH KEMALUAN DENGAN TANGAN MAKA BATALLAH MANDI SAYA

    INDIVIDU LAIN PULA JAWAPANNYA SAMA SEPERTI SEBELUM INI HANYA BATAL WUDUK JIKA ADA WUDUK MANDI TIDAK.

    DISINI SEBAGAI MEMPERKUKUHKAN LAGI KEYAKINAN SAYA SAYA MOHON PIHAK TUAN DAPAT MEMBANTU KEKELIRUAN SAYA INI SUPAYA SEMPURNA IBADAT SAYA

    TERIMA KASIH

    Assalamualaikum wbt.

    Tidak ada beza mandi wajib .

  82. hamba Allah berkata

    salam..ustaz..kalo kita dh siap mandi wajib dan setelah itu,keluar dari bilik dan terpijak najis binatang @ najis(tahi cicak) yg kering adakah batal mandi wajib tadi @ hanya perlu di basuh tmpat yg terkna najis @ perlu mandi wajib semula..

    Assalamualaikum wbt.

    Pijak najis tidak membatalkan mandi wajib.

  83. hamba yg lemahberkata berkata

    salam ustaz.sya mempunyai masalah iaitu ketika hendak tunduk air kencing sya terkeluar dgn sendiri nya..apakah batal mandi wajib sya jika setelah selesai mandi wajib,sya masih terasa ade lagi air kencing yang terkeluar..saya sudah bertemu dgn doktor,hnya mengatakan masalah buah pinggang,lagi 1 ustaz.apakah pekara yg membatalkan mandi wajib?

    Assalamualaikum wbt.

    Kencing tidak membatalkan mandi wajib.

  84. norliayana berkata

    lutu saya luka dan saya menutupnya dngn kain.ttp kain itu melekat di luka tesbt hingga menyakitkn untk dibuka.luka saya itu brnanah..maka saya membiarkan kain itu melekat di lutut saya smasa mandi wajib…adkh sh mandi wajib saya..tolong sngt

    Assalamualaikum wbt.

    Saudari boleh melakukan Tayamum. Dalilnya:

    ‘Amr bin Ash radiallahu-anhu menceritakan, Aku pernah bermimpi basah pada satu malam yang dingin ketika ekspedisi Dzatul Salasi. Jikalau aku mandi, maka aku risau akan binasa (mati kerana terlalu sejuk). Oleh itu aku bertayamum sahaja dan kemudian mengerjakan solat Subuh bersama rakan-rakanku. Setelah itu (kembali ke Madinah) mereka menceritakan kepada Nabi sallallahu-alaihi-wasallam kes yang telah menimpa aku tempoh hari lalu beliau bersabda: Wahai ‘Amr ! Apakah kamu mengerjakan solat bersama para sahabatmu dalam keadaan hadas besar?

    Lalu aku menyampaikan kepada beliau alasan yang membuatkan aku tidak mandi dan aku katakan: Saya ketahui bahawa Allah ada berfirman: Dan janganlah kamu bunuh diri. Sesungguhnya Allah Maha Menyayangi kamu. Mendengar itu Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam tersenyum tanpa mengata apa-apa.-Sunan Abu Daud – no: 0315

  85. khosim berkata

    blog ini banyak membantu saya yang selalu was-was setiap kali mandi wajib. Saya nak tanya, saya faham kalau menyentuh kemaluan(qubul dan dubur) akan membatalkan air sembahyang.dan mengambil air sembahyang itu sunat sebelum mandi wajib..tapi setiap kali saya mandi wajib, saya selalu was-was dan risau mandi wajib saya tidak sah jika tersentuh qubul dan dubur..ini kerana ustaz di sekolah menengah saya dulu pernah bagitahu tidak boleh menyentuh kemaluan ketika mandi wajib.bagaimana harus saya lakukan?harap ustaz dapat membantu

    Assalamualaikum wbt.

    Menyentuh qubul dan dubur tidak membatalkan mandi wajib, tiada apa yang perlu diwas-waskan, sesiapa yang menyatakan batal mesti mendatangkan dalil.

    Wallahua’lam

  86. Terpinga-pinga berkata

    Assalamualaikum,ustaz.
    Saya nk tny mcm mne nk mndi wajib sekirenye ada ada luka d tbuh bdn yg tdk blh dknakan air.Al-maklumlah,sy bru shj slps mnjalani pmbdhn bbrp hr yg lalu dn sy tlh brmmpi bsh pd mlm td.
    Sy musykil ttg persoalan trsbut,ustaz.
    Blh x ustaz tlg trgkn kpd sy apa yg ptt dlakukan?

