Koleksi Soal Jawab Agama

Weblog Ini Adalah Weblog Khas Untuk Soal Jawab Agama

Arkib bagi Hari 18 April 2007

Aurat Wanita Dengan Mahram dan Wanita Yang Lain

DIkirim oleh mohd masri di April 18, 2007

BATASAN AURAT BAGI WANITA

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh

[Syaikh Masyhur Hasan Salman -hafizhahullah-)

Pertaanyaan:

Apa batasan aurat bagi wanita terhadap wanita lain dan juga terhadap
mahramnya?

Jawapan:

Apa yang difahami kebanyakan orang bahawa aurat wanita terhadap wanita lain dan juga mahramnya adalah yang antara pusat dan lutut, merupakan perkara yang keliru. Yang benar adalah sebagaimana yang Allah sebutkan di dalam surah An-Nur: “Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya & janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka…” kemudian disebutkan sesiapa sahaja yang menjadi mahramnya. Nah
berdasarkan ayat ini, dibolehkan bagi wanita untuk memperlihatkan anggota badannya yang boleh diletakkan perhiasan baik kepada mahramnya ataupun kepada sesama kaum wanita. Adapun anggota badan yang tidak biasa diletakkan perhiasan maka tidak boleh diperlihatkan kecuali kepada suami. Hal ini didasari oleh keumuman hadits: “Sesungguhnya wanita itu aurat.”

Rambut misalnya, rambut boleh dipasangi perhiasan sehingga boleh diperlihatkan. Demikian juga leher ke atas biasa dipasangi perhiasan sehingga boleh diperlihatkan. Juga tangan dan bahagian bawah betis (pergelangan kaki) juga
biasa dipasangi perhiasan sehingga boleh ditampakkan. Adapun menampakkan paha, buah dada, punggung dan semisalnya baik kepada sesama wanita ataupun mahramnya, hukumnya haram.

Demikian juga tidak diperbolehkan mengenakan pakaian yang menampakkan bentuk anggota tubuhnya  di hadapan mahramnya seperti seluar panjang yang ketat atau pakaian yang tipis. Ini semua haram hukumnya. Namun boleh baginya
melakukan hal itu di hadapan mahramnya ketika melakukan pekerjaan rumah apabila dia membalutkan kain atau mengenakan pakaian panjang yang menutupi seluarnya itu sampai kedua lututnya.

Apabila dia ingin menyusui puteranya, maka dekatkan si anak ke teteknya di balik tudungnya/kain penutup dan jangan dia tampakkan buah dadanya di hadapan ayahnya atau saudara lelakinya. Inilah rasa malu yang seharusnya dipegang teguh oleh setiap wanita

assunnah 

Dikirim dalam Aurat, Wanita | 2 Komen »

Membersihkan Pelaburan Haram

DIkirim oleh mohd masri di April 18, 2007

Apa nak buat kalau dah labur dalam skim pelaburan yang haram?

jawapan:

ustaz zaharuddin-

Salam,

Jwpn panjang telah saya jwb di web saya , sila buka http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=435&Itemid=72

jwpn ringkas seperti berikut :-

Bagaimana Nak Buat Jika Dah Menyertai ? 
Ramai yang menghubungi saya lalu bertanya :

•1) Modal boleh ambil semula atau tidak?

Jawapnya : Modal boleh diambil semula, ini kerana sesebuah aqad transaksi Riba tidak diiktiraf dalam Islam. Justeru bermakna, modal yang telah diletakkan juga tidak hangus malah sipelabur layak mendapatkannya semula. Adapun jika, kontrak tidak boleh dibatalakan di pertengahan jalan. Harus hukumnya untuk menunggu bagi mendapatkan semula modalnya. Tidak kurang mahupun lebih.

•2) Apa nak buat dengan keuntungan yang telah diperolehi?

Para ulama dari empat mazhab telah bersepakat berkenaan kewajiban melupuskan harta haram dengan mendermakannya.

Syeikh Atiyyah Saqar (bekas Ketua Lajnah Fatwa Al-Azhar) berkata, : “Wajib melupskan harta yang haram ketika bertawbat, ia boleh dilakukan dengan memulangkan kembali harta itu kepada tuannya (jika diketahui) atau kepada warisnya, dan jika tidak mampu diketahui, hendaklah diserahkan kepada faqir miskin bagi memisahkan diri darinya dan bukannya bagi meraih pahala (dari serahan itu). ( Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, hlm 2/65)

Hujjah utama para ulama dalam hal mendermakan wang haram seperti ini adalah pelbagai hadith Rasulullah SAW yang diriwayat Abu Daud dengan sanad yang baik, hadith tentang kekalahan Rom tadi, athar dari Ibn Mas’ud yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi 6/188 dan banyak lagi.

•3) Jika Nak Derma ke mana Yang Boleh ?

Rinngkasannya mudah sahaja :-

a- Faqir miskin samada dari kalangan ahli keluarga atau tidak. Majoriti mazhab Islam termasuk ulama silam memberikan fatwa harus untuk individu yang benar-benar dalam keadaan ini menggunakannya untuk dirinya atas sebab miskin dan faqir. Ketika itu, harta yang kotor itu, tidak lagi menjadi kotor. Tetapi mestilah dengan syarat ianya disertai dengan perasaan insaf dan bertawbat dari perbuatan haramnya. (Al-Ikhtiyar li Ta’lil al-Mukhtar, 3/61 ; Al-Qawaid, Ibn Rejab, hlm 129 ; Ihya Ulumiddin, 2/145 ; Al-Majmu’ , 9/428)

SIAPA ITU FAQIR DAN MISKIN?

Menurut majoriti mazhab dan ulama, Faqir itu adalah Mereka yang tiada memilki harta (duit ataupun harta seperti kereta, rumah ) dan tiada pula kemampuannya dan kelayakan bagi mencari harta halal yang mampu mencukupi had keperlaun asasnya dari sudut makan, pakaian dan tempat tinggal bagi dirinya dan yang di bawah tanggungannya. Seperti ia perlukan minima RM 10 untuk keperluan asas, tetapi hanya perolehi RM 1, 2 atau 4 sahaja.

