Koleksi Soal Jawab Agama

Weblog Ini Adalah Weblog Khas Untuk Soal Jawab Agama

Arkib bagi Hari 16 April 2007

Kekasih Allah

DIkirim oleh mohd masri di April 16, 2007

Assalammualaikum..
Saya ada sikit persoalan utk akhi2 di al-ahkam…istilah ‘kekasih Allah’ tu hanya digunakan utk para Nabi dan Rasul aje ke?Boleh tak kita rujuk diri kita sbg kekasih Allah?Contohnya macam dalam doa.Saya sedikit musykil sbb saya ada terbaca komen yang menyatakan hanya para Nabi dan Rasul yang boleh digelar sbg kekasih Allah…sekian Wassalam.

jawapan:

wa’alaikumussalam

Alhamduillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr irzan dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Seorang hamba juga oleh digelar kekasih Allah swt jika Allah swt mencintainya. Hamba Allah swt boleh mengharapkan agar Allah mencintainya dengan melaksanakan syarat2 yang dikehendaki oleh Allah swt, cuma Allah swt sahaja yang boleh mengesahkan cinta tersebut. Firman Allah swt :

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [Aal-Imran :31]

Mengikuti sunnah2 Nabi saw merupakan jalan pembukaan Allah swt mencintai seseorang. Seseorang juga digalakkan melakukan ibadat2 sunat. Ibadat2 sunat ini membawa kepada kecintaan kepada Allah swt sebagai sebuah riwayat didalam Hadith Qudsi, Allah berfirman :-

وما زال عبدي يتقرب إليَّ بالنوافل حتى أحبَّه

“Hambaku masih menghampiri kepadaKu dengan melakukan amalan sunat (nawaafil) sehingga aku mencintainya”

Untuk seseorang itu dikurniakan kecintaan Allah swt, dia juga hendaklah mencintai sesama Islam, menghulurkan bantuan kepada mereka dsb. Sabda Nabi saw, bahawa Allah berfirman :-

حقَّت محبتي للمتحابين فيَّ ، وحقت محبتي للمتزاورين فيَّ ، وحقت محبتي للمتباذلين فيَّ ، وحقت محبتي للمتواصلين فيَّ

“Cintaku dijamin bagi dua orang yang mencintai satu sama lain keranaKu, Cintaku dijamin bagi dua orang yang menziarahi satu sama lain keranaKu, Cintaku dijamin bagi dua orang yang menhubungkan silatulrahim keranaKu” [Hadith diRiwayatkan oleh Ahmad, 4/236, dan hadith dikelaskan sebagai sahih oleh Syeikh Nasyiruddin al-Albani didalam Sahih al-Targhib wa al-Tarhib].

Kesimpulannya, seseorang itu boleh menjadi kekasih Allah swt dengan mentaati suruhannya dan sunnah2 Nabi saw, melakukan banyak amalan2 sunat, mencintai sesama orang Islam dsb. Insyaallah, dengan izinnya, seseorang itu boleh menjadi kekasih Allah swt.
——————

Mengenai Nabi Muhammad saw sebagai kekasih Allah swt; terdapat ulama’ mengatakan bahawa pada hakikatnya, ia lebih daripada cinta. Ulama’ menganggap bahawa gelaran “Rakan Karib Allah” lebih utama dari “Kekasih Allah”. Ini telah dibincangkan oleh beberapa ulama’, contohnya Majmu’ Fataawa Ibn Taimiyah (10/204) dan Rawdat al-Muhibbiin karangan Ibn Qayyim (1/49). Ibn Qayyim mengatakan bahawa “Cinta” itu umum akan tetapi “Rakan Karib” itu lebih khusus. Menurut bekas Mufti Arab Saudi, Syiekh Ibn Utsaimin rh :-

النبي صلى الله عليه وسلم حبيب الله لا شك فهو حاب لله ومحبوب لله ، ولكن هناك وصف أعلى من ذلك وهو خليل لله ، فالرسول صلى الله عليه وسلم خليل الله كما قال صلى الله عليه وسلم : ” إن الله اتخذني خليلاً كما اتخذ إبراهيم خليلاً ” رواه مسلم ( 532 ) . والخلة هي كمال المحبة .