    Aslm wbt

    saudara boleh bertayamum

    Dalilnya adalah sabda Rasulullah SAW berikut ini:

    Dari Jabir ra berkata: Kami dalam perjalanan, tiba-tiba salah seorang dari kami tertimpa batu dan pecah kepalanya. Namun (ketika tidur) dia mimpi basah. Lalu dia bertanya kepada temannya, “Apakah kalian membolehkan aku bertayammum?” Teman-temannya menjawab, “Kami tidak menemukan keringanan bagimu untuk bertayammum. Sebab kamu bisa mendapatkan air.” Lalu mandilah orang itu dan kemudian mati (akibat mandi). Ketika kami sampai kepada Rasulullah SAW dan menceritakan hal itu, bersabdalah beliau, “Mereka telah membunuhnya, semoga Allah memerangi mereka. Mengapa tidak bertanya bila tidak tahu? Sesungguhnya obat kebodohan itu adalah bertanya. Cukuplah baginya untuk tayammum…” (HR Abu Daud 336, Ad-Daruquthuny 719).

    sila baca disini
    http://www.eramuslim.com/ustadz/thr/6105120109-bagaimana-cara-mandi-junub-jika-terluka.htm

  87. Ceyhun berkata

    Assalamualaikum Ustaz, saya dah baca semua perbincangan di web ini. tetapi masih tidak cukup bagi saya untuk meyakinkan diri saya.

    s 1: sy mandi wajib gunakan shower dan wuduk sebelum mandi wajib tetapi wuduk sehingga telinga dan kaki saya cuci semasa mandi wajib.

    S 2: Saya tidak boleh kalau niat tanpa lafaz kerana rasa tidak yakin. Adakah sah mandi wajib jika melafazkannya supaya sy tahu yang sy mandi kerana Allah taala?

    S 3: sy niat semasa air di siram ke kepala dan menggosok dan Basmalah sebyk 3 kali.

    s 4: kemudian saya cuci badan sy bermula dari mana2 bhg badan sebelah kanan dgn Basmalah tanpa mengira berapa kali bacaan Cthnya: setaip kali cuci bhg itu sy baca Basmalah. sya cuci sebelah kanan dan sambung wuduk iaitu cuci kaki kanan sy dan kemudian kaki bahagian kiri pula. badan sy buat yang akhir termasuk semua rongga dan akhirnya sy akan menyentuh bhg sulit utk mencucikannya. Sy tahu bila menyentuh bhg sulit akan membatalkan wuduk, tetapi adakah tidak mengapa cara mandi wajib sy ini ?

    Assalamualaikum wbt.

    Insya-Allah mandi wajib saudara sah.

    Cumanya melafazkan niat dan membaca Basmalah untuk setiap cucian pada anggota badan tidak diajarkan oleh Rasulullah saw. Maka jauhinya, Ditakuti membawa kepada bid’ah

    setiap kali mandi wajib sy akan memastikan air rata ke seluruh badan. Harap sah mandi wajib saya.

    S 5: bolehkan ustaz memberikan doa daripada Al-Quran untuk mengelakkan drpd melakukan maksiat/ dosa walaupun telah taubat beberapa kali?

    Terima Kasih byk, Hanya Allah yang dapat membalas Jasa USTAZ.

  88. mohd masri berkata

    Assalamualaikum wbt.

    Insya-Allah mandi wajib saudara sah.

    Cumanya melafazkan niat dan membaca Basmalah untuk setiap cucian pada anggota badan tidak diajarkan oleh Rasulullah saw. Maka jauhinya, Ditakuti membawa kepada bid’ah

  89. Jeslin berkata

    Salam,

    Soalan saya:

    1.Adakah merangsang sendiri bahagian luar kemaluan(perempuan)tanpa memasukkan apa-apa ke dalam vagina sehingga mencapai ‘orgasm’ dikira sebagai perbuatan onani?

    2. Wajibkah untuk mandi wajib bagi perbuatan diatas?

    Terima kasih.

    Assalamualaikum wbt.

    1) Ya ia dkira sebagai onani

    2) Jika tidak keluar mani, tidak perlu mandi wajib, jika keluar mani wajib mandi.

  90. bujung berkata

    asslamu’alaikum wr.wb
    bolehkah ana bertanya tentang: jika sedang dalam hadas besar lalu mandi wajib dengan tidak sengaja/disengajakn memegang khitan sah tidak mandi wajibnya ustazs.

    Assalamualaikum wbt.

    Wallahua’lam, setahu saya tidak ada dalil menyatakan batal wudhu bila sentuh kemaluan. Jika ada harap dapat beritahu. Mereka yang menyatakan batal perlu membawakan dalil.

  91. ebay92 berkata

    Salam….ustaz…

    tolong balas di email saya ya..

    saya musykil berkenaan bab mandi wajib dan mengangkat hadas besar…

    mengangkat hadas besar sama juga dengan mandi wajib ker??

    dan sy juga ingin tahu…adakah mandi saya sah jika saya cuma berniat dlm bahasa melayu??

    mksud saya…

    saya cuma berniat bergini di dalam hati…

    “sahaja aku mengangkat hadas besar kerana allah taala”…

    seperkara lagi…

    jika saya tidak yakin dengan mandi wajib itu…ape hukumnye?? dan adakah sembahyang saya tidak diterima??

