Koleksi Soal Jawab Agama

Weblog Ini Adalah Weblog Khas Untuk Soal Jawab Agama

Arkib bagi Hari 19 April 2007

Harta Untuk si Mati

DIkirim oleh mohd masri di April 19, 2007

Assalamualaikum,

Minta sedikit penjelasan mengenai perkara berikut;

apakah sampai perbelanjaan harta kepada simati yg dikeluarkan setelah meninggal.

Cth membeli saham wakaf atas nama simati.

Jazakallah

jawapan:

wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan Zubayr_72 dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Imam Nawawi rh. mengatakan sepakat ulama’ mengatakan bahawa amalan harta boleh sampaikan ganjarannya kepada si-mati, InsyaAllah.

Dari Abu Hurairah ra, :-

أَنَّ رَجُلا قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ أَبِي مَاتَ وَتَرَكَ مَالا وَلَمْ يُوصِ ، فَهَلْ يُكَفِّرُ عَنْهُ أَنْ أَتَصَدَّقَ عَنْهُ ؟ قَالَ : نَعَمْ .

“Telah datang seorang lelaki dan berkata kepada Nabi saw : Bapaku telah mati dan meninggalkan harta, akan tetapi dia tidak membuat wasiat. Adakah boleh mngkifaratkannya jika saya melakukan sedekah bagi pihaknya? Baginda menjawab : YA”. [Hadith Riwayat Muslim #1630].

Dari A’isyah ra. :-

أَنَّ رَجُلا قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ أُمِّيَ افْتُلِتَتْ نَفْسُهَا ( أي : ماتت فجأة ) ، وَإِنِّي أَظُنُّهَا لَوْ تَكَلَّمَتْ تَصَدَّقَتْ ، فَلِي أَجْرٌ أَنْ أَتَصَدَّقَ عَنْهَا ؟ قَالَ : نَعَمْ

“Telah datang seorang lelaki dan berkata kepada Nabi saw : Sesungguhnya ibuku tiba-tiba mati dan aku rasakan jika aku bercakap dengannya dia akan memberikan sedekah, Apakah aku mendapat ganjaran jka aku memberi sedekah bagi pihaknya. Baginda menjawab : YA” [Hadith Riwayat Muslim #1004]

Imam Nawawi ketika mensyarahkan hadith ini (Sharh Muslim) mengatakan :-

وَفِي هَذَا الْحَدِيث جَوَاز الصَّدَقَة عَنْ الْمَيِّت وَاسْتِحْبَابهَا , وَأَنَّ ثَوَابهَا يَصِلهُ وَيَنْفَعهُ , وَيَنْفَع الْمُتَصَدِّق أَيْضًا , وَهَذَا كُلّه أَجْمَعَ عَلَيْهِ الْمُسْلِمُونَ

“Didalam hadith ini menunjukkan bahawa dibenarkan memberi sedeah bagi pihak si-mati dan mustahab (digalakkan) hukumnya, ganjaran akan sampai kepada si-mati dan memunafaatkannya, dan ia juga memberi munafaat kepada orang hidup yang melakukan sedekah. Ini adalah Ijma’ seluruh Ulama.”

Kesimpulannya, hukumnya boleh memunafaatkan harta si-mati dan sampai ganjarannya. WA.

Sekian, wassalam


al-ahkam

Dikirim dalam Jenazah | Leave a Comment »

Khatib Tidak duduk di antara dua khutbah

DIkirim oleh mohd masri di April 19, 2007

Assalamualaikum,

bebaru ni, terjadi di salah sebuah masjid di Pandan, selepas selesai khutbah ke 2, muncul seorg mengambil mike dan berkata bahawa khutbah jumaat tidak sah kerana khatib tidak duduk diantara dua khutbah. Lalu beliau melafazkan bacaan khutbah ke 2 selepas itu. Kami jemaah kemudian bersolat jumaat berimamkan khatib seperti biasa. yakni tanpa sujud sahwi ataupun solat zuhur terkemudiaannya.

namun setelah selesai solat jumaat, sekumpulan drpd jemaah bangun mengerjakan solat zuhur.

setahu saya duduk antara 2 khutbah adalah syarat sah khutbah mengikut syafie. Apakah perlakuaan sewajarnya jika berlaku perkara diatas.

terima kasih

jawapan:



salam,

Allahu ta’ala ‘alam. Para ulama’ khilaf. Dan semmgnya dalam mazhab syafi’i spt yg terdapat di dlm fiqh manhaji mengatakan bhw duduk itu menjadi syarat sah kpd khutbah. Ini berdasarkan kpd hadis bukhari dan muslim yg memaparkan Rasulullah duduk di antara khutbah. Namun mazhab hanbali tidak pula berpendpt demikian. Dr Wahbah dalam Fiqh Islami jil 2 mengatakan mustahab duduk di antara dua khutbah.

Persoalannya, apabila ada khilaf spt di atas, apakah perkara di atas wajar berlaku?