“Nabi saw tidak syak lagi adalah kekasih Allah, dia mencintai Allah dan Allah mencintainya. Akan tetapi disana ada diskripsi yang lebih tinggi daripada itu itu Khalillullah (Rakan Karib Allah), maka Rasulullah saw adalah Khalillullah sebagaimana sabda baginda saw :’Sesungguhnya Allah telah mengambilKu sebagai Rakan Karibnya sebagaimana mana Nabi Ibrahim Rakan Karibnya” [Hadith riwayat Muslim #532]. Rakan Karib adalah lebih sempurna dari kekasih” [Majmu' fataawa Ibn Utsaimin, 1/319].

Kata Syeikh Utsaimin rh lagi :

وهذا أعلى من قولنا : حبيب الله لأنه متضمن للمحبة ، وزيادة لأنه غاية المحبة

“Dan ini lebih baik dari berkata : Kekasih Allah kerana sesungguhnya (Rakan Karib) ia memasukkan (include) cinta, dan lebih, kerana ia merupakan matlamat cinta”
—————-

Kesimpulannya, orang Islam yang mukmin boleh berharap (berdo’a) menjadi kekasih Allah dengan melaksana perkara2 yang menyebabkan Allah cinta kepadanya. Akan tetapi gelaran Khalillullah hanya dikhususkan kepada Nabi Ibrahim as dan Nabi Muhammad saw. Wallahu A'lam

wassalam

al-ahkam 

Dikirim dalam aqidah, doa, tazkiyah | Leave a Comment »

Campur Mazhab Untuk Mudah

DIkirim oleh mohd masri di April 16, 2007

Assalamualaikum,

Tuan,
Saya mempunyai masalah was-was berkenaan najis berat yang agak kronik. Misalnya, saya dapati kebayakan berus cat yang murah diperbuat daripada bulu babi. Rata-rata saya lihat, masyarakat kita menggunakan berus seperti ini, baik untuk mengecat rumah, mengecat pagar, industri plaster ceiling, kedai baiki tayar dan sebagainya. Kalau macam ni…sukar bagi saya untuk pergi ke tempat tertentu/ menggunakan khidmat tertentu yang bebas dari semua ini. (betul juga kata orang, kalau tak tahu lagi bagus. Ni dah tau, kena hati-hati lebih).

Persoalannya, bolehkan saya menggunakan madzhab Maliki untuk hal najis berat seperti ini? Ini bukan sahaja memudahkan urusan harian saya, tetapi juga boleh menggunakan masa saya untuk beribadat, rather than sibuk sertu. Dalam hal ini, adakah saya dikira “mempermudahkan” Islam (kerana bertukar Madzhab untuk memudahkan); atau memang wajib bagi saya untuk menggunakan Madzhab Maliki (kerana kadang2 saya tidak solat kerana saya rasa terkena najis dan kena pergi sertu dahulu)?

Saya kerap terasa bersalah bila hendak menggunakan madzhab maliki ini. Ialah, dari kecik kita ikut madzhab Syafi’e. Boleh bertahan kejap aje.. pas tu… gi sertu balik. Solat pun rasa macam ada najis. Jadi, macam mana ye untuk kuatkan diri, untuk mengatakan pada diri sendiri yang apa yg kita buat tu (guna madzhab lain) tu tak salah?