    Assalamualaikum wbt.

    a) Insya-allah, niat itu lintasan di hati, Insya-Allah mandi wajib saudara sah. Niat itu bukan susunan ayat. Ia adalah benda yang automatik ada untuk hal-hal yang kita buat dalam keadaan sedar dan sengaja.

    b) Tidak yakin. Jika sudah buat semua yang diajar Rasulullah saw, maka itu hanyalah mainan syaitan, tidak perlu dilayan. Dan Insya-allah solat diterima bila dilakuka dengan ikhlas dan cara yang betul.

  92. hafiz87 berkata

    salam ustaz…

    Ustaz adakah sah cra mndi wjib sya…
    -sy mulakn dgn angg0ta bdn belah kanan 3 kali..kmudian angg0ta belah kiri 3 kali dan terakhir bhgian tengah iaitu kepala 3 kali…
    -Adakah sah mdi wjib sya ustaz?

    Assalamualaikum wbt.

    Syarat sah ia air rata seluruh tubuh, jadi Insya-Allah sah. Sama ada mula kanan dulu, itu adalah sunat sahaja, maka eloklah dibuat yang sunnah tu walaupun ia hanya sunat hukukmnya.

  93. samsul berkata

    sya ingin tanya,kalau mndi wajib dgn air hujan sah ke?
    hnya niat dan trus ratakan air ke seluruh bdn tnpa ikut tertib..terima kasih

    Assalamualaikum wbt.

    Insya-allah sah kerana air hujan ialah air Mutlaq.

  94. TAbligh berkata

    Ini pandangan saya dan cadangan: BETUL ATAU TIDAK

    1) Semua mcm2 niat dalam buku boleh membelitkan dan menyukarkan umat islam…sampai menimbulkan satu keraguan yang dasyat!!Hebat syaitan….Berjaya lagi..Solat..puasa..mandi wajid hingga laa ke wuduk…Kita Nak Buat Ape..Terlintas jer..itu lah SEBENAR NIAT..xpayah duk susun ayat nak jadi lengkap,ada yang x tertinggal niat lagi,x perlu susun dalam arab ke …apatah melayu..

    Betul atau Tidak Ustaz..

    2) Tayamun semasa mandi wajib yg memudaratkan kerana luka..Apa caranya..Adakah sapu debu disemua bahagian angota badan…Kaedah?Link Ust seperti No 86..x dapat dicari..

    3)Mandi telanjang Bulat…satu isu popular gak….ada dalil tak ustaz kata x boleh…atau memang x boleh…ada kata,umpama malaikat akan jauhkan diri dari kita bila mandi bogel tanpa seurat benang

    4)Saya cadangkan nak buat sofware bntuk cd..dan Buku 1001 masalah mandi wajid…Himpunan soal Jawab di atas….Ustaz setuju saya buat..saya edit dalam buku..saya send kat ustaz..Kalu ustaz kata LULUS..nak letak dalam blog…pakat2 tgk..FREEEEEEEE..Bukan zaman sekarang..No MOney .No Talk….kerana agama..ustaz setuju…

    5) Tahniah Ust..is the best man in the world..Allah at your side..Ust jawab seribu 1..masalah masyarakat sekarang maklumla..”masyarakat Hadari” kita sekarang…mcm2 soalan di luar kotak fikiran..Tengok sampai 92 soalan ..itu Baru MANDI WAJIB…..senyum pun ada sedih pun ada masyarakat Islam sekarang..Teruskan Usaha Ustaz…Kalu ustaz sudi kalu ada rezeki saya akan tubuhkan sekolah pondok..u are the better man as the leader..

    Assalamualaikum wbt.

    Saya jawab ringkas sahajalah untuk soalan Tayamum tu. Tayamum dia macam tayamum untuk wudhu’, wajah dan pergelangan tangan sahaja. Tak perlu bergolek atas pasir. Dah ada dah saya letak hadith dia dalam blog ni.

    Nak buat e-book, bagus, dah siap boleh saya download, nanti saya tunjuk kat ustaz-ustaz saya supaya mereka check ke.

    Pasal mandi bogel, pun dah ada rasanya, paling jauh hukumnya pun makruh sahaja, tidak sampai haram.

  95. kamil berkata

    kalau mengeluarkan air mani dengan sengaja.perlukah mandi wajib?

    Assalamualaikum wbt.

    Jawapan ringkas kerana isu ini sudah banyak kali dijawab. WAJIB MANDI apabila keluar mani tidak kira kerana mimpi, onani bersetubuh dan lain-lain. Sila search perkataan mani.

  96. ila berkata

    salam ustaz~
    adakah perlu seseorang itu mandi wajib setelah mimpi basah pda mlm sbelumnya??