Kita di M’sia rata2 bermazhab syafi’i. Jadi berdasarkan fiqh syafi’i khutbah berkenaan semmgnya tidak sah. Tetapi, ingin juga kita bertanya, apakah semua yg kita amalkan di m’sia ini mazhab syafi’i? Sedar ataupun tidak, byk juga kita menyimpang darinya termasuk juga dalam bab solat jumaat ini. Pon begitu, tidak pula kita mengatakan jumaat itu tidak sah. Mungkin krn tidak tahu, maka tidak pula mereka bangkit sptmana kes di masjid pandan yg enta maksudkan.

Oleh itu, dalam hal yg khilaf, kita tidak boleh bertegas. Sptmana kaedah fiqh mengatakan ‘La yunkaru al-mukhtalafu fihi wa innama yunkaru al-mujma’u ‘alaih’ iaitu tidak dingkari perbuatan yg diperselisihkan, apa yg diingkari ialah yg telah disepakati. WA.

wassalam

al-ahkam 

Dikirim dalam solat jumaat | 1 Komen »

Hukum Sambut Birthday?

DIkirim oleh mohd masri di April 19, 2007

Assalamualaikum….

Saya ingin bertanya apakah hukumnya menyambut hari lahir secara besar-besaran dengan meniup lilin dan memotong kek disertai dengan lagu selamat hari lahir. Adakah ia bercanggah dengan cara Islam atau tidak?

jawapan:

Para fuqaha’ sejak dulukala (bila Birthday Nabi saw (Maulid) disambut bermula abad ke 4H), tidak sepakat mengenai hukum birthday: ada yg keras mencegahnya dan ada yg mengharuskan kerana ia adat sahaja.
Kami memilih pendapat Prof Dr al_Imam Abdallah Yusof alQaradawi dari Dhoha, Qatar, mujtahid yg masih hidup dan menyaksikan karenah birthday ini (Islam Online):
Dr Qardhawi menggesa umat Islam meninggalkan amalan ini kerana ia tidak significant kerana peningkatan umur bukanlah suatu yg ganjil dan luarbiasa atau suatu achievement yg sukar diperolehi. Lebih dari 6 bilion umat manusia meningkat umurnya saban tahun dan ia bukanlah suatu yg perlu disambut kerana peningkatan umur ini terlalu rutin dan proses tabi’iy saban tahun sahaja.
Lazimnya kita membuat kenduri atau sambutan kesyukuran bila kita dapat mencapai sesuatu kejayaan yg jarang2 dicapai oleh orang lain. WaLlahu a’alam

P/S: Birthday dibawa masuk oleh Kerajaan Fatimiyah di Egypt pada abad ke 4 H dan kemudian di Iraq (Mosul) oleh Syaikh Umar bin Muhammad bin Malla. Buku Maulid yg pertama dikarang oleh Hafiz bin Dahiya dgn jodol atTanweer fi Mawlidil Basyirin Nadzir. Maulid (Birthday) ini kemudian disambut oleh sultan dan pemerintah dan akhirnya umat Islam semakin menjadi-jadi menyambut upacara ini (Prof Syurbasyi, yas-aluunak)

al-ahkam 

Dikirim dalam adab, perayaan | Leave a Comment »

Menghadiri Pesta Perkahwinan Di Gereja

DIkirim oleh mohd masri di April 19, 2007

Salam

Jika org bukan islam menjemput kita ke majlis perkahwinan nya yang dibuat di gereja, bolehkah kita menghadirinya ? .

jawapan:

SJ – 2176 : MENGHADIRI PESTA PERKAHWINAN DI GEREJA
</center></div></font>

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara solid di atas pertanyaannya itu .

[color=blue] Islam tidak melarang seseorang muslim itu untuk berbuat baik terhadap orang-orang bukan Islam selagi mereka tidak menunjukkan sikap permusuhan mereka terhadap Islam dan umatnya . [/color]

Lantaran itulah Allah Ta’ala telah berfirman di dalam ayat 8 dan 9 , Surah al-Mumtahanah :

<center><font size=+1 color=blue>
لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ
</center></div></font>

Ertinya : [color=blue] “ Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil “ . [/color]

<center><font size=+1 color=blue>
إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَن تَوَلَّوْهُمْ وَمَن يَتَوَلَّهُمْ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
</center></div></font>

Ertinya : [color=blue] “Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan orang-orang yang memerangimu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu itu sebagai kawanmu . Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim “[/color].

Begitulah prinsip Islam terhadap golongan bukan Islam , iaitu berbaik-baik dengan mereka yang tidak memusuhi Islam dan umatnya dan bersikap tegas dan keras terhadap golongan yang menentang Islam dan umatnya .

