Koleksi Soal Jawab Agama

Weblog Ini Adalah Weblog Khas Untuk Soal Jawab Agama

Arkib bagi Hari 11 April 2007

Cara Memberi Salam

DIkirim oleh mohd masri di April 11, 2007

Soalan :

ana penah dgr waktu sekolah dulu tazkirah di mana kisahnya lebih kurang begini.. Rasulullah mengajar sahabat menjawab salam. sekiranya diberi salam ‘assalamualaikum‘ dijwb ‘waalaikumsalam warahmatullah‘. jika beri salam ‘assalamualaikum warahmatullah‘ maka dijwb ‘ waalaikumsalam warahmatullah wabarakatuh‘. dan jika diberi salam ‘assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh‘ maka dijawab ‘ waalaikumsalam warahmatullah wabarakatuh‘ atau ‘waalaikumsalam’ sahaja. Maknanya memberi salam yg paling panjang adalah ‘assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh’ sahaja. mintak penjelasan para ustaz di sini. adakah ini hadis atau adakah hadis yg hampir dgn kisah di atas. ana nk pastikan apa yg pernah ana dgr waktu sekolah dahulu (6 thn sudah) benar atau tidak .. sekian..

 

Jawapan :

Seringkas-ringkas ucapan salam itu ialah Assalamu’alaikum. Sepanjang-panjang ucapan salam itu pula ialah Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakatuh. Ini berdasarkan hadith Nabi saw :

عن عمران بن الحصين رضي الله عنهما قال‏:‏ جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال‏:‏ السلام عليكم، فرد عليه ثم جلس، فقال النبي صلى الله عليه وسلم‏:‏ “عشر” ثم جاء آخر، فقال‏:‏ السلام عليكم ورحمة الله، فرد عليه فجلس، فقال‏:‏ ‏”‏عشرون‏”‏ ثم جاء آخر، فقال‏:‏ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته، فرد عليه فجلس، فقال‏:‏ “ثلاثون”

Daripada ‘Imran bin Husain ra. katanya : “Datang seorang lelaki kepada Nabi saw lau dia mengucapkan “Assalamu’alaikum.” Maka Baginda (saw) menjawab salamnya, lalu diapun duduk. Sabda Nabi saw : “(untuknya) sepuluh.” Kemudian datang pula orang lain lalu mengucapkan “Assalamu’alaikum warahmatullah.”  Maka Baginda (saw) menjawab salamnya, lalu diapun duduk. Sabda Nabi saw : “(Untuknya) dua puluh.” Kemudian datang orang yang lain pula, dan mengucapkan “Assalau’alaikum warahmatullah wabarakatuh.” Maka Baginda (saw) menjawab salamnya, lalu diapun duduk. Sabda Nabi saw : “(Untuknya) tiga puluh.”  (Al-Nawawi menyebut hadith ini di dalam kitabnya Riyadh al-Solihien dan berkata : “Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Tirmizi dan beliau berkata : Hadith ini Hasan.)

wallahu a’lam. Abdul Kadir

al-qayyim 

Dikirim dalam Akahlak | Comments Off

Solat Sunat Atau Berzikir Lepas Solat fardhu

DIkirim oleh mohd masri di April 11, 2007

Tuan,

ampunkan saya, akhi ali tantawi masih tak menjawap soalan.

selalu nya saya biasa memisahkan diri dari jemaah selepas solat

berjemaah[lepas salam] dan terus buat aktiviti sendiri sama ada solat

sunat, baca quran, baca al matsurat atau baca tafsir al quran.

tapi saya selalu dulukan solat sunat.

tapi baru2 ini ana menjadi imam solat magrib[di masjid].selepas salam

ana terus solat sunat magrib di tempat imam[pasal dah jadi kebiasaan

ana].ade jemaah yg ikut ana solat sunat dan ada jemaah kata ana bawak

syariat baru.

ana betul2 terasa hati dan berasa berdosa. adakah ana terbawa pekara

baru dlm agama[bid'ah].ana takut perbuatan imam terus bersolat sunat

selepas menjadi imam solat jemaah tiada asal nya dari nabi dan para

sahabat.

harap kali ini ada jawapan yg benar2 memuaskan hati ana. ana dahulukan

dgn ucapan terima kasih.

jawapan:

saya cuba jawab..harap2 jawapan kali ini memberikan kepuasan kepada yg bertanya…

1- Sepanjang pembacaan ana, sememangnya Rasulullah SAW digambarkan oleh sahabat bahawa Baginda memang berzikir selepas solat fardhu. sesekali pernah juga diriwayatkan Baginda SAW pernah bangun terus apabila ada hajat yang penting. pernah juga Baginda SAW berpaling ke arah para sahabat dan terus memberikan tazkirah. tapi menurut banyak hadith2 yang ana temui, memang Rasulullah SAW melazimi zikir (walaupun pendek) selepas solat fardhu.