    Assalamualaikum wbt, seandainya keluar mani wajib mandi, jika tidak, tidak wajib, sila search dalam blog ini.

  97. momopoko berkata

    salam ustaz..
    saya nak dapatkan kepastian adakah cara saya mandi wajib sah..

    -niat
    -terus ratakan air ke anngota badan tanpa ikut kiraan dan kanan atau kiri…saya guna shower jadi saya biarkan air lalu dan ratakan air keseluruh anggota..

    terima kasih

    Assalamualaikum wbt.

    Insya-allah sah, cuma sewajarnya ikutlah sunnah, mulakan dengan kanan, 3 kali.

  98. kamil berkata

    assalamualaikum.saya confius ustaz mana satu yang betul mandi wajib bagi lelaki.saya tengok blog tadi kebanyakannya ditujukan dekat pompuan.harap ustaz dpt memberi penjelasan.

    Assalamualaikum wbt.

    Sama sahaja mandi wajib lelaki dan perempuan.

  99. ashraf berkata

    assalamualaikum.
    saya ada sedikit kemusykilan yg ingin ditanya.adakah perlu menunggu utk mandi wajib atau blh terus mandi wajib sesudah keluar air mani/ berjunub? ini kerana ada kawan saya yg menuntut di sekolah aliran agama dahulu memberitahu saya bahwa kita kna tgu lbh kurang 5 jam br blh mandi wajib..harap bantu perjelaskan keraguan saya ini.

    Assalamualaikum wbt.

    Sahabat anda mengarut, saya tidak tahu dalil untuk apa yang dia katakan, kata kepada sahabat anda sila bawakan dalil bila bercakap tentang hukum hakam agama.

  100. nak tahu berkata

    assalamualaikum.. ustaz,betul tak kalau sy mandi wajib siram air di kepala n ratakan ke seluruuh tubuh 3kali,selepas itu siram anggot Kanan dan ratakan air tu keseluruh badan 3kali,kemudian siram anggota sebelah kiri pula n ratakan keseluruh badan(3kali)juga.betul ke cara saya?sah tak?

    2)mcm mana pula kalau saya siram air dikepala sahaja 3kali n ratakan air keseluruh badan tanpa siram anggota kanan dan kiri 3 kali?sah tak mandi saya?

    Assalamualaikum wbt,

    sekiranya air sudah rata seluruh tubuh insya-Allah sah.

  101. sudgt berkata

    assalamualaikum, adakah saya wajib mandi jika saya dapati terdapat basahan selepas bangun dari tidur tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ia cecair mani atau tidak kerana tidak ada bau dan warna cecair itu tidak jelas bahawa ia adalah warna air mani.

    Assalamualaikum wbt, hukum asal ialah suci kecuali ada bukti yang menunjukkan tidak suci. Jika ragu-ragu kembali pada hukum asal iaitu masih suci, jadi tidak wajib mandi.

  102. Confuse!! berkata

    Assalammualaikum WBT

    soalan saya…semasa madi wajib kita akan mengabil wudhu kn..kemudian kita akan meratakan air ke seluruh badan kita termasuklah dikawasan kemaluan..untuk meratakan kwasan tersebut kita akan meratakannya mengunakan tangan..Jd wudhu kita akan batal..adakah mandi wajib saya juga akan batal?

    Assalamualaikum wbt.

    Saya tidak pernah berjumpa dalil menyatakan sentuh kemaluan membatalkan mandi wajib. Insya-allah mandi wajib saudara sah.

  103. nak tahu berkata

    1)salam ustaz..maafkan saya,sy ingin bertanya tentang solat wajib.. masa kita duduk untuk baca tahiyat awal,adakah tangan kanan terus di genggam(kcuali jari telunjuk) atau adakah saat ingin menyebut ucapan 2 kalimah syahadah baru genggamkan tangan?

    2)lepas dah mengucap 2 kalimah syahadah itu,perlu leraikan tak genggaman tu n ltak tgn sperti keadaan tangan kiri?atau biarkan sahaja genggaman itu setelah selesai bacaan tahiyat awal n tahiyat akhir..? harap ustaz dapat menjawabnya dgn secepat mungkin..saya benar2 nak tahu… trma kasih..wassalam..

    Assalamualaikum wbt.

    Sila baca di sini
    http://soaljawab.wordpress.com/2008/07/31/ringkasan-sifat-solat/

  104. Regina berkata

    Assalamualaikum… saya cuma nak kepastian tentang perlukah kita mandikan sekali rambut yang gugur dan kuku yang dipotong semasa haidh ketika mandi wajib. Shukran…

    Assalamualaikum wbt.

    Tiada dalil yang sahih menyatakan wajib atau sunat mandikan kuku dan rambut yang telah dipotong. Jadi tidak perlu menyusahkan diri. Sila search, sudah ada jawapan yang detail tentang hal ini.