[color="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/color]

[color=blue] Kembali kita kepada topik yang dikemukakan di atas . Semata-mata masuk ke dalam gereja itu , tidak kami temui sebarang larangannya di dalam agama kita ( sepanjang pengetahuan kami yang sedikit ini ) . [/color]

Walaupun begitu , ada beberapa perkara penting yang perlu kita perhatikan bersama , iaitu :

( 1 ) ~ Hadist Baginda Rasulullah s.a.w :
<center><font size=+1 color=blue>
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَان
</center></div></font>

Ertinya : [color=blue] “ Sesiapa sahaja di kalangan kamu yang melihat kemungkaran , maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangan ( kuasa ) , maka jika cara itu tidak terdaya dilakukannya maka hendaklah dengan menggunakan lisan ( nasihat dan teguran ) , dan kalau tidak mampu juga dengan lisan , maka hendaklah dicegah kemungkaran itu dengan hatinya ( dengan perasaan tidak suka / tidak redha ) , kerana itu adalah selemah-lemah iman “[/color] ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh al-Imam Muslim rh , al-Imam Ahmad rh , al-Imam Abu Daud rh dan al-Imam Ibnu Majah rh .

( 2 ) ~ Atsar ( kata-kata sahabat r.a ) :
<center><font size=+1 color=blue>
عَنْ عَلِيٍّ قَالَ صَنَعْتَ طعَامًا فَدَعَوْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَاءَ فَرَأَى فِي الْبَيْتِ تَصَاوِيرَ فَرَجَعَ
</center></div></font>

Ertinya : [color=blue] Saidina Ali r.a pernah berkata : “ Aku pernah membuat makanan lalu aku menjemput Baginda Rasulullah s.a.w , maka manakala sahaja dia sampai ke rumahku , dilihatnya ada gambar-gambar di dalam rumahku , lalu Baginda s.a.w pun balik “[/color] ~ Diriwayatkan oleh al-Imam Ibnu Majah rh .

( 3 ) Sabda Baginda Rasulullah s.a.w lagi :
<center><font size=+1 color=blue>
مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلَا يَقْعُدَنَّ عَلَى مَائِدَةٍ يُدَارُ عَلَيْهَا بِالْخَمْرِ
</center></div></font>

Ertinya : [color=blue] “ Barang siapa yang benar-benar beriman dengan Allah dan Hari Akhirat , maka janganlah sekali-kali di dalam satu majlis ( hidangan ) yang disediakan arak padanya “[/color] ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad rh , al-Imam Nasaie rh , al-Imam at-Tirmidzie rh dan al-Imam al-Hakim rh .

( 4 ) ~ Saidina ‘Umar al-Khattab al-Faruq r.a pernah berkata :
<center><font size=+1 color=blue>
إِنَّا لَا نَدْخُلُ كَنَائِسَكُمْ مِنْ أَجْلِ التَّمَاثِيلِ الَّتِي فِيهَا الصُّوَر
</center></div></font>

Ertinya : [color=blue] “ Sesungguhnya kami tidak masuk ke dalam gereja-gereja kamu wahai orang-orang Kristian disebabkan di dalamnya ada patung-patung yang bergambar “[/color] ~ Diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari rh di dalam Kitab as-Solah .

[color="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/color]

Mungkin timbul persoalan di benak kita apabila kita menghayati sabda-sabda Baginda Rasulullah s.a.w dan kata-kata para sahabatnya r.a : [color=blue] “ Kalau begitu , bagaimanakah kita hendak menghadiri majlis perkahwinan yang diadakan di gereja , tokong , kuil , walhal sudah pasti di sana diadakan upacara-upacara yang bertentangan dengan Islam seperti menyembah patung-patung , mengelilingi api , nyanyian-nyanyian keagamaan mereka , adat persandingan , dihidangkan arak dan sebagainya ? , dan bagaimanakah pula kita hendak meneruskan hubungan baik kita dengan rakan-rakan kita yang bukan beragama Islam ? . “ .

JAWAPANNYA : [/color]

Di sini ada beberapa cara yang Insya-Allah boleh menyelesaikan kemelut itu :

[color=blue] { 1 } ~ [/color] Biasanya , pesta-pesta perkahwinan yang diadakan di dalam rumah-rumah ibadat orang-orang bukan Islam itu tidaklah terhenti di situ sahaja . Malahan mereka mengadakan majlis makan-minum – kenduri di rumah-rumah mereka .

Samalah dengan kita selaku orang-orang Islam , kebanyakan kita hanya menjadikan masjid sebagai tempat melakukan upacara Akad Nikah sahaja , tetapi kenduri di rumah-rumah kita , ataupun di balairaya – balairaya dan bagi yang berduit banyak , di hotel-hotel .

Oleh itu , jika kita benar-benar bimbang kita terbabit dengan majlis-majlis yang yang bertentangan dengan Islam , maka kita [color=blue] TANGGUHKANLAH [/color] kehadiran kita ke majlis akad nikah mereka .

Tidak perlulah kita ke gereja ataupun tokong ataupun kuil mereka . Kita Cuma perlu hadir ke rumah-rumah mereka sahaja yang di situlah mereka mengadakan majlis kenduri .