2- so, ana mencadangkan, anta berzikirlah dahulu selepas solat dan jangan terus bangun kerana 2 sebab:
-antaranya ialah masyarakat kita rata2 belum boleh menerima cara itu. walaupun tak salah utk kita bangun terus selepas menjadi imam.
-berdasarkan hadith2, Rasulullah SAW memang berzikir terlebih dahulu. sebab tu kita digalakkan berzikir seperti kata para ulama hadith.

harap ada sahabat lain yang akan jawab dan menambah baik jawapan ana.

al-ahkam

Dikirim dalam solat sunat, zikir | Comments Off

Tidak Berselawat Ke Atas Nabi Berdosa

DIkirim oleh mohd masri di April 11, 2007

Tuan,

betulke kalau x berselawat semasa nama nabi disebut berdosa besar.??

ape hukum sebenar kalau kita berselawat setelah mendengar org menyebut nama nabi.

jawapan:

wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr ISLAMUNTUKSEMUA dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Bagi setiap umat Islam yang menunaikan solat wajib lima waktu setiap hari, paling minima mereka akan berselawat keatas Nabi 5 kali pada tashahud akhir atau pun 9 kali pada tashahud awal dan akhir. Menurut Dr Mustafa al-Bugha [et. al] bahawa selawat keatas Nabi saw didalam mazhab Syafie adalah merupakan rukun solat (yang ke 11) dan tidak sempurna solat jika salah satu rukunnya ditiadakan dengan sengaja [al-Fiqh al-manhaji, 1/140-142].

Walaubagaimanapun, ramai dikalangan ulama’ mengatakan bahawa selawat keatas Nabi saw didalam solat adalah mustahab (digalakkan) dan bukannya wajib. Ini merupakan pandangan dari Mazhab Maliki dan Ahli Madinah, Abu Hanifah dan ahli Kufah, ahli Ra’yi dan Ahmad didalam salah satu dari 2 riwayatnya.[Dr Muhammad Naim Haani Saa'i, Mausu'ah masaail al-Jumhur fi al-Fiqh al-Islamiyah, Dar al-islam, 2005, 1/181].

Selawat diluar solat hukumnya adalah mustahab (digalakkan). Tidak berdosa mereka yang tidak berselawat asalkan mereka ini tidak ingkar dengan perintah Nabi saw. Malahan mereka ini merupakan manusia-manusia malas yang sangat bakhil. Dari Hussein ra. bin Ali ra. bin Abi Thalib bahawa Nabi saw bersabda :

البخيل الذي من ذكرت عنده فلم يصل عليَّ

“Orang yang bakhil adalah mereka yang di peringatkan aku disisinya akan tetapi tidak berselawat diatasKu” [Hadith Riwayat al-Tirmudzi #3546, dikelaskan sebagai sahih oleh al-Albani didalam Irwa' al-Ghaleel, #5].

Orang-orang yang tidak berselawat keatas Nabi saw lebih-lebih lagi apabila nama baginda disebut dianggap sebagai orang yang sombong. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. bahawa Nabi saw bersabda :

رغِم أنفُ رجلٍ ذُكرتُ عنده فلم يصلِّ عليَّ

“Semoga digosokan hidungnya dengan debu bagi lelaki yang di peringatkan aku disisinya akan tetapi tidak berselawat diatasKu” [hadith Riwayat al-Tirmudzi #3545, dikelaskan sebagai sahih oleh al-albani didalam Irwa' al-Ghaleel, #6].

Nabi saw mensifatkan orang-orang seperti ini merupakan orang yang bakhil, sombong dan sudah tentunya rugi. Ganjaran pahala berselawat keatas Nabi saw sangat besar. Dari Abu Hurairah ra. bahawa Nabi saw bersabda :-

من صلى عليَّ واحدة صلى الله عليه بها عشراً

“Barangsiapa yang berselawat keatasKu 1 kali, Allah akan berselawat keatasnya 10 kali” [hadith sahih riwayat Muslim].