  105. hehe berkata

    macam mane nk niat mandi wajib……….assalammualaikum

    Waalaikumussalam.

    Niat dihati, bla buat sesuatu dalam keadaan sedar dan tahu, pasti sudah ada niat. Lainlah dalam keadaan mengingau, tidak sengaja dan lain-lain.

  106. konfius berkata

    assalammualaikum ustaz saya ingin bertanya mengenai mengambil wuduk.ianya perlu dilakukan sebelum mandi wajib ker.terima kasih

    Waalaikumussalam.

    Ya, sila baca semula topik ini, jawapan sudah dijelaskan.

  107. kamil berkata

    assalamualaikum ustaz.saya nak tanya kalau tengok video lucah lepas tu terkeluar sasuatu dari kemaluannya.perlukah mandi wajib? saya hanya bertanya.jangan salah faham

    Assalamualaikum wbt.

    Seandainya keluar mani, maka wajib mandi, jika tidak keluar mani, tidak wajib mandi. Sila search perkataan mani di dalam blog ini. Dan jauhi perbuatan menonton video lucah, ia satu dosa bahkan akan menggalakkan kita untuk berzina, merogol dan lain-lain. Allah Maha Penerima Taubat.

    Walahua’lam.

  108. alai berkata

    asalamualaikum..saya ada soalan, bagaimana kah kalau kita sedang selesma? adakah kita patut menghilangkan najis di dalam hidung itu,

    Assalamualaikum wbt.

    Apa yang ada di dalam hidung bukanlah najis.

  109. cik ti berkata

    salam ustaz

    saya nak bertanya…

    kebiasaanya saya mandi membersihkan badan dahulu (sabun, shampoo dsb), selepas itu baru saya mandi wajib…

    adakah betul cara saya itu?

    Waalaikumussalam wbt.

    Insya-allah tiada masalah dengan cara tersebut. Insya-allah sah.

  110. Miss yt berkata

    Saya dan suami selalu tidur memakai seluar dalam sahaja tapi kami tak bersetubuh. Tetapi kemaluan kami bersentuhan dengan lapik.Perlu ke mandi wajib utk sembahyang?

    Assalamualaikum wbt.

    Seandainya keluar mani, maka wajib mandi, jika tidak, tidak wajib mandi.

  111. zuzun berkata

    berkumur wajib ke sunat…ade dalil2 tk?

    Assalamualaikum wbt.

    Ulama khilaf, ada yang kata wajib, ada yang kata sunat, senang cerita buat sahaja, lagipun berkumur-kumur dan masuk air di dalam hidung ni kan sunnah.

  112. ragu2 berkata

    askum ustaz saya ingin bertanya sahkah jikalau kita sabun,syampu,menggosok gigi dan mencuci muka smasa kita mandi wajib.terima kasih

    Assalamualaikum wbt sah, tapi kenapa nak buat waktu mandi wajib, buatlah selepas mandi wajib selesai. Mandi wajib buat macam dalam hadith. Dapat pahala ikut sunnah.

  113. Fisabililah berkata

    salam….sy nk tau,cara sy mndi wajib sperti niat,ratakan air sluruh bdn sbanyak 3 kali,sterusnya ratakan air sluruh bdn kanan,diikut pula kiri sbanyak 3 kali,sterusnya sy meratakan air dtempat2 yg berbulu sbnyak 3 kali,dan tmpat2 yg zahir sperti kmaluan,ktiak,hdung,mata,telinga dan pusat,bkumur skali….stelah slesai,sy yakin air sudah meratai seluruh bdn sy,sy ratakan skali lg air d sluruh bdn sy sbnyk 3 kali….dn sy akhirinye,adakah ia batal or tidak?krana sy kurang pasti sbb masa sy tingkatan 5,sy ade blaja mgenai mandi wajib,tp ustazah sy x trangkan lebih details,tu yg membuat sy rs mcm blom sempurna,adakah cara sy membatalkan mandi wajib?

    Assalamualaikum wbt.

    Mandi wajib saudara tidak batal Insya-allah. Selepas ini amalkanlah sebagaimana yang ada dalam sunnah Rasulullah saw

  114. ragu2 berkata

    tp ustaz jikalau saya telah mandi wajib saya sabun,syampoo,gosok gigi dan cuci muka.adakah saya perlukah saya mandi wajib semula??????

    Assalamualaikum wbt. Kenapa perlu diulang? Mandi wajib anda sah Insya-allah.

  115. Hamba Allah berkata

    Ustaz,adakah sah mandi wajib saya dengan hanya niat,meratakan air ke seluruh badan,kepala dan kaki tetapi x ikut sunnah seperti diatas?adakh sah ustaz?

    Assalamualaikum wbt, insya-Allah sah, tapi kenapa tak mahu buat ikut sunnah, bukankah kita ini umat Rasulullah saw, setiap hari kita lafaz kalimah syahadah.