[color=blue] { 2 } ~ [/color] Kalau kita bimbang juga kita dikira “ bersyubahat “ kerana di dalam majlis-majlis kenduri mereka sudah pasti dihidangkan juga makanan dan minuman yang diharamkan kita menikmatinya , maka kita [color=blue] TANGGUHKANLAH [/color] kehadiran kita sehingga selesai majlis itu .

Apabila selesai majlis itu , kita pun melawat rakan kita itu dan memohon maaf di atas kelewatan kita lalu kita pun “ berbasa-basi “ dan menikmati makanan dan minuman yang halal yang masih ada ( kalau tiada pun tidak mengapa , sebab yang lebih penting ialah menjaga hubungan kita dengan dia ) , dan akhirnya kita pun memberinya hadiah sempena perkahwinannya itu .

Bukankah cara kedua ini juga tidak menjadi apa-apa masalah bagi kita dan sekaligus masih boleh menjaga hubungan baik kita dengan dia ? .

[color=blue] { 3 } ~ [/color] Kalau cara kedua “ tak jalan “ . Maka [color=blue] TANGGUHKANLAH [/color] lagi kehadiran kita ke suatu masa yang sesuai . Hubungilah kawan kita itu di hari itu dan katakanlah padanya bahawa kita tidak dapat hadir langsung ke majlis perkahwinannya ataupun rumahnya di hari itu .

Katakanlah juga padanya , bahawa kita akan menziarahinya 2-3 hari selepas itu dengan membawa hadiah perkahwinannya yang lebih cantik dan bagus sebagai GANTI ( qodho ) ketidak-hadiran kita ke majlis perkahwinannya .

Bukankah cara yang ketiga ini juga tidak berat untuk kita lakukan ? . :smirk:

Dan bukankah cara itu juga boleh menyebabkan hubungan kita dengan dia yang tidak beragama Islam itu berterusan dengan baik , sekaligus menyediakan peluang untuk kita berdakwah kepadanya ? . :yess

[color=blue] Umat Islam hendaklah sentiasa “ cerdik “ , “ berhati-hati “ dan juga “ sentiasa berdakwah “ dengan segala kebolehan yang ada !!! . [/color]

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

[color="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/color]

<font size=+1 color=blue>RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN </div></font>

[color=red] 1 ~ FATAWA MU’ASIROH III ( ms 668 ) [/color]
~ Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi ha
Penasihat & Mufti Negara Qatar serta Dekan Fakulti Syariah di Qatar ..

[color=red] 2 – KATA BERJAWAB : 1 –5 [/color]
Oleh : al-‘Allamah Ustadz Abd. Qadir Hassan rh
Topik : Mendatangi Pesta Kahwin Di Gereja , Halaman : 806 – 807
Terbitan : Yayasan al-Muslimun , Bangil , Indonesia
Harga : 10.00

al-ahkam 

Dikirim dalam Perkahwinan, non muslim | Leave a Comment »

Adab Memasuki Rumah Baru

DIkirim oleh mohd masri di April 19, 2007

Adab-adab memasuki rumah baru secara khusus, tidak pula diperincikan didalam Islam. Namum demikian, terdapat amalan-amalan yang digalakkan kepada orang-orang Islam melakukannya yang dikategorikan sebagai ZIKIR kepada Allah apabila melangkah masuk kedalam rumah. Amalan-amalan ini sebagai contoh:

a. Memberi salam ketika masuk ke rumah.

<div align=”right” dir=”rtl”> [color="#ff00000" size="3"]فَإِذَا دَخَلْتُمْ بُيُوتًا فَسَلِّمُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ تَحِيَّةً مِنْ عِنْدِ اللَّهِ مُبَارَكَةً طَيِّبَةً</font> <div align=”left” dir=”ltr”>
“Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik.” – [Al-Nur 24:61]

Kita digalakkan memberi salam semasa masuk kedalam rumah.

b. Membaca Ayat Al-Kursi semasa didalam rumah bagi tujuan menghalau syaitan

<div align=”right” dir=”rtl”> [color="#0000ff" size="3"]وعن أبي هريرة أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – قال: سورة البقرة فيها آية سيدة آي القرآن لا تقرأ في بيت فيه شيطان إلا خرج منه: آية الكرسي وكذا </font> <div align=”left” dir=”ltr”>
Diriwayatkan dari Abu Hurairah (r.a) bahawa Rasulullah saw bersabda :’Didalam surah Al-Baqarah ada ayat yang merupakan penghulu Al-Quran, Tidak dibaca didalam rumah, kecuali akan keluar Syaitan dari [rumah]nya : Ayat Al-Kursi’ – Hadith ini juga diriwayatkan dari Isnaad lain, dari Zaa’idah dari Hakim ibn Jubayr, Kemudian dia berkata, Isnaad in Sahih walaupun mereka (Al-Bukhari dan Al-Muslim) tidak meriwayatkannya.

c. Membaca beberapa do’a yang disunatkan membacanya.

