Koleksi Soal Jawab Agama

Weblog Ini Adalah Weblog Khas Untuk Soal Jawab Agama

Arkib bagi Hari 12 April 2007

Perbezaan Pondan dan Khunsa

DIkirim oleh mohd masri di April 12, 2007

assalamualaikum,
Adakah jawapan tidak batal itu untuk pondan dan khunsa?
Adakah apa2 perbezaan antara pondan dan khunsa?
Jika pondan sembahyang berjamaah, dalam saf manakah dia patut berada?

jawapan:

1. Pondan vs Khunsa
Khunsa dari bahasa Arab bermaksud ‘lembut’. Dari sini timbulnya istilah kaum lembut, mak nyah atau pondan. Menurut kamus dewan, pondan ialah lelaki yg memiliki sifat perempuan atau sebaliknya (perempuan yg memiliki sifat lelaki). Dalam bahasa Indonesia di namakan banci atau waria.
Menurut syara’: khunsa ialah seseorang yg diragui seksnya (jantinanya) sama ada kedua-dua alat kelamin, tiada langsung atau ada alat kelamin lelaki tapi batinnya perempuan atau sebaliknya. Menurut Syaikh Hasanain Muhammad Makhluf, Fatwa Darul Ifta’, ada dua jenis khunsa: khunsa ghayr musykil (khunsa yg senang ditentukan kecenderungan seksnya dan khunsa musykil (yg sukar ditentukan).
2. Jika khunsa yg ghayri musykil (yg sudah dikenalpasti jantinanya), maka status wudhu’ dan ibadahnya menyerupai kaum yg ditentukan (samada lelaki atau wanita). Cth: jika khunsa itu sudah disahkan perempuan, maka jika anda bermadzhab Syafi’iy, maka batallah wudhu’ jika bersentuhan dgnnya.
3. Posisi mereka dalam solat: Jumhur menetapkan khunsa berada di barisan ke tiga selepas dewasa, kanak-kanak lelaki dan khunsa selepas itu baru wanita (alMughny, 2/42) Berdasarkan hadis umum dari Abu Daud, Sunan, 1/181 Allahu a’alam

al-ahkam 

Dikirim dalam Khunsa, Pondan | Comments Off

Dye Rambut, Kahwin Khunsa, Feqh tarjih

DIkirim oleh mohd masri di April 12, 2007

Assalamualaikum :
1. Hukum mewarnakan rambut dengan pewarna rambut yang ada di pasaran sekarang
2. hukum perkahwinan khunsa adakah sah, sama ada khunsa mengahwini lelaki atau perempuan.
3. Bagaimana dengan masalah tarjih yang berbeza pada satu-satu masalah. Maksudnya pada satu masalah khilafiah ada beberapa tarjih yang berbeza daripada beberapa pertarjih. Bagaimana boleh berlaku masalah seperti ini.
4. Apakah buku rujukan yang sesuai untuk dijadikan sebagai rujukan dalam masalah talfiq dan fiqh muqarran. Kalau boleh pihak Al Ahkam kemukakan bahan rujukan terkini, penulis jurnal dan syarikat yang mencetak.

jawapan:

1. Isu dye rambut yg dibahaskan fuqaha’ ialah apakah boleh mendye rambut yg uban bagi lelaki? Manakala isu mewarnakan rambut bagi orang muda tidak ada perbahasannya kerana ia isu yg baru muncul. Hukum kaum lelaki mewarnakan rambutnya yg uban mengikut jumhur adalah harus asalkan bukan dengan warna hitam. Dalilnya HR alJama’ah dari Jabir ra mengenai larangan Nabi saw supaya Abi Qahafah (ayahnya Abu Bakar ra) tidak didyekan rambutnya dengan warna hitam. Inilah juga pendapat anNawawi. Pendapat jumhur ini disahkan oleh Fatwa alAzhar (S Atiyah Saqr) dan Fatwa Mufti Wilayah (SS Dato’ Hashim Yahaya. Pentahqeeq Nusantara, Prof Hasbi Siddiqiey (Hukum Fiqh Islam Jld 1) berpendapat pendapat yg rajih ialah makruh sahaja hukumnya.
1.b) Apakah boleh isteri dye rambutnya untuk menyukakan suaminya. kebanyakan rumah fatwa mengharuskan asalkan ia diredhai suami dan pewarna itu halal dan tidak menghalang air (Rumah Fatwa alAzhar dan Mufti Wilayah)
1. c) Apakah boleh remaja (anak gadis dan pria) mendye rambut2 mereka dengan pelbagai warna dan menunjukkan kepada masyarakata. Ini suatu perbuatan yg menyalahi illat (sebab) dye rambut yg disebut Nabi saw HR alJama’ah dari Abi Huraira ra,” Orang Yahudi dan nasara tidak dye rambut, maka lainlah dari mereka dan dyelah rambut kamu.” Illat di zaman dulu, dye rambut ini untuk membedzakan dengan seteru ketat orang Islam. Hari ini mereka dye rambut mereka, maka reverse (lawan) kpd perbuatan itu, umat Islam hendaklah tidak mewarnakan rambut mereka. Apatah lagi gadis-gadis Islam yg tidak bertudung dan memperagakan rambut mereka yg berwarna-warni sungguh telah derhaka dan melampau. Allahu a’alam

