Koleksi Soal Jawab Agama

Weblog Ini Adalah Weblog Khas Untuk Soal Jawab Agama

Arkib bagi Hari 20 April 2007

Tangguh Solat Sebab Migrain

DIkirim oleh mohd masri di April 20, 2007

Salam

Dlm keadaan seseorang diserang migrain (yang perlu makan ubat dan tidur), yang manakah patut dilakukan? (situasi utk solat maghrib)

i) tangguhkan solat dan qadha’ ketika bangun waktu mlm (utk khusyuk).
ii) gagahkan diri utk solat (utk solat dalam waktunya-wlpn sakit, dan xda dalil mengharuskan dilewatkan maghrib: betul ke?)

JKK
Wassalam
Baca baki entri ini »

Dikirim dalam solat | Leave a Comment »

Menumpang Kenderaan Bukan Mahram

DIkirim oleh mohd masri di April 20, 2007

salam ustaz

saya ada persoalan, apakah hukumnya saya terpaksa menumpang kereta kawan sepejabat yg bukan mahram ketika melakukan tugas di luar daerah…hal ini terpaksa dilakukan sebab pekerjaan itu hanya memerlukan 2 org pekerja iaitu saya dan dia ditambah pula saya tidak ada kenderaan sendiri…WA

sekian Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Hubungan Lelaki Perempuan | Leave a Comment »

Tinggat Solat Ketika Bersalin

DIkirim oleh mohd masri di April 20, 2007

Salam

Moga dirahmati Allah semuanya,

Maklum ler, pompuan jika bersalin kadang2 tu sampai 11 – 18 jam menahan sakitnya nak bersalin nie…Dalam masa tu, mereka hanya mampu berbaring menahan kesakitan.

Jadi dalam masa sebelum bersalin tu…solat masih wajib atas diorang atau tidak???…atau wajib solat sehinggalah kuar anak beserta darah nifas??….kalo tak solat kena qada’ ler jawapnyer…gitu ker???…

Minta penjelasan abang2 panel… Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Wanita, solat | Leave a Comment »

Menumpang Kenderaan Bukan Mahram

DIkirim oleh mohd masri di April 20, 2007

assalamualaikum wbt..

saya ada satu kisah dan ingin pendapat semua dari segala aspek terutama dari segi hukum syarak. harap dapat perhatian..

pada suatu hari, saya sedang dalam perjalanan ke suatu tempat yang agak jauh dari rumah saya. disebabkan tiada sesiapa yang dapat menghantar saya, saya mengambil keputusan untuk berjalan kaki seorang diri dan hanya memohon perlindungan daripada Allah SWT. Dalam perjalanan, saya terkejut kerana tiba-tiba sebuah kereta kancil berwarna merah memperlahankan keretanya dan berhenti beberapa meter dari saya. Macam kenal. Saya punya hanya meneruskan perjalanan hingga sampai dekat dengan kereta tersebut. Pemandunya memanggil nama saya. Rupa-rupanya, dia adalah rakan karib abang saya yang memang saya kenal.

Dia pun mengajak saya menumpang keretanya. Saya rasa tidak sampai hati untuk menolak dan saya pun menumpang keretanya sehingga sampai ke destinasi yang dituju.

Persoalannya, adakah patut saya menumpang kereta tersebut?

Wassalam. Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Hubungan Lelaki Perempuan | Leave a Comment »

Ibu Bapa Tanggung Dosa Anak dan Amar Ma’ruf Nahi Munkar

DIkirim oleh mohd masri di April 20, 2007

Salam ustaz

kat sini ana ada dua soalan:

1: betulkah perempuan yg baligh dah belum kawin lagi dosa yg dbuat olehnya ditanggung oleh bapanya…ana dengar ramai ustaz cakap camni?

2. selemah2 iman ialah mencegah kemungkaran dengan hati. adakah kita berdosa kalau kita hanya mampu cegah dengan hati Yellow Sad , tambahan pula pada zaman yang banyak maksiat ni?

wassalam Baca baki entri ini »

Dikirim dalam amar ma'ruf nahi mungkar, ibu bapa | 3 Komen »

Aurat Dengan pembantu Rumah

DIkirim oleh mohd masri di April 20, 2007

Salam

Kami bercadang untuk mengambil pembantu rumah (orang gaji) untuk meringankan kerja-kerja rumah dan untuk membantu menjaga anak memandangkan saya bekerja.