Malaikat pun diperintahkan berselawat keatas Nabi saw. Orang-orang yang mengaku beriman kepada Allah swt juga diperintahkan berselawat keatas Nabi saw sebagaimana firman Allah swt :-

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا

“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. ” [surah al-Ahzab : 56]

Umat Islam dianjurkan berselawat keatas Nabi didalam pelbagai tempat. Diantaranya yang dinyatakan oleh Syeikh Abdul Aziz bin Baaz rh. adalah :-

وبما أن الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم مشروعة في الصلوات في التشهد، ومشروعة في الخُطب والأدعية، والاستغفار، وبعد الأذان، وعند دخول المسجد، والخروج منه، وعند ذكره، وفي مواضع أخرى، فهي تتأكد عند كتابة اسمه في كتاب، أو مؤلف، أو رسالة، أو مقال أو نحو ذلك، لما تقدم من الأدلة، والمشروع أن تكتب كاملة تحقيقاً لما أمرنا الله تعالى به،

“Bahawa berselawat keatas Nabi saw merupakan perkara yang disyariatkan didalam tashahud dalam solat, didalam Khutbah, ucapan dan Do’a, istighfar, selepas Azan, ketika masuk masjid, dan ketika keluar darinya, berzikir dengan berselawat ditempat2 lain, memastikan buku-buku ditulis namanya, atau pengarang, atau risalah, artikel atau seperti itu, dan disyariatkan menulis penuh sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah” [Majmu' Fataawa bin Baaz, (cet Dar al-Watan, 1416H) 1/445].

Amalan berselawat keatas Nabi saw merupakan salah satu keadah bagi mendapatkan syafaat baginda pada hari Qiamat kelak! Dari Ibn Mas’ud ra., telah bersabda Nabi saw :-

أولى الناس بي يوم القيامة أكثرهم علي صلاة.

“Manusia yang terutama disisiku pada hari Kiamat adalah yang paling banyak berselawat keatasKu” [Hadith Riwayat Ibn Hibban, al-Tirmudzi dan beliau mengatakan bahawa hadith ini Hasan Gharib].

Kesimpulannya – Berselawat didalam tashahud akhir merupakan rukun solat bagi Mazhab Syafie. Syiekh bin Baaz juga meletakkannya sebagai rukun solat didalam fatwanya dan tidak sah solat tanpa berselawa keatas Nabi sawt. Walaubagaimanapun beberapa mazhab yang lain mengatakan bahawa hukumnya hanya mustahab (sunat). Berselawat diluar solat hukumnya mustahab (sunat). Bagi mereka yang malas untuk berselawat keatas baginda apabila namanya disebut, merupakan orang-orang yang bakhil dan sangat2lah rugi.

Sekian, wassalam

al-ahkam.net 

Dikirim dalam Selawat, solat | Comments Off

Mendoakan Orang Bukan Islam

DIkirim oleh mohd masri di April 11, 2007

Razz assalamualaikum kepada panel al-ahkam

saya ingin bertanya satu soalan

soalanya

adakah seorang muslim boleh mengucapkan ‘bless u’ kepada org bukan muslim yang mengucapkan ‘bless u’ kepadanya apabila dia bersin ?

adakah perbuatan tersebut sama dengan mendoakan kesejahteraan kepada org kafir ?

jawapan:

wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr salahuddin dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Tidak menjadi kesalahan seseorang Islam mendo’akan keatas orang bukan Islam yang masih hidup. Kita boleh mendo’akan kesehatan mereka (bless you), lebih-lebih lagi mendo’akan agar hati mereka terbuka kepada Islam.

Malah, seseorang Islam dibenarkan memberi sedekah kepada orang bukan Islam yang memerlukan pertolongan. Yang di larang adalah pemberian zakat keatas mereka. Orang kafir yang diberikan sedekah itu bukanlah dari mereka yang memerangi orang Islam.