  116. alimies berkata

    saya nak tanya satu soklan…….kalu kita niat mandi wajib dengan hanya niat…….’sahaja aku mandi wajib’ itu saja,tiada kerana allah taala dlm niat……..sempurna tak niat itu dan boleh tak? minta penjelasan TQ

    Assalamualaikum wbt.

    Niat ialah sesuatu di hati, bukan lafaz-lafaz di lidah atau susunan ayat, jika sedar apa yang kita buat, tahu apa yang kita buat, dan buat ikhlas kerana Allah, maka itulah niat kita.

  117. yanni berkata

    bagaimana nak buat aqiqah?

    saya ada 4 org anak lelaki berumur antara 2bln hingga 6thn, dan saya memang ada niat nak buat kenduri aqiqah sekali gus kenduri cukur rambut untuk anak saya yg baru lahir. Cuma saya tidak tahu macam mana buat aqiqah, sebab kalau nak korban kan lembu ianya cuma di gunakan 1/7 drpd kesuluruhan tubuhnya. Tapi jika nak korban kan kambing tak kan saya nak cari sampai 8 ekor kambing, lebih mahal plak kalau nak beli seekor lembu?

    Jika jawapan uztaz adalah lembu, macamana saya nak menyempurnakan niat aqiqah tersebut? Bolehkan saya memberi amanah kepada si penyembelih tadi untuk mengagih-agihkan daging tersebut, atau adakah perlu memasaknya untuk dijadikan salah satu juadah dalam kenduri tersebut?

    Assalamualaikum wbt.

    Sila baca di sini
    http://soaljawab.wordpress.com/category/aqiqah/
    .

  118. ekyzm berkata

    assalamulaikum..

    ustaz..
    saya nak tanya sekira saya terpegang kasut yg diperbuat daripada kulit khinzir di kedai, adakah saya perlu menyamak tangan saya..

    dan..
    adakah segala solat dan amalan saya xsah selagi saya tidak menyamak tangan saya..

    terima kasih

    Assalamualaikum wbt.

    Tidak perlu samak, boleh search di dalam blog ini tentang khinzir atau babi, sila baca di sini
    http://soaljawab.wordpress.com/2008/10/18/was-was-tentang-anjing-dan-babi/

    http://soaljawab.wordpress.com/2007/05/06/bolehkah-qiaskan-babi-dengan-anjing/

  119. alimies berkata

    kalu kita berwuduk…….dan tidak ulang 3 kali……buleh tak? hanya sekali sahaj..

    Assalamualaikum wbt.

    Boleh, Rasulullah saw pernah melakukannya, 3 kali hanya sunat.

  120. alimies berkata

    ASSALAMUALIKUM….SYA SERING WAS-WAS DLM NIAT SEMASA SOLAT…….RASA MCM TK SEMPURNA…APAKAH CARA UNTUK MENGELAKKAN SIFAT WAS-WAS…….

    Waalaikumussalam wbt.

    Abaikan perasaan was-was itu, teruskan sahaja solat. Ia adalah permainan syaitan. Jika dilayan ia akan menjadi kebiasaan lalu setiap kali solat akan timbul was-was.

  121. alimies berkata

    APAKAH SAH SOLAT SESEORANG ITU JIKALAU MENAHAN KENTUT KETIKA SOLAT…..

    Assalamualaikum wbt.

    Menahan kentut tidak membatalkan solat, kentut membatalkan solat. Sila search di dalam blog ini.

  122. alimies berkata

    macam mn kita nk tentukan samada pakaian kita ada najis ker tak,sebab nk buat solat….apakah aspek yg perlu ambil kira…sebab andaikata pakaian kita bergesel dengan tapak kasut dan kita tak nmpk ada najis….adakah ianya dikategori terkena najis……..was2…minta bantuan usraz..TQ

    Assalamualaikum wbt.

    Abaikan was-was, jika tiada bukti ada najis, maka ia suci.

  123. fiqriz berkata

    assalamualaikum

    Jika dalam bulan puasa, suami isteri melakukan persetubuhan dan kemudian mereka bagun lewat sehingga sudah terlepas waktu sahur (yakni sudah subuh) dan masih belum mandi wajib. Niat puasa sudah dilafazkan sblm tidor mlm td. Baru nk mandi wajib lepas subuh. Adakah puasa masih sah?

    Assalamualaikum wbt.

    Puasa sah ia pernah berlaku kepada Rasulullah saw.