2. Perkahwinan khunsa.
Sebelum mereka dibenarkan berkahwin, jantina mereka hendaklah dibereskan terlebih berdasarkan fitrah (semulajadi) mereka yg hakiki. Pakar genetik dan perubatan hendaklah mengesahkan status mereka samada lelaki atau perempuan. Jika sudah pasti mereka dibenarkan menjalani rawatan hormone dan pembedahan jantina. Selepas alat kelamin itu berfungsi dengan baik, maka mereka boleh melansungkan perkahwinan seperti biasa. Inilah fatwa alAzhar, Syaikh Ali Jadul Haq.

3. Khilaf dalam tarjeeh.
Ini suatu yg lumrah dalam Islam bahkan di kalangan sahabat sekalipun berlaku khilaf, misalnya Ibn Umar di Medinah, Mu’awiyah di Syria, Ibn Mas’ud di Kufah. Seterusnya di kalangan mujtahid mutlak spt Imam Hanafi, Maliki, Syafi’iy dan Imam Ahmad ibn Hanbal. Bahkan di kalangan sesama madzhab, misalnya dalam madzhab Syafi’iy ada khilaf dikalangan pentarjihnya (Imam Nawawi dan Imam Rafi’iy; Syaikh Rimli di Mesir dan Syaikh Ibn Hajar alHaithami di semenjanjung Arab. Oleh itu ahli tarjih dan ahli tahqiq dalam fiqh muqarran juga berselisih dalam tarjihan mereka dan tahqeeqan mereka kerana mereka adalah manusia biasa dan unsur-unsur yg menimbulkan khilaf ini banyak sekali, antaranya zaman (masa), tempat, ilmu, latarbelakang akademik, pengkhususan (misalnya Qardhawi dan Nasiruddin Albani), Imam Ibn Qayyim kekadang mengeluarkan hukum menyalahi gurunya Ibn Taymiyah. Allahu a’alam (Prof Hasbi Siddiqiey, Pengantar Ilmu Feqah, Pustaka Rizki Putra, Semarang)
4. Sila lihat kembali jawapan kami pada SJ 1641

al-ahkam 

Dikirim dalam Bersuci, Perkahwinan, Wanita, usul feqh | Comments Off

Batak Wudhu’ Sentuh Khunsa

DIkirim oleh mohd masri di April 12, 2007

assalamualaikum,
1. Adakah batal wudhu’ seorang lelaki yang bersentuh dengan pondan.
2. adakah batal wudhu’ lelaki atau perempuan yang bersentuh dengan khunsa?

jawapan:

Tidak batal.
Alasan: Tidak ada nas baik dalam alQur’an atau asSunnah yg menyebut nya. Hanya terdapat satu ayat sahaja: alMaidah:06 (…atau kamu menyentuh perempuan) terjemahnya.
Ayat itu dengan jelas hanya menyebut perempuan. Lagipun maksud menyentuh perempuan menurut jumhur (kecuali Syafi’iy) ialah menyentuh dengan syahwat, manakala versi Hanafi menyentuh itu bermaksud jima’ (hubungan seks). Allahu a’alam