Membantu diantara satu sama lain (baik orang Islam atau bukan Islam) kearah kebaikkan didalam ruang lingkup yang luas merupakan seruan Islam, firman Allah :-

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ

“hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya). ” [surah al-Maaidah 5:3]

Apa yang dilarang ialah mendo’akan keatas orang bukan Islam yang sudah mati. Firman Allah swt :-

مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَى مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ

“Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli Neraka. ” [Surah al-Taubah : 113]

Sekian, wassalam

al-ahkam.net

Dikirim dalam doa, non muslim | Comments Off

Mendoakan Kesusahan dan Keburukan Untuk Orang Kafir

DIkirim oleh mohd masri di April 11, 2007

Salam

bolehkah kita sebagai seorang muslim mendoakan keburukan kepada orang kafir?

setahu saya, Rasulullah saw yg sering dizalami orang kafir itu pun tidak penah berdoa sedemikian rupa.tidak pernah pulak terjumpa hadis yg mengatakan Rasulullah saw melakukan sedemikian. Inikan pula kita umatnya yg tidak merasa ujian sehebat yang berlaku pada Rasulullah saw.patut ke Yellow Question

jawapan:

wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Do’a merupakan salah satu cabang ibadat, menzahirkan kedudukan penghambaan kepada Allah swt. Memohon sambil menadah tangan kepada kerajaan Allah pada setiap hal, memohon dikabulkan permintaan dan memohon agar ditolak bala’.

Do’a keatas orang kafir yang memusuhi Islam merupakan senjata orang-orang Islam didalam operasi jihad. Ia menjadi sumber kekuatan bagi orang-orang Islam di medan pertempuran sebagai firman Allah swt :-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُوا وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). ” – [al-Anfal : 45]

Nas al-Quran menjelaskan kebenaran mendo’akan ‘keburukan’ terhadap orang kafir secara umum. Tidak dibenarkan berdo’a keatas individu tertentu melainkan ia mendatangkan kesusahan pada orang-orang Islam. Mula-mula sekali hendaklah kita berdo’a agar mereka mendapat hidayah, kerana sesungguhnya Nabi saw berkata :’Ya Allah, berilah hidayah kepada kaumku kerana mereka tidak mengetahui’. Maka do’alah keatas mereka untuk hidayah, dan tidak mendo’akan keburukan diatas mereka. Bagi do’a kemusnahan keatas pula mereka dicatatkan didalam al-Quran bahawa Nabi Noh as. tatkala berkata :-

رَبِّ لَا تَذَرْ عَلَى الْأَرْضِ مِنَ الْكَافِرِينَ دَيَّارًا

“….Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan seorangpun dari orang-orang kafir itu hidup di atas muka bumi!” [Nuh : 26]

Terdapat riwayat sahih didalam Sahih Bukhari bahawa Nabi saw pernah mendo’akan ‘keburukan’ keatas orang kafir. Terdapat juga beberapa hadith mengenai do’a, misalnya riwayat yang dibawa oleh Ali bin Abu Talib ra. : Pada hari Ahzab, Rasulullah saw berkata :

ملأ الله بيوتهم وقبورهم نارًا‏،‏ شغلونا عن الصلاة الوسطي حين غابت الشمس

“Allah penuhkan rumah dan kubur mereka dengan Api, yang menganggu kami dari solat Asar sehinggalah terbenam matahari”

Namun demikian, terdapat juga hadith2 seperti fatwa IslamOnline diatas tadi meriwayatkan bahawa Nabi saw mendo’akan agar orang kafir itu diberi hidayah.

Do’a mendatangkan ‘keburukan’ atau memberi ‘hidayah’ harus dilihat dari segi dua sudut yang berbeza, dari satu sudut orang-orang Islam berada didalam keadaan dizalimi dan peperangan (seperti didalam perang Ahzab), dan dari sudut yang lain pula mendo’akan atas hidayah keatas orang kafir didalam keadaan aman.

Berkata Prof. Dr Saed Ahmad, pensyarah Universiti al-Azhar :-

وللتوفيق بين الموقفين نقول‏:‏ إن لكل مقام مقالًا، وحيث تكون الأمور هادئة فالدعاء بالهداية أولى،‏ أما في وقت المعركة وأثناء الهجوم أو الدفاع‏،‏ فالدعاء عليهم هو مقتضى الحال‏.

“Bagi pertemuan diantara dua sikap ini kami berkata :- didalam setiap kedudukan dan keadaannya tenang, maka do’a agar mendapat hidayah adalah diutamakan. Bagi keadaan perang dan semada menyerang atau mempertahankan diri, maka do’a keburukkan keatas mereka merupakan kondisi yang diperlukan”

Sekian, wassalam.

rujukan :

1, http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528607738

2. http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528615586

al-ahkam.net 

Dikirim dalam doa, non muslim | Comments Off

Kain Kapan Berjahit

DIkirim oleh mohd masri di April 11, 2007

:salam

Pohon penjelasan hukum mengkafankan mayat dengan membuat seluar berjahit sebagai kain kafan pertama …