Ibnu Utsaimin apabila ditanyakan mengenai do’a yang boleh dibaca ketika memasuki rumah baru, beliau mencadangkan agar :

Apabila seseorang itu memasuki rumah bagi kali yang pertama, ia harus berkata :

<div align=”right” dir=”rtl”> [color="#0000ff" size="3"]أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق</font> <div align=”left” dir=”ltr”>
(‘Auzdhu bi kalimaat-Illaah it-taammaati min sharri ma khalaq.)
“Aku memnohon perlindungan dengan kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan makhluknya”

Dia juga boleh berkata :

<div align=”right” dir=”rtl”> [color="#ff00000" size="3"]رَبِّ أَنْزِلْنِي مُنْزَلًا مُبَارَكًا</font> <div align=”left” dir=”ltr”>
(Rabbi anzilni munzalan mubaarakan)
“Wahai Tuhanku, turunkanlah daku di tempat turun yang berkat ” al-Mu’minun 23:29]

d. Menyediakan jamuan atau Wakeerah – menjemput jiran baru

Mengenai persoalan pindah rumah baru, Dr. Abdul Fattah Ashour, Professor Ulum Al-Quran di Al-Azhar berkata :

“Berpindah ke rumah baru merupakan satu kegembiraan dan kesyukuran. Anda digalakkan oleh sunnah menyediakan makanan yang panggil ‘Wakeerah’ dan menjemput jiran-jiran baru agar anda berpeluang bergaul dengan kenalan baru dan akan merapatkan hubungan ukhwah dikalangan kamu. Ini juga dapat membantu anda menyerap kedalam suasana baru dengan mudah.

Anda juga digalakkan membaca do’a-do’a yang telah diajar oleh Nabi saw, yang biasa dibaca apabila masuk kedalam rumah, samada ia rumah baru atau pun tidak”[1]
——

Begitulah serba sedikit amalan-amalan yang digalakkan kita membaca semasa memasuki rumah secara umum, samada baru ataupun yang lama. Menyediakan jamuan bagi tujuan menjalinkan silatul rahim adalah digalakkan demi mewujudkan kesinambungan didalam hubungan sosial dengan masyarakat setempat. Islam amat perihatan dari segi menjaga hubungan diantara JIRAN-JIRAN. Walau apa sekalipun bentuk amalan fizikal, Umat Islam digalakkan berdo’a bagi manifestasikan kesyukuran, memohon keselamatan dan perlindungan dari Allah swt. Wallahu ‘alam

-wassalam-

Rujukan :

1] Dr. Abdul Fattah Ashour. Etiquette of Moving to a Newly Built House Fatwa IslamOnline. url : http://www.islam-online.net/fatwa/english/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=55341


al-ahkam

Dikirim dalam adab, doa, zikir | Leave a Comment »

Bergerak, Kentut dan was-was di dalam solat

DIkirim oleh mohd masri di April 19, 2007

Assalamua’laikom,

1. Saya mengalami masalah resdung dimana seringkali lendir mengalir ke anak tekak melalui rongga hidung. Oleh itu bila setiap kali saya solat saya terpaksa berhenti seketika untuk meludah lendir tersebut ke sapu tangan. Ini menjadikan setiap kali saya solat saya telah melakukan pergerakkan di samping peluang untuk mendapatkan khusyuk solat tiada langsung. Apakah solat yang saya lakukan itu sah? tidak sah? atau makruh?.

2. Saya sering mengalami masalah kentut terutama ketika hendak menyiapkan diri untuk solat. Ini menyebabkan setiap kali nak solat saya kena ke tandas samada untuk memastikan kentut keluar atau memaksa buang air besar bagi memastikan rasa nak terkentut hilang. Ini menyebabkan saya terpaksa mengambil masa yang lama sebelum mendirikan solat dan Menyebabkan setiap kali waktu solat saya rasa phobia. kerana saya tak seperti orang lain yang mudah saja untuk mendirikan solat tanpa perlu berulangkali ke tandas.

3. Adakala ketika solat saya rasa macam saya terkentut ini disebabkan rasa nak terkentut tadi hilang tetapi saya tak dapat pastikan sebab tak der rasa angin keluar. Oleh itu bagaimana saya nak pastikan bahawa saya benar2 terkentut?

4. Saya mengalami masalah was-was yang teruk dalam segala hal dari segi kebersihan sampailah kepada hal2 solat dan makanan. Contoh:- kalau saya pergi tandas dan saya rasa macam ada setitik air mercik ke kulit kaki saya maka serta merta saya akan rasakan seluar saya juga terkena percikan tersebut. begitu juga bila saya buang air besar selesai membasuhnya saya akan mencium jari tangan saya berkali2 bagi memastikan tiada bau.