al-ahkam 

Dikirim dalam Bersuci, Wanita, wudhu | Comments Off

Poligami Dan Hak Suami

DIkirim oleh mohd masri di April 12, 2007

A’kum Ustaz,
Di sini ingin saya menyuarakan beberapa soalan. Contoh di dalam satu permasalahan. A (seorang suami), menyatakan pada isterinya (B) untuk berkahwin seorang lagi (C). B amat tidak bersetuju dan menentang habis-habis atas alasan A tidak mampu. A bukanlah seorang suami yang tidak mampu, tetapi dia tidak dapat memberikan kemewahan seperti yang diminta oleh isterinya dalam persepsi orang sekarang. Dan lagi A & C mempunyai sebab yang mewajibkan mereka berdua untuk berkahwin. Kemudian secara senyap-senyap A & C berkahwin. Walaupun telah berkahwin dengan C, A tidak sekalipun mengabaikan B & anak2nya. Dan C redha gilirannya untuk bersama A hanyalah seminggu sekali memandangkan jarak tempat tinggal dan masih dalam keadaan rahsia. Walaupun secara sembunyi, A mampu melayan kedua-dua isterinya dengan baik. Namun belum sampai masa yang sepatutnya, rahsia telah terbongkar. B telah mengetahui rahsia itu. B mengamuk habis-habis dan memberi kata dua kepada A untuk memilih salah satu. Dia tidak rela di madukan. Pun begitu, B lebih mendesak supaya A menceraikan C. B memaki, menghina, menghasut anak2 supaya membenci A. B juga menggunakan kekerasaan yang melampau. A menjadi begitu tertekan. Lantas menceraikan C, sedangkan C tidak bersalah apa-apa dgnnya. Soalan saya:
1. Adakah A dianggap sebagai lelaki yang dayus? Apakah nilai lelaki dayus di sisi Allah.
2. Bagaimana pula kedudukan B, adakah dia berdosa kerana memaksa suaminya menceraikan madunya hanya atas alasan dia tidak mahu bermadu. Apakah hukumnya tindakan B ini.
3. Apakah pula yang patut dilakukan dan hak-hak C dalam hal ini.

jawapan:

Wassalam
Sebelum kita menjatuhkan hukum dayyus kpd lelaki malang itu, saya beranggapan, suami itu (Si A) berada dalam keadaan keliru kerana amalan masyarakat di setengah-tengah tempat seolah-olah memahami kuasa poligami ini berada di tangan isteri. Jika isteri tak beri tandatangan, maka poligami itu tidak sah dan menjadi batal.
Yang sebenarnya: hak poligami itu adalah hak suami. Isteri boleh menghalangnya dengan syarat ia dijadikan syarat aqad nikah, di mana isteri berhak baik secara lisan atau bertulis menghalang suaminya dari berpoligami dan jika suaminya meneruskan juga, maka jatuh talaq. Ini boleh dilakukan sebelum akad nikah dulu dan amalan ini biasa dilakukan di negara-negara teluk (Khaleej) Arab.
Dalam kes di atas, si A boleh berpoligami dan dikehendaki memenuhi syarat-syarat yg telah ditetapkan oleh pendaftar nikah. Keizinan isteri pertama itu menjadi syarat poligami bertujuan menjaga hak isteri pertama. Walaupun syara’ tidak menetapkan syarat ini, tapi ia suatu yg wajar dilakukan kerana menghormati wanita yg juga manusia dan statusnya sama di sisi Islam. Isteri pertama (si B) perlu diberitahu terlebih dahulu supaya dia diberi hak untuk menyuarakan bantahan dan diberi peluang untuk menuntut cerai jika enggan bersetuju. Inilah prosedur yg benar di sisi Islam. Maka perbuatan menikah secara rahsia dari isteri pertama adalah suatu yg tidak baik.
Kita ringkaskan: Suami ada hak penuh untuk berpoligami, tapi sebaiknya dia hendaklah memaklumkan dulu kepada isteri pertama sebagai menghormati hak isteri sebagai muslimah dan manusia yg sama taraf di sisi Allah, hak untuk dimaklumkan dan hak untuk dia menyuarakan bantahan dan memfailkan perceraian kerana tidak setuju dimadukan.
Itulah kedudukan di sisi Islam. Hak isteri pertama dijamin oleh Seksyen 23, Akta keluarga Islam Wilayah Persekutuan, di mana hakim Syari’iy hendaklah dimaklumkan terlebih dauhulu sebelum pernikahan hendaklah dilangsungkan. Hakim akan memaklumkan kepada isteri dan mendengar kes ini dalam mahkamah tertutup untuk melihat kelayakan suami dan bantahan dari pihak isteri. Apa yg dilakukan oleh suami itu adalah lazim dalam masyarakat hari ini yg keliru dengan hukum sebenar poligami dan kuasa poligami itu sebenarnya berada di tangan siapa? (Rujukan: Fiqh Islami)

al-ahkam 

Dikirim dalam Perkahwinan, Poligami | Comments Off

Seks Malam Jumaat!