Bagi mereka yang mati shahid telah termaklum ….

tolong beri tunjuk ajar kepada saya …

Wallahualam

jawapan:

Wassalam

al-Jawab:

Hukumnya makruh kata alhafidz alNawawi (syarah anNawawi ‘ala Sahih Muslim (7/12)
Dalilnya: Dari Aisyah ra: RasuluLlah saw (semasa wafatnya telah dikapankan dalam tiga helai kain putih Sahuliah dari jenis kain cotton (kapas) dari pekan Sahul yang terkenal dengan industri fabrik cotton di Yemen.) Tidak mengandungi qamis (baju atau pakaian) atau ‘imamah (tutup kepala). HR Syaikhan (Fath alBari (3/382) sekian

al-ahkam.net

Dikirim dalam Jenazah | Comments Off

Adakah Bekerja di atas kapal dikira musafir

DIkirim oleh mohd masri di April 11, 2007

salam.
saya seorang pelaut yang bekerja di atas kapal dagang.
ingin tahu status sebenar saya sbagai musafir atau pun tidak.
because i have 2 version and only .
a) yes b) no.
which one is right.
jarak perjalanan kami sememangnya beribu batu.
tetapi rutin kami seperti insan biasa yang berkerja di darat.
kami punya makan dan minum yang cukup. tidur dan rehat yang cukup. sumber air yang cukup . yang boleh di kira kami boleh buat apa yang orang di darat boleh buat.
jadi… adakah boleh kami mengqasarkan semua solat 4 rakaat kami di sebabkan jarak perjalan kami.
confusela. anyone well educated please answre this.
because since i join this ship about 5 years ago. most of my time i m qasar my solat.. and from this day. i ve been told that we arent musafir from someone that perhaps can take into consideration. MasyaAllah.
please somebody answer this.
the answer most probably can answer to all muslim seafarers onboards.
tq

jawapan:

Wassalam

alJawab:

Dilemma anda telah dijawab oleh allamah Sayyid Sabiq rh dalam kitab monumentalnya, Fiqh Sunnah (pemenang anugrah Raja Faisal kategori fiqh) spt berikut:

” Dalam hal ini tidak ada perbedzaan musafir itu menggunakan kapal terbang, kereta api dll, juga samada perjalanan itu bertujuan menunaikan perintah Allah ataupun utk tujuan-tujuan lain dan termasuk juga perjalanan orang-orang yang pekerjaaannya mengharuskan selalu berada dalam keadaan musafir spt kelasi kapal laut, konduktor kereta api dll, sebab pada hakikatnya itu juga termasuk musafir.” (Fiqh Sunnah, terjemahan Victory (1990) , 2/216)

Imam Muslim meriwayatkan dari amir alMukminin Umar alKhattab ra, “
(solat qasar) itu adalah sedeqah anugrah Allah kepada kalian, maka terimalah sedeqah-Nya” (kitab assolah almusafiraini, 686)

al-ahkam.net

Dikirim dalam Jama' dan Qasar, solat | Comments Off

Dua Marhalah

DIkirim oleh mohd masri di April 11, 2007

Salam ustaz, boleh tolong terangkan berkaitan dengan dua marhalah dalam Islam? pendapat Mazhab-mazhab berkaitan dua marhalah dan berapa km sebenarnya jarak yang dimaksudkan dengan dua marhalah? Terima kasih. Yellow Rolleyes

jawapan:

Wassalam al-Jawab

Dua marhalah adalah kiraan jarak zaman dulu dan ulama’ fiqih berselisih dalam 20 pendapat mengenai jarak 2 marhalah tsb. Unit lain dalam pengiraan marhalaha ialah farsakh, barid, mil dan dziraa’.

1 dzira’= 24 jari / 6 qabdhah/ jengkal

1 mil = 4000 dzira’ (hasta)

1 farsakh = 3 mil

1 barid = 4 farsakh
1 marhalah = 4 barid

Jadi kalau 2 marhalah = 8 barid,

8 barid ini pun khilaf cara pengiraannya mengikut standard perbatuan hashimi 48 batu atau 60 batu hashimi; juga dikira mengikut standard perjalanan dari Mekah ke Thaif (83KM) atau Mekah ke Jeddah atau Usfan ke Makkah (yg lebih jauh sekitar 120 KM)

Juga berdasarkan perjalanan, dua hari dua malam menaiki unta (syafi’iyah) atau 3 hari tiga malam (hanafiah).