5. Perlukah kita membawa sabun setiap kali ke tandas awam bagi memastikan bau tahi ilang? katakan jika kita buang air besar dan ada sedikit bau yg tak ilang dari jari kita walaupun sudah dibasuh berkali2 hanya kerana tiada sabun di tandas tersebut bagaimana pula kita nak memakai seluar takut dzat bau tadi berjangkit ke seluar?

jawapan:

1. Pergerakan anda dalam memindahkan lendir resdung itu tidak termasuk pergerakan yg membatalkan solat. Maksud pergerakan yg membatalkan solat ialah pergerakan yg sengaja dan neraca banyaknya pergerakan itu merujuk pada adat (uruf) Fatwa anNawawi, alMajmu’ 4/26 cetakan Kaherah)
Status solat anda adalah sah dan segerakan merawati penyakit resdung (sinus) kerana ia suatu penyakit yg merbahaya (P/S: air sinus atau lendir itu tidak najis).
2. Kentut yg banyak disebabkan angin dalam badan disebabkan selalunya sistem penghadaman yg tidak cerna dgn sempurna atau anda mengambil makanan yg berangin spt kekacang. Cara mengelakkan was-was akibat kentut ialah berwudhu’ dan solat dengan segera dan tetap yakin hingga anda dengar bunyi atau bau sahaja. maka ketika itu anda dikehendaki berwudhu’ (bila dengar bunyi atau bau) Fiqh Sunnah. P/S: rawatan sementara ialah mengambil serbuk ENO, pil senokot, makan makanan seimbang atau yg penting dapatkan nasihat doktor
3. Kentut yg sahih ialah berdasarkan dalil hadis: HR atTermidzi dari Abu Huraiara ra,” tidak wajib wudhu’ kecuali kerana kedengaran bunyi atau bau.”
4. Perasaan was-was itu dari syaitan dan juga kekurangan ilmu agama (terutama fiqh). Budaya taklid madzhab tertentu atau hanya berpegang dengan satu guru sahaja menyebabkan anda merasakan agama ini suatu kesempitan. Iqra’ (bacalah) dan belajarlah.
5. Air mutlak boleh menghilangkan apa jua najis. Tidak perlu membawa sabun kemana sahaja kita pergi kerana ini menyulitkan. Sedangkan Islam itu agama yg mudah. Allahu a’alam

al-ahkam

Dikirim dalam solat | 2 Komen »

Lalu Depan Orang Solat

DIkirim oleh mohd masri di April 19, 2007

Assalamu’alaikum!
Bolehkah Ustaz nyatakan nas yang melarang kita lalu dihadapan orang yang sedang solat? Jika benar terdapat larangan seperti itu, bagaimana dalam keadaan orang yg ramai seperti di Masjidil Haram, bukankah ianya akan menyukarkan pergerakan seseorang? Saya pernah terbaca @ terdengar riwayat yg melarang seseorang itu lalu dihadapan org yg solat krn jika ia mengetahui dosanya, ia akan lebih rela berdiri 40 tahun di tempat ianya berdiri. Adakah riwayat ini shahih? Jazakallah!

jawapan:

Wassalam
Jawab:
Nas yg melarang:
HR Bukhari (alSahih: 1/584, # 510), Muslim (alSahih, 1/363, # 507),” seandainya seorang yg lewat di hadapan orang yg solat mengetahui akan dosanya, pasti dia rela berdiri 40 (hari) akan lebih baik berbanding melewati orang yg sedang solat.”
alHafeedz Asqalani (fathul bari 1/585) menetapkan larangan itu meliputi mesjid Nabawi dan mesjid alHaram kerana mana ada lagi mesjid di zaman itu melainkan mesjid Nabawi dan mesjid alHaram? WA :o

al-ahkam 

Dikirim dalam solat | Leave a Comment »

Gambar Kekasih

DIkirim oleh mohd masri di April 19, 2007

Salam
Diharapkan panel di sini sudi menjawab. Apakah hukum merenung gambar kekasih dgn perasaan rindu dan sayang :love sedangkan pemakaiannya di dalam gambar adalah sopan/menutup aurat? Adakah ianya juga dilarang? Diharap panel di sini dapat memberikan jawapannya. Syukran. Jazakallahu khairan kathiran.
Wassalam

jawapan:

Wassalam

Jawab:
Islam tidak melarang cinta dan kasihsayang. “Dijadikan indah pada manusia kecintaan pada apa-apa yg diingininya yaitu perempuan..” Ali Imran: 14
Walaupun Islam tidak menghalangnya, tapi Islam memantau dan membuat pagar-pagar cinta agar tidak menjerumuskan pasangan itu pada kecelakaan.
perihal memandang pasangan masing2, ia disuruh oleh agama.
HR Bukhari-Muslim dari alMughirah ra, ” adakah kamu melihat (bakal tunang kamu)? jawab alMughira,” Belum.” Sabda Nabi saw,” Lihatlah perempuan itu kerana dgn melihat membuka jalan kasihsayang antara kamu.”
melihat berulang kali itu pulak ditegah: HR Abu Daud dan atTermidhi dari Ali ra,” Wahai Ali, janganlah kamu susuli pandangan pertama dgn pandangan yg seterusnya, sesungguhnya pandangan pertama adalah milik kamu, tapi pandangan kali kedua bukan lagi milik kamu.” WA

al-ahkam 

Dikirim dalam Hubungan Lelaki Perempuan, Perkahwinan | Leave a Comment »