DIkirim oleh mohd masri di April 12, 2007

Assalammualaikum…
Ustaz….apakah ada dalil AlQuran atau hadis yang menerangkan hari-hari dan waktu yang disunatkan melayani suami…..Apakah betul suami-isteri tidak digalakkan bersama melainkan malam Isnin, Khamis dan jumaat… juga tidak digalakkan bersama… pada waktu gerhana, malam 15 (bulan penuh)kerana kemungkinan mendapat anak cacat. semoga mendapat penjelasan daripada ustaz… Jazakallah….

jawapan:

Tidak benar.
Urusan seks tidak diperincikan oleh syara’. Dalilnya: alBaqarah: 223 (Isteri2 kamu adalah ladang tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah ladang kamu itu sebagaimana yg engkau sukai..)
Mungkin jika panduan yg terperinci hanyalah petua sahaja dan petua ini mestilah disokong oleh dalil yg qat’iy (putus) untuk sah diterima sebagai syari’at. Myth malam Juma’at adalah suatu metos yg amat popular, di mana disebut sahaja malam Juma’at, semua orang mengaitkan dengan seks. Ini tidak benar. (Ustaz Ali Mahfudz, Sunan wal Mubtadi’at)
Manakala kepercayaan jima’ pada malam gerhana atau malam bulan penuh dan kaitan dengan kacacatan janin, maka itu suatu kepercayaan khurafat yg tiada asalnya (Syaikh alGhazali, Laisa minal Islam) Allahu a’alam

al-ahkam 

Dikirim dalam Perkahwinan, seks | Comments Off

Rajian Ibadah Tapi Nusyuz

DIkirim oleh mohd masri di April 12, 2007

Assamualaikum,

Bagaimanakah dengan ibadat seorang isteri yang rajin solat dan sebagainya tetapi selalu melawan cakap suami, ingkar perintah suami, derhaka dan sebagainya. Adakah ibadatnya diterima Allah? Wassalam.

jawapan:

Inilah fenomena akhir zaman! Kesan sekulerisme telah melanda umat Islam dan mereka menganut Islam secara serpihan atau abangan sahaja. Bukan terhad kepada wanita sahaja, bahkan kaum lelaki, mereka melakukan solat tapi makan riba, minum arak dan berzina. Bahkan mereka mengherdik anak yatim dan orang miskin dan tidak kisah jika hukum hudud dan qisas tidak dilaksanakan.
Maka jika ada wanita yg tekun mengerjakan solat, tapi mendedahkan aurat atau derhaka kepada suaminya, maka solat itu sah jika menepati syarat dan rukunnya. Tetapi pakej syurga bagi wanita Islam ialah tiga yg asas: ta’at beribadah (mahdah), menjaga kehormatan dan menta’ati suami, maka mereka (isteri boleh memilih untuk masuk syurga dari mana2 pintu yg ia sukai (HR Ahmad dan Tabrani dari Abdul Rahman bin ‘Auf ra: juga diriwayatkan olah Abu Nu’aim dalam Hulyatul Awliya’) Juga HR Bukhari dari Ibn Abbas ra, Bahawa Nabi bersabda, baginda lihat kebanyakan penghuni neraka ialah perempuan (kerana salah satu sebabnya) mereka tidak menghargai suaminya…”
P/S: Sebelum dipastikan derhakanya perempuan itu, perlu juga ditanya: apakah suaminya tidak mendidiknya, tidak melakukan langkah-langkah rawatan dan pencegahan sebagaimana yg dianjurkan Islam jika ada tanda2 nusyuz. Allahu a’alam

al-ahkam 

Dikirim dalam Perkahwinan | Comments Off

Lafaz Ta’lik

DIkirim oleh mohd masri di April 12, 2007

Assamualaikum

Adakah jatuh lafaz taklik sekiranya suami berkata “…pergilah kahwin dengan orang lain yang setaraf dengan awak”, tapi tidak mempunyai niat untuk menceraikannya?
Wassalam.

jawapan:

Ungkapan suami itu tidak dinamakan taklik tapi lafaz kinayah (ungkapan sindiran) yg memerlukan niat. Jika tidak ada niat talak, maka tidak apa-apa. Adapun lafaz taklik bermaksud lafaz talak yg digantungkan dengan sesuatu, cth: Jika engkau keluar dari rumah ini, jatuhlah talak satu.” Maka jika isterinya keluar dari rumah pada hari itu, maka jatuhlah talak.” Allahu a’alam

al- ahkam

Dikirim dalam Perkahwinan | Comments Off

Makanan Vegetarian Bukan Islam

DIkirim oleh mohd masri di April 12, 2007

Salam

Saya was-was mengenai makanan yg disediakan oleh orang bukan Islam. Ada orang bukan Islam (Orang India dari India) ada membawa makanan yg dimasak di rumahnya, dia kata Vegetarian.
APAKAH HARUS DIMAKAN ATAU MACAMMANA.
Wassalam

jawapan:

Wassalam
Jawab:
Dasar pemakanan dalam Islam ialah Halalan Tayyiban (Halal lagi bersih) Dalil: AQ 2: 168 (Hai sekalian manusia, makanlah yg halal lagi baik (bersih/berkhasiat/bermutu/lazat) dari apa yg terdapat di bumi..”)
Halal dan baik itu sudah semestinya datang dari orang Islam sendiri, pengusaha makanan yg mukmin. Namun, tidak ditegah kita memakan makanan dari non-muslim jika halal dan tayyib ini dapat dijamin.
Sebab itu ada standard Halal atau logo Halal. Ini kerana dalam kehidupan harian sebagai pengguna, umat Islam menerima bekalan makanan dari seluruh dunia baik ahlil kitab atau musyrikin. Maka logo Halal itu banyak membantu.
Maka dalam situasi anda, ia terserah pada anda sendiri menentukan. Jika non-muslim itu anda kenali dan sahih ia vegetarian (makanan berasaskan bukan punca haiwan), maka harus memakannya (termasuk halal dan tayyib). Jika dia tidak dikenali oleh anda..maka ia termasuk syubhah. (Fatawa Brunei, Irsyad Hukum, 1999) WA

al-ahkam 

Dikirim dalam Makanan, non muslim | Comments Off

Korban Untuk Si Mati

DIkirim oleh mohd masri di April 12, 2007

apakah hukum atau bolehkah org yg hidup melakukan korban bagi org yg telah meninggal dunia.

jawapan:

a. Jika si mayyit berwasiat agar melakukan kurban atas namanya, maka wasiat itu wajib ditunaikan kerana ia keta’atan kpd Allah dan sesuai dgn syari’at-Nya.

b. Jika tidak berwasiat, ia perlu dilihat siapa yg melakukan ibadah itu. Jika yg melakukan ibadah itu anaknya, maka dibolehkan kerana anak adalah hasil usaha si ayah. Dalil: “bahawa sanya seeorang tidak memperoleh selain apa yg telah diusahakannya.” AQ anNajmi: 39
Dalil Hadis (Muslim dan ashab Sunan),” jika meninggal anak Adam,putuslah segala amalnya kecuali tiga hal: anak soleh yg sentiasa mendo’akannya….”(Fatawa Medina alMunawarrah lil Muhaddith Albani); Fiqh Sunnah, allamah Sayyid Sabiq) WA

 al-ahkam

Dikirim dalam Makanan, korban | Comments Off

Hukum Pokok Krismas

DIkirim oleh mohd masri di April 12, 2007

Salam
Adakah terdapat larangan bagi seorang muslim menanam pokok krismas dihalaman rumahnya atau pun di dalam rumah.Jika ada saya minta Ustaz THTL/Pendekar sertakan dalil serta nas yang melarangnya.
Terima kasih.

jawapan:

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih di atas Saudara fundamentalis yang mengemukakan soalan seperti itu. Saya yakin saudara tergerak untuk bertanya soalan demikian lantaran kepekaan ( sensitiviti ) saudara terhadap kesucian agama Islam masih membara. Kita mengharapkan agar saudara-saudari kita seagama sekaliannya juga turut sama untuk peka terhadap setiap persoalan hidup, lebih-lebih lagi yang ada kaitan langsung dengan masalah iman dan syirik, islam dan jahiliyyah serta yang berkaitan juga dengan permasalahan halal dan haram .

Sebelum kami memberikan keputusan ke atas masalah yang menjadi kemusykilan saudara itu, marilah kita meneliti dengan cermat beberapa permasalahan di bawah , agar tidak sesuatu hukum itu dikeluarkan secara terburu-buru dan tidak pula kita mengatakan sesuatu terhadap Islam dengan cara yang tidak dituntut.

[color=blue] Pertama : ASAL SETIAP PERKARA KEHIDUPAN DUNIAWI ( YANG TIDAK BERBENTUK IBADAH YANG KHUSUS ) ITU BOLEH DILAKUKAN : [/color]

Inilah kaedah umum yang dipakai untuk setiap permasalahan duniawi. Lantaran itu para ulama’ dan fuqaha’ telah menyatakan satu kaedah , iaitu :
<center><font size=+1 color=blue>
الأصل في الأشياء الإباحة

Ertinya : Asal tiap-tiap sesuatu ( yang bukan bersifat ibadah khas ) adalah mubah / harus / boleh.
</center></div></font>
Kaedah ini bukanlah rekaan ulama’ semata-mata ( sbg mana sangkaan sebahagian manusia yang melampau ) , bahkan sebenarnya ia adalah satu konklusi ( kesimpulan ) terhadap ayat Allah Ta’ala yang berbunyi :
<center><font size=+1 color=blue>
هُوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُم مَّا فِي الأَرْضِ جَمِيعاً ثُمَّ اسْتَوَى إِلَى السَّمَاء فَسَوَّاهُنَّ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Ertinya : “ Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak (menciptakan) langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu “ ~ Ayat 29 : Surah al-Baqarah. </center></div></font>

Oleh itu , para ulama’ dan fuqaha’ juga telah menegaskan drp kaedah di atas : [color=red] “ Soal ibadah ( yang khas ) tidak boleh dikerjakan kecuali dengan adanya ketetapan syariat daripada Allah Ta’ala. Dan soal adat ( kehidupan / yang tidak bersifat ibadah mutlak / khas / mahdah ) , tidak boleh diharamkan, kecuali dengan adanya larangan yang disebutkan oleh Allah Ta’ala “ . [/color]

[color=blue] Kedua : LARANGAN MENIRU-NIRU KELAKUAN ORANG-ORANG YAHUDI & KRISTIAN : [/color]

Walaupun asal pada setiap persoalan hidup yang tidak bersifat ibadah khusus itu boleh, akan tetapi di dalam beberapa masalah adat dan kehidupan, ada juga yang disentuh oleh Baginda Rasulullah s.a.w . Di antaranya ialah perintah agar kita tidak meniru-niru gaya-hidup , dan apatah lagi cara beribadah yang dilalui oleh orang-orang yang bukan Islam , khasnya Yahudi dan Kristian . Di antara pesanan Baginda Rasulullah s.a.w itu ialah :
<center><font size=+1 color=blue>
حَدِيثُ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوا فِي جُحْرِ ضَبٍّ لَاتَّبَعْتُمُوهُمْ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ آلْيَهُودَ وَالنَّصَارَى قَالَ فَمَنْ

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “ Kamu pasti akan mengikuti sunnah ( cara ) orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehinggakan jika mereka masuk ke dalam lubang dhob sekalipun, kamu tetap akan mengikuti mereka. Kami bertanya: Wahai Rasulullah, apakah yang kamu maksudkan itu adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani ? . Baginda bersabda: Kalau bukan mereka, siapa lagi ? “ ~ Hadis Sahih diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan al-Imam Muslim ( rahimahumalLah ) . </center></div></font>

Inilah yang terjadi pada umat Islam , apatah lagi di zaman selepas penjajahan Yahudi dan Kristian ke atas tanah-tanah air umat Islam , pasti ada sedikit-sebanyak cara hidup mereka yang diikuti oleh kita. Lantaran umat Islam itu sendiri sepatutnya sedar dan insaf bahawa mereka mestilah mempunyai syakhsiah ( keperibadian ) dan imej tersendiri , maka Baginda Rasulullah s.a.w pun bersabda lagi seraya memperingatkan kita agar tidak meniru-niru mereka, di antara sabda Baginda s.a.w di dalam soal ini ialah :
<center><font size=+1 color=blue>
حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى لَا يَصْبُغُونَ فَخَالِفُوهُمْ

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: “ Sesungguhnya orang Yahudi dan orang Nasrani tidak mewarnakan rambut-rambut, jadi berbezalah kamu dengan mereka ! “ ~ Hadis Sahih diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan al-Imam Muslim ( rahimahumalLah ) .

عَنِ ابْنِ عُمَرَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ خَالِفُوا الْمُشْرِكِينَ وَفِّرُوا اللِّحَى وَأَحْفُوا الشَّوَارِبَ

Ertinya : Daripada Ibnu Umar ( r.a ) . Daripada Baginda Rasulullah s.a.w telah bersabda : “ Berbezalah kamu sekalian dengan orang-orang musyrikin, peliharalah janggut dan nipiskanlah misai “ ~ Hadis Sahih diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari ( rh ) di bawah tajuk : Kitab al-Libas ( 5892 ) dan al-Imam Muslim ( rh ) di dalam sahihnya ( 1 / 53 & 54 ). Begitu juga hadist ini dinyatakan oleh al-Imam as-Suyuti ( rh ) di dalam “ al-Jamie’ as-Soghir “ ( 3878 ) .

عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

Ertinya : Daripada Ibnu Umar ( r.a ) dia berkata : Baginda RasululLah s.a.w pernah bersabda : “ Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka “ ~ Hadits Sahih diriwayatkan oleh Imam Abu Daud ( rh ) di dalam sunannya ( 4 / 4031 ) , Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya ( 2 / 50 ) dan Imam as-Suyuti di dlm “ al-Jamie’ as-Soghir “ ( 8593 ) . </center></div></font>

Pendek kata , apa –apa hal sahaja yang ada unsur-unsur persamaan di antara kita dengan Yahudi dan Kristian , lebih-lebh lagi di dalam tatacara ibadah yang khusus , maka Baginda Rasulullah s.a.w memerintahkan kita dengan sabdanya : [color=red] “ Hendaklah kamu semua berbeza daripada mereka ! “ . [/color]

[color=blue] Ketiga : HAKIKAT POHON KRISMAS ITU :[/color]

Pohon/pokok Krismas ( Christmas Tree ) itu ialah pokok yang kita namakan sebagai “ Pokok Pain “ ( Pine ) . Manakala orang-orang Arab menggelarnya pokok pain itu sebagai [color=red] “ Syajarah As- Sonawbar “[/color]–<font size=+1 color=blue>صَنَوْبَر </div></font>

[color=red] Asal-usul pokok pain ini dijadikan sebagai “ pokok Krismas “ yang disucikan oleh orang-orang Kristian adalah merupakan adat kuno masyarakat Jerman. Kisahnya , di zaman dahulu tatkala Jerman diliputi oleh salji yang tebal, masyarakatnya mendapati banyak pokok dan pohon yang mati kecuali pokok pain itu. Masyarakat Jerman Kuno menganggap bahawa matinya kebanyakan pohon / pokok itu adalah disebabkan oleh “ gangguan “ roh-roh jahat “ daripada hantu-syaitan. Lalu , mereka pun membawa balik ataupun menanam pokok / pohon itu di dalam rumah-rumah agar pokok / pohon itu berupaya mengusir “ gangguan-gangguan “ jahat daripada rumah mereka.[/color]

Pokok yang meruncing di atasnya itu kemudiannya – di zaman moden – dihiasi pula dengan lampu kelip-kelap , kad-kad ucapan dan sebagainya, demi memeriahkan lagi perayaan Krismas mereka. Di samping itu, di zaman kini juga sudah ada pohon Krismas tiruan .

Selain itu , pokok / pohon tersebut juga ditanam di kawasan luar rumah / sekolah sebagai hiasan dan tidak kurang juga sebagai tanaman pelindung ( pokok pain yang besar ) . Ini dapat kita lihat sendiri , khasnya di kawasan-kawasan sekolah.

[color=blue] Keempat : HUKUM BERKAITAN POKOK / POHON KRISMAS ITU :[/color]

“ Pokok Krismas “ itu asalnya ialah Pokok Pain. Bezanya dengan Pokok Pain ialah pokok pain tidak mempunyai sebarang lampu kelip-kelap dan kad-kad ucapan serta tidak pula disucikan untuk beribadah. Manakala pokok Krismas pula ialah pokok pain yang dihiasi dengan lampu kelip-kelap , kad-kad ucapan dan dipercayai pula mempunyai kuasa dan semangat yang dikaitkan dengan kepercayaan ( Aqidah ) masyarakat Kristian .

[color=red]Oleh itu , jika seseorang itu menanam ataupun menghiasi rumahnya dengan pokok itu ( Pokok Pain ) , sama ada dengan tujuan sebagai pohon hiasan ataupun pohon pelindung ( daripada cuaca yang panas ataupun angin yang kuat ) , maka TIDAKLAH MENGAPA ( tidaklah berdosa ) .

Jika ianya dijadikan sebagai satu ritual ibadah ( Pokok Krismas ) , ataupun dipercayai ianya mempunyai kuasa untuk menghalau hantu dan mambang , maka kepercayaan ini ->TIDAKLAH BERASAL DARI ISLAM , MALAHAN IANYA ADALAH SATU KHURAFAT KAUM KRISTIAN YANG BERASAL DARIPADA JERMAN KUNO !.

Jika ianya sengaja dihiasi oleh umat Islam itu sendiri di dalam rumah-rumah mereka dengan lampu kelip-kelap ataupun dengan kad-kad ucapan, tanpa adanya sebarang niat untuk meniru-niru tatacara ibadah kaum Kristian -> MAKA PERBUATAN ITU TIDAKLAH SEPATUTNYA DILAKUKAN . Bukankah masih banyak cara untuk menghiasi rumah selain daripada meniru-niru cara masyarakat Kristian itu !? . [/color]

Seseorang isteri yang kerap-kali menghiasi rumahnya , khasnya ruang dalaman rumah ( interior ) , tentu akan mendapati bahawa bukannya senang untuk menghiasi rumah dan mengemasnya agar sesuai dengan cita-rasa ahli-ahli rumah itu , khasnya suaminya. Lantaran itu, bukanlah sedikit masa yang diperlukan oleh seseorang itu untuk mencari ide dan melaksanakannya. ( Dan masa untuk itu tentu akan semakin tidak ada bagi wanita-wanita moden yang sibuk berkerja walhal si suami sendiri mampu menanggung kos hidup dengan mewah ! ) . Walaupun begitu, bukankah lebih baik agar tidak kita terikut-ikut dengan gaya masyarakat Kristian di dalam hal mengemas rumah sehingga perlu kita bertaqlid 100% dengan cara mereka dan sampaikan pokok Krismas pun mahu kita jadikan hiasan rumah !? .

Menghiasi rumah memanglah satu tuntutan agar jiwa para penghuninya aman dan tenteram . Dan ianya pula merupakan salah-satu kewajipan si isteri sebagai salah-cara mengekalkan kerukunan rumah-tangga dan menambat hati si suami. Namun , itu bukanlah alasan untuk dibolehkan sebarang hiasan yang ada kaitannya dengan agama-agama selain Islam sbg mana halnya Pokok Krismas itu.

Kalau hendak ditanam juga, tanam sahajalah pokok Pain itu di luar rumah ataupun di dalam rumah. Tapi , jangan pula ianya dihiasi dengan hiasan-hiasan yang biasa digunakan oleh masyarakat Kristian. Kita bimbang, tujuan asal untuk hiasan itu boleh bertukar pula dengan perasaan bermegah-megah dengan tatacara kehidupan Kaum Kristian .

[color=red] Umat Islam perlu mengekalkan identiti, jati-diri dan keperibadian mereka. Jangan sampai “ terjajah ‘ lagi !!! . [/color]

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

**************************************

[color=blue] RUJUKAN [/color]

[color=red] 1 – KAIFA TAD’UU NASRONIAN ILAL ISLAM ? [/color]
Oleh : Kapten Anas Abdul Hamid al-Qauz
Halaman : 82 .
Terbitan : Maktabah al-‘Ubaikan , Riyadh.

[color=red] 2 – HALAL DAN HARAM DI DALAM PANDANGAN ISLAM ( EDISI LENGKAP ) [/color]
Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi ( ha )
Terjemahan Oleh : Al-Fadhil Ustadz Muammal Hamidy ( ha )
Terbitan : PT Bina Ilmu , Surabaya
Halaman Web : http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Halal/

[color=red] 3 – al-JAMIE’ as-SOGHIR [/color]
Oleh : al-Imam al-Hafiz as-Suyuti ( rh )
Terbitan : Maktabah Nazar Mustafa al-Baz , Riyadh.

[color=red] 4 – MAUSU’AH al-HADIST asy-SYARIF ( Edisi 1.22 ) [/color]
Sakhr Software Co, Egypt.

[color=red] 5 – HADITS al-BAYAN [/color]
Sakhr Co, Egypt.

al-ahkam 

Dikirim dalam non muslim, tauhid | Comments Off