  124. Erwin Tanjung berkata

    nahan..kentuk ya ngak batal. Tapi kenapa harus di tahan. Buang saja dan berwudhuk lagi. Nahan kentu sama artinya sholat ingat kentut.Islam itu mudah kok. Usah ditahanlah walaupun tidak batalkan sholat. Ok

  125. Ketidaktahuan berkata

    Assalamualaikum

    saya nak tanya ni, saya ada terbaca satu artikel JAKIM yang mengatakan kita mestilah meratakan air keseluruh badan dalam dua posisi iaitu dengan berdiri dan mencangkung. Sekiranya tidak berbuat demikian, maka tidak sahlah mandi wajib kita.
    Boleh tak tolong terangkan secara mendalam keadaan ini???
    Dan lagi satu, artikel itu turut menyatakan :

    Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

    Boleh tak tolong terangkan secara mendalam keadaan ini juga???
    Saya musykil… tidak tahu sama ada mandi wajib saya sah atau tidak….

    Assalamualaikum wbt
    apa yang diterangkan oleh JAKIM itu tidak ada asalnya dari al-Quran dan as-Sunnah. Jika air rata seluruh tubuh, buat dalam keadaan ada niat insya-Allah sah.

  126. amir berkata

    assalamualaikom..
    ustaz sy nk tnye..
    perlukah kite mengikut kiblat ketika mandi wajib..???
    terima kasih..

    Waalaikumussalam wbt.

    Tidak perlu, tidak ada dalil menyatakan sedemikian.

  127. amir berkata

    assalamualaikom..
    mule2 sy amik wuduk pas2 sy niat dn siram air dikepale sy disebelah kanan dn diikutu sebelah kiri..kemudian sy sapu kn keseluruh tubuh..dn setelah yakin sy telah merata kn air ke seluruh tubuh sy mengambil wuduk lg sekali..adakah sah mndi wajib sy itu..???adakah sy boleh terus solt seperti biasa..??
    terima kasih ustaz

    Assalamualaikum wbt,

    Insya-allah sah

  128. bonjai berkata

    assalamualaikum ustaz..

    sy nak bertanya,sy ada menggunakan losyen badan.tapi tgn sya masih xnak hilang warna nya walaupun setelah digosok berkali2.

    adakah mandi wajib sya sah?

    Assalamualaikum wbt, seandainya losyen saudari menghalang air sampai ke kulit, ia boleh menyebabkan mandi wajib tidak sah.

  129. adakah boleh jika sye mandi wajib sambil berdiri

    Assalamualaikum wbt.

    Boleh sahaja mandi wajib berdiri, tiada masalah.

  130. kiet berkata

    Assalamualaikum pak ustaz..

    sy ingin tanye ,Kebisaannye kite membasuh telinge tempat yg zahir sajer ttp klau air masuk ke dlm telinge seperti Tersumbat
    bagai manakah mandi wajid tersebut..

    Selepas Keluar air mani,sy prgi ke tandas utk buang air kecil,Selepas selesai buang air kecil, dlm mase brp minit tipe2 keluar air seperti air mazi..adakah kite perlu tunggu air mazi tersebut keluar barulah kite blh mandi wajib ?

    Waalaikumussalam wbt.

    Tidak perlu tunggu habis keluar air mazi. Air mazi keluar tidak menyebabkan wajib mandi, yang wajib apabila keluar mani.

    Wallahua’lam, sila search tentang mani dan mazi di dalam web ini.

  131. kiet berkata

    Assalamualaikum..

    kalau kita mandi wajib.sah atau tidak apabila air masuk ke dlm telinga sehingga tersumbat..
    tolong bagi pejelasan..

    Waalaikumussalam wbt
    Insya-allah sah. Tiada sebab untuk menyatakan ia tidak sah.

  132. puteri berkata

    salam…
    adakah sah mndi wajib,jika x ambl wudhuk??
    boleh kah kita mndi wajib dgn cara duduk bertinggung??

    Waalaikumussalamwbt.

    Insya-allah sah, hanya sunat mengambil wudhu. Tidak ada masalah mandi wajib bertinggung, boleh sahaja bertinggung, berdiri, menyangkung dan lain-lain

  133. azmi berkata

    assalammualaikum ustaz

    Ustaz, apakah sama sahaja semasa dalam niat solat, kita terus saja takbir ratul ihram dan meneruskan solat kita, contohnya sebab kita tahu kita hendak solat zuhur ataupun secara berjamaah.

    apa yg saya belajar dahulu

    1. Ucapkan usolli……
    2. Takbir Allah Hu Akhbar dan serentak dgn itu mesti lafaz niat dalam hati “aku solat fardu zohor 4 rakaat tunai kerana Allah, kalau saya tak lafaz niat dalam hati masa takbir sah ke solat saya??? sedangkan saya memang tahu saya nak solat isyak ke, subuh ke atau solat solat sunat yg lain.

    adakah mesti juga lafaz niat dalam hati semasa mandi hadas (aku mandi hadas besar kerana Allah) sedangkan kita memang tahu tujuan kita ke bilek air dan kenapa kita mandi

    kalau saya tak lafaz niat dalam hati itu, sah ke mandi hadas saya?

    saya menunggu hukum2 penjelasan.

    Assalamualaikum wbt.