MIskin pula , ia memerlukan RM 10, tetapi hanya memiliki RM 7 atau 8 sahaja. Selain itu, termasuk juga mereka yang mempunyai harta tetapi tidak dapat digunakan kerana sebab-sebab tertentu seperti jauh dan sebagainya. Termasuk juga dalam takrif ini seperti para pelajar univeristi yang wangnya hanya mencukupi untuk makan dan tidak mencukupi untuk membeli peralatan asasinya seperti buku, kitab, tatkala itu ia juga dikira miskin ( Nihayatul Muhtaj, Ar-Ramli, 6/151, hlm 153)

Tetapi awas, jangan ada yang menggunakan pelbagai helah untuk menganggap diri miskin semata-mata untuk menggunakan harat haram ini untuk dirinya. Allah SWT maha mengetahui akan segala helah makhluknya.

•b- Badan Kebajikan Awam & pembinaan Kemudahan Awam Yang Halal.

Saya kira ini tidak lagi memerlukan huraian kerana kejelasannya.

•c- Masjid & Surau.

Pada asalnya ia tidak berapa digalakkan, tetapi bolehlah mengambil pandangan yang lebih ringan dalam hal ini iaitu ia merupakan pandangan Ulama Hanafi, Mazhab Syafie yang berfatwa harus menggunakan duit haram yang tidak diketahui pemilik ini untuk membina masjid dan surau. (Al-Majmu’ , 9/428 ; Hasiyah Radd Al-Muhtar, 2/92) ;

•4) Tak mampu nak derma seluruh keuntungan Riba itu sekali gus, adakah jalan lain?

Bagi yang benar-benar insaf, dan wang keuntungan masih ada, tetapi jika didermakan maka habis seluruh wang simpanan atau membawa kesukaran belanja keluarga yang teruk. Ketika itu bolehlah di dermakan wang keuntungan tersebut secara berperingkat khas bagi mereka yang berada dalam situasi ini. Ia samalah dengan dalil berkenaan tindakan khalifah Umar Ab Aziz tadi.

•5) Dah guna habis duit beli itu ini, memang tak mampu nak ganti balik.

Untuk kumpulan sebegini, yang terpenting adalah bertawbat dan memutuskan semua keterlibatan dengan wang haram ini lagi. Dalam masa yang sama memperbanyakkan sedeqah sedikit demi sedikit sepanjang hidupnya. Ianya perlu bagi menghapuskan dosa-dosa silam yang melekat di hati, kehidupan dan dagingnya. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW :-

‏اتق الله حيثما كنت وأتبع السيئة الحسنة تمحها وخالق الناس بخلق حسن

Ertinya : Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada dan ikutilah perbuatan dosamu dengan pahala, nescaya ia akan dapat memadamnya dan menjadikan kamu dengan ahklah yang mulia” ( Riwayat At-Tirmidzi , no 1910 , At-Tirmidiz : Hadith Hasan)

Disebut di syarahnya akan erti penghapusan itu :-

والمراد يمحو الله بها آثارها من القلب أو من ديوان الحفظة , وذلك لأن المرض يعالج بضده فالحسنات يذهبن السيئات

Ertinya : apa yang dimaksudkan adalah Allah akan menghilangkan kesan dosa itu dari hati, kerana kesan dosa penyakit itu dirawati dengan apa yang bertentangan dengannya, maka kebaikan menghialngkan segala kejahatan. ( Tuhfatul Ahwazi, hadith no 1910 )

•6) Bolehkah guna duit untung itu untuk buat modal perniagaan halal?

Ini juga satu persoalan yang kerap ditanya, bagi saya ia hanya akan menjadi harus sekiranya anda benar-benar dalam keadaan bermasalah sekiranya melupuskan terus wang-wang haram itu. Hanya Allah yang dapat mengetahui samada seseorang itu benar-benar sudah sampai tahap untuk mengambil pandangan yang lebih ringan iaitu, harus menggunakannya sebagai modal untuk yang halal dengan azam dan niat ikhlas untuk mendermakan modal dari yang haram itu.

Ulama silam juga pernah membincangkan berkenaan hukum menggunakan keuntungan yang didapati dari perniagaan halal, bagaimanapun modalnya adalah wang curi atau haram. Dalam hal ini, Imam Malik, Imam As-Shafie, Imam Abu Yusof dan Sheikh Zufar Huzayl bersetuju bahawa pencuri tersebut berhak mendapat bahagian keuntungan daripada pelaburannya walaupun modal asalnya adalah haram, tetapi ia wajib memulangkan kembali wang yang dicuri (wang yang digunakan sebagai modal perniagaannya atau pelaburannya) kepada yang berhak. (Bidayatul Mujtahid, Ibn Rusyd, 2/241; Rawdah at-Tolibin, An-Nawawi, 4/211; Al-Hawi, al-Mawardi, 7/337).

Berdasarkan ijtihad ini, kita berpandangan bahawa pelabur yang terdesak dan sukar untuk mendermakan sekaligus wang untungnya adalah melaburkannya ke tempat halal dan harus mengambil keuntungan daripada perniagaan/pelaburan yang dijalankan walaupun pada modal yang digunakan untuk tujuan tersebut terdapat bahagian yang haram. TETAPI PERLU DIINGAT ia hanya harus dilakukan di ketika : -

a- Telah bertawbat dari kesilapan serta menghadapi masalah untuk mendermakan secara keseluruhannya pada satu masa.

b- Di ketika insaf dan berniat ingin ‘convert’ atau mengubah semuanya kepada yang halal serta tiada modal lain.

c- Tidak lagi meneruskan aktiviti haram itu sama sekali.

Kesimpulan cara yang perlu dilakukan; ringkasnya cara umumnya adalah seperti berikut:-

Pertama : Cara terbaik adalah bertawbat. Kerana terjebak tanpa ilmu dalam saham-saham yang berunsur Riba secara sepakat ulama yang berkelayakan ini.

Kedua : Perlu diingat beberapa dalil seperti sabda Nabi SAW : ertinya ” Sesungguhnya Allah itu baik dan tidak menerima kecuali sesuatu yang baik..” ( Riwayat Muslim, 3/85 ).

