DIkirim oleh mohd masri di Mac 24, 2010
Asssalamualaikum..
Apakah hukum memberitahu sesuatu sesuatu ciri-ciri bhagian aurat kepada yg bukan mahram tanpa menunjukan bahagian tersebut?
Contohnya seorng prempuan memberitahu kepada kawan lelakinya tentang rambutnya seperti rambutnya pnjang, lurus dn sebagainya..tetapi lelaki tersebut tidak pernah melihat/terlihat rambut perempuan itu tersebut..
Jawapan: Baca baki entri ini »
Dikirim dalam Aurat | Leave a Comment »
DIkirim oleh mohd masri di Februari 16, 2010
Assalamualaikum wbt.
Masjid sudah mula sibuk dengan majlis berzanji dan lain-lain, saudara-saudara digalakkan membaca posting-posting berikut: Baca baki entri ini »
Dikirim dalam bid'ah | Leave a Comment »
DIkirim oleh mohd masri di Februari 16, 2010
Berikut beberapa penjelasan mengenai cara membersihkan najis sebagai kelanjutan dari pembahasan macam-macam najis dalam tulisan sebelumnya. Semoga bermanfaat.
1 – Menyucikan kulit bangkai[1] dengan disamak
Daripada Ibnu ‘Abbas radiallahu ‘anhuma, beliau berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
أَيُّمَا إِهَابٍ دُبِغَ فَقَدْ طَهُرَ
“Kulit bangkai apa saja yang telah disamak, maka ia telah suci.”[2] Baca baki entri ini »
Dikirim dalam Bersuci | Leave a Comment »
DIkirim oleh mohd masri di Februari 16, 2010
Salam ustaz
Apakah hukum menonton filem 2012? Adakah ia termasuk berjumpa dengan tukang ramal/nujum?
jawapan:
Baca baki entri ini »
Dikirim dalam aqidah | Leave a Comment »
DIkirim oleh mohd masri di Februari 15, 2010
Terimalah Apa Yang Disampaikan Oleh Nabi saw dan Tinggalkanlah Segala Yang Dilarang Oleh Nabi saw,Kerana Baginda Lebih Mengetahui Baik dan Buruk Sesuatu Urusan
وَمَا آَتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Allah berfirman:”Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras hukumannya” (Al-Hasyr 59:7) Baca baki entri ini »
Dikirim dalam aqidah | Leave a Comment »
DIkirim oleh mohd masri di Januari 27, 2010
Akal Tidak Boleh Berdiri Sendiri
Walaupun akal boleh digunakan untuk merenungi dan memahami Al Qur’an, akal tidaklah boleh berdiri sendiri. Bahkan akal sangat memerlukan dalil syar’i (Al Qur’an dan Hadis) sebagai penerang jalan. Akal itu ibarat mata. Mata memang memiliki potensi untuk melihat suatu benda. Namun tanpa adanya cahaya, mata tidak dapat melihat apa-apa. Apabila ada cahaya, barulah mata boleh melihat benda dengan jelas.
Jadi itulah akal. Akal barulah boleh berfungsi jika ada cahaya Al Qur’an dan As Sunnah atau dalil syar’i. Jika tidak ada cahaya wahyu, akal sangatlah mustahil melihat dan mengetahui sesuatu.
Syaikhul Islam Ibnu Taimiah mengatakan: Baca baki entri ini »
Dikirim dalam manhaj | Leave a Comment »
DIkirim oleh mohd masri di Januari 27, 2010
Terlebih dahulu yang kita mesti fahami, setiap insan beriman hendaklah bersikap patuh dan tunduk kepada Allah dan Rasul-Nya. Setiap wahyu iaitu Al Qur’an dan Hadis itu berasal dari-Nya. Rasul memiliki kewajipan untuk menyampaikan wahyu tersebut. Sedangkan kita memiliki kewajipan untuk menerima wahyu tadi secara lahir dan batin.
Allah Ta’ala berfirman,
وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ فَإِنْ تَوَلَّيْتُمْ فَإِنَّمَا عَلَى رَسُولِنَا الْبَلَاغُ الْمُبِينُ
“Dan taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul, jika kamu berpaling maka sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang.” (QS. At Taghabun: 12) Baca baki entri ini »
Dikirim dalam manhaj | Leave a Comment »
DIkirim oleh mohd masri di Januari 27, 2010
Dalam perubatan Cina tradisional arak bersifat menghangatkan dan melancarkan perjalanan darah sehingga boleh menguatkan kesan perubatan. Lebih-lebih pada kes penyakit ‘yin/dingin’ dan gangguan perjalanan darah.[1]
Bagaimanakah pandangan Islam mengenai perubatan dengan arak?
Perlu diketahui, majoriti ulama mengharamkan berubat dengan Arak (iaitu sesuatu yang memabukkan) seperti arak. Alasan terlarangnya hal ini adalah sebagai berikut.
Pertama: Hadis Thoriq bin Suwaid Al Ju’fi Baca baki entri ini »
Dikirim dalam perubatan | Leave a Comment »
DIkirim oleh mohd masri di Januari 27, 2010
Dalil yang Menunjukkan Pengharaman Arak
Dalil pertama: Allah Ta’ala berfirman,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأنْصَابُ وَالأزْلامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ , إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلاةِ فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah rijsun termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) arak dan berjudi itu, dan menghalang kamu daripada mengingati Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (daripada mengerjakan pekerjaan itu).” (QS. Al Ma-idah: 90-91) Baca baki entri ini »
Dikirim dalam Makanan, pekerjaan | Leave a Comment »
DIkirim oleh mohd masri di Januari 27, 2010
Pendapat Pertama: Arak itu Najis
Pendapat ini adalah pendapat jumhur (majoriti) ulama iaitu empat ulama mazhab, Syaikhul Islam Ibnu Taimiah dan ulama kontemporari seperti Syaikh Muhammad Amin Asy Syinqithi, Al Lajnah Ad Da-imah lil Buhuts ‘Ilmiyah wal Ifta’, Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdillah bin Baz, dan Syaikh Sholih Al Fauzan.
Dalil pendapat pertama ini adalah firman Allah Ta’ala,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah adalah rijsun termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan.” (QS. Al Maidah: 90) Dari ayat ini, majoriti ulama berdalil bahawa Arak di samping haram, juga najis. Mereka memaknakan rijsun dalam ayat tersebut dengan najis. Baca baki entri ini »
Dikirim dalam Makanan, Najis | Leave a Comment »