Menghembus Hingus Ketika Solat, Bergerak lebih 3 kali

DIkirim oleh mohd masri di April 19, 2007

Ketika Menunaikan solat saya berada dalam keadaan berhingus, dan ketika duduk diantara dua sujud saya berhenti dan menghembuskan hingus beberapa kali ke atas saputangan dengan menggunakan kedua2 tangan. perbuatan saya ini diperhatikan oleh rakan saya. Lalu setelah solat rakan saya mengatakan solat saya batal kerana perbuatan saya itu. Dia mengatakan sepatutnya saya menggunakan sebelah tangan dan menghembuskan hingus tadi ala kadar saja tak perlu bersungguh2. Cukup hingus yang nak meleleh tadi keluar.
Pertanyaaan saya. Benarkan solat saya batal atau makhruh saja? jika berlaku lagi keadaan di atas bagaimana harus saya lakukan supaya kelihatan tertib.

apa pula yang harus dilakukankan kiranya kita bersin? bagaimana tertib bagi orang yg bersendawa ketika solat? perlukah dia menahannya?

sekian

jawapan:

Dinyatakan bahawa baginda S.A.W pernah bersembahyang dlm keadaan mengangkat cucu perempuannya, Umamah. Apabila sujud, baginda S.A.W meletakkannya dan apabila berdiri baginda mengangkatnya kembali. (Hadith Riwayat Syaikhan)

Baginda S.A.W pernah membuka pintu kepada aisyah R.A ketika berada di dlm solat.

Terdapat khilaf di kalangan fuqaha dlm mendefinisikan pergerakan yang sedikit ataupun pergerakan yang banyak. Ada di kalangan mereka, jika seseorang melakukan banyak pergerakan, jikalau dilihat dari belakang, dia seolah2 tidak melakukan salat dan sekiranya kurang dari itu, dikira pergerakan yang sedikit. Ada sesetengahnya pula berpendapat sebarang pergerakan boleh membatalkan sembahyang.

Imam An-Nawawi berkata: “Jika seseorang melakukan banyak pergerakan/perbuatan yang tidak termasuk dalam salat, maka batal solatnya. Ini adalah pendapat jumhur. Alla kullihal, sekiranya perbuatan itu sedikit, maka ia tidak membatalkan solat dan tiada khilaf di kalangan fuqaha akan perkara ini.

Sungguhpun demikian, khilaf di kalangan ulama adalah dlm perkara mendefinisikan apa dan bagaimana perbuatan/pergerakan yg sedikit dan banyak. Terdapat 4 qaul dlm mendefinisikan perkara ini. Pendapat ke-4 adalah pendapat yg masyhur yg diterima oleh kebanyakan para fuqaha. Perbuatan/pergerakan yg sedikit seperti mengangguk, menanggalkan kasut, memakai semula ketayap yang terjatuh, membawa atau mendukung anak kecil, menghalang seseorang daripada melintasi orang yg sedang solat, menutup aurat yang terbuka atau perbuatan2 yang seumpamanya.

Adapun perbuatan yang lain, dikira sebagai pergerakan/perbuatan yang banyak (sbg contoh: berjalan beberapa langkah berturut2), ini akan membatalkan solat.
Imam An-nawawi berkata: “Fuqaha bersepakat bahawa perbuatan yang banyak akan membatalkan solat sekiranya dilakukan secara berturut2 dan berterusan. Sekiranya, ia memisahkan perbuatan itu dgn melangkah, kmdn berhenti seketika, kemudian mengambil langkah lagi, kemudian diam, kemudian mengambil langkah, maka ia tidak akan membatalkan solat. Menggerakan jari ketika tasyahud ataupun menggaru, tidak membatalkan solat walaupun dilakukan berturut-berturut tetapi ia adalah makruh.”

Imam as-syafie berkata, “walaupun seseorang itu mengira bilangan ayat di dlm surah menggunakan jari, perbuatan itu tidak membatalkan solat tetapi sebaiknya menjauhi akan ia.”

Perbuatan saudara sekiranya sekali imbas seolah2 saudara tidak melakukan solat. oleh itu sekadar menggunakan sebelah tangan dgn sekali mengelap sahaja. Sungguhpun demikian ia adalah makruh.

Adapun bersin dan sedawa, cukup sekadar menutup dgn tangan utk mengelakkan dari tersembur kena yang lain atau bau merebak.