Ketiga : Harta haram tidak sesekali boleh digunakan untuk manfaat diri pemiliknya, samada untuk kegunaan pembayaran cukainya, saman keretanya, makanan keluarganya, tambang basnya dan lain-lain untuk kepentingan dirinya. Apatah lagi digunakan untuk menunaikan Haji dan Umrah. Kemungkinan Haji itu dilihat sah berdasarkan rukun dan syaratnya tetapi tidak diterima Allah SWT kerana ia adalah dari hasil yang tidak baik sama sekali.

Sebuah hadith lain pula menyebut ; Ertinya : “Barangsiapa yang mengumpulkan harta yang haram kemudian mendermakannya, tiadalah baginya sebarang pahala (kerana harta itu bukan hartanya) dan penanggungan dosanya kekal (sehingga bertawbat)” (Riwayat al-Hakim, sohih menurut al-hakim dan disepakati oleh az-Zahabi ; Albani : Ianya lemah )

Berdasarkan sebuah hadith pula

كل لحم نبت من سحت فالنار أولى به

Ertinya : “Setiap daging yang tumbuh dari harta kotor ( haram) maka Neraka lebih kayak untuknya” ( Riwayat At-Tabrani, 19/136 ; Al-Mughni lil ‘Iraqi, 2/9207 ; Ithaf As-Sadat al-Muttaqin, Az-Zubaydi, 5/226)

Berdasarkan hadith ini, terdapat beberapa pihak yang keliru lalu menyangka ianya boleh digunakan untuk manfaat diri selain makan dan minum. Ini kesilapan dalam memahami konsep harta haram. Jika demikianlah, maka ramai pula yang mencuri sert6a menggunakan wang curi untuk membeli kereta sahaja. Tidak, hukum asal dalam bab harta haram ini, ianya tidak boleh digunakan untuk apa jua manfaat pemegangnya samada untuk makan atau lainnya.
al-ahkam

Dikirim dalam ekonomi | Leave a Comment »

Hukum Menjadi Hakim Penal Code

DIkirim oleh mohd masri di April 18, 2007

Soalan PAK DI :

Apa beza orang yang bekerja di perbankan riba’ dengan seorang peguam jenayah yang menggunakan penal code

Secara umum ia adalah sama, cuma terdapat perbezaan sedikit dalam hal ini adalah kerana hukum Riba adalah Qati’e sebagai haram dan tidak berubah mengikut zaman dan keadaan, tiada pula bentuk hukuman Riba yang ringan, yang ada hanya satu jenis dosa sahaja. Berbeza dengan hukuman undang-undang Shariah yang terdapat dua peruntukan, iaitu Hudud dan Takzir (Hukuman denda selain hudud yang diputuskan oleh pemerintah Islam menurut maslahat).

 

Justeru, ‘panel code’ ini, bolehlah saya kategorikan dalam jenis Takzir dari pandangan Islam, dengan syarat ia difahami sebaiknya oleh pengamal undang-undang yang beragama Islam itu bahawa apa yang ditegakkannya di mahkamah bukanlah membuang dan mengenepikan hukum Allah SWT, tapi adalah hanya kerana hukum Allah belum diwartakan, lalu kerana sebab itu mereka menggunakan hukum takzir terlebih dahulu terutamanya di ketika tahap bukti-bukti tidak mencecah tahap yang mengharuskan hudud.

Jika begini keadaan nya, maka saya boleh kata, adalah boleh kerjaya seorang peguam civil itu, dan ia berbeza dengan Riba yang jelas. Adapun hukuman jenayah, banyak bentuk dan jenis dalam Islam juga.

Kerana itu jugalah, semua Hakim Syarie yang menghukum zina dengan hukum mahkamah Shariah yang tidak menurut hukum Al-Quran secara sepenuhnya hari ini, perlu berniat dalam hatinya dan iktiqadnya bahawa hukuman 3,5,6 yang dijatuhkan adalah ta’zir sahaja dan bukan menukar hudud kepada 3,5,6 yang ditentukan manusia.

harap ianya jelas..

Sekian

 

Ust Zaharuddin

al-ahkam 

Dikirim dalam pekerjaan | Leave a Comment »

Bekerja di Bank Konvensional

DIkirim oleh mohd masri di April 18, 2007

Soalan :

 

Pak Di :

 

 

1. adakah perbankan Islam sekarang sudah mampu memberi ruang pekerjaan kepada beribu-ribu pegawai bank Muslim di bank konvensional?

2. Kalau macam tu, adakah lawyer S&P pun dapat duit haram sebab klien nak pinjaman konvensional, bukan BBA?

 

Jawapan :

1) Benar, memang belum cukup, bagi yang berminat untuk mengetahui hukum kerja di bank, insuran dan pelaburan bercampur konvensional, sila rujuk http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=240&Itemid=63

Kesimpulan saya dalam hal ini adalah, kerjaya itu tertakluk kepada jenis pekerjaan anda, tuidak semua yang bekerja di bank, syarikat insuran dan pelaburan perlu berhenti. Ia bergantung kepada direct atau tidaknya seseorang. Ini perlu penjelasan yang panjang pula, cuma boleh buka link di atas untuk memahami erti ‘direct’ dan tidak.

Justerum, yang pasti haram adalah seperti yang bekerja berkempen sebagai marketing executive, manager atau agent kepada produk home loan, credit card, car loan, saham yang tidak diluluskan Shariah. Hanay terhad kepada bentuk jawatan seperti ini.

 

2) Jawapan soalan En. Pak Di ni adalah datang dari hadith nabi yang banyak dan juga dari ayat Al-Quran, antaranya :-

a-Ayat Al-Quran : “Dan janganlah kamu Bantu membantu dalam urusan dosa dan permusuhan”

 

b- Hadith : “Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya.” (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)

 

Keterangan : Walaupun hadith ini menyebut bab arak, tetapiia merangkumi item haram yang lain berdasarkan kepada kaedah Qiyas dalam Islam.

c- Hadith : “Dilaknati Rasulullah SAW pemakan riba, dan pemberi makan, saksinya dan penulisnya” ( Riwayat Abu Daud, no 3333, At-Tirmidzi & Albani : Hasan Sohih )

Keterangan : Ingin saya jelaskan di sini bahawa erti dari hadith ini merangkumi :-

  • Pemakan Riba : Iaitu semua yang mengenakan Riba terhadap dalam pinjamannya. Dan yang menjual item Ribawi secara Riba lalu memakan untungnya, Termasuklah di dalamnya pelaburan secara ‘Fixed Depsoit’ yang memberikan jaminan untung yang sebenarnya adalah Riba secara sepakat ulama.