TOlong jelaskan. Wallahuaklam.

jawapan:

Wassalam
al-Jawab:

1. Perasaan dilemma yang anda alami sekarang berhubung kekal bermadzhab syafi’iy atau berpindah kepada madzhab lain itu merupakan suatu petanda yang positif kepada perubahan besar yang akan memecahkan pagar taqlid anda selama ini. ini kerana ramai lagi umat Islam yang masih dibuai mimpi yang panjang bahawa alangkah syoknya berada dalam madzhab yang satu di nusantara! Asas pergerakan tajdid antara lain ialah menyeru umat Islam kembali kepada sumber yg asal yakni al-Qur:an dan asSunnah dan madzhab2 fiqih yang ada itu tidak terhad kpd empat madzhab sahaja dan tidak ada satu dalil pun kiita mesti kukuh berkubu dalam mana-mana madzhab dan tidak dibenarkan keluar daripadanya. seruan keluar dari fanatik madzhab ini bergema di awal abad 20′an oleh Ustaz Hasan alBanna, Syaikh sayyid Sabiq di Mesir, dan juga ulama’ Tanah Haram spt alMaksumi alKhujandi dan di tanah Syria spt alMuhaddith Nasiruddin al-Albani. Dengan kemunculan Prof Dr al-Qaradawi, maka beliau telah melakukan tajdid besar-besaran kepada dunia fiqih dan berkat dari jihad beliau selama 60 tahun, beliau telah berjaya merobohkan pagar madzhab dan kerigidan fiqih dengan siri Fiqh Taysir (fiqih berasaskan memberi kemudahan) berasaskan Fiqh alMuqaran (fiqih perbandingan madzhab dan para Imam muslimin).

2. Dalam kes yang anda kemukakan. Imam alGhazali rh (fuqaha madzhab Syafi’iy) sendiri menurut sayyid sabiq dalam Fiqh Sunnah pernah mengeluh, bahawa kata beliau, aku ingin supaya madzhab syafi’iy dalam bab thaharah mendekati fiqh Imam Malik yang lebih ringan dan memudahkan.

Maka tidak ada sebarang larangan seorang itu keluar dari madzhab tertentu dan masuk madzhab yang lain, berpindah dari Imam A kepada Imam B. jika kita berpendapat ada larangan, maka persepsi dan pemikiran kita telah rosak kerana kita sepatutnya tidak membedza-bedzakan seorang Imam mujtahid dengan Imam mujtahid yang lain, atau suatu madzhab sunni yg muktabar ke atas madzhab suni yg juga muktabar. Bahkan Dr MAZA menjelaskan di Forum Tajid II UIAM, bahawa adalah harus bagi si fulan untuk masuk madzhab A di pagi hari dan keluar dan masuk pulak madzhab B di sebelah tengahharinya, kemudian keluat madzhab itu dan masuk pulak madzhab C di sebelah malamnya. Asalkan pencarian atau keluar masuk kepada mana-mana imam dan madzhab itu ada objektif dan ia sentiasa menumpukan perhatian kepada dalil dan hujah. Inilah yg dinamakan manhaj ittiba’ (ikut sesuatu pendapat fiqih dengan kefahaman)

Bulu babi yang dijadikan berus cat adalah harus dan suci menurut fiqh Maliki dan disokong oleh Syaikhul Islam Ibn taymiyah (Majmu’ Fatawa , 21/96). Ibn Taymiyah berkata, rambut dan bulu itu tidak ada darah yang mengalir di dalamnya, maka bagaimana dikatakan ia najis?

sekia

al-ahkam 

Dikirim dalam Najis, manhaj, mazhab | Leave a Comment »

Salafiyah, Asyairah dan Maturidi

DIkirim oleh mohd masri di April 16, 2007

Assalamualaikum,

Boleh tak ustaz menerangkan perbezaan aqidah (yang saya dimaklumkan adalah yang furu’) di antara aliran salafiya, dan juga aliran yg dibawak oleh Imam Maturidi dan Imam Ashari? Dan apakah aliran yg dibawa oleh keempat mazhab kita? Mestikah kita mengikut salah satu aliran-aliran ini? Terima Kasih

Wassalam.

jawapan:

Wassalam

Sudah sebulan lebih soalan anda terlantar dalam Bank Soalan al-Ahkam. ini kerana soalan anda tidak mungkin dapat disimpulkan dalam soal-jawab ringkas kerana ia termasuk soalan-soalan yang rumit dan kompleks kerana mahu tidak mahu ia akan masuk dalam perbahasan Ilmu Kalam yang memeningkan. dan pasti ia mengundang bantahan aliran asya’irah dan maturidiah.
Wbmnp kami cuba menjawab sekadar memenuhi hajat anda, manakala selebihnya kami akan syorkan bahan bacaan buat anda.