Rujukan;
Fiqhus Sunnah, Sayyid Sabiq
Fiqh Islami, Wahbah Zuhaili


Tahqeeqan:
Kata-kata manusia boleh ditolak kecuali Muhammmad saw (Imam Malik). Berhingus dan berkahak bukanlah dayaupaya manusia menahannya jika ia ingin keluar termasuklah waktu solat. Maka pendapat yg mengatakan solat seseorang batal atau makruh kerana seseorang ingin mengeluarkan hingus dan kahaknya adalah tertolak kerana ia adalah kesulitan dan kesukaran bagi seseorang dan ia bukan disengajakan. Maka pergerakan ini adalah harus. alBukhari dalam sahihnya menjelaskan cara membuang kahak,” janganlah membuang ke arah kiblat tapi buanglah ke sebelah kiri atau di bawah kaki.” (alSahih, Jld 1/108)
2. Tatacara bersin dlm solat: alImam Ibn Hazm (alMuhalla: 4/46) meriwayatkan sebuah hadis dari Rafa’ah bin Rafi’ bahawa boleh mengucap AlhamduliLlah ketika bersin dlm solat dan solat tidak batal. Hukum ini disahkan oleh madzhab Ahmad dan Syafi’iy (Ibn Qudamah alMaqdisi, alMughni: 1/745)
3. Sendawa dan menguap ni adalah sebangsa dan uruf pun memandang sebagai kurang etika jika dilakukan dengan terang-terangan. Jika terpaksa juga hendaklah menahan sedaya mungkin atau mengawalnya sebaik mungkin. (Ibn Abi Syaibah, alMusannif: 2/188) WA

al-ahkam 

al-ahkam

Dikirim dalam solat | Leave a Comment »

Menguap Dan Adab-adabnya

DIkirim oleh mohd masri di April 19, 2007

Assalamualaikum ahli panel sekelian,
Saya ada terbaca beberapa artikel berkaitan dengan menguap yg mana ada kaitannya dengan syaitan, ini kerana bila sembahyang suka nak menguap pulak..dan dlm artikel tersebut menyatakan nabi saw tak pernah menguap, adakah ada hadis berkaitan menguap ini dan bagaimanakah cara nak mengatasinya..
sekian, terimakasih

jawapan:

enarlah apa yang saudara baca di dalam artikel itu. Perkara ini (menguap) banyak terdapat di dalam hadis-hadis sahih. Berikut adalah di antara hadis-hadis(maksud hadis) tersebut:

Dari Abu Hurairah dari Nabi saw ia bersabda:
“Sesungguhnya Allah Taala suka kepada orang yang bersin dan benci kepada (orang yang) menguap. Apabila salah seorang dari kalian bersin dan mengucapkan hamdalah kepada Allah Taala adalah hak bagi setiap muslim mendengarnya membaca ‘YarhamukAllah’(Semoga allah memberi rahmat kepadamu). Adapun menguap itu adalah dari syaitan. Apabila salah seorang dari kalian menguap maka hendaklah ia mengembalikan (mulutnya) sedapat-dapatnya. Sesungguhnya apabila seseorang dari kalian menguap, syaitan pun tertawa kerananya.” [Riwayat Bukhari]

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Menguap (dengan mulut terbuka luas) merupakan gangguan dari syaitan. Apabila ada di antara kamu yang menguap maka hendaklah dia menutup mulutnya mengikut kemampuan.[Riwayat Muslim]

Dari Abu Sa’id Al-Khudri ra dari Nabi saw ia bersabda:
“Jika ada di antara kamu menguap, tutuplah mulutmu kalau-kalau syaitan masuk” [Riwayat Abu Dawud]

Terdapat beberapa hadis lain lagi yang berkisar perihal menguap dan adab-adabnya. Dan kesemua hadis-hadis tersebut membawa kepada satu makna, iaitu Islam tidak suka seseorang menguap terutama tanpa menutup mulut apatah lagi ketika sembahyang.

Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid berkata, dari hadis-hadis yang mengkhabarkan perihal menguap ini, boleh disimpulkan bahawa:
1. Syaitan menyukai manusia yang menguap kerana ia tanda kemalasan
2. Syaitan memasuki seseorang itu ketika menguap.
3. Syaitan mentertawakan sesiapa yang menguap dan memperlekehkan keburukan wajah diri yang sedang menguap

Maka jelas menguap itu satu tingkahlaku yang tidak beradab/baik. Bahkan dibenci Allah. Oleh yang demikian, seseorang itu hendaklah cuba sedaya upaya untuk tidak menguap. Cubalah sedaya upaya untuk merapatkan mulut ketika menguap sedapat yang mungkin. Sekiranya perlu, tutuplah mulut dengan tangan. Dan juga janganlah menghasilkan sebarang suara ketika menguap itu. Sekian.

Wassalam

Rujukan

Terjemah Al-Azkar
oleh Imam An-Nawawi

www.Islam-qa.com

http://hadith.al-islam.com/

al-ahkam 

Dikirim dalam adab, solat | Leave a Comment »