  • Pemberi Riba : Termasuklah orang ramai yang menggunakan khidmat yang berunsur Riba. Walaupun dengan niat tidak redha, sedangkan ia boleh memilih perbankan Islam. Dalam konteks semasa adalah pengguna kad kredit, pengguna perkhidmatan perbankan konvensional dan lain-lain.

  • Saksi : Termasuk dalam golongan ini orang yang memberi lesen, kontrak dan perniagaan kepada industri Riba. Ia adalah saksi yang meluluskan transaksi Riba, sebagaimana tugas saksi. Termasuk juga penjamin-penjamin kepada pinjaman dengan Riba, samada pinjaman pelajan, perniagaan dan lain-lain.

  • Penulis : Termasuk golongan ini adalah peguam yang merangka dokumen perjanjian pinjaman bank, insuran dan pelaburan konvensional.

d- Hadith Nabi SAW : “Sesungguhnya Allah telah mengharamkan arak, maka barangsiapa yang telah mengetahui ayat ini dan dia masih mempunyai arak walaupun sedikit, jangan minum dan jangan menjualnya.” (Riwayat Muslim)

 

Keterangan : Dalam hal ini, walaupun hadith ini menceritakan bab arak, tetapi ia merangkumi semua keterlibatan dalam hal yang diharamkan, terutama Riba yang lebih besar dosanya dari arak.

e- Hadith : “Apabila riba dan zina sudah merata di suatu daerah, maka mereka telah menghalalkan dirinya untuk mendapat siksaan Allah.” (Riwayat Hakim; dan yang seperti itu diriwayatkan juga oleh Abu Ya’la dengan sanad yang baik)

 

Keterangan : Maka, hubung kait peguam yang menyediakan dokumen pinjaman riba adalah secara langsung menyebar luaskan lagi riba di suatu daerah. Justeru, hukumnya amat jelas.

Serta banyak lagi dalil-dalil lain yang semuanya mengulang maksud-maksud dalil di atas tadi.

Justeru, dari kumpulan dalil-dalil ini, maka soalan pakdi terpaksa saya jawab dengan jelas bahawa, amat tepat bahawa semua peguam-peguam yang tolong menyediakan dokumen riba, maka secara nas hadith, mereka termasuk dalam kategori hadith (c) samada dengan suka atau tidak. Samada ada bisnes atau tutup kedai. Tiada hujah masalahat boleh diguna dalam hal ini. Ia berbeza dengan kerja di institusi konvensional secara tidak ‘direct’.

Jika ditanya, bagaimana ribuan peguam hari ni? jawabannya pertama saya adalah Allah SWT menyebut ” Dan jika kamu menuruti orang yang ramai di atas muka bumi ini maka mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah” (Al-An’am : 116).

Ini bermakna, jumlah yang ramai dan diamalkan di seluruh dunia tidak boleh menjadikan sesuatu yang haram itu halal kecuali apabila dalam keadaan tiada pilihan lain dan ia pula terdiri dari jenis hokum yang tidak ada nas specific atau dalamkata lainnya ‘Zhonniyah’ iaitu tidak Qat’ie. Bagaimanapun Riba tidak termasuk dalam kategori ini, kerana pengharamannya adalah PUTUS (QAT’IE- Tidak berubah menurut zaman).

Bagaimanapun, para peguam masih boleh mendapat wang yuran melelaui aktiviti lain, seperti mendapatkan bisnes merangka draf atau dokumen jual beli rumah yang biasa, sewa dan yang lain-lain yang tidak melibatkan Riba. Ia adalah ‘neutral’ @ Harus dari sudut hukum.

 

Jika ada pula yang ingin berhujjah menggunakan hadith :-

ليأتينّ على الناس زمان لا يبقى أحدٌ إلا أكل الربا فإن لم يأكله أصابه من بخاره

Ertinya : Akan datang satu zaman dimana tidak terkecuali seorang pun kecuali ia makan Riba dan jika ia tidak makan sekalipun, ia akan ditimpa debu-debunya” (Riwayat Abu Daud)

Bagaimanapun, hujjah ini tidak boleh diterima untuk bersikap senang-senangan dengan Riba terutamanya tahap hadith ini yang lemah menurut Imam Al-Munziri kerana perawinya bernama Al-Hasan tidak pernah bertemu dengan Abu Hurairah r.a (ini kerana menurut hadith ini dikatakan al-Hasan mendapat kata-kata Nabi SAW ini dari Abu Hurairah) – Rujuk Sunan Abu Daud dengan tahqiq Albani, hlm 374, no 3332. cet Bayt Al-Afkar.

Kesimpulan jawapan soalan kedua ini adalah, ye benar, jika yuran guaman itu diterima hasil merangka dan membuat dokumen pinjaman Riba. Ia adalah wang haram secara sepakat berdasarkan dalil-dalil di atas.

zaharuddin.net 

Dikirim dalam ekonomi | Leave a Comment »

Pinjaman Peribadi

DIkirim oleh mohd masri di April 18, 2007

Assalamualaikum

Saya ingin tahu di Malaysia ni ada ke institusi yang menawarkan pinjaman peribadi yang bertepatan dengan kehendak Islam? Pada pandangan saya, pinjaman peribadi yang ditawarkan Bank Islam kurang bertepatan kerana ada juga interest walaupun kadarnya tetap.sos

jawapan:

Ye wujud, tapi ia tidak dinamakan pinjaman peribadim sebaliknya “pembiayaan peribadi” kerana ia melibatkan proses aqad jual beli atau sewa dan bukannay pinjam meminjam.