Pertama: Seputar kekeliruan istilah.

Aliran Salafiah adalah dari kalimah salaf yang bermaksud pendahulu umat (bahasa), manakala dari makna istilah ialah tiga generasi pertama Islam: sahabat, tabi’in atau tabi’-tabi’in, atau mereka yang tidak dapat pada diri mereka itu bid’ah agama.
Maka nama terbitan dari salaf ialah salafiyah yang bermaksud orang terkemudian yang berusaha menghidupkan ajaran salaf (Dr Abdul Rahman alZunaidi, alsalafiyah wal qadhaya al’ asyr (Riyadh: Dar Isybiliya, 1998)

Aliran Salafiyah ini dinisbahkan kepada Syaikhul Islam Ibn Taymiyah yang menghidupkan semula manhaj salaf pada abad ke 7 hijrah, dan pada abad ke 12 oleh Syaikhul Islam Muhammad Abdul Wahab atTamimi.

Adapun akidah salaf dan salafiyah ini ialah akidah para salaf assoleh termasuklah akidah Empat Imam Besar madzhab), ialah akidah ASWJ yang asal di mana :
a. mereka menetapkan pola2 akidah berdasarkan naql (wahyu) ke atas aql
b. menolak takwil
c. membahagikan tawhid kepada rububiyah, uluhiyyah dan asma’ wa sifaat

Kedua: faham Asya’irah dan Maturidi

Asy’ariah dinisbahkan kepada Imam Abu Hasan Ali bin Ismail al-Asy’ari, kelahiran Basrah (w.330H), manakala Maturidi ialah Imam Abu Mansur alMaturidi (kelahiran Samarkhand, w.333H). Kedua-dua tokoh ini terkenal kerana membendung faham Muktazilah, tetapi pengikut-pengikut dua Imam ini akhirnya dikenali dgn manhaj khalaf dalam akidah (Khalaf maksudnya kaum yang terkemudian). yaitu mereka melakukan takwil (merubah makna lafadz). Tidak banyak diketahui mengenai aliran Maturidi kerana bahan ilmiah mengenai aliran amat terhad, manakala aliran asya’irah adalah paling banyak kerana peranan pendiri aliran asy’ariyah Syafi’iy spt alGhazali, alJuwaini, alBaqilani, albaihaqi dan ia diterimapakai oleh khilafah Uthmani.
Salah satu fakta yang tidak diketahui ramai pengikut aliran asya’irah ialah Imam Abu Hasan alAsy’ari di penghujung usianya telah taubat dan kembali kepada aliran salaf seperti mana dalam kitab beliau ‘alIbanah’.
Ciri-ciri utama aliran aasya’irah/maturidi ialah:

a. asya’irah tenggelam dalam takwil sifat2 Allah, maka ini bertentangan dgn akidah salaf.
b. mendahulukan akal dalam mentakwil perkara2 ghaibiyat’ i’tiqad dan sifat-sifat Allah.
c. aliran ini dekat dgn ahli kalam dan faham muktazilah
d. cenderung dgn aliran tasawwuf
e. cenderung kepada filsafah. (Dr Mani’ alJahni, alMausu’ah alMuyassarah fi adyan wal madzaahib, Riyadh: Darul Nadwa alAlamiyah, 1/88)

3. Apakah aliran yang diikuti oleh empat Imam madzhab?
Jawab: mereka menganut akidah salaf. Akidah empat Imam ini dibuktikan kesalafian mereka oleh Dr Muhammad bin Abdul Rahman alKhumais dan diedarkan percuma kepada semua bakal haji yang tiba di Saudi setiap musim haji dalam bahasa masing-masing. kitab itu ialah ‘I’tiqad Aimmatil Arba’ah (Akidah Empat Imam Madzhab). Cuba tanya orang yang balik haji saban tahun dan mereka pasti menerima naskhah percuma Syaikh Khumais ini sebagai ole-oleh kerajaan arab saudi.