Persoalannya;
a) Bagaimana aurat pembantu rumah dengan suami saya?

b) Adakah suami saya bertanggungjawap ke atas aurat nya. (Sekiranya dia membuka aurat pada bukan muhrim yang lain)?

c) Bolehkah saya meninggalkan suami dan anak-anak (berumur 4 dan 2 tahun) bersama orang gaji sekiranya saya outstation (berkursus) selama beberapa hari?

Saya harap ada yang sudi membantu dan menjawap persoalan ini.

Terima kasih. Yellow Laugh
Wassalam
Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Aurat | Leave a Comment »

Wanita Haidh Masuk Masjid dan Mani Wanita

DIkirim oleh mohd masri di April 20, 2007

Salam

Sedikit persoalan tentang haid yang saya btul2 belum yakini

1) persoalan tentang wanita dlm haid masuk masjid. Saya mengikuti kuliah fiqh mara’ah dari seorg dr yang faqih(komtemporari), dia mengatakan wanita haid boleh memasuki kwsn luar masjid shj dan haram memasuki tempat solat dan pengharaman itu bukanlah krn bimbang darah bertitik tapi krn telah di ttpkan haram..Dan saya juga mengikuti pembelajaran kitab jawahir thaniah( sheikh daud alfathani)(tradisional) dgn seorg ust, dan ust mengatakan wanita haid haram sama sekali memasuki kawasan masjid termask kawasan luar(halaman masjid)..maksudnya haram memasuki kawasan dalam pagar masjid dan sebabnya krn bimbang darah menitik, mengotori kwsn masjid…jadi saya masih keliru dan xyakin pendapat mana yang ingin saya pegang..krn saya bljr dari dua pendapat berbeza, tradisional dan kontemporari..harap ust dpt bantu saya..mana satu pendapt perlu saya pegang.

2) tantang air mani.. ada pendapat mengatakan air mani wanita hanya akan keluar apabila berlaku persetubuhan shj, berbeza dgn lelaki boleh keluar bila-bila shj apbl terangsang..betulkah pendapat ini?bolehkah ust terangkan dan bezakan antara air mani, air mazi dan wadi?..bagaimana untuk mengenalpastinya? Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Bersuci, Wanita | Leave a Comment »

Hukum Berkawan Berlainan Jantina

DIkirim oleh mohd masri di April 20, 2007

Salam Di sini saya ada kemusykilan tentang hukum sekiranya bersahabat atau berkawan dengan ajnabi.Apakah hukum sebenar bg konteks ini?
Saya ade sedikit cerita yang ingin dikongsikan.Maklumat ini diberi oleh kawan lelaki saya.Dia memberitahu saya apabila dia pulang dari Yamen.Dia mengatakan bahawa dia mengetahui satu pendapat dari alim ulama’ iaitu drpd. prof syed najib asybiti yang berpendapat haram hukumnya bagi seorang lelaki dan perempuan berkawan tanpa ikatan dan niat kahwin walaupun untuk tujuan belajar.Jadi,sejak itu kami tidak berkawan lagi.Maka,adakah benar hukumnya begitu?
Diharap sudi untuk menjawab persaoalan ini dan segala kerjasama saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Wassalam
Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Hubungan Lelaki Perempuan | 3 Komen »

Potong Kuku Waktu Dalam Pantang

DIkirim oleh mohd masri di April 20, 2007

ana yg cetek agama ingin bertanya kepada ustaz2 di al-ahkam adakah benar di dalam islam perempuan yg didalam pantang tidak dibenarkan memotong kuku sewaktu didalam pantang bersalin.

ramai orang di sekeliling ana mengatakan tak boleh dalam islam dan ada segelintir yg mengatakan boleh.ana betul2 keliru

ana harap dapat penjelasan yang logik dan tepat menurut al-quran dan hadis

terima kasih Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Akahlak, kebersihan | Leave a Comment »

Seks Dalam Keadaan Berbogel

DIkirim oleh mohd masri di April 20, 2007

Salam

Apakah hukum berjimaa’ dlm keadaan bogel merupkan perbuatan yang terdapat hadith yang melarangnya? Bagaimana pula dengan ayat al-Qur:an ” Perempuan2 kamu seperti ladang bagi kamu”? Baca baki entri ini »

Dikirim dalam Perkahwinan, seks | 34 Komen »