Malaysia mengira 2 marhalah bersamaan dgn 84/85 KM (alMajmuu’, 4/322)
adapun Hanafi ialah melebihi 90KM (Fiqh Islami waadillatuh)

Sesungguhnya pengiraan 2 marhalah di zaman silam itu dalam kiraan KM sekarang amatlah mengelirukan. Tapi range 2 marhalah itu ialah melebihi 83 KM. sekian

al-ahkam.net

Dikirim dalam Jama' dan Qasar, solat | Comments Off

Solat Jama’, Makmum Zohor, Imam Jama’ dan Qasar

DIkirim oleh mohd masri di April 11, 2007

Bolehkah makmum yang nak bersolat zohor ikut imam yang diketahui nak buat solat jamak/qasar zohor& asar (atau sebaliknya).
Terima kasih.

jawapan:

wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ummat dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Ulama’ sepakat bahawa dibenarkan orang yang bermukim mengikuti Imam yang solat musafir (qasar). Cuma Mazhab Maliki mengatakan perbuatan ini makruh disebabkan ia bertentangan dengan niat berimam.

Padangan yang rajih (lebih benar) adalah tidak makruh bersolat dibelakang Imam yang bermusafir kerana dalilnya datang dari Hadith Nabi saw (Nailul Authar 3/204). Caranya, apabila solat seorang Imam yang bermusafir 2 rakaat, dan selepas Imam memberi salam orang yang bermukim akan menyempurnakan solatnya. Adalah mustahab (digalakkan) selepas Imam yang bermusafir itu memberi salam, beliau hendaklah mengucapkan : “Sempurnakan solat kamu, sesungguhnya aku sedang bermusafir” (أتموا صلاتكم فإني مسافر).

Sekian, wasalam

http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=32043&sid=8d047705e891047a5f8b44b41a8029a6

Dikirim dalam Jama' dan Qasar, solat | Comments Off

Puasa Sunat Dan Wajib Combined

DIkirim oleh mohd masri di April 11, 2007

assalamu’alay-kum…

ana selama ini berpegang kpd hukum BOLEHNYA COMBINE NIAT antara puasa sunat dan puasa wajib…

cth : Puasa 6 syawal dan puasa qadha’

>> seandainya seseorang itu berpuasa qadha selama 6 hari dlm bulan syawal, maka dia dikira dah berpuasa 6 hari di bulan syawal.

:: tambahan pula, dalam hadith hanya dinyatakan “… berpuasa 6 hari di bulan syawal” tanpa mengkhususkan puasa apa.

tapi..

hari ni ana dikelirukan ngan pendapat seorang sahabat yg mengatakan TIDAK BOLEH DEMIKIAN krn diqiyaskan kpd perbuatan solat fardhu yg mana x boleh dicombinekan niat dgn solat sunat.

berikut ialah petikan kata2 dia :

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

saya tanyalah ustaz2 saya katanya memang tak boleh…katanya ada perkara wajib didahulukan dan ada jugak perkara sunat didahulukan…mengenai mati kita tak tahu bila dan kita buat yg sunat dulu bab waktunya terhad hanya untuk bulan syawwal sahaja dan posa ganti tu boleh bila2 selagi belum sampai bulan ramadhan yg akan datang…kita niatlah selepas buat posa sunat 6 ni saya nak buat ganti plak,kalaulah kita mati selepas tu pun ianya di maafkan,contohnya kalaulah kita buat ganti dulupun tapi tak habis lagi ajal kita dah sampai,macammana ngan yg berbaki tu…samalah cam ni ianya akan di maafkan…

ustaz saya membawa contoh jika seseorang tu bangun tido lewat contohnya kul 10 tanpa dia sedari,pastu dia kenalah qadha subuh tu tapi tak boleh nak satukan qadha subuh tu ngan solat dhuha walaupun keduanya dua rakaat…ustaz saya kata lagi memang tak boleh langsung nak buat cam tu….kalu kita niat dua2 cam tu yg terangkatnya hanyalah posa ganti…memanglah islam itu mudah tapi kita tak boleh mempermudahkan bab posa ganti waktunya panjangkan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

tamat petikan kata2 dia…

ana merujuk kpd petikan fatwa Ibnu Hajar Al-Haitami, mengenai orang yang berniat puasa sunat bersama puasa wajib seperti di atas dengan katanya maksudnya :

“Jika diniatkan keduanya (puasa sunat dan pusat wajib) dia mendapat ganjaran bagi kedua-duanya atau diniatkan salah satu maka gugur tuntutan yang satu lagi dan tidak mendapat ganjarannya.” (Al-Fatwa Al-Kubra : 2/75).

jadi, mohon penjelasan masyaikh sekalian.