    Apa yang saya boldkan pada tulisan saudara adalah maksud yang betul tentang niat. Niat itu mudah, kerana salah faham, kita telah menjadikannya sukar.

  134. budak comel berkata

    jikalau saya dan suami melakukan persetubuhan pda bulan puasa…dan ia dilakukan selepas kami bersahur..dan waktu syuruk da abis …jadi kami xsempat nk mandi wajib..adakah puasa kami di terima…tetapi kami sudah niat untuk puasa

    Assalamualaikum wbt.

    Oleh kerana persetubuhan tersebut dilakukan sebelum masuknya waktu Subuh, Insya-Allah puasa sah. Cuma saya nasihatkan sepatutnya suami pada waktu tersebut bersiap ke masjid, bukan bersetubuh.

  135. sham berkata

    sy nak tanyer….ape beza mandi junub dgan mandi wajib?apakah mandi junub ni stelah bersetubuh?apakah mandi wajib ni bila keluar mani?

    Assalamualaikum wbt.

    Sama sahaja tiada bezanya. Keduanya hukumnya wajib, tatacaranya pun sama.

  136. aisyah berkata

    Askm ustaz,
    Buat pengethahuan ustaz saya baru sahaja berkahwin. Saya dan suami agak kerap melakukan hubungan seksketika ini.
    Soalan saya bolehkah /adakah cara yang membolehkan saya dan suami mandi menqada’kan mandi wajib?

    Sebagai contoh sekiranya kami melakukan seks selepas waktu asar dan kemudiannya smbyg maghrib bila tiba waktu dan hanya mandi wajib sebelum waktu isya’atau kami terpaksa mandi wajib 5x sehari setiapkali sebelum masuk waktu smbyg?

    Assalamualaikum wbt.

    Wajib suci bila bersolat, dan wajib solat pada waktunya. Tiada rukhsah untuk qadha mandi wajib. Seandainya rasa berat nak mandi wajib banyak kali, maka kurangkanlah hubungan seks, jika mahukan hubungan seks menjadi ibadah, maka ia hendaklah tidak mengabaikan ibadah-ibadah yang lain.

  137. Yana berkata

    Assalamualaikum,

    saya ingin bertanya. Baru ni saya baru mandi hadas besar. Tapi terlupa untuk membasuh dalam hidung. Adakah ianya masih sah? Atau perlukah saya mandi sekali lagi mandi hadas besar?
    Tentang niat, dibaca “Nawaitu rafahal hadasil akhbari, fardhal aliya lillahi taala”
    saya terjumpa dalam buku ianya dieja “fardhan”. Sebutan yg betul adakah “fardhan” atau “fardhal”? Lagi satu “A’laiya” atau “Aliya”?

    Assalamualaikum wbt.

    Niat di hati, bukan di mulut. Tidak perlu melafazkan niat, ia bukan dari sunnah Nabi saw bahkan menyusahkan anda sebagaimana yang berlaku di atas.

    Terima Kasih.

  138. Bingung berkata

    akum ustaz saya ingin bertanya…

    1:saya selalu was2 dgan mandi wajib saya,walaupun telah meratakan air keseluruh badan,patutkah saya ulang mandi wajib???

    2:apabila saya mengulangi mandi wajib ,mandi wajib yg kedua saya rasa terlupa sama ada saya ada basuh tapak kaki atau tidak,sedangkan mandi wajib pertama saya sudah meratakan air keseluruh badan,,,perlukah diulang lg mndi wajib????harap sangat ustaz dapat membantu…terima kasih..

    Assalamualaikum wbt.

    Usah dilayan was-was yang ada. Ia adalah mainan syaitan, apabila sudah dilakukan mandi sebagaimana sunnah Rasulullah SAW, usah hiraukan was-was itu.

    Syarat sah mandi wajib rata walau hanya dengan sekali sahaja. 3 kali adalah sunat sahaja.

  139. secret berkata

    adakah salah kalau orang lain turut juga menggunakan sabun yang kita guna untuk membasuh tangan kiri…??harap sangat ustaz dapat membantu…terima kasih….

    Assalamualaikum wbt.

    Tidak ada apa-apa masalah, boleh sahaja. Apa yang saudara musykilkan sebenarnya tentang hal ini?

  140. jj berkata

    akum ustaz saya nak tanya..

    1. berapa kali harus saya mandi wajib jika saya berjimak pada pagi kemudian saya berjimak pada tgh hari dan petang dalam satu hari

    2. adakah berdosa jika saya mandi wajib hanya sekali selepas saya berjimak di waktu petang itu ( kumpulkan sekali ).

    harap ustaz dapat membantu

    Assalamualaikum wbt.

    Bagaimana saudara solat kalau mandi wajib sekali sahaja? Meninggalkan solat adalah dosa besar.

Tinggalkan jawapan

XHTML: Anda boleh menggunakan tag ini: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>