Antara bentuknya, cuba buka web dubai islamic bank ini http://www.alislami.co.ae/en/personalbanking_Ijarahservices.htm

Inilah bentuk pembiayaan peribadi terbaik menurut Shariah, iaitu ia menggunakan konsep berbeza, Ijarah (sewa), Murabahah dan lain-lain aqad yang specific menurut keperluan pelanggan, sebagai contoh, apabila pelangga ingin duit untuk bayar yuran univeristinya, maka pihka bank akan menyewa dari univeristi seat di univ dan menyewakan kepada anda. Atau contoh lain, anda ingin buat majlis kahwin di hotel, tapi budjet tak cukup, maka pergi ke bank, pihak bank akan sewa ball room itu, then bank akan sewakan kepada anda pula dengan harga yang berlainan ( iaitu campur untung untuk bank).

Tapi ia memerlukan pelanggan bersikap telus dan memberitahu tujuan diperlukan ‘cash’ atau duit itu. Dengan cara ini, pihak Bank Islam dapat emmantau semua wang yang keluar untuk pembiayaan peribadi digunakan untuk tujuan yang menepati Sharaih sahaja.

Adapun, jika ia dirahsiakan, maka pihak bank tidak boleh membiayainya dengan cara di atas sebaliknya terpaksa menggunakan cara yang sedikit kontreversi (kerana terdapa perbezaan pandangan ulama tentangnya) di kalangan Ulama Shariah, iaitu dengan menggunakan kaedah, Bai Inah atau Bai At-Tawarruq. Tidak sempat pula saya ingin terangkan flow konsep ini di sini.

Bagaimana nak kenalinya ? ; mudah sahaja..semua Pembiayaan Peribadi secara islam mestilah di tulis ‘i’ iaitu huruf i kecil di nama produknya, untuk memaklumkan bahawa ia adalah produk secara Islam. Atau lebih, mudah, di highlightkan ia adalah pembiyaan secara Islam dan organisasi itu mempunyai Penasihat Shariahnya sendiri.

Ustaz Zaharuddin-

al-ahkam 

Dikirim dalam ekonomi | Leave a Comment »

Dinar Iraq?

DIkirim oleh mohd masri di April 18, 2007

Dinar Iraq & Untung ?

( diterbitkan oleh METRO AHAD 4 Nov 2006 )

Oleh

Ust Hj Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

Baru-baru ini, kotak email saya dan telefon bimbit saya di ‘serang’ oleh pertanyaan berkenaan sebuah pelaburan membeli satu set wang kertas Dinar Iraq sebagai satu jenis pelaburan yang dikatakan amat menguntungkan. Saya difahamkan bahawa cara membelinya adalah melalui internet dengan. Berbekalkan harga RM 680 maka anda mampu memiliki satu set wang kertas Dinar Iraq berjumlah 41,800 dalam masa dua ke tiga hari. Bagaimanapun, saya difahamkan harga RM680 tidak lagi terpakai, harga baru yang ditawarkan adalah RM 720 pula bagi mendapatkan set yang sama.

 

Para pembelinya memaklumkan kepada saya bahawa potensi Dinar ini untuk naik adalah amat tinggi berdasarkan ‘trend’ turun naik nilai matawang Kuwait dan Afghanistan yang turun amat teruk apabila peperangan berlaku, kemudian nialinya akan naik dan kembali stabil selepas kerajaan dan situasi ekonomi Negaranya  stabil. Sebagai contoh yang diberikan kepada saya. Nilai matawang Kuwait semasa perang adalah USD 00.10  dan sekarang melonjat kepada USD 3.50 bagi satu Dinar Kuwait. Berkenaan matawang Afghanistan pula disebut bahawa nilai 1 Afghanis bersamaan US$0.03 sebelum perang dan semasa perang, 1 Afghanis = US$0.0001, manakala nilainya sekarang 1 Afghanis bersamaan US$0.02.

 

Manakala dalam hal Matawang Iraq, fakta yang diberikan berkenaan nilainya sebelum perang adalah USD 0.32 bersamaan satu Dinar Iraq. Manakala kini (masih dalam keadaan tidak stabil dan perang) satu Dolar bersamaan Dinar Iraq 0.000068. Oleh itu, pihak yang berkempen ini dengan hebatnya mengetuk gendang kempen mendakwa bahawa peluang keuntungan adalah amat cerah jika anda membeli DInar ini sekarang.

 

Pandangan Shariah

Jika pembelian matawang ini melalui internet secara ‘tempahan’ dan akan sampai kepada pembeli dalam beberapa hari. Menurut kefahaman saya, pembelian matawang Iraq adalah HARAM. Perlu difahami bahawa Nabi SAW telah meletakkan syarat dalam pembelian jual beli emas, perak termasuk sesama matawang ; pihak penjual mestilah menerima wang belian dan pihak pembeli mestilah menerima matawang yang di ingininya pada masa yang sama atau dalam satu ‘majlis aqad’. (Sila rujuk http://www.zaharuddin.com/ untuk kefahaman lanjut tentang syarat ini).

Bagaimanapun, dalam hal ini, sekiranya anda membeli (menukar) Ringgit Malaysia anda kepada Dinar Iraq itu; apa yang akan berlaku adalah anda akan membayarnya  sekarang iaitu melalui kredit kad atau cash dan lain-lain. Kemudian, anda hanya akan menerimanya dalam masa beberapa hari atau jam selepas itu. Tatkala itu, penangguhan yang tidak dibenarkan oleh Islam telah berlaku, ianya termasuk dalam kategori Riba Nasiah.

Walaupun demikian, sekiranya anda boleh membelinya secara tidak bertangguh seperti menukar matawang di Kaunter Pengurup. Ketika itu, pembelian ini adalah sah dan tiada Riba berlaku. Ini agak sukar di gambarkan kerana ibu pejabat syarikat maya yang menjual Dinar Iraq ini berada di USA dan Hong Kong.

 

Selain isu Riba, satu lagi sudut Shariah yang di pertimbangkan adalah hal spekualsi berlebihan dan judi. Tidak saya nafikan bahawa kebanyakan Majlis Penasihat Bank-Bank Islam di seluruh dunia memfatwakan pembelian matawang oleh pihak Bank-bank islam dan menyimpannya untuk dijual kemudiannya bagi memperolehi untung adalah di haruskan. Mereka menyebut bahawa spekulasi ini tidak samapi ke tahap judi dan masih berada di tahap yang diharuskan. Unsur ‘gharar’nya pula adalah kecil. Unsur perjudian juga tiada, kerana ianya bukannya seratus peratus dibuat atas dasar ‘nasib’ tetapi adalah berdasarkan kaji selidik, ilmu yang benar dan analisa terperinci atau secara mudahnya disebut sebagai hasil analisa risiko dan peluang perniagaan.

Walaupun demikian, saya berpandangan :-

  • Setiap individu yang ingin membeli mestilah juga mengkaji dan mempunyai ilmu tentang peluang, potensi dan risiko pembeliannya bagi memastikan pembeliannya berbeza dengan satu perjudian yang didasari nasib semata-mata.

  • Jika dilihat menurut ‘Maqasid Shariah’ atau objektif Shariah pula. ADALAH TIDAK HARUS untuk seseorang yang kurang berkemampuan untuk membeli set dinar tadi walaupun harganya RM 720 sahaja. Ini kerana dibimbangi ada umat Islam yang terlampau yakin maka, sanggup bergolok gadai dan membahayakan diri bagi membeli Dinar ini sehingga hilang kemampuannya untuk menyara saraan wajib terhadap anak, isteri dan keluarga. Dalam hal ini, hukum ‘gharar’ (ketidaktentuan) sudah menjadi amat besar dan hukum judi telah jatuh kepada si pembeli. Ini bermakna , hukum ‘judi’ dalam ’spekulasi’ Forex jenis ini bergantung juga kepada kemampuan individu. Bagi sesetengah individu yang berada, membeli RM 720 adalah tidak memberikan apa-apa mudarat kepada tanggungan wajibnya. Maka tika, itu, elemen ‘gharar’ akan berkurangan tidak sampai tahap haram. Berbanding seorang yang kurang berkemampuan yang menggadaikan kewajibannya, dengan harapan dinar itu akan naik pada satu masa yang tidak diketahui. Ia sudah jatuh dalam tahap judi. wallahu a’lam.

 

Beberapa Pertimbangan lain

1) Anda perlu memastikan bahawa anda membeli Duit Iraq yang asli. Di bimbangi andaditipu lalu membeli yang tiruan lalu anda memiliki wang yang tidak laku di mana-mana.

2) Perlulah mendapatkan pandangan undang-undang dari Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti agar anda tidak terjebak dalam sebarang masalah kelak.

3) Dinar Iraq versi lama kerap kali ditukar kepada versi baru. Saya mengingatkan hal ini diambil berat dan di pastikan sendiri oleh pembeli Dinar Iraq ini. Ini kerana, atas kelalaian seseorang sahaja, Dinarnya boleh luput tanpa sebarang ganti. Perlu diingat juga, bagaimana untuk anda yang sibuk bekerja untuk mengetahui bahawa Dinar yang anda miliki sudah di tukar versinya ?.

4) Saya juga difahamkan bahawa ada pihak yang menjualnya menggunakan cara ‘Multi Level Marketing’, jika ini benar, maka hukumnya pastinya berlainan dari apa yang disebut di atas. Ini kerana, beberapa pertimbangan lain perlu dinilai semula.

 

Akhirnya, pastikanlah ianya disahkan oleh undang-undang dan sah juga dari sudut Shariah. Menurut Shariah seseorang harus untuk membeli Dinar ini tetapi dengan syarat mestilah dengan ilmu dan analisa dan terima serahnya dilakukan dalam satu masa. Ini bermakna, anda perlu mendapatkannya di kaunter jualan di Kuala Lumpur atau mana jua untuk membeli set dinar Iraq itu secara ‘by hand’. Tidak dibenarkan membeli menggunakan pos dan apa jua cara yang menjadikan penyerahannya tertangguh.

 

Perlu dingat juga bahawa lapangan pelaburan FOREX seperti ini adalah luas dan berisiko tinggi, menurut pakar, ‘trend’ dan strategi yang berkesan pada satu masa lalu tidak semestinya terpakai dan sesuai dalam keadaan sekarang. Ianya juga amat sukar diramal dengan tepat.

Dikirim dalam ekonomi | Leave a Comment »

Any life outside the earth, jin ufo etc

DIkirim oleh mohd masri di April 18, 2007

Wassalam

Terjemahan soalan dalam bahasa melayu:

Hello, saya dari Indonesia dan ada beberapa soalan mengenai pandangan Islam seputar hidupan luaran dari planet bumi kita. Saya pernah membaca beberapa ayat AQ bahawa Allah mencipta alam buana ini dari ledakan Big Bang dan seperti dalam teori fizik, dari situlah Allah mencipta planet-planet melalui pergerakan gravitas terhadap bahan yang terhasil dari ledakan itu sendiri. Bumi kita sekarang terletak dalam salah sebuah galaksi yg terdiri dari jutaan galaksi yg lain (Maha Suci Allah). Dalam AQ, saya tidak ketemukan apa-apa hidupan lain di planet tersebut, yang membuatkan saya terfikir jika Allah mencipta jutaan galaksi yg lain, apakah hanya untuk menunjukkan betapa berkuasa-Nya Dia? Tapi ia bercanggah dengan ayat2 yg lain yang menyatakan Allah mencipta sesuatu dengan sebab, penciptaan semua ini (jutaan galaksi) tak mungkin hanya untuk meyakinkan keimanan kita saja dan membawa kita hampir kepada-Nya tapi mestikah utk tujuan yang lain, antaranya utk menempatkan hidupan lain yang dinamakan ‘makhluk asing’ di planet tsb? Teori saya juga tidak berlawanan dengan ayat yang menyatakan manusia adalah ciptaan Allah yang paling sempurna dan menjadi khalifah di alam ini, dalam banyak teori mengenai keujudan mereka (alien) tubuh fizik mereka tidak sehebat kita, berkaki pendek, kepala dan bermata besar, tidak boleh bercakap melainkan dengan telepati sahaja. Namun mereka amat pintar terbukti dengan kemampuan teknologi UFOnya (kalis graviti, memansuhkan inertia, dll). Apakah ada hadith sahih menjelaskan keujudan makhluk asing di planet-planet tsb? Apakah Nabi Muhammad SAW pernah membuat hubungan dengan mereka?

Soalan tambahan:
Terdapat teori lain yang mendakwa Jinn merupakan sebahagian dari UFO. Apakah pandangan Islam terhadap dakwaan ini?

====================

al-Jawab:

Terimakasih di atas soalan akhi divident dan kepercayaan anda kepada laman web al-Ahkam, kerana kami merasa senang sekali menerima kunjungan dari tolan senusantara..berikut adalah jawapan kami sekedar yang termampu:

1. Mengenai kebenaran teori Big Bang
Ia didokong oleh AQ, ayatnya ialah dalam surah al-Anbiya’ 21: ayat 30 (dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya). Memang terbukti bahawa sarjana-sarjana Barat sudah mengakui dan menerima teori Big Bang bukanlah lagi teori, tapi satu realitas sedangkan fenomena bigbang ini sudah dijelaskan dalam AQ. Lawati laman web Harun Yahya dari Turkiye utk lebih memahami teori Big Bang.

2. Persoalan kedua: apakah ada makhluk asing hidup di galaksi dan planet yang bertaburan itu? Jawapan yang paling selamat ialah WaLlahu A’ lam (Allah yang lebih Mengetahui). Tapi teori yang mengatakan ujudnya kehidupan itu ada kemungkinan benar, misalnya Allah sendiri bersumpah:
Maka Aku bersumpah dengan apa yang kamu lihat dan dengan apa yang tidak kamu lihat” AQT alHaqqah 69: 38-39. yang pasti sudah ada dua species makhluk yang tidak dapat kita lihat telah mampu dilihat oleh sebahagian orang termasuk para Nabi, antaranya Malaikat dan Jinn. jika Jinn ini menampakkan dirinya dalam bentuk piring terbang pun ada kemungkinan juga. Malaikat memenuhi 7 petala langit, dijelaskan oleh ayat”
” hampir saja langit pecah dari sebelah atasnya dan Malaikat-malaikat bertasbih serta memuji Tuhannya”AQT 42: 05
‘” Tidak ada siapa yang mengetahui bilangan tentera Tuhanmu (malaikat) kecuali Dia sendiri” AQT alMuddatsir: 74: 31

Jinn pula, antara informasi yang disalur oleh AQ:

” dan Kami telah menciptakan Jinn sebelum Adam dari api yang amat panas” AQT alHijr 15: 27
” Sesungguhnya ia (jinn) dan pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka” AQT 7: 27

alHadith:

“Jinn ada tiga species: yang terbang melayang, sejenis lagi yang berbentuk ular dan anjing dan satu lagi berdiam di dalam lumpur dan berjalan.” (HR Tabrani, alHakim dan alBaihaqi, disahihkan oleh syaikh alMuhaddith al-Asyr al-Albani dalam sahih al-Jaami’ 3/85)

3. Apakah Nabi saw pernah membuat kontek/hubungan dengan makhluk asing? Jika dengan Malaikat dan Jinn, memang benar sekali. Interaksi Nabi dengan Malaikat tidak memerlukan dalil kerana al-Qur:an pun diturunkan dengan perantara Jibrail AS. Adapun interaksi Nabi dengan Jinn dijelaskan dalam AQ:

“dan ingatlah ketika Kami hadapkan serombongan jinn kepadamu yang mendengarkan Al-Qur:an…”AQT alAhqaf 46: 29

Tapi dengan makhluk selain jinn dan Malaikat, tidak kita ketahui sampainya sebarang riwayat. WA

4. Kapankah jinn adalah sebahagian dari UFO.

Jawab: Ia sangat mungkin kerana dari hadith Tabrani di atas, memang terdapat species Jinn yang terbang di angkasa. Ini diperkuatkan oleh dalil AQ:
” kecuali syaitan (jinn) yang mencuri-curi yang dapat didengar (dari Malaikat) lalu dia dikejar oleh semburan api yang terang” AQT 15: 18

” tapi sekarang barangsiapa yang mencoba mengintip tentu akan menemui panah api yang sedia menunggu.”AQ 72 Jinn: 9
Maka dengan sifat dan keupayaan jinn di angkasalepas mengintip rahsia langit, maka sudah tentu mereka memiliki keupayaan terbang dan kekuatan yang canggih.

(Ruj: DrSulaiman al-Ashqay, Alamul Jinn was Syayaathin/134; Dr alBasith alJamal, Mausu’ah al-Isyaraat al-Ilmiyah fi alQur:an was Sunnah))
Semuga anda berpuashati dgn jawapan kami. WA

al-ahkam 

Dikirim dalam aqidah, ghaib, jin | 1 Komen »

Hukum Cabut Uban

DIkirim oleh mohd masri di April 18, 2007

adakah uban secara muktamadnya tidak boleh dicabut?jika dirujuk kepada fiqh sunnah sayyid sabiq dalam bab thaharah,dikatakan bahawa uban hendaklah dibiarkan dan tidak boleh dicabut;tidak kira sama ada di janggut mahupun di kepala.

akan tetapi,saya pernah terdengar bahawa uban di janggut sahaja yang ‘restricted’ daripada dicabut.

mohin pencerahan.

jawapan:

alJawab:

Dalil hadith yg melarangnya ialah:

لا تنتفوا الشيب ؛ فإنه نور يوم القيامة

Terjemahnya: Dari Abi Hurayra ra, ” [sabda saw] Janganlah kamu mencabut uban kerana ia adalah nur di hari Kiamat.” Abu Daud dan Ahmad, Ibn Jarud alMuntaqaa, (1/81), disahihkan oleh al-Albani.

Kata Imam syarf anNawawi (alMajmuu’ (1/291), uban itu umum tidak dikhususkan kepada janggut sahaja. Maka mana-mana orang yg kata uban janggut sahaja, maka dia hendaklah mengemukakan dalil yg mengkhususkannya.

Adapun hukum mencabut uban menurut madzhab Syafi’iy ialah makruh bukan haram (ibid), dipersetujui oleh al-Qardhawi (F_thaharah) WA

al-ahkam 

Dikirim dalam sunnah | Leave a Comment »

Pengkhususan Dalm Ibadat

DIkirim oleh mohd masri di April 18, 2007

Salam

adakah kita dibenarkan utk mengkhususkan ibadah pada waktu tertentu dgn tujuan utk mendisiplinkan diri.

cth: setiap jumaat melakukan qiamualail. dan tidak pada hari2 lain. sebabnya seperti yg ana sebutkan td.

jika tidak keberatan sertakan dalil utk persoalan ini.

sekian.

jawapan:

Wassalam

al-Jawab:

Bid’ah ni adalah sesuatu yang tiada contoh sebelumnya. Sedangkan qiamullail itu ada contoh, bahkan dituntut pula

” Hai orang yg berselimut, bangunlah di malam hari, kecuali sedikit daripadanya.” AQT 73: 1-2

Ayat itu umum, tidak disebut hari, maka anda bebas menetapkan utk diri anda, hari Juma’at saja ke, selang seli ke, isnin khamis saja ke..gaya bebas, yang penting anda mengamalkan sedaya mungkin sunnah itu. Mungkin cara yg terbaik buat anda ialah paksa diri buat seminggu sekali dan anda pilih malam Juma’at. Orang lain lain pulak ada cara masing2 nak amalkan sunnah ni…Cuma yg dimaksudkan bid’ah ialah spt baca Yasin malam Juma’at, sebab kita menggunakan hadith dha’if dan dilakukan secara beramai-ramai dan mempercayainya ia sebagai tuntutan agama. Dalam kes anda, jika mesjid X mengadakan majlis qiamullail berjama’ah setiap malam Juma’at (secara konsisten buat), itu baru bid’ah. Tapi utk anda sorang tak apa. WA

al-ahkam 

Dikirim dalam bid'ah, qiamullail | Leave a Comment »

Keliru, Solat Sunat Selepas Subuh

DIkirim oleh mohd masri di April 18, 2007

Salam

Boleh tak pastikan sumber kenyataan nih:

Info Fiqh – Diriwayatkan oleh Abu Daud “Nabi SAW melihat seorang
lelaki menunaikan sembahyang dua rakaat setelah menunaikan sembahyang
subuh. Lalu Nabi SAW menegur dengan sabdanya: Sembahyang subuh (hanya)
dua rakaat sahaja. Lelaki itu berkata: Saya belum lagi sembahyang dua
rakaat (yang disunatkan) sebelum sembahyang subuh, maka saya
melakukannya sekarang, lalu Rasulullah saw mendiamkan diri” ………
Diamnya Rasulullah saw ini dianggap satu iqrar (pengakuan) drpd
Baginda saw bahawa sembahyang sunat qabliyah adalah disyariatkan yakni
dibernarkan dilakukan selepas sembahyang subuh bagi mereka yang tidak
sempat menunaikannya sebelum menunaikan sembahyang subuh. (Petikan
dari Kitab Fikah Mazhab Syafie, Jilid 1,Pustaka Salam 2005. M/S 19)

Sebab saya dah rujuk 2 link pasal solat sunat lepas subuh dalam al-ahkam punye forum dan kedua2 link dibawah menyebut tidak ada solat sunat lepas subuh.

http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=19035&highlight=sunat+subuh&sid=b5864c9a97c7065f078a8bca5b782ed6

http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=16712&highlight=sunat+subuh&sid=b5864c9a97c7065f078a8bca5b782ed6

Jadinya kitab di atas tu salah atau tidak wujud sebenarnya atau macam mana? Harap boleh bantu.

Jazakumullah.

Wassalam

jawapan:

wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan hambaMu dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Waktu selepas subuh itu (sebelum matahari naik) tidak dibenarkan solat-sola sunat, kecuali Solat sunat yang mendatang; seperti Solat Tahiyatul Masjid, Solat Gerhana, Solat Jenazah, Solat Qada’ dsb. Solat Dhuha hanya boleh dilakukan apabila matahari telah naik, kira2 20minit selepas waktu Syuruq.

Kami petik kembali hadit yang enta kemukakan :-

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعَصْرِ فَسَأَلَتْهُ عَنْهُمَا فَقَالَ : إِنَّهُ أَتَانِي نَاسٌ مِنْ عَبْدِ الْقَيْسِ فَشَغَلُونِي عَنْ الرَّكْعَتَيْنِ اللَّتَيْنِ بَعْدَ الظُّهْرِ فَهُمَا هَاتَانِ

“Nabi telah melihat seorang lelaki bersolat 2 rakaat selepas menunaikan solat Subuh 2 rakaat. Nabi berkata : Adakah anda bersolat fajar dua kali? Berkata lelaki tersebut kepada Nabi : Saya tidak bersolat 2 rakaat sebelum itu, maka aku bersolat sekarang. Nabi mendiamkan diri.” [Hadith Riwayat Ibn Majah #1154. Al-Albani mengkelaskan sebagai Sahih didalam Sahih Ibn Maajah #984.]

Ibn Qudamah rh didalam komentarnya mengatakan bahawa disebabkan Nabi mendiamkan diri maka qadha’ solat sunat pada waktu yang ditegah dibenarkan. [al-Mughni. 2/532]. Solat sebelum Subuh ini mempunyai fadhilat yang besar, dan Nabi saw walaupun didalam permusafiran tidak pernah meninggalkan Solat Sunat sebelum Fajar. Bagi mereka yang terlepas Solat Sunat sebelum Fajar, dibenarkan Qadha’ solat tersebut sebaik-baiknya selepas Solat Subuh. Secara umumnya, Imam Syafie juga membenarkan mengqada’ mana-mana solat pada waktu yang diharamkan bersolat.

Kesimpulannya, solat yang dilakukan didalam hadith diatas adalah solat sunat sebelum subuh, akan tetapi lelaki tersebut tidak sempat melakukannya, lalu ia mengqada’kan solat tersebut selepas solat subuh. Hadith ini juga menunjukkan bahawa Solat Sunat boleh di qada’ pada waktu yang diharamkan bersolat (satu pengecualian). WA.

Sekian, wassalam.

al-ahkam 

Dikirim dalam solat sunat | Leave a Comment »