4. Mestikan kita mengikuti salah satu aliran ini?
Kita hendaklah kembali kepada akidah salaf, akidah Pendiri/Imam madzhab yang Empat dan kita hendaklah keluar dari akidah selain itu.

sekian

al-ahkam 

Dikirim dalam aqidah, manhaj, tauhid | Leave a Comment »

Bolehkah bercampur-campur mazhab?

DIkirim oleh mohd masri di April 16, 2007

sy dah cari kat arkib, but too much and too long.. jadi sy minta tolong kalau ade yg boleh jawab langsung atau guide sy cr arkib berkaitan dgn soalan ni..1)boleh ke kita pakai lebih dr satu mazhab? misalnya saya yakin bahwa sentuh isteri tak batal wuduk yg tidak ada pada mazhab shafie yg sy mengaku memakainya sekarang..

2)lepas ni byk baca forum dgn dalil dan diskusi yang ok.. kat al-ahkam, islam-online, tanya ustaz, sy merasakan bahwa byk hukum fekah yg berbeza dgn apa yg sy tahu masa bljr sekolah dulu.. some ade betul-betul lain dgn details dr mazhab shafie spt yg ustazah sekolah dulu sy ckp.. sy yakin dan mahu mengamalkannya… boleh kan?

3)kunci soalan: adakah mazhab tu mutlak kena ikut 100%?..

jawapan:

Jawab

Kat archive banyak isu madzhab ni, tapi tak mengapa kita ulangi dengan sepintas lalu.

1. Isu: Bolehkah pakai lebih dari satu madzhab?

Jawabnya: Orang awam atau umat Islam kebanyakan memang tidak perlu bermadzhab! Sebab kalau kita mendakwa ikut salah satu madzhab bermaksud kita kena belajar susurgalur madzhab itu, baru boleh ikut madzhab tsb.

Pendapat yang benar ialah orang awam memang tidak perlu bermadzhab. Dia hanya perlu bertanyakan orang alim yg diyakini ilmunya jika dia ada masalah agama.

Cth: Batal wudhu’ jika menyentuh perempuan (isterinya)

Selama ini anda berpegang dgn pendapat yang kata batal dan anda diberitahu itu adalah versi Syafi’iyah. Tapi tiba-tiba anda menemui orang alim yg baru balik Jordan ke, dia kata tak batal dan dia beri hujahnya, maka anda pun tinggal pendapat lama dan ikut yg baru. Ini lah manhaj (cara) orang awam. Dia tak perlu tahu pun madzhab mana sebab madzhab ni banyak (lebih dari empat)

2. Apa yang anda belajar di bangku sekolah tu adalah silabus yang ditulis secara rojak dan anda tidak ada peluang untuk menilai dan apatah lagi mengukurnya dgn AQ dan Sunnah. Jika sudah terbuka peluang dan anda mendapati ilmuan2 dan website2 itu boleh dipercayai, maka sudah tentu anda boleh berpindah. Perpindahan dari ilmu bangku sekolah kepada sesuatu yg berdalil dan berrasio (reasoning) di namakan ittiba’ (ikut dengan berdalil), dulu kita ikut tanpa soal, hapal untuk lulus periksa, atau ikut khinzir buta.

3. menetapkan ikut madzhab 100% itu adalah suatu bid’ah. Yang diperintahkan ialah ikut AQ dan Sunnah sahaja. Madzhab hanyalah pemudahcara kepada AQ dan Sunnah. Bagi yg menjadi pelajar fiqih, bermadzhab itu perlu utk memudahkan mereka mencapai AQ dan Sunnah, tapi orang awam yg tidak ada asas agama, mereka tidak perlu bermadzhab, memadai bertanyakan yg arif dalam agama.

(Ruj: Dr Prof alQaradawi, Muqaddimah Fatawa Mu’asirat)

Wallahu A'lam

al-ahkam

Dikirim dalam manhaj, mazhab | Leave a Comment »