| Adab-adab memasuki rumah baru secara khusus, tidak pula diperincikan didalam Islam. Namum demikian, terdapat amalan-amalan yang digalakkan kepada orang-orang Islam melakukannya yang dikategorikan sebagai ZIKIR kepada Allah apabila melangkah masuk kedalam rumah. Amalan-amalan ini sebagai contoh:
a. Memberi salam ketika masuk ke rumah. <div align=”right” dir=”rtl”> [color="#ff00000" size="3"]فَإِذَا دَخَلْتُمْ بُيُوتًا فَسَلِّمُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ تَحِيَّةً مِنْ عِنْدِ اللَّهِ مُبَارَكَةً طَيِّبَةً</font> <div align=”left” dir=”ltr”> Kita digalakkan memberi salam semasa masuk kedalam rumah. b. Membaca Ayat Al-Kursi semasa didalam rumah bagi tujuan menghalau syaitan <div align=”right” dir=”rtl”> [color="#0000ff" size="3"]وعن أبي هريرة أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال: سورة البقرة فيها آية سيدة آي القرآن لا تقرأ في بيت فيه شيطان إلا خرج منه: آية الكرسي وكذا </font> <div align=”left” dir=”ltr”> c. Membaca beberapa do’a yang disunatkan membacanya. Ibnu Utsaimin apabila ditanyakan mengenai do’a yang boleh dibaca ketika memasuki rumah baru, beliau mencadangkan agar : Apabila seseorang itu memasuki rumah bagi kali yang pertama, ia harus berkata : <div align=”right” dir=”rtl”> [color="#0000ff" size="3"]أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق</font> <div align=”left” dir=”ltr”> Dia juga boleh berkata : <div align=”right” dir=”rtl”> [color="#ff00000" size="3"]رَبِّ أَنْزِلْنِي مُنْزَلًا مُبَارَكًا</font> <div align=”left” dir=”ltr”> d. Menyediakan jamuan atau Wakeerah – menjemput jiran baru Mengenai persoalan pindah rumah baru, Dr. Abdul Fattah Ashour, Professor Ulum Al-Quran di Al-Azhar berkata : “Berpindah ke rumah baru merupakan satu kegembiraan dan kesyukuran. Anda digalakkan oleh sunnah menyediakan makanan yang panggil ‘Wakeerah’ dan menjemput jiran-jiran baru agar anda berpeluang bergaul dengan kenalan baru dan akan merapatkan hubungan ukhwah dikalangan kamu. Ini juga dapat membantu anda menyerap kedalam suasana baru dengan mudah. Anda juga digalakkan membaca do’a-do’a yang telah diajar oleh Nabi saw, yang biasa dibaca apabila masuk kedalam rumah, samada ia rumah baru atau pun tidak”[1] Begitulah serba sedikit amalan-amalan yang digalakkan kita membaca semasa memasuki rumah secara umum, samada baru ataupun yang lama. Menyediakan jamuan bagi tujuan menjalinkan silatul rahim adalah digalakkan demi mewujudkan kesinambungan didalam hubungan sosial dengan masyarakat setempat. Islam amat perihatan dari segi menjaga hubungan diantara JIRAN-JIRAN. Walau apa sekalipun bentuk amalan fizikal, Umat Islam digalakkan berdo’a bagi manifestasikan kesyukuran, memohon keselamatan dan perlindungan dari Allah swt. Wallahu ‘alam -wassalam- Rujukan : 1] Dr. Abdul Fattah Ashour. Etiquette of Moving to a Newly Built House Fatwa IslamOnline. url : http://www.islam-online.net/fatwa/english/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=55341 |