WA

jawapan:

wa’alaikumussalam

Kami akan cuba menjawab soalan sdr VHoutenJr dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Asal niat didalam ibadat hanyalah : satu ibadat satu niat. Cuma ulama’ membincangkan beberapa permasalahan didalam keafdalan melakukan sesuatu amalan. Sebagai contoh, dijangka 9 Zulhijah akan jatuh pada 20 Januari 2005, yang kebetulan merupakan hari Khamis. Puasa Isnin-Khamis mempunyai fadhilat yang umum, akan tetapi Puasa Arafah mempunyai fadhilat khas, maka ulama’ berpendapat bahawa berniatkan puasa Arafah, dengan izin moga2 mendapat fadhilat berpuasa hari Khamis. Disana ada dikalangan ulama’ yang membenarkan dikombinasikan niat tersebut. Kaedah umumnya yang diberikan oleh Syiekh Ibn Utsaimin (Liqa’ al-Baab al-Maftooh, 51/19) adalah seperti berikut :-

a. Ibadat yang tidak sama jenis. Contohnya solat sunat Fajar dan solat sunat Duha tidak boleh disatukan niat, ini adalah kerana kedua2 bergantung kepada masa yang berlainan.

b. Ibadat yang tidak khusus. Contohnya; solat tahiyatul masjid bersifat Umum. Maka jia seseorang yang masuk masjid tatkala Imam dan Makmum sedang bersolat sunat al-Fajar, maka hendaklah dia juga bersolat sunat al-Fajar dan disatukan niat Solat Tahiyatul masjid (yang disunatkan secara umum bagi sesiapa yang memasuki masjid).

Kita berbalik kepada scenario diatas : Qadha’ Puasa dan Puasa 6 hari didalam bulan Syawaal; apakah boleh disatukan niat? Secara umumnya, jenis ibadat ini juga berlainan; puasa Qadha’ vs puasa Sunat. Disini saya memetik sebuat Fatwa yang dikeluarkan oleh lembaga penyelidikan dan fatwa Arab Saudi yang menyentuh berkenaan dengan qadha’ puasa Ramadhan dan puasa Isnin-Khamis :-

لسؤال:
إذا كانت المسلمة متعودة على صيام الإثنين والخميس، فهل يجوز لها أن تستغل صيامها لتلك الأيام لقضاء ما فاتها من شهر رمضان ؟ أم أن النية يجب أن تكون منفصلة ؟.
الجواب:
الحمد لله
لا بأس في صيام يومي الاثنين والخميس لقضاء ما فاتها من الأيام في شهر رمضان بشرط أن يكون الصيام بنيّة القضاء ، .. ولعلّها تدرك الأجرين معاً أجر القضاء ، وأجر النافلة وفضل الله واسع ، وعلى فرض أنها لا تدرك إلا القضاء فإن القضاء أفضل من النفل . وأما إذا نوت بصيامها التطوع ، ولم تنو القضاء فإنه لا يسقط بها الفرض ، وعليها أن تصوم الأيام التي أفطرتها من رمضان . والله أعلم وصلى الله على نبيّنا محمد وآله وصحبه .

Soalan : Jika seseorang berpausa Isnin dan Khamis, adakah boleh digunakan puasa ini sebagai mengqadha’ puasa Ramadhan? Atau adakah NIATnya perlu diasingkan?

Jawapan : “Alhamdulillah. Tidak ada salahnya berpuasa Isnin-Khamis untuk mengqadha’ puasa Ramadhan yang tertinggal, dengan syarat puasa dilakukan dengan niat mengqadha puasa…… Mudah-mudahan (moga2) anda mendapat 2 ganjaran sekali, ganjaran melakukan Qadha’ dan ganjaran melakukan puasa sunat, dan fadhilat yang Allah berikan itu luas. Walaupun jika anda hanya mendapat ganjaran mengqadha’ puasa, ia adalah memadai, kerana mengqadha’ puasa adalah lebih mustahak dari melakukan puasa sunat. Akan tetapi jika kamu berniat melakukan puasa sunat dan tidak berniat melakukan qadha’, maka kamu masih belum lagi memenuhi tuntutan kefarduan. Maka masih lagi wajib melakukan qadha’ puasa Ramadhan. Wa Allahu ‘alam dan selawat dan salam kepada Nabi Muhammad saw dan keluarganya.” -[Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 10/383].

Menurut Syiekh Ihsan bin Muhammad ‘Aaish al-’Ataibi :

والأصح : أنه لا يجوز للمسلم أن يجمع بين عبادتين لكل واحدة منهما فضل خاص ، أو أمر مستقل خاص .
فمثلاً : لا يجمع بين قضاء رمضان والنذر .
ولا كذلك بين قضاء رمضان والست من شوال ، وذلك لأن المقصود من الحديث أن يصوم الإنسان ( 36 ) يوماً – أو شهراً وستة أيام – فإذا جمع بين النيتين صام شهراً واحداً فقط !
وهذا مخالف لمقصود الحديث وهو أن يصوم شهراً وستة أيام ، وقد جاء في السنة ما يوضح أن هذا هو مقصود الحديث ، فقد روى ابن ماجه بسندٍ صحيح أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : « من صام ستة أيام بعد الفطر كان تمام السنة ، من جاء بالحسنة فله عشر أمثالها

“Pandang yang paling hampir kepada kebenaran : sesungguhnya tidak dibenarkan bagi orang Islam menkombinasikan Niat diantara 2 ibadat dimana setiap satunya mempunyai fadhilat khas, amalan khas yang tersendiri (independent). Contohnya : Tidak boleh menkombinasikan Qadha’ Ramadan dan Nazar. Begitu juga diantara Qadha puasa Ramadhan dan puasa Enam didalam bulan Syawwal, dan begitulah sesungguhnya maksud dari hadith agar manusia berpuasa 36 hari – satu bulan (Ramadhan) dan 6 hari (Syawwal) – Maka jika dihimpunkan kedua niat, maka jadilah ia puasa 1 bulan dan satu hari sahaja!

Inilah yang dibezakan dengan maksud hadith bahawa berpuasa satu bulan Ramadhan dan 6 hari, maka telah datang sunnah yang menjelaskan tujuan hadith ini, telah diriwayatkan oleh Ibn Majah dengan sanad yang baik bahawa Nabi saw bersabda “Barangsiapa yang berpuasa 6 hari selepas berhari raya maka dia telah menyempurnakan / berpuasa satu tahun penuh, barangsiapa yang mendatangkan kebaikkan (melakukan puasa) maka baginya digandakan 10″ [url : http://www.islamway.com/?iw_s=Article&iw_a=view&article_id=1003]
——————–

Didalam kes mengadha’ puasa dan melakukan puasa sunat 6 hari didalam bulan Syawwal, ulama berbeza pendapat yang mana satu harus dilakukan. Beberapa ulama’ berpandangan bahawa Tidak sah amalan sunat sebelum melakukan qadha’. Mereka menggunakan kaedah :

أن النافلة لا تؤدى قبل الفريضة
“Sesungguhnya amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu”

Akan tetapi, jika terdapat masa yang sangat pendek (takut tertinggal peluang menunaikan puasa 6), berbanding dengan puasa qadha’ yang banyak; seperti didalam kes wanita yang panjang haidhnya, dibenarkan melakukan puasa enam hari didalam bulan Syawwal, dan kemudian mengqadha’nya sebelum menjelang Ramadhan yang akan datang. Syeikh Ibn Utsaimin mengatakan ini merupakan pandangan yang lebih kepada kebenaran. [Sharh al-Mumthi' 6/448].

Kesimpulannya, bagi puasa sunnat yang mempunyai fadhilat umum (seperti Isnin-Khamis), jika ia bersamaan dengan puasa sunnat yang mempunyai fadhilat khas (contohnya puasa sunat hari Arafah), bolehlah dilakukan niat yang khas (Puasa Arafah) bagi mendapatkan ganjaran puasa Isnin-Khamis sekali. Bagi Puasa qadha’ yang dilakukan pada bulan Syawwal, dia boleh berniat qadha’ dengan harapan moga2 mendapat juga fadhilat berpuasa didalam bulan Syawwal. Jika seseorang itu berniat puasa sunat, maka tuntuan qadha’ masih tidak terlepas dari dirinya. WA.

wassalam.

http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=28048&sid=6a814e3d9b05e7c400e3d81e79e77525

Dikirim dalam Puasa, Ramadhan